Wednesday, August 18, 2010

Adakah Puasa Kita Sempurna?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sempena bulan Romadhon yang mulia ini Ustaz Faizal ingin bertanya kepada para pembaca; adakah anda rasa puasa anda diterima Tuhan? Ataupun adakah anda sebenarnya sekadar berlapar dan dahaga tanpa menyedari yang ibadah puasa anda sebenarnya sia-sia? Yalah, kita malam berniat puasa, pagi bangun sahur, lepas tu berlapar sehingga waktu Maghrib sebelum berbuka. Dalam tempoh itu, kita mungkin ada melakukan perkara-perkara yang memyebabkan pahala puasa kita kurang.

Maksud puasa mengikut syara' adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Di sini Ustaz ingin membuat ujian personaliti Romadhon sebagai petunjuk kepada anda semua bagi membuat anda sedar diri sama ada puasa anda itu mencapai tahap optimum. Usah persoalkan kredibiliti Ustaz kerana subjek Fekah Ustaz dapat A dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) 14 tahun yang lalu (darjah 6).

Konsepnya mudah sahaja. Saya akan bertanyakan anda beberapa soalan asas. Anda hanya perlu jawab ya atau tidak dan kemudian anda boleh kira markah yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk menentukan sama ada puasa anda itu sempurna ataupun tidak. Ayuh kita mulakan ujian ini.

1) Adakah anda solat Subuh pagi tadi?

2) Dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun universiti, adakah anda mendengar muzik berat sembah syaitan ataupun lagu orang kulit hitam yang mengeluarkan kata-kata kesat?

3) Adakah anda mengumpat bersama rakan-rakan sepejabat anda?

4) Adakah anda menjeling lurah payu dara rakan sekerja anda sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar? Bagi gadis, adakah anda mendedahkan lurah payu dara dan punggung di pejabat?

5) Adakah anda melayari laman web keji / separa lucah / fitnah Yang Penting Rupa di tempat kerja? (yakni bukan ketika waktu lunch ataupun waktu rehat)

6) Adakah anda menonton klip video Lady Gaga ataupun artis-artis lain yang memaparkan aurat berat di tempat kerja?



7) Dalam perjalanan pulang ke rumah, adakah anda mengeluarkan kata-kata kesat seperti fak, sheet dan koksaker di jalan raya ketika tersekat di dalam kesesakan lalulintas ataupun jika ada pemandu lain yang menukar lane tanpa memberi signal?

8) Setelah pulang ke rumah, adakah anda menelefon teman wanita / lelaki anda dan kemudian memulakan aktiviti ringan-ringan di telefon?

Jika anda menjawab 'YA' untuk soalan pertama dan 'TIDAK' kepada soalan lain, saya ingin ucapkan tahniah kerana anda berjaya menerapkan konsep puasa secara menyeluruh dan puasa anda memang sempurna. Bagi mereka yang merasakan diri mereka gagal dalam ujian di atas, tidak mengapa. At least anda sudah tahu kekurangan anda maka esok boleh cuba lagi. Semoga anda mendapat mesej yang disampaikan.

Ustaz Faizal al Kacaki
Microsoft Certified Tajwid Trainer



15 comments:

Anonymous said...

no. 4 tu mmg laa.. bukan xnk prevent.. tp kdg2 tu dah tjeling jugakk hahah..(fakta: klau korg btudung litup elok ktorg TAKKAN jeling yg bukan2) yg len2 alhamdulillah x sgt.. cme msalah aku skg ialah nk bgn sahur dan ske mlewat2kan solat hehe

ayoh kita perbaiki ramadhan kita sbelum terlambat!


-megan musang

Clarky Afif said...

aku terjeling lurah dada wanita. dalam hati berkata "nice weh!"

dan aku straight. adakah pahala puasa aku berkurangan, ustaz?

pikachu said...

Jangan kita JADIKAN ORANG YANG TIDAK BERTUDUNG LITUP 100% BERSALAH.

Bagaimana saranan Nabi saw yang lelaki soleh sepatutnya MENUNDUKKAN PANDANGAN?

Jangan jadikan fakta sebagai alasan untuk kita berbuat dosa padahal dosa itu sama sama tertanggung.

Wallahualam.

Kap said...

nombor tujuh tu ada masalah sikit.

Anonymous said...

rasanya xde pulak saya mnyalahkan 100% mana2 pihak.. dan ingin saya tekan kan perkataan 'terjeling' di sini, ianya amat berbeza dgn pbuatan memandang (usha) yg jelas mempunyai niat yg lbih buruk and mmg salah.

ya mmg saya tidak nafikan, Islam menyuruh umatnya (sama ada Lelaki mahupun Wanita) untuk menjaga pandangannya, tetapi adalah lebih baik jikalau wanita itu mnjaga auratnya kerana ini akan memberi kelebihan kepada kedua2 belah pihak. Si wanita mndapat keberkatan kerana mnjaga auratnya,lelaki yg 'terjeling' ini juga tidak tergugat kerana mcm tidak nampak apa2(sbb semua tertutup). Berbeza dgn lelaki yg mmg jenis kaki usya tutup ke x tutup sume mata dia liar je..

Jika lelaki shj yg mnjaga pndgn (mksdnya mmg x 'terjeling' lgsg)sudah pasti dia akan terpelihara tetapi malang buat gadis yg mndedahkan auratnya kerana dia tetap berdosa walaupun tidak ada seorang lelaki pun yg memandang tubuhnya.

Walaubagaimanapun, ini sekadar pendapat.Saya bukanlah seorg yg arif agama. Yg baik dtg dari Allah yg buruk dtg dari saya sdiri.. Sy mmohon maaf klau mmbuat sesiapa tersinggung atas komen sy sblum ni. Xde niat nk salahkan mana2 pihak kerana sudah pasti kedua2 pihak sama ada lelaki mahupun perempuan memainkan peranan bagi mencegah kemungkaran kerana itulah tugas kita sebagai umat Islam. Wallahualam.


-megan musang


http://nurjuwita87.blogspot.com/2004/05/bila-terpandang-aurat.html

pikachu said...

Sememangnya Islam itu syumul dan kita semua tahu bahawa both lelaki dan perempuan haruslah memainkan peranan masing2.

Apa yang saya cakap itu atas dasar terkesan dari fakta saudara megan yang BAGI SAYA seolah2 saudara menyatakan bahawa 'mereka yang membuatkan aku berdosa kerana sedemikian' saya risau jikalau saudara hanya mengambil sikap menutup mata sebelah hanya untuk menyelamatkan diri saudara sendiri sahaja.

Sungguh perempuan itu haruslah menutup auratnya, namun harus diingat lelaki/perempuan harus menundukkan pandangannya, utama kepada lelaki kerana 'pandangannya yang tembus kedalam' itu.

Disuarakan hanya kerana tidak mahu semua bersikap sebelah tara sedangkan kita tahu kedua duanya mempunyai TANGGUNGJAWAB YANG SAMA dan MOGA JANGANLAH IANYA DIGALAS PADA BAHU SEBELAH PIHAK SAHAJA.

Terima kasih saudara megan krn menjelaskan segala yg bermain difikiran.

Yg baik dari Allahswt, dan yang buruk itu dr sy sendiri.

Wallahualam.

Mohamad Faizal said...

clarky: tak mengapa, kerana anda tidak ghairah melihatnya

kap: haha aku tulis sebab aku buat sesetengah perkara di atas

megan dan pikachu:
sesungguhnya yang baik rupa paras itu adalah saya sendiri, dan yang buruk itu datangnya dari Fandi

Anonymous said...

no 2 xde la dgr lagu sembah syaitan tp lagu2 yg dikira lagha lah.(tulis komen sambil dgr lagu i like it by enrique yg ensem ft pitbull)

no 7-sy paling kurang bg b....h je tp bln2 puasa ni tukar kpd kurang cerdik la pemandu yg kurang berhemah ni..hahaha sopan sket bunyinya

-anon-

DingDong said...

ok bgmn pulak perempuan yg pki tudung.. tp baju yg dipakainya lebih ketat dr org yg x bertudung.. kebenaran pd zmn skng.. kalu nk ckp lebih2 nti tbuat dosa plak.. plus aku no.7... mmg xleh bla.. da byk kali cobe.. tp cam masih gagal.. lelain ermm ok la kot..

khairul_bariyyah said...

dapat tazkirah percuma kat sini.. hehehe

alamak,terbuat yg num 3 tadi... tapi...camna ni ustaz?

^wirda^ said...

hohoho...ustaz, saya harap puasa saya seterusnya akan sempurna selepas membaca entry ustaz.. tima kasih..tambah lg soalan...solat maghribkah atau masih di meja makan sampai isya??? :D

Anonymous said...

hoi ko tayang vclip berat btol smpi ternampak lurah bawah lagygaga tuhh..gonjeng ko jai kurang pahala ak harini tertengok vclip tu..

-fandi-

pikachu said...

megan dan pikachu:
sesungguhnya yang baik rupa paras itu adalah saya sendiri, dan yang buruk itu datangnya dari Fandi

Chiss kau ijai. HAHAHAHA.

Mohamad Faizal said...

anon: baguslah tapi jangan bayanglah tahi lalat enrique masih ada di mukanya nanti terghairah

dingdong: tukarlah perkataan carutan itu kepada perkataan lain seperti babi kepada barbie, bitch kepada beach

khairul: takpe kalau tak sebut nama tak kira mengumpat. eh?

wirda: jika makan macam ahli gusti mungkin tertidur terus di atas meja. diharap akak wirda tidak begitu

fandi: takpe pahala puasa kau memang dah tipis pun setiap hari

Anonymous said...

pasal lurah2 ni,well.. org da nak blanje takkan nak tolak kan kan huhuhu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...