Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa di Concorde Inn

Di satu petang Ramadan yang hening...

Mama: Ijaiiiiiiiii!

Aku: Yes mother.

Mama: Hari ni nak berbuka kat luar tak?

Aku: Ala malasla mama kita buka kat dalam jela. Kat luar panas kat dalam ada aircond. Hik hik.

Mama: Haa haa haa lucunya anak mama ini. Serius memang lucu nak arwah. Mama tak sangka Ijai ada bakat untuk jadi pelakon komedi. Mungkin Ijai patut join Raja Lawak musim depan. Mungkin Ijai patut....

Aku: Ok mother ok I got it. Nak buka kat mana?

Mama: Pak Long ajak berbuka kat Concorde Inn....tak payah bayar satu sen pun. Oh yeahhhh.

Aku: Oh yeahhh. At least ada material nak update blog nanti kan. Ayuh!

Begitulah teks perbualan yang dimodifikasi antara aku dan mama semalam. Makan free siapa taknak bukan? Buffet di hotel pulak tu huiii memang terus hilang keletihan berpuasa. Last year Pak Long aku turut menjemput aku berbuka di Concorde Inn juga. Seingat aku, makanan yang ditawarkan menyelerakan juga. Aku harap korang membaca entri ini sebelum berbuka bagi menguji keimanan. Ayuh teruskan membaca tapi jangan jilat skrin anda.

Kami bertolak dari Bangi dalam pukul 6. Hotel Concorde Inn terletak di Sepang, berhampiran dengan KLIA. Kalau kau bawak kereta laju, dalam 30 minit boleh sampai. Nama restoran dia Melting Pot. Sekarang mereka ada promosi buffet, RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak belum baligh. Kemudahan-kemudahan seperti surau, kerusi kanak-kanak serta tv lcd untuk menonton perlawanan bola sepak. Kalau nak mencuci mata sementara menanti waktu berbuka pun boleh dengan melihat orang putih sekadar berbikini di restoran tersebut. Gambar di bawah merupakan ahli keluarga Pak Long aku.


Setelah mempromote tempat mereka, ayuh kita lihat gambar makanan pula. Bulan puasa ni nafsu makan kita semakin tinggi sebenarnya. Bagi memberi penghormatan kepada Pak Long aku yang membelanja aku tanpa mengharapkan balasan (I think), aku pun mengambil makanan sebanyak yang boleh.


1) Nasi putih berlaukkan Sotong Kalio, Kentang Bakar Cajun, Fish roll in cream sauce, Ayam Masak Apa Ntah dan sayur kobis. Aku makan lauk sahaja, nasi tak habis.

2) Rusa, kambing dan ayam panggang. Rusa beb eksotik gila. Aku tak pernah makan rusa tapi rasa dia lebih kurang macam kambing je kot. Ataupun itu sebenarnya kambing aku je yang buta daging.

3) Spaghetti. Ada stesen pasta kau kena order. Rasa dia biasa sahaja.

4) Pencuci mulut seperti puding roti, kek coklat, tart telur dan ciskek.

5) Eh ini bukan aku punya.

Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dalam kawah seperti ketam masak lomak, daging masak kurma, siput sedut pakai straw. Jika anda tidak mahu makan nasi, anda boleh makan rojak, sate, sushi, pelbagai jenis kuih-muih, ice cream, bubur taraku cha cha. Jika anda tidak makan binatang, anda boleh makan salad.


Ahh gila kekenyangan saiz perut terus menjadi 37". Kalau anda pergi berbuka kat sana dalam waktu terdekat ini, anda akan dihiburkan dengan kugiran zapin. Nak buat permintaan lagu raya pun diorang boleh laksanakan. Kesimpulannya, dapat membaham makanan hotel untuk RM 49, agak berbaloi juga. Lagipun pihak Jakim sudah menyenaraikan Hotel Concorde in dalam senarai hotel yang halal. So walaupun korang puasa tapi tak solat 5 waktu tapi mementingkan kesucian makanan, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Team Bangi, kita berbuka di luar cuti hari Merdeka nanti nak tak? (walaupun aku tak cuti T_T )



8 comments:

Mimie.Candy Cane said...

" So walaupun korang puasa tapi tak solat 5 waktu tapi mementingkan kesucian makanan, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi."


hahahahaha..aku sukaaaa...

Kap said...

air tebu tu kau story sekali lah.
ini tidak adil bagi persatuan air tebu sedunia ni.
boleh bikin riot.

QilahLala said...

rm49? murah jugak ek utk hotel.. hheehe sempat ke nk try nie??

deeb said...

kemain berbuka smpai ke sepang, try lak kat PICC putrajaya, buffet rm50/person, bleh tahan.. after mkn, perut dh keras cm besi, leh tarawikh kt masjid besi..

Mohamad Faizal said...

mimie: haha makan je tanpa was was

kap: yelah yelah jika berkesempatan lain kali aku tak lupa

lala: kedai perabot ah seng dah tak pergi ke? hihi

deeb: terima kasih di atas informasi!

nana said...

semalam aku pegi makan luar, buffet, tapi aku makan sepinggan je.

balik rumah, menyesal.

oh, aku tak makan ayam, tapi aku tengok semua lauk mcm ada ayam. contohnya, semua sayur letak pedal ayam. haihhhh...

et said...

pehhhh.kecur beb~

Mohamad Faizal said...

nana: eh mana ada orang normal tak makan ayam

et: kecuq cucuq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...