Thursday, August 26, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Popular Di Facebook

Semua orang ada akaun Facebook. Mama aku pun ada akaun Facebook tapi aku tak menambah mama aku sebagai rakan nanti malulah aku kena bebel secara maya akibat perilaku berbaur seksual aku di Facebook. Walaupun kita semua ada akaun Facebook, apakah yang membezakan profile Facebook kita? Populariti. Bagaimanakah kita hendak tahu sesuatu profile ataupun individu itu popular? Tanda yang paling obvious adalah bilangan rakan anda dan bilangan komen di wall anda. Anda mungkin telah lama berdaftar di Facebook, tetapi anda mungkin sekadar memiliki 86 orang rakan kerana anda ini dibenci ramai. Please note that jika rakan anda lebih 1,000 kerana anda main add secara membuta tuli hanya kerana terdapat 'mutual friends' tidak diambil kira.


Dahulu aku pernah membuat entri 'Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook' episod satu dan dua. Well untuk menuju ke puncak kepopularitian tidak susah sebenarnya, anda hanya perlu membuat perkara-perkara yang harus dihindari itu. Hanya kaum minoriti sahaja yang akan membantah perilaku anda. Persetankan apa orang kata, dah popular nanti anda boleh menghina kembali mereka. Ayuh kita kaji tips-tips untuk menjadi popular di Facebook.

1) Bergambar gedik dan ghairah

First impression itu memang penting. Apa yang orang lihat buat kali pertama ialah profile picture anda. Pastikan anda privatekan profile anda untuk menambah elemen misteri, barulah orang berasa resah gelisah melihat profile anda tapi tak boleh lihat semua. Jika anda memiliki paras rupa yang menarik tanpa pembedahan plastik, you're one step ahead already. Anda hanya perlu bermekap tebal dan membuat aksi muncung Megan Musang dan setiap hari pasti ada pengganas seksual ataupun jejaka/gadis horny yang add anda.

Jika muka anda ni jenis yang buat pembedahan plastik pun tak boleh nak diselamatkan lagi macam Fandi, usah gusar. At least anda masih ada payu dara bukan? Kaum jejaka ingin melihat payu dara anda kerana itu memang fitrah kejadian manusia. Kaum gadis pun ingin melihat payu dara anda kerana mereka memiliki daya saing yang tinggi nampak orang lain cantik sikit mereka pun nak juga. Jadi anda hanya perlu membuat sedikit pendedahan menampakkan lurah-lurah dada ataupun punggung sehingga para penonton mencetuskan aksi Right click > Save image as > dadafandi.jpeg untuk dibuat modal aksi berdosa.

"tapi saya pakai tudung, tak boleh nak dedah sana sini"

Tak apa. Jika anda lihat trend sekarang, pakai tudung pun orang boleh ghairah juga sebab pakai baju ketat nak arwah. Nak efek yang mampat dan padu, pakai sahaja baju adik anda biar jadi macam sarung nangka.

"tapi aku lelaki macamana nak bergambar ghairah?"

Siapa kata tak boleh? Ambil sahaja gambar di kolam renang. Masakan majalah Mangga boleh laku kalau tiada aksi tunjuk bulu dada di kolam renang? Untuk membuktikan teori aku ini, kepopularitian Hisyam (Ise) meningkat setelah meletakkan gambar seksinya di Facebook.



2) Memanipulasi tarikh hari jadi

Sebosan manapun profile anda, ada satu hari yang akan membuat kepopularitian anda mencanak-canak; hari jadi anda. Semasa hari jadi, semua rakan anda akan mendapat notifikasi dan mereka pun akan berpusu-pusu meninggalkan ucapan hari jadi yang disertakan dengan hadiah secara maya. Fuii jenuh nak mereply satu-satu. Masa tu mesti anda rasa popular macam Karen Mok bukan? Mengetahui hakikat itu, mengapa tidak memanipulasikan tarikh hari jadi anda? Katalah hari ini merupakan hari jadi sebenar anda, mungkin ada boleh ubah tarikh hari jadi anda selepas 2 minggu. Rakan anda tak perasan punya kerana dah banyak sangat hari jadi rakan di Fesbuk. Pap pap pap wall anda akan penuh lagi dengan testismonial hari jadi. Tapi janganlah tukar tarikh setiap 2 hari nanti kantol anda dicap attention whore pula walaupun itu memang hakikatnya.

3) Memanipulasi status perhubungan

Budak-budak sekolah yang tak matang selalu buat benda ni. Cipta satu akaun palsu letak gambar gadis hangat sikit. Lepas tu buat-buat bercinta dengan dan meletakkan status 'In a relationship with __________'. Jika difikirkan dari sudut kepopularitian, tindakan itu sebenarnya genius. Dah agak-agak sudah bosan, tukarlah status kepada 'Single'. Nescaya orang yang masih single dan tiada teman akan memberi simpati dengan memberi komen-komen seperti "That's okay bro. Menyusahkan je bercinta ni" ataupun "Bersabarlah Limah, setiap perkara itu ada hikmahnya"

See, mudah sahaja untuk menarik perhatian orang. Kalau anda memang betul-betul baru berpisah pun, masa inilah untuk anda 'rebound'. Ramai jejaka desperate di luar sana yang akan mengurat anda kerana di waktu itulah anda memang fragile. Anda pun layankan sahaja mereka-mereka itu kerana anda perlukan sesuatu untuk melupakan bekas teman lelaki anda.

4) Mencuri identiti orang terkenal


Tahukah anda tidak semua selebriti itu memiliki akaun Fesbuk? Ada yang buta IT, ada yang tiada masa, dan ada juga tidak ambil peduli tentang fanpage mereka. Kesempatan ini anda harus gunakan untuk mencuri identiti mereka. Tapi jangan curi identiti artis yang memang aktif berfesbuk, kena serang dengan peminat mereka nanti. Kau carilah artis-artis yang dijamin tiada akaun Fesbuk seperti M Daud Kilau ataupun Ustaz Ismail Kamus. Eh jangan, aku baru cek Ustaz Ismail Kamus ada Fesbukla haa haa ok kau menyamarla jadi Ustaz Syukri yang mengajar kat Sekolah Agama JAIS sampin hijau tu.

Walaupun hakikatnya bukan anda yang popular, at least anda dapat bergaya seperti seorang selebriti.

5) Mengeluarkan status berbaur fitnah / kenegerian / keagamaan

Cuba kau orang buat status;

"Aku tak sangka Bangi nie hina, xde famous amos kt Bangi. yang ada kt Alamanda jer. bandar konon. gerek apenyer. wut a jerk"


2 jam selepas status itu dipaparkan, akan wujud satu group membenci anda yang dicipta oleh rakyat Bangi dan disertai oleh 12,000 orang Melayu yang lain. Orang Melayu tipikal je, kaum lain tak ambil kisah sangat perkara sebegini kerana mereka ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Setiap laman blog akan menulis tentang anda, memaparkan gambar anda dan disertai dengan kata cacian yang meyayat hati. Anda sudah meminta maaf, menghapuskan akaun Fesbuk anda, tetapi dalam hal sebegini, Melayu tidak mudah lupa. Anda pergi ke kedai membeli gula akan dicaci, pergi buat senamrobik di sebelah tasik pun dikeji. Well at least anda kini lebih popular daripada Jimmy Stanley. Itulah tujuan yang sebenar bukan? Barulah boleh jadi popular macam Nor Azita Osman ataupun Sally Gregor Samosa.

Diharapkan dengan panduan-panduan di atas, anda dapat menjadi semakin popular di Fesbuk. Pasti ramai orang yang berpusu-pusu untuk menambah anda sebagai rakan dan meletakkan komen di gambar dedah dada anda. Bila dah popular nanti jangan lupakan ibu bapa di kampung ya. By the way penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelukaan / cacian / tindakan mahkamah yang anda mungkin terima setelah melakukan perkara-perkara di atas. Alah nak popular you have to pay the price la kan.



20 comments:

makdara TERDIVA said...

dah buang 200++ friendlist FB..heh!

aziezah said...

erm sy pun dah buang friend yg tidak dikenali di fb, skrg cuma ada 100++ je...adakh sy tidk glamour en.faizal? hehehehhe....

Clarky Afif said...

hahaha sally gregor samosa!
ah buat aku lapar di tengah malam jela ijai! samosa...samosa...

uculer said...

ah bukan susah sgt nak glemer kan zaman skang ni?

otak ketat said...

ada lg satu. tgkp gambar kt icity pastu buat sbg profile pic. haha.

Anonymous said...

megan musang!!! :)))

-megan musang

Mohamad Faizal said...

makdara: what the whatttt anda buang saya sekali?? (drama)

aziezah: tak glemer tak apa jangan tak puasa sudah

clarky: aku baru makan samosa gergasi beli kat bazaar pkns bangi

uculer: memang tidak susah. perlu ada ketebalan di muka sahaja

otak ketat: haha aku tak pernah pergi icity. nak jugak amik gambar buat profile pic

megan: yeahhh megannnnn musanggggg

Kap said...

apa yang best dekat bazar ramadhan pkns bangi, jai?

sally said...

Am being very selective when it comes to accepting friends at FB, kena tgk tujuan asal masa cipta akaun dulu la kan..mine is only for my former campus mate..hehe

khairul_bariyyah said...

xde akaun fb tapi tetap glemer.. hahaha perasan)

Anonymous said...

aku terima je semua orang sebagai kawan facebook.

Facebook aku

adam

AiN Z said...

tidakkk.. tak nak glemer.. hahaha.. tak nak glemer dgn cara cmtu.. kelakar pulak laaa...

Kunal said...

"Semua orang ada akaun Facebook."

^ tipu! (see I said it in BM just for you)

Mohamad Faizal said...

kap: murtabak singgit

sally: tujuan saya join fesbuk pula adalah untuk dapat rm100 setiap kali login hik hik hik

khairul: tipu anda ada fesbuk. eh no wait, that's khairul afandi...

adam: haa haa habis arbok2 yang berminat kat kau pergi add aku cislake

ain: biar tak glemer asalkan beriman

kunal: google translate right? haha

nana said...

eh, aku tak add pun ijai kat fesbuk.

Anonymous said...

ko pernah tak org nak add ko disusuli message inbox "hi abg add la sy abg ni macho la..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

nana: siapalah yang mahu add aku ini aku memang tidak popular.... :(

fandi: ada...tapi mostly lelaki macam kau

nana said...

eh ijai. aku mana ada fesbuk,macam mana mahu add kau?

menyampah ayat konon-konon rendah diri mcm tu.

Meera said...

Knp blog ni xde url.. Adoi..... Best la yr blog...:)

Anonymous said...

reported almost all people pay his or her's fiscal loans timely as well as free of fees and penalties
A top financial debt charitable needs may be folks making use of them for the purpose of assistance above payday loans money owed to help you two bottle the following. consumer debt charitable states that all around buy any temporary, high attraction borrowing products this current year. Any nonprofit tells a couple of years gone by how many customers with them appeared to be minor.
kredyt 10000 bez zaświadczeń
pożyczka na dowód
pożyczka ratalna ubezpieczona
szybka pożyczka
przeczytasz o tym tutaj

http://pozyczki-prwatne.com.pl
http://kredytybezbiku.biz.pl
http://kredytybezbiku.biz.pl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...