Sunday, August 1, 2010

Fakta-Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Kucing

Sebagai peminat fanatik saya, anda pasti tahu yang saya membela banyak kucing di rumah. Sejak kecil lagi elemen kucing sudah disemai di dalam nurani aku. Aku suka tengok Thundercats, aku bersin macam kucing dan jika bijirin Honey Stars habis aku mungkin akan gantikan dengan Science Diet (for Adults). Di sini aku ingin berkongsi fakta-fakta menarik tentang kucing yang anda mungkin tidak tahu. Semua fakta ini disahkan benar oleh bekas Setiausaha Malaysian Cat Club (MCC) iaitu Puan Ruziyah Ahmad (mama aku). Fakta-fakta ini akan diselitkan sekali dengan analogi terhadap rakan-rakan bagi menambah elemen komedi dan serta membuat pendedahan tentang sifat mazmumah mereka. Ayuh teruskan membaca.

1) Secara purata, kucing tidur selama 16 jam sehari. Ahli Team Bangi yang paling kuat tidur pula dan langsung tiada kebolehan untuk bangun pagi serta selalu gagal solat subuh tepat pada waktunya pula adalah Hisyam Suhaimi.


2) Kucing hanya ada 18 jari. 10 in front paws, 8 at the back. Ahli team Bangi pulanya semuanya cukup sifat, sampaikan yang terlebih sifat pun ada. Ehek hek hek.



3) Mereka yang takutkan kucing digelar Ailurophobia. Contoh manusia yang memiliki sindrom ini adalah Aqilah Hasan.

4) Sama seperti cap jari manusia, cap hidung kucing adalah unik dan tidak mungkin sama dengan kucing yang lain. Dalam team Bangi, Fandi memiliki lubang hidung yang paling besar maka dia memiliki stamina yang tinggi kerana dapat menyedut oksigen lebih. Tapi apasal anak kucing Siam aku yang baru lahir ni muka macam kau Fandi memang disyaki ni.

5) Kucing yang bermata biru adalah pekak. Ini tidak boleh diaplikasikan kepada Rozita Che Wan ataupun Zati Hazira.


6) Kucing yang paling besar adalah daripada baka Maine Coon. Aku tidak mahu meletakkan contoh rakan paling besar di sini kerana jenaka berat badan adalah sesuatu yang sensitif.........................ok tak apa Jamil tak marah kot kalau aku dedahkan dia memiliki ukurlilit perut yang paling besar dalam Team Bangi (38 inci semasa mengukur baju Melayu hari rayanya baru-baru ini)

7) Kencing kucing boleh 'glow in the dark' jika didedahkan dengan cahaya gelap. Shuhud Zakaria pula berkebolehan untuk membuat efek 'dark in the glow' dengan teknik pencahayaan yang betul.

8) Kucing berpeluh melalui 'paw'nya. Anas pula tidak berhenti-henti mengeluarkan peluh di seluruh badannya tanpa mengira masa. Sebagai seorang doktor, apakah penjelasan saintifik yang boleh Doktor Zaahirah (merangkap isteri Anas) berikan terhadap fenomena ini? Adakah fenomena ini mengganggu kehidupan anda sebagai suami isteri terutamanya ketika melakukan aktiviti bergusti ghairah?

9) Pernahkah anda melihat zakar kucing? Aku percaya ramai yang tidak pernah lihat. Zakar kucing selalunya tersorok dan hanya akan dikeluarkan ketika hendak mengawan ataupun mandi. Penat aku camping depan kucing jantan aku tapi dia tak mahu juga keluarkan untuk bergambar, so korang Bing sajalah 'cat's penis' dan korang pasti akan memberi reaksi yang berbeza mengikut orientasi seksual masing-masing.

Dahla aku sudah kehabisan fakta. Sayangilah kucing anda dan kucing orang lain. By the way korang tahu aku cintakan korang dan sekadar bergurau manja dengan contoh-contoh di atas bukan? Assalamualaikum.



12 comments:

nana said...

err.. ye ke, kucing mata biru tu, pekak? baru tau ni..

z a t i said...

tahukah anda manusia bermata biru palsu sebenarnya ingin menjiwai watak kucing.

enuLwanie said...

tak suka rozita che wan.
sbb dia mkin seksi dan mkin menonjol!

Anonymous said...

dark in the glow!!
AHAHAHAHAHAHA
serius kejam...tp lawak...

smbg gelak lagi..
HAHAHAHA!



-megan musang

Clarky said...

so kalau kucing aku mata biru sebelah maknanya dia pekak sebelah? woh..!

kalau manusia bermata biru sebelah (kontek lens) dia keciciran sebelah lensa. kalau yang mata ori dipanggil heterochromia.

khairul_bariyyah said...

penah dulu sekumpulan laki x senonoh memain2kan rumput dekat bontot kucing bagi melakukan eksperimen cat's penis.... haish!

Mohamad Faizal said...

nana: walaupun blog ini keji tapi banyak yang boleh dipelajari

zati: terima kasih di atas informasi

enulwanie: makin seksi dan makin menonjol makin berminatlah kaum jejaka

megan: bersabar megan nanti gelak banyak lupa doa qunut

clarky: kalau mata biru sebelah pekak sebelah aku tidak tahu. tapi dulu aku ada kucing sekor sebelah mata biru sebelah mata kuning nama dia Felix.

khairul: ish ish ish jangan kawan dengan mereka tu

^wirda^ said...

fakta menarik ni..mata biru adalah si pekak..uhm uhm kalo ijau?

Anonymous said...

betul tu. aku ade kucing, mate dia sebelah kaler biru, sblh lg ijau. dan dia mmg pekak.. jerit la sekuat mana pun.. dia wat derk je.. kalo time raye, kitorg main meriam buluh, dia leh rilex jekt tepi. kita ni punya la sakan tutup telinga.. kalo korg perasan, kucing bile dgr ape2 telinga dia akan bgerak ke arah bunyi tu kankan? hm.. kucing aku tu statik je.. dah mmg pekak..hehe.. kejadian Tuhan..

Mohamad Faizal said...

wirda: kalau kaler hijau kucing itu mungkin kentut bau pandan. tapi tak buta

anon: latihla dia dengan sign language untuk kucing

ahasif27 said...

Saya kurang setuju dengan kucing bermata biru pekak sebab belum ada bukti saintifik yang betul2 kukuh mengatakan kucing mata biru pekak.

ahasif27 said...

Saya kurang setuju dengan kucing bermata biru pekak sebab belum ada bukti saintifik yang betul2 kukuh mengatakan kucing mata biru pekak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...