Monday, August 16, 2010

Hanya Kau

Definition of coolness:

1) Memakai windbreaker di tengah-tengah kehangatan kotaraya metropolitan tanpa mempedulikan pandangan serong masyarakat.

2) Memaparkan nama kumpulan di badan dengan sebesar-besar tulisan tanpa menghiraukan cercaan dari sekeliling.

3) Menggayakan kaca mata hitam yang 'lame' sekali bentuknya dengan penuh keyakinan.

Adakah anda mengerti dengan apa yang ku katakan ini?

http://www.youtube.com/watch?v=yymbq_YIqqI


Memperkenalkan 'The Real Rap Group' yang tidak perlu diperkenalkan lagi. I never knew the clip above existed until recently. Memang rare gila. Embedding is disabled so korang kena klik link di atas dan pergi tengok dekat Youtube. 'Hanya Kau' merupakan single daripada album pertama KRU, Canggih.

Aku membesar dengan KRU. Sepupu belah abah aku yang rata-ratanya baru mencapai akil baligh ketika itu memperkenalkan aku dengan genre muzik yang asing dan tidak pernah dipopularkan oleh artis lain di Malaysia pada zaman itu. Segala tentang KRU pada waktu itu memang agung; dari segi muzik, pemakaian serta gaya berdansa. Aku ingat lagi kelibat Norman, Yusry dan Edry yang terkinja-kinja menyampai mesej tersurat dan tersirat dalam lagu patriotik wawasan 20/20 mereka.


Sejak dari saat itu aku membuat keputusan untuk menjadi peminat fanatik dengan menulis nama Norman pada setiap pemadam aku. Siap beli windbreaker Adidas ciplak dekat pasar malam agar dapat bergaya. Aku baru darjah 5, aku tidak tahu bagaimana hendak membeli tiket konsert terbesar di Malaysia ketika itu yang dihadiri oleh 10,000 peminat. Tetapi aku dan sepupu aku tetap setia dengan menonton konsert Awas melalui VHS. Gila klasik tengok pakai pita video. Ada sesiapa yang memiliki konsert KRU dalam bentuk VCD tak bagi aku pinjam please?

Walaupun aku telah meningkat dewasa dan sudah ada janggut dan bulu halus di nipple, aku masih lagi menggemari muzik KRU. Tetapi aku harus mengaku yang halatuju muzik sejak album Formula Luar Biasa membuatkan aku tidak lagi membeli kaset mereka. Muzik sentiasa berkembang, memang understandable tetapi citarasa aku sentiasa menjurus kepada album klasik mereka bermula dari reKRUed hingga Ohh La La.

Anyway korang dah tengok belum klip video di atas? Awesome nak arwah bukan? Mungkin akan tergelak jika membayangkan KRU sekarang berperangai sebegitu. Raya pergi rumah KRU nak? Katakan HO! kepada kumpulan 'Rap' terulung di Malaysia.



14 comments:

uculer said...

haha hadoi baru je hari tu aku gelak guling-guling bila selongkar balik video derang ni. sekalipun malaysia beriklim khatulistiwa, mereka setia dengan windbreaker (at least no CDs hanging on their necks) pad aketika ini.

hah tu blom lagi tgk video klip fiona. kamon jo, taste kau begini ke? itu yg aku rasa nak ckp kat Joe 4U2C

Clarky Afif said...

HO! aku nak mintak duit raya! mereka hartawan jadi patutlah menderma pada aku.

kalau raya kat opis diorang kat jelatek takpe kan? kan?

jana said...

Ijai,
dulu masa kak jana mula-mula kerja office kak jana satu tingkat dengan EMI,selalu juga jumpa mereka dan emak mereka,respect tengok mereka layan mak mereka masa makan kat kantin,tak kenal lagi masa tu siapa mereka,bila keluar suratkhabar wajah mereka baru perasan mereka ini siapa,lepas tu bila layan lagu mereka boleh ngam lah pulak,semenjak tu kak jana dan hubby pasang kaset lagu-lagu mereka je dalam kereta.Masa tu belum ada anak.Sekarang ini anak-anak pun dah bujang bila lagu KRU keluar dalam kereta abah dan emak pun melalak sama-sama.Anak-anak bujang ka jana buat muka bluur he he.

Ops terpanjanglah pulak comment

Ho untuk KRU.OOOO la la la,ketepi-ketepi Gergasi sudah tiba (wa ka ka)

Mohamad Faizal said...

uculer: sebelum ada CD diorang gantung kaset di leher

clarky: eh bukan dah pindah ke cyberjaya ke ofis dia?

kak jana: KENAPA KAK JANA TAK AMBIL GAMBAR DAN TANDATANGAN??? (tiba-tiba emosi)

rubyroondy said...

salam,
selalunya silent reader jek. tp entry nih kene bg comment. KRU mmg best. HO! still simpan lg kaset dorg2. even though tatau blh play lg ke x kaset2 tu. harus balik and try play. hehehe~~~

Anonymous said...

erkh, aku takde kena mengena jai, hehe..
~yusry tp bkn kru~

saya fawah said...

HO!! sy pon peminat fanatik kru jugakk...sejak dulu lagik.. sanggup meredah ujan tgk yusry kawin dlu..waaaaa..eh aku ni peminat yusry ke kru??huhu..dua² la..

Anonymous said...

hahaha gile tgelak ak tgk KRU pki windbreaker kt area pudu tu..tp tu la group yg ak tergile2kan semasa belom baligh..pape pon HOOO tuk KRU!!!

-fandi-

Rahim Hashim said...

ho! mari kita buat group jom. aku buat backup.

Mimi Saidi said...

KEH3...comei ngat aih fanatii kru

Anonymous said...

KRU Studios dah pindah ke cyberjaya. yusry selalu melepak sini (sbb takde bini kot). buktinya, ada Lambo dia elok je parking.

pnah gak tersempak dgn Normy tgh amik korner baekkk punye dgn Spider

~budak Cyber~

^wirda^ said...

haha..mula2 dorang kluar dgn re-KRU,time tu aku menjadi budak hingusan pastinya tergila2kan abam yusry...tp bila dah gila-gila remaja aku tergila2kan abam macho norman..sampai norman dh tak ensem dan kawin, aku dh stop meminati penyanyi2 itu, melainkan nama dan lagu mereka saja..hahhaha

tp ya...mereka mmg hebat dan best! HO!

Anonymous said...

HO! aku penah pegi konsert KRU mase aku darjah berapa entah dulu.siap parent aku bawak kn lg hahaha..masa tu die tgh konsert tour album fanatik x salah aku.


zarul

Mohamad Faizal said...

ruby: takpe beli CD kompilasi ultimatum kalau kaset dah tak boleh main

yusry: kau nama je sama tapi paras rupa sumpah berbeza hik hik hik

fawah: yusry sedang mencari ni apalagiiii

fandi: kau dulu bukan minat kumpulan impression ke

rahim: baik. thanks kerana memahami yang aku patut jadi watak utama dalam kumpulan

mimi: memang comei nak arwah semasa muda

budak cyber: betulla tuh aku pernah nampak lambok dia kaler biru tua kan

wirda: norman macho dekat hidung dia sebab hidung dia besar...

arul: best gila kau zahrul. kalau diorang buat konset lagi kita pergi ok

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...