Monday, August 23, 2010

Kejayaan di Bulan Ramadan

Mengikut teks ceramah klise oleh ustaz-ustaz di luar sana, hari Raya merupakan hari kemenangan setelah sebulan bertarung melawan hawa nafsu. Tetapi bagi aku, nikmat kemenangan sudah pun dirasai di bulan Ramadan ini. Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk riak dan takbur semata-mata, tetapi untuk dijadikan sebagai benchmark bagi mengukur tahap pencapaian kita di bulan Ramadan yang mulia ini. Ayuh teruskan membaca.

Kejayaan 1: Menurunkan berat badan

Dalam entri sulung bulan Ramadan tempoh hari, aku telah membuat spekulasi yang berat badan aku akan berjaya diturunkan. So tadi selepas membuat persediaan seperti berkumuh melalui punggung dan menanggalkan baju dan boxer untuk memastikan tiada berat berlebihan, aku pun menimbanglah berat aku. Oh yeahhh kau lihat sajalah gambar di bawah.


Sebelum puasa berat badan aku 71.6kg kini menjadi 70.3 sahaja tanpa memakan shake aneh Herbalife. Cemburu buta bukan? Matlamat aku adalah menjadikan berat badan aku 68kg. Antara teknik mengurangkan berat badan secara drastik yang aku pelajari di Internet adalah memuntahkan kembali makanan sahur sebelum masuk waktu imsak. Jika berat badan berkurangan, ukurlilit perut pasti berkurangan juga. Saiz organ reproduksi maintain negro kot. Kalau korang berani nyatakanlah berat badan korang sekarang. Turun ke naik? Hihi.

Kejayaan 2: Berjaya menahan diri daripada melihat aurat berat wanita

Aku dengan bangganya ingin memaklumkan di sepanjang bulan Ramadan ini, tiada set lengkap payu dara yang ditonton secara rela. Sekadar side boobs dan lurah dendam pelakon orang putih dalam cerita yang ditonton di panggung wayang tu mungkin ada, tapi tidaklah sehingga tahap mengghairahkan. Terdapat juga godaan daripada rakan sebaya yang menawarkan stok-stok terbaru tapi semua aku tepis. Even permintaan Shuhud sejak bulan lepas untuk mendapatkan klip Peterporn pun aku buat tak endah sambil menasihatinya dengan baik.

Kejayaan 3: Berjaya berbuka puasa dengan semua ahli Team Bangi


Oh ini memang kejayaan yang menyeronokkan. Dapat duduk berkumpul berbuka puasa bersama-sama sambil mengumpat tentang bekas teman wanita dan manusia yang hangin di sekolah menengah memang sungguh mengasyikkan. Yelah mostly ahli Team Bangi sudah berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, kadang-kadang tiada masa untuk berfoya-foya seperti dahulu. Secara jujurnya jika korang tiada hidup aku akan dilanda kesunyian dan kebosanan. Aku tiada adik beradik lain selain Megatron dan Chevy. So koranglah abang/kakak/adik aku walaupun asyik nak mempengaruhi aku ke lembah kedurjanaan. Let's do this again sometime soon okay? Oh Shuhud sila datang ambil tempat barbeque kau ada kucing liar sudah menjadikannya sebagai sarang mengawan.

Kejayaan 4: Baju raya sudah siap!


Aku bukan seperti korang gadis-gadis ada at least 3 pasang baju raya. Baju Melayu aku untuk raya kali ini berwarna hijau muda. Dan baju itu sudah siap yay! Kesempatan ini aku ingin gunakan untuk mengeji mereka yang tidak sempat untuk menempah baju raya dan terpaksa memakai baju tahun lepas yang sudah sendat itu. Hik hik hik. Seluar jeans pun aku sudah beli 2 bulan yang lalu dengan harga bundle.

Kita asyik bercerita dengan kejayaan, namun begitu pasti terdapat kegagalan di dalam kehidupan kita yang fana ini. Di sini aku ingin berkongsi kegagalan aku di bulan Ramadan ini agar korang boleh jadikan iktibar.

Kegagalan 1: Solat terawih tidak lengkap


Faktor bekerja berat sepanjang hari, kemalasan dan rabun malam menyebabkan aku jarang keluar bersolat terawih. Aku ingin menyalahkan rakan sebaya sekali lagi kerana orang macam Fandi tu dia selalu tipu mak abah dia cakap nak Terawih kat surau rumah aku. Setelah itu, dia datang rumah aku ajak aku keluar minum kat Restoran Hassan. Aku pulak jenis yang tak boleh nak hampakan kawan. Ahhh...

Kegagalan 2: Langsung tidak bersenam


Walaupun kita sedang berpuasa, tidak semestinya kita harus menghentikan aktiviti senaman kita. Treadmill aku sudah ada sarang labah-labah dan kelawar tergantung akibat sudah 13 hari tidak digunakan. Aku berani jamin kalau kita buat senaman ringan seperti berjalan di atas treadmill selama beberapa puluh minit pasti berat badan akan berkurang dengan lebih agresif. Takdelah penat sangat pun sebenarnya. Tapi itulah, puas aku muhasabah diri untuk bersenam tapi aku tumpas juga dengan godaan katil yang empuk balik kerja terus tidur sehingga waktu berbuka.

Kegagalan 3: Gagal mengecapi malam Lailatulqadar


Harun Din kata malam Lailatulqadar akan hadir pada 10 malam terakhir Ramadan. Walaupun malam itu belum tiba, tapi aku awal-awal lagi memadamkan harapan aku untuk mengecapi nikmat ini. Aku cuma bersikap realistik. Huii sekali dapat betul betul memang tak update dah blog keji ni nanti hik hik hik.

Demikianlah antara kejayaan dan kegagalan saya dalam edisi Ramadan kali ini. Anda bagaimana pula? Diharapkan semangat para pembaca telah tercetus setelah membaca testismonial kejayaan saya ini. Jangan lupa niat puasa esok.



12 comments:

Clarky Afif said...

ah akhirnya aku tewas dengan bazaar ramadhan puncak alam fasa 3 yang ada jual ayam bakar super yummy.

aku beli buat sandwich ayam jadi berat macam agak tambah T__T

jana said...

Ijai,
kak jana setakat ini tak pernah pergi bazaar ramadan lagi(berjayalah tu)tang muntah sebelum imsak tu selalu berlaku pada kak jana naturaly tapi tak kurus juga rasa tak sehat adalah,tanya sikit masa berbuka team bangi hari itu nampak shuhud bawa adik,dia, selalu dia bawa adik dia kan"so cute".tapi tak takut nanti oarng ingat anak pula.Jatuh saham. tapi takpalah susah nak cari jejaka yang macam tu sekarang ini.

Anonymous said...

kegagalan liverp..... eh xpe laa xde kaitan dgn ramadhan hehe.



-megan musang

Mohamad Faizal said...

clarky: makan dan muntahkan!

kak jana: itu taktik dia sebenarnya. kalau bawa adik dia berharap gadis2 dapat memuji kekiutan adiknya dan masa itulah shuhud cuba memulakan perbualan walaupun selalu gagal

megan: nasib baik sudah lepas waktu imsak jika tidak aku pasti mencarut ringan

Noraishikin Mohd Salleh said...

baju raya kau dah siap? dem, giler semangat. tak sabo nak gi umah kau beraya :p

Rahim Hashim said...

jangan hepi sgt...berat badan time bulan puasa tk boleh percaya sgt..lepas raya naik 5 kg.

O Ena O said...

alhamdulillah..aku dh turun 2kg ..tp air je yg byk ilang dr badan..huhu
tp kang raye pertama dh nek 2kg or double2 kg lg naikk..sedihhh toll..aku bercita2 n angan2 nk dpt muka panjang dgn dagu tajam raye ni tp nmpk nye dlm mimpi je aku dpt..sob sob...

astute said...

berat aku dah 39kg and bulan puasa aku pun tak minum la herbalife.

antara kejayaan; aku tak tinggal lagi trwikh spnjg aku boleh puasa, and baru 2 kali pegi bazar rmdhan (tu pun sb tak puasa n lapar tak hengat).

antara kegagalan; pantang nmpk high heels yg cantik, sume aku nk beli buat kasut raya..and satu hari tak bangun sahur sbb salah kunci jam. lapar nk arwah masa kat sekolah!

^wirda^ said...

kejayaan :: aku dh buat berjaya buat kuih buatan sendiri..hohoho

kegagalan :: aku tak sempat nk solat terawih sbb takda sapa jaga anak aku..(alasan kah ini?) ohhh

Anonymous said...

aku juga sudah berjaya menurunkan berat badan 2 kg shj.. aku rasa 2 kg tu mewakili air yg aku selalu minum di waktu siang...

-jaja-

Kap said...

aku belum sempat jumpa mesin timbang.
tapi aku pasti ukur lilit pinggang berkurang.
syabas betey.

menyentuh pasal kegagalan sebelum subuh liverp....(huh..nasib baik aku tak "ter"sambung statement megan musang)

Mohamad Faizal said...

cikinto: datang rumah aku kena pakai baju raya kalau kau pakai tshirt memang mendapat layanan buruk nanti hik hik

rahim: aku akan menghalang diri daripada membaham rendang

ena: usaha tangga kejayaan! hiah!

astute: 39kg...itu berat perut aku sahaja tau

wirda: bawakla anak pi sekali hik hik hik

jaja: tahniah untuk anda!

kap: jaga-jaga sekarang ni tengah tak puasa mulut ni pasti lancar sahaja mengeluarkan carutan ringan akibat emosi dibelasah 3-0

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...