Friday, August 13, 2010

Liga Super Kembali!

Uuuu seronoknya aku Liga Perdana Inggeris kembali esok. Seperti biasa, jika BPL kembali, Liga Super pun akan kembali juga. Sesiapa yang menyertai Liga Super musim lepas boleh menyertai Liga Super kali ini secara automatik jika anda menggunakan login ID yang sama. Sebagai Juara Liga Super tiga kali, aku tersangat faham jika korang tiada testis untuk menyertai liga ini pada musim baru kerana korang bimbang diaibkan oleh aku. Bagaimana provokasi aku ini? Jika korang rasa tercabar, ayuh bina pasukan anda sekarang dan sertai Liga Super. Aku mengharapkan saingan sengit, sehinggakan aku sanggup memberi handicap kepada korang dengan mendedahkan line up aku untuk musim ini. Tirulah aku jika ingin memberi saingan.


Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui pesaing-pesaing Anfield Heroes untuk merangkul kejuaraan kali ke-4 musim ini.

Ok sebelum menjadi pundit, aku ingin paparkan dahulu screenshot senarai peserta dan kedudukan Liga Super sekarang. Ehem, juara Liga Super musim lepas, Mohd Dazrul yang menguruskan pasukan Romper Stopper selamba je mengeluarkan kenyataan akhbar,

"juara bertahan belum main lagi dh kat puncak liga hahaha *riak*"


Aku membalas,

"err maaf ye 'juara bertahan'. kau berada di atas sekarang sebab kau login guna id kau. cuba login guna id aku, aku kat atas sebenarnya. nak capture screenshot ke? sori ye dazu remukkan angan2 kau"

So sila lihat screenshot di bawah ya Dazrul. Cis. Sila berhati-hati bila berkata-kata kalau terguris hati aku nanti ataupun agak-agak kau dah pancung aku, memang akan diabuse kuasa Administrator liga. Hii hii.


Ok moving on, ayuh kita kaji senarai-senarai pesaing musim ini.

Pasukan: Romper Stopper
Pengurus: Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin
Overview: Oklah sebab Dazu juara bertahan aku harus meletakkan dia sebagai saingan utama pada musim ini. Dazu ada kelebihan kerana dia duduk di London dan boleh mendapat berita pasukan dengan lebih mudah. Namun begitu kita hanya perlu bersabar ketika bertarung dengan Dazu kerana di satu saat, dia pasti akan mengabaikan team dia selama 2 atau 3 gameweek sebelum kembali dengan penyesalan dan cuba membuat comeback tetapi sudah terlambat.

Pasukan: Toon Army
Pengurus: Amir Rashidi (Cut Me I'd Bleed Black and White)
Overview: One of the last remaining Geordies, the Toon Army used to be Anfield Heroes biggest rival...well not anymore. Pasukan kegemarannya Newcastle United telah kembali ke Liga Perdana dan pemain-pemain Newcastle yang murah menjadi pilihan untuk para pengurus melengkapkan pasukan mereka. Tapi jangan angkat Sol Campbell badan dia dah macam Syanie dah macamana nak kawal si Chachosburrito tu dalam perlawanan pertama menentang Manchester United nanti. Toon Army tidak dikonsider sebagai pesaing kerana Apai sudah ada bayi kecil untuk dijaga dan di bulan Ramadan ini Mizah mungkin akan menunjukkan sifat Queen Controlnya dengan menentukan siapa pemain mana yang patut dibeli setiap minggu. Hik hik hik.

Pasukan: Bola Pancit
Pengurus: Anas Mohd Mustafah
Overview: Anas memenangi anugerah 'Rookie Manager Of The Year' pada saingan Liga Super musim lepas setelah mengejutkan pelbagai pihak dengan mengekalkan kududukan lima pasukan teratas secara konsisten. Ilmu pundit Anas sememangnya bagus, lebih bagus daripada Shuhud sebagai pengurus yang lebih senior hik hik hik. Anas dijangka memberi saingan sengit pada kali ini kerana dia dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dan dia ni memang kaki main game. Semua game dia nak main. Tapi kita dah lama tak berperang Anas....

Pasukan: Adamonster
Pengurus: Adam Johari
Overview: Walaupun pengalaman Adam sebagai pengurus masih cetek, Adam memiliki keupayaan untuk bersaing kerana dia senjata rahsia. Setiap musim, Adam akan mencipta satu spreadsheet Microsoft Excel yang dilengkapi dengan Macro yang kompleks untuk menentukan pemain manakah yang dia patut turunkan dalam setiap gameweek. Namun begitu, spreadsheetnya sekadar menjadi bahan cercaan pengurus-pengurus lain kerana Adam sering menduduki bottom 5 liga. Haa haa. Lagipun Adam tidak memiliki kesabaran yang tinggi gameweek dua je mesti dah guna Wildcard.

Pasukan: Stobart FC
Pengurus: Shuhud Zakaria
Overview: Abe memang banyak pengalaman dan suka bercakap besar. Abe hanya akan memberi saingan di awal musim sebelum menjadi lalai akibat tekanan pekerjaan semua rakan-rakan dia tau nak cabut gigi free sahaja. Pastu dialog dia "Alaaa aku sibukla lupa nak transfer takpe tahun depan aku kembali....." Itu adalah dialog setiap musimnya.

Other pesaing yang mungkin sekadar bertarung untuk top 10 adalah Merry Men Legends (Hisyam), FC Wilshere (Lebai), dan mungkin FC ImpianMaju (Naqqib). For new players, the code to join this league is 82088-26214. Ayuh Muaz, Kusha, akak abe serta pembaca-pembaca sekalian. Jika korang betul-betul ada testis/breast come on join the fun. See you guys there. You'll never walk alone. Except on the last gameweek when I have won the league then you walk alone la.



13 comments:

^wirda^ said...

ok takmo amik port..tapaham sepatah haram..hahahaha

Anonymous said...

haha bohong gile team kau jai. tengoklah. spreadsheet aku tahun ni sangat mantap. dah la aku skarang aku boleh baca surat khabar england yang ade banyak info stiap minggu.

adam

astute said...

btol wirda..aku pun sepatah haram tak fahammkalau halal pun tetap tak faham

Anonymous said...

haha..
jgn risau rakan2..season ni aku janjikan saingan lebih hebat dari musim lepas..last season aku no 6 ape..masuk euro cup tu(mcm liverpool..haha)

pundit aku:amik robbie keane..harga 5.5,mungkin diturunkan sebab friendly spurs semua dia main..atau schwazer sebab gosip di dada2 akhbar tabloid versi uk mengatakan dia nak join arsenal..(tipu)


-shuhud-

Idlan said...

Aku dah join league kau. Cepat join league aku!

363526-92790

BTW Adam ko jangan baca the Sun nanti batal puasa. Instead belilah 4-4-2 yang sangat best.

P/S: Adam ko duduk Soton ke? Kita sama liga tau tahun ni.

Anonymous said...

haha aku duduk croydon kakak abe. 15 minit dari london. tapi aku tetap penyokong tegar man utd. takkan nak sokong crystal palace yang berdekatan kot.

hah tahun ni aku tak jadi buat spreadsheet. terlampau banyak orang best yang takde dalam liga sbelum ni. eg: david silva, chicharito, chamakh... etc

aku ikut hati skarang. more heart, less head. tengok lah!

adam

Idlan said...

Oh Croydon. Aku selalu pergi Wing Yip sana. Support your local team Adam! Biasakan dengan kelab yang in administration. Sbb United ni tak lama lagi macam nak kena je.. sob.

Tapi Colchester United League 1 pun jersey £40 pastu tiket nak tengok game £20. *sigh*

Selamat berpuasa 17 jam.

Eh Ijai sorry jadi tempat berbual orang UK pulak. Mana Dazu nak ajak join.

aziezah said...

i dont understang sepatah haram en faizal =)

aziezah

Mohamad Faizal said...

wirda, astute, aziezah: haha tidak mengapa, ini entri khas jejaka

adam: haha kita saksikan wildcard kau minggu hadapan

abe: daripada amek robbie keane baik amek shola ameobi

akak abe: aku dah join dan aku kan aibkan korang semua

Anonymous said...

argh ramai lak player aku x masuk starting line up (perang psikologi)

-dazu-

Anonymous said...

ade ke keeper aku injured sejurus sbelum kickoff. wtf. tension tul aku. dah la drogba kononnye injured, jadi aku tak masukkan dia. ijai kau plak masukkan drogba dan si cilake tu dapat 17 ke 18 points, tambah ngan kau jadikan dia kapten. warghhhh

adam

Mohamad Faizal said...

dazu dan adam: kah kah kah kah kah (gelak pendahulu liga di gameweek 1)

mr said...

ehh beb apesl dh tk leh join league korang..??












-rival shuhud,bru belajar and seek new challeng-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...