Sunday, August 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Anak Yatim

Setiap tahun, aktiviti berbuka puasa bersama-sama ahli Team Bangi memang sudah menjadi suatu kewajipan. Sejak dari bermulanya Ramadan kami sudah merancang untuk berbuka bersama-sama, tetapi sudah banyak kali ditangguhkan. Antara faktor-faktor yang menghalang kami daripada berbuka puasa bersama adalah kesibukan bekerja serta kedegilan Fandi untuk berpuasa. Semalam, berbekalkan keazaman yang tinggi, kami berjaya mengatasi segala rintangan untuk berbuka puasa bersama-sama. Sebagai tanda kesyukuran, kami bersetuju untuk berbuka puasa di rumah anak yatim bagi menunjukkan yang kami ini prihatin dan berhati perut. Haa terus terbeliak mata korang membaca ayat sebelum ini. Ayuh teruskan teruskan membaca entri ini dengan penuh kekaguman.

Setelah mengadakan perbincangan lanjut, kami bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa di rumah aku kerana aku ni anak yatim. Mengikut pembahagian tugas berdasarkan warna kulit, Shuhud telah dipertanggungjawabkan untuk membawa set barbiequenya. Tapi tong gas tak mahu bawa sekali, cis. Kami berangan-angan nak masak sendiri walaupun skill masakan kami memang tahap kafir Quraisy. Berbekalkan bekalan daging ayam dan kambing penuh kolestrol yang disalut dengan sos rahsia buatan Jamil, kami mula membakar binatang-binatang yang telah diproses itu di belakang rumah aku dengan harapan jiran sekeliling akan berasa cemburu sebab diorang tak dapat makan ayam.


Lihatlah daging-daging di bawah. Terasa seperti hendak menjilat skrin komputer masing-masing bukan? Takpe jilatlah puasa tak batal makruh je pun.


Fandi membuat kejutan dengan membawa tomyam yang didakwa dimasak sendiri olehnya. Dia juga turut menakutkan kami dengan menawarkan diri untuk membuat cocktail tanpa alkohol. Memang cocklover kau ni Fandi. Tetapi sempena di bulan Ramadan ini aku akuilah cocktail kau memang lazat dan tomyam kau juga awesome walaupun pedas nak arwah.


Kami membiarkan kaum wanita menunjukkan skill masing-masing di dapur dengan memasak nasi, menggoreng telur dan mengumpat dan kami kaum jejaka mengambil kesempatan untuk berehat-rehat di bilik aku yang berhawa dingin bermain permainan video. If tak puasa mungkin mereka akan menonton pornografi ringan yang dibawa dari rumah.


Woohooo masa untuk membaham bebeh! Diketuai dengan bacaan doa makan oleh adik Shuhud yang belum baligh yang tidak puasa, kami pun menikmati juadah yang disediakan. Selain ayam panggang dan tomyam, Zul dan Ikram bawa KFC, Mizah pula berkeras hendak membawa salad buatan sendiri, Anas dan Zack membawa kek dan trifle yang mereka dakwa mereka cipta sendiri, Ise dan TEMAN WANITANYA menyediakan air buah dan air bergas. Memang ada gaya hendak membazir seperti syaitan ni.


Bak kata pepatah, ikut nafsu lesu. Makanan memang banyak lebih, perut kami terutamanya perut Jamil memang tidak mampu untuk menampung kehendak syahwat kami. Masing-masing hanya mampu bersandar sambil memikirkan alasan apakah yang patut direka untuk melarikan diri daripada sesi solat terawih berjemaah nanti.


Ini adalah makanan yang berlebihan. Haha memang sudah diagak bulan puasa ni kita semua benda nak makan. Rambang mata beli itu ini takut tak cukup. Last-last baru minum air secawan dah kenyang dah. Tapi kami bukan syaitan mengamalkan sifat pembaziran so setiap orang diwajibkan membawa balik makanan-makanan ini.


Walaupun kami semua kepenatan dan kekenyangan, kewajipan sebagai seorang muslim tidak akan dilupakan. You see, gambar di bawah sepatutnya dapat menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca agar bersolat Isyak dan terawih berjemaah, namun begitu disebabkan oleh lakonan kaku beberapa orang makmum yang jelas tengah tahan gelak dan aksi takbiratulihram yang sesat oleh mualaf kat belakang tu, maka berkuranglah impak gambar ini.


Bukannya selalu kita dapat berkumpul, bergelak tawa, dan mengumpat sebegini. Sesungguhnya aku berasa gembira sekali dapat menganjurkan majlis berbuka puasa ini di mana semua ahli team Bangi (yang berada di Bangi) berjaya memberikan komitmen masing-masing. Terima kasih Da' Killa, Anas & Zack, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Fandi & Ida, Ikram & Zul, Shuhud, Ise (dan TEMAN WANITANYA). Bila Adam & Shikin balik nanti, kita anjurkan sesi berbuka dan bersahur sekali lagi. Dazu sempat lagi kau nak beli tiket menyambut Hari Raya bersama.

Majlis disudahi dengan carutan di medan perang bermain Call of Duty sehingga sahur. Err sort of. Untuk melihat lebih banyak gambar berbuka puasa yang tidak mendedahkan aurat berat, sila layari laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=203355&id=628280825&l=aebf81e66e

Dah berbuka baru boleh ringan-ringan.





20 comments:

Anonymous said...

apa sebenarnya yg fandi fikirkan ketika belaiu melakukan aksi sedemikian rupa di gambar terakhir?

Jonet@Janet?

Anonymous said...

aku yg pertama! hahahahah!!

Jonet@Janet?

Mimie.Candy Cane said...

makmum sorang muke kepit mulut tanak bagi gelak..takleh blah betol.hahahahha

Muaz said...

Hahaha.. tak tahan! pak imam pakai baju hooters tuuu.. giler la..hahaha :p

Shima Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Shima Ibrahim said...

Lepas berbuka semua tersandar..

Mohamad Faizal said...

jonet: dalam fikirannya "alangkah bahagianya kalau aku ini homoseksual bersama faizal"

mimie: tu ah memang kaku gila lakonan mereka

muaz: pakaian tak melambangkan keimanan. eh malam ni 'terawih' di rumah aku iza tak perasan punya hik hik hik

shima: dan perut pun terkeluar...(rhyme dengan apa yang anda katakan)

otak ketat said...

aku tgk gambar yg solat tuh, tgk imam dia je pun aku dah tahu tu lakonan semata. wakakaka.

Kap said...

seluar kau tu tak cukup panjang, jal.
anak yatim kena pakai slack.
baru skema.

nana said...

banyakkkk nya makanan~~~

eh, lain kali kena ajak aku. aku anak yatim juga, oh!

Anonymous said...

dlm fikiran ak..faizal likma es..ahaks

-fandi-

O Ena O said...

waahhhh
beshhhhnyaaa tgk ayam2 tuhhh...grrrrr.....

bgus ni gathering kome nie..ade pengisian yg baikk gituuu...tahniahhh...gathering ko n kawan2 ko berjayaaa..

khairul_bariyyah said...

trifle! sedap dan senang... sape laki yang x pernah dipopularkan dalam blog kool ni? (bdiri sebelah shuhud masa main game)

Anonymous said...

sakit pankreas aku baca entry ni

-jaja-

temb0k said...

sblm berbuke
mke sume cani ;0

slps berbuke
*_*

[z@ck] said...

tudiaa..
puaih hati

otak ketat said...

TEMAN WANITA ise mcm kenal la. dak upm ka dia dulu? hehe.

Mohd Hazri said...

best la korang dapat kumpul sama-sama... tang solat tu aku puji walaupun semua pelakon gagal menunjukkan tahap professional. haha

Mohamad Faizal said...

otak ketat: manaaa at least lakonan aku nampak natural nampak macam imam sebenar

kap: anak yatim bawah 18 tahun je kena pakai slack. aku dah 19 tahun tak mengapa

nana: bolehhhhhhh nak makan buffet rm20 sahaja

fandi: memang itulah harapan kau

ena: memang best ada lagi ketulan ayam di peti ais yang tidak habis

khairul: nama dia hisyam (ise). ada can lagi kalau nak mengurat dia

jaja: sakit pankreas boleh minta mc kat doktor lepas tu takyah puasa. yes!

tembok: perut sebelum berbuka |) selepas berbuka | )

zack: memaing puaih ati noooo (cuba2 cakap utagha)

otak ketat: eh betul ke? siapa nama dia? kitorang baru je kenal tak soal siasat sangat pun lagi

hazri: exsqueeze me walaupun berlakon tapi kau harus akui yang ada sedikit cahaya keimaman di wajah aku

^wirda^ said...

hahaha..makmum muda ko mmg bg spoil la...dh terpegun dh aku mula2..hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...