Tuesday, August 10, 2010

Mengapa Bulan Ramadan Itu Best

Esok puasa woit. Bagaimana? Sudah bersediakah anda menghadapi bulan Ramadan ini? Bagi orang Melayu yang bermata sepet ataupun berkulit gelap bestlah boleh menyamar dan makan nasik beriyani secara terbuka di Restoran Hasan di bulan Ramadan. Bagi kaum jejaka yang ada sedikit Iman, bulan puasa memang best kerana kami boleh berpuasa penuh. Tiada gadis yang normal yang mampu berpuasa penuh melainkan anda sudah menopaus ataupun belum mencapai akil baligh. Namun begitu gadis-gadis tidak perlu berasa murung kerana hari ini kita akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mengujakan tentang bulan puasa. Tak perlulah aku mengupas isu ini melalui sudut agama dan sebut pasal fadhilat Ramadan seperti pahala yang berganda ataupun kelebihan solat terawih kerana semua itu ustaz anda sudah ajar di sekolah agama. Ayuh teruskan membaca mengapa bulan Ramadan itu best versi Yang Penting Rupa.

1) Dapat mengurangkan berat badan

Percaya atau tidak, pada bulan puasa tahun lepas, aku berjaya menurunkan berat badan aku daripada 73kg kepada 68kg. Tapi masuk hari raya pertama je terus tambah 2kg akibat makan rendang Pak Su aku. Sekarang berat badan aku 71.6kg (bukti bergambar di bawah), dan aku berazam untuk menjadikan ukurlilit perut aku daripada 34 inci kepada 32 inci. Aku yakin aku akan dapat meningkatkan prestasi penurunan berat badan pada tahun ini kerana tahun ini aku boleh berlari-lari anak di atas treadmill. Tiada sebab untuk berhenti berjogging walaupun di bulan puasa bukan? Lagipun tengah jogging lepas tu berpeluh-peluh mungkin peluh tu akan mengalir ke dalam mulut secara tidak sengaja sehingga hilang dahaga. See, nikmat tu boleh datang dalam pelbagai bentuk.


Kadar kolestrol juga akan turun berkadar terus dengan kadar penurunan berat badan. Bulan puasa kita tak makan sangat benda-benda yang berlemak walaupun di waktu berbuka kerana selalunya kita minum air sebotol je dah kenyang dah. Lainlah kalau kau berbuka dan bersahur di Mekdi. Aku rasa kalau bab menguruskan badan ni gadis-gadislah yang paling seronok. Pagi-pagi sahur minum shake Herbalife berbuka pun makan shake Herbalife lepastu di penghujung Ramadan pinggang dah ramping dah boleh pakai baju sekolah balik dah. Dah ramping barulah boleh pakai kebaya terbelah sehingga ke peha di hari raya nanti bukan?

2) Dapat mengelakkan diri daripada menonton pornografi

Mengikut ilmu Fekah aku yang mendapat gred Jaijidan dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA), puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Dengan menanamkan erti dan konsep puasa di dalam diri, kita secara automatik akan berjaya menahan diri daripada menonton pornografi. Kalau sekadar jeling je aksi dah boleh hilang pahala puasa, kalau kita tonton secara khusyuk pastilah batal terus nanti akibat tindakan susulan yang kita pasti akan lakukan. Ucapkan selamat tinggal kepada koleksi Maria Menado anda...eh macam salah Maria je. Entah aku bukan tengok sangat pun so taktaulah nama-nama ranjang mereka.

3) Dapat berkumpul bersama rakan-rakan berbuka puasa di tempat yang menarik

Kamon guys last year aku rasa dua kali je kita berbuka bersama di luar. Satu kat Kafe Noel Gallagher's Oasis satu lagi....entah aku pun dah lupa. Itu pun sebab Dazu pulang ke Bangi. Aku faham kalian sudah berkahwin ada komitmen terhadap keluarga tapi bukannya tiap-tiap hari yang kupinta. Memang seronok dapat berkumpul dengan Team Bangi kerana dah berbuka kami boleh mengeji orang tanpa mempedulikan warna kulit mahupun saiz buah dada. Bergurau takpe, tak kira mengumpat sebab kita tak sebut nama orang yang dikutuk. Lepas tu buat-buat lalai dan penat tak pergi solat terawih.


Selalunya aku berbuka di rumah sahaja. Tapi ada sekali tu Pak Long aku ajak berbuka dekat Hotel Concorde kat Sepang. Mula-mula aku menolak tapi setelah Pak Long aku bersumpah yang aku tidak perlu mengeluarkan sesen pun, terus aku setuju yang mengalir air mazi kegembiraan. Fuii makan macam-macam uols. Kat Bangi sekarang dah banyak restoran/kafe/kopitiam yang baru dibuka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat wajib karangan PMR). Contohnya Wong Solo, Restoran Mohd Chan Abdullah, Ice Room, Ayam Percik Yati, Steamboat Antarabangsa, semua jenis kopitiam, fastfood yang popular dan banyak lagilah. Itupun aku tak habis cuba try test lagi membaham di restoran-restoran tersebut.

4) Boleh menikmati perkara-perkara yang hanya akan ada di bulan Ramadan.

Eh sub topik ini boleh buat satu entri baru ni. Esoklah kita tulis pasal perkara ini.

5) Boleh berhenti merokok terus.

Semasa di bulan Ramadan, perokok tegar mendapat impak yang paling ketara. Kita boleh lihat mereka terketar-ketar di awal bulan Ramadan sambil meracau-racau mengungkapkan jenama rokok seorang diri. Aku tak merokok so aku tak mengerti perasaan mereka. Tetapi anda semua boleh menggunakan kesempatan ini untuk berhenti merokok terus. Sikit-sikitlah. Mula-mula tak merokok siang. Lepas tu tahan sikit sampai Isyak. Lepas tu terus tidur jangan fikir pasal rokok esok pagi sedar-sedar dah kembali puasa. Ahah dah sehari suntuk anda tak merokok memang perkembangan baik tu. Kalau jenis yang merokok daging tu no komen. Ok tak Khairul Afandi bin Kassim?

6) Boleh pulang kerja awal


Kawan aku Ikram kerja kat Petronas dia kata boleh balik pukul 4 petang di bulan puasa. Aku taktaulah itu applicable untuk non-Muslim juga. Kerja kerajaan pun balik awal juga kan? Eleh aku tak cemburu. Tak kiralah bulan puasa ke bulan mengambang ke aku hari-hari still balik awal juga buat kompeni tu macam kompeni Pak Ngah aku sebab waktu bekerja aku fleksibel. Tapi bestla boleh balik awal boleh berbuka bersama keluarga. Saat-saat yang sedih adalah jika anda stuck di dalam kesesakan lalu lintas ketika azan Ruffedge eh Maghrib berkumandang dan anda terpaksa korek hidung untuk berbuka puasa seorang diri. Syahdu doo.

7) Boleh bershopping seperti syaitan

Huii dibulan puasa inilah kompleks membeli belah akan membuat anda bershopping seperti syaitan membeli barang mengikut syahwat. Potongan sehingga 70% di Sogo siapa tak ghairah. Dulu-dulu aku memang selalu shopping kat Sogo time nak raya. Sogo sebenarnya adalah tempat shopping yang underrated kerana orang tak tahu mereka boleh dapat pelbagai pakaian dan aksesori berjenama dengan harga yang murah. Lepas tu keluar dari Sogo boleh pergi beli kain songket kat jalan TAR, ataupun membeli baju Melayu di kedai Den Wahab di Wisma Yakin.

8) Bulan Ramadan tiada hantu

Bulan puasa semua jenis hantu seperti Pontianak, Hantu Tetek, Hantu Raya, Toyol, Niyang Rapik, Raksasa Gorgon dan sekutu-sekutu mereka semuanya telah dikurung. So kali ini mungkin anda berani bergayut di pondok telefon untuk ringan-ringan dengan gadis melalui medium suara. Tak perlu berubat dengan Harun Din macam Apai kena dulu. Nak lepak menyanyi main gitar kapok di tembok pun pasti tak diganggu Hantu Maya Karin. Pemandu teksi pun tak perlu risau membuat overtime di larut malam untuk persediaan hari raya. Kau nak pergi bermalam di rumah mayat atau Highland Towers pun tiada masalah. Even hantu-hantu jelmaan manusia seperti Mat Rempit dan Perogol Bersiri pun mengurangkan aktiviti mereka di bulan Ramadan ini.

Diharapkan entri ini dapat mendorong anda untuk berpuasa dengan bergaya pada tahun ini. Sekerat hari pun jadilah. Kesempatan ini ingin saya gunakan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca-pembaca yang budiman. Baca blog ijaicool tak kurang pahala puasa sebenarnya kerana apa yang ditulis adalah dakwah secara moden. Pandai-pandai je aku.



18 comments:

Anonymous said...

part tkde hantu tu aku stuju

kehkehkehkeh~



berkepak je bile dok sorg2
hahaha



santiago

nana said...

ijai, kena tulis byk sikit entri berdakwah mcm ni ijai.(eh dakwah ke ni?)

biar banyak pahala kau, ijai.


salam ramadhan.byk2 buat ibadah =)

Anonymous said...

love this entry.. teruskn je wat bln2 puasa ni.... xpe xbatal pun puasa... smbil tunggu brbuka blh bc ni smpai azan maghrib... hehehhe...

astute said...

yg kuruskan badan tu sgt betul berat aku jadik 38kg time puasa. sgt heaven! tapi time nih aku tak minum herbalife. rs meloya satu mcm kalau minum.

Asmoham said...

bestnye puasa sok.. aku maybe kamis or jumaat baru puasa

Mohamad Faizal said...

yusuf: realitinya, adakah kau takut hantu? hihi

nana: dakwahkah? hii hii

anon: jangan korek hidung dengan sengaja ya. selamat berpuasa

astute: gilak ah 38kg terlalu ramping tuh

asmoham: tak mengapa orang tak tahu jika kau tak puasa. just buat2 letih saja

Anonymous said...

jai. nanti bile aku balik kite buka puasa reramai. team bangi assemble! haha. sediakan fifa 2010. dazu dah melatih aku. tempoh hari kitorang mengalahkan dua orang cina online.

agaknye bile nak buat parti terbuka yang penting rupa? nanti bile kaunye pengikut dah mencapai 1000 orang jom.

adam

Anonymous said...

yup..
nak sahur skali pun boleh adam..pastu solat subuh berjemah(tipu)..haha..
anyway,happy ramadhan everyone..



-shuhud-

Mimi Saidi said...

bulan ramdhan xde antu..i like!

Mohamad Faizal said...

adam: haha balik terus datang rumah aku, tak payah call

abe: jangan menipu di bulan ramadan shuhud kau TAK PERNAH join sahur

mimi: bolehla balik larut malam tanpa gangguan momok

Anonymous said...

Orang kerajaan balik kerja awal?
Takda maknanya.......
Balik cam biasa jer....
Cikgu sekolah petang je kot...balik awal...



-orang gomen-

ceklala said...

mmg dakwah sungguh entri kali ni ;)

tp rasenye tang berat bdn tu mcm x jek...makin naik adelah!hahaha....pe pun selamat berpuasa ijai n sume pembaca blog ijaicool ;)

DingDong said...

selamat juga utk ko beramal n berpuasa ijai.. nway aku penah skali berbuka time waktu jln jam.. mmg stuck jenis xbgerak.. haha.. da azan.. control konon2 nk amik brg terjatuh konon.. pastu korek hidung.. wahahaha :D

^wirda^ said...

ahhhh opis aku nih baguihhhh... bg balik awal...SEPULUH MINITTTTT!!! what the what!!! (kena ikut style kau..kalo tak, kurang pahala aku) haha

ok baik aku stop citer lg..nanti lg emo aku bermaki2 kecil di hati..(kurang pahala jugakkan ustaz??)

Anonymous said...

mengape anda pki stokin itam tu? cam bawu bersalin dalam pantang jerk.. gugu

keh3.kowek idong tu xleh blah.hak3


cylot

Mohamad Faizal said...

orang gomen: yakah? hihi

ceklala: mana buleh makin naik anda puasa sekerat hari ke apa ni hihi

dingdong: ewwwwww tapi takpe tahi hidung banyak protein

wirda: betul betul lepas berbuka nanti baru cerita

cylot: biasalah kaki saya seksi nanti tergoda pula korang di bulan ramadan ni

shogunn_general said...

haha aku dh pegi ice room. bole tahanla. papa rich pun ok. bukan papa roach ye. hehe. knp kedai mohd chan sentiasa penuh ye? tu aku kne siasat tu. aku rasa dim sum atau bak kut teh halal die sedap kot.

Harris said...

yusuf: realitinya, adakah kau takut hantu? hihi nana: dakwahkah? hii hii anon: jangan korek hidung dengan sengaja ya. selamat berpuasa astute: gilak ah 38kg terlalu ramping tuh asmoham: tak mengapa orang tak tahu jika kau tak puasa. just buat2 letih saja

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...