Tuesday, August 24, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia di Stesen Minyak

Aku kalau isi minyak mesti kena isi minyak Petronas. Aku ada mentaliti aneh di mana kita tidak boleh campurkan minyak pelbagai jenama takut enjin kereta kita keliru nanti. Di rumah aku ada sebuah stesen minyak Petronas. Memang convenientla untuk aku mengisi minyak, mengeluarkan wang dari CIMB mahupun menambah nilai kad Touch n Go. Oleh kerana pergi ke stesen minyak sudah menjadi rutin, maka aku ingin berkongsi tabiat-tabiat stereotype yang boleh kita perhatikan di stesen minyak. Ayuh teruskan membaca.

1) Tak ingat nombor pam

Ini perkara yang semua manusia termasuk aku dan kalian yang sedang membaca entri ini tanpa mengira umur, bangsa mahupun saiz payu dara. Kita keluar sahaja dari kereta, pandang nombor pam, ok nombor tiga. Dalam fikiran kita dah cuba hafal dan siap buat lagu lagi sebagai teknik untuk ingat fakta macam kita selalu nyanyi susunan unsur kimia dalam jadual berkala. TIGAAA TIGAAAAA TIGAAAAAAAAA terkumat kamit mulut kita macam membaca mantera potong 18 kerat Mona Fandey. Dengan penuh keyakinan kita pun pergi ke kaunter untuk membayar. Sebaik sahaja tiba di kaunter, secara automatik anda akan hilang ingatan dan anda pasti akan menoleh ke arah pam untuk melihat nombor pam anda. Berlaku setiap masa, usah nafikan.

2) Menggunakan telefon bimbit tanpa rasa gusar


Ok yang ini aku tak buat tapi aku selalu nampak orang buat. Diorang ni memang tak pernah tengok cerita cina TVB agaknya. Dalam cerita Cina itu, watak lakonan Charlene Choi bercakap di telefon bimbit semasa sedang mengisi minyak lalu stesen minyak itu meletup menjadikan Charlene Choi cacat. Wajahnya yang hodoh itu menyebabkan tiada orang yang ingin mendekatinya. Sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan Louis Koo, seorang doktor pembedahan plastik yang jatuh cinta dengannya.

Ok aku terbawa-bawa pula dengan contoh yang aku berikan. Walaupun aku tidak pernah dengar lagi stesen minyak yang meletup akibat orang bercakap di telefon bimbit, adalah baiknya jika kita ikut sahaja logo 'Dilarang menggunakan telefon bimbit' yang ditampal. Orang kata ini semua Urban Legend. Namun begitu, aku kalau nak isi minyak mesti aku tinggalkan telefon di dalam kereta kerana aku tak mahu jadi macam Charlene Choi. Kalau aku nampak orang bercakap di telefon bimbit, aku tak nafikan yang aku ada sedikit berharap ada berlaku letupan kecil sebagai pengajaran buat mereka.

3) Pekerja asing yang berkeras untuk membantu mengisi minyak

Kat Petronas rumah aku ni, aku rasa ada seorang pekerja Nepal/Bangladesh ataupun India Muslim aku pun tak pasti. Tugas dia adalah untuk membuat aku rasa awkward. Aku baru sahaja lepas membayar, aku dah nampak dia dok tercongok di kereta aku menunggu aku buka tempat isi minyak. Sambil dia mengisi minyak, dia akan cuba berbual-bual kosong dengan aku menggunakan tatabahasa yang terhad. Tanya aku beli kereta dekat mana, berapa ringgit harga kereta dan tanya aku ada Kad Mesra ataupun tidak. Lepas tu dah habis isi minyak dia masih berlegar-legar di kereta aku tanya nak cuci cermin ke tak. Belum sempat aku kata 'no' dia dan cuci dah cermin kereta dan cermin mata aku sambil meneruskan perbualan. Habis mencuci, dia masih tak reti nak beredar seolah-olah mengharapkan tips daripada aku.....sori beb orang Malaysia mana ada bagi tips melainkan tips ketika menjawab peperiksaan ramalan SPM.

4) Meminta sedekah ketika sedang mengisi minyak


Ini memang menjadi trend masa kini. Skarang kat stesen minyak pun dah boleh dijadikan port untuk meminta sedekah. Ada seorang budak perempuan kat Petronas, aku dah naik menyampah dengar rayuan dia. Dia pun pandai, kita tengah isi minyak tak boleh nak melarikan diri. Secara senyap-senyap dia datang dari belakang lepastu memulakan ucapan 'Assalamualaikummmmmmm....' dengan nada yang lembut sekali. Dia tak tunjuk bukti bergambar mahukan ID peminta sedekah yang valid lepas tu terus minta aku beri derma ikhlas untuk rumah anak yatim. Hoi aku anak yatim juga tapi aku bekerja keras mencari rezeki ok.

Mula-mula tu aku kasihan aku berilah seringgit. Tapi hampir setiap minggu dia membuat operasi aku pun menjadi hangin. Aku hangin kerana aku nampak dia beli aiskrim Drumstick menggunakan wang dermanya. Makan harta anak yatim berdosa besar kau tahu. So korang jangan terpedaya dengan dia aku syaki dia ni terlibat dengan sindiket peminta sedekah menggunakan kanak-kanak.

5) Menghidu bau petrol

Tahukah anda bau petrol aku boleh membuat anda ketagihan? Anda pasti tahu kerana saya yakin anda pun bau. Tatkala minyak sedang diisi cuba anda buat gaya The Rock If You Smelllllll......dan anda akan menyerap satu bau yang bisa membuatkan anda lalai dan alpa.

Ok tak elok bau petrol di bulan Ramadan. Makruh. Kalau dah berbuka tak apa kot.



18 comments:

Dikna said...

haha..yg no 1 tu memang betul...macam org ilang ingatan bila smpai kat kaunter...huhu :)

Noraishikin Mohd Salleh said...

aku slalu gak jadi yg no 1 tuh especially tgk muka org kt kaunter tu yg mcm mintak penyepak..haha

Anonymous said...

ape petronas wei, esso laa..(sbb aku dpt diskaun, hehe)
`yusry tp bkn kru`

efyna.pinkladies said...

yang last sekali tu tabiat aku. haha!!

jana said...

ijai,
kak jana tukang pergi bayar,hubby yang isi minyak,itu adalah sebab pantang pergi Petronas anak kak jana yang kecil tu ada je nak beli apa-apa,tapi yang kak jana tak leh tengok bila cashier kat kaunter dia bangla.weh dulu dia tukang isi minyak sekarang dia jaga kaunter lah pulak.Lama-lama dia pulak jadi Tokey stesyen minyak.

Clarky said...

no3: aku rasa dia dah jatuh cinta dengan kau la. haha.

no5: owh yess! baik hidu petrol sebab makruh je. kalau hidu gam haram pulak.

Mohamad Faizal said...

dikna: perasaan was was sebenarnya

cikinto: haha mungkin penjaga kaunter itu tengok muka anda pun mahu lempang juga

yusry bukan kru: esso bunyi macam es ho...eh tengah puasa hik hik

efyna: berhati2 side efek dia ialah nanti kulit muka jadi berminyak naik jerawat nanti

kak jana: itu menunjukkan jika kita berusaha kita pasti berjaya (tiba2)

clarky: no3, mungkin memang normallah orang angau tengok aku

Anonymous said...

faizal, inhaling vapour from the petrol can cause health hazard la.. such as cancer etc.. so be careful !!

z a t i said...

aku pun suka bau minyak dekat stesen minyak. - fakta sebaris

^wirda^ said...

dulu lecturer aku ckp, kalo kita baru lepas ckp hp, time nk isi minyak sila sentuh tiang besi tepi tu ke ape ke..supaya cas dr hp tu neutral balik..hoho aku pun slalu berdoa kecil pada mereka yg guna tepon time isi minyak..tp aku pastikan dia jauh dr keta aku lah..hahaha

oh sgt annoying budak2 mnta sedekah or kemboja juai kerepek kat stesen minyak.. sampai satu ari aku terkejut dgr suara sayup dari belakang mcm nangnakkk... "assalamualaikum~~~~adikkkkk~~~nak kerepekkkk~~~" cissskek!!!

Anonymous said...

aku pun kene pau dgn pekerja bangladesh kat petronas sebelah uniten..
dia dgn tibe2 offer diri nak pam tayar kete aku..
pastu mintak duit nak beli air teh.
sabar je lah..

regards
Syawalliah

Vee said...

mmg slalu tak ingt no. pam jugak. smpai tertoleh2 bnyk kali nk make sure yg mana satu :p.

yang bab org guna hp masa kat pump station mmg pantang, rasa mcm nk sound direct kat situ jugak. diorg ni mcm nk bunuh diri and org lain kat pump station tu skali je. org yg merokok masa isi minyak jugak sama ye.

Mohamad Faizal said...

terima kasih di atas nasihat anda.

zati: sila renungkan nasihat di atas

wirda: jangan makan kerepek dia nanti keracunan petroleum

alia: haha bawakla dia pergi upten terus minum di selera 60 an

vee: tak pernah keluar berita orang yang merokok kena denda 5,000 seperti yang dinyatakan kan

Anonymous said...

ak xpyh igt no pam sbb ak isi myk free unlimited so sampai kat tmpt pam angkat tangan dan hoo isi la sampai melimpah (memberitahu dgn nada riak)..

-fandi-

Asmoham said...

ada la ijai byk tahun yg lalu sebuah stesen myk petronas kt klang x silap aku meletup.. cube cari.. ada.. aku x ingt kt ne tp yg pasti mamat tuh isi myk sambil ckp fon ...


o ye.. adakah kau telah meracun aryan yg comel sehingga beliau cirit birit? hahaha

Shima Ibrahim said...

No.5 tu tabiat aku!! ;)

Just nak share, hari tu aku ade tgk Discovery Channel pasal hazards kat petrol pump ni la. Tabiat yg slalu akan menyebabkan kebakaran ialah keluar masuk kereta sebelum isi minyak. Ye la, kan kite turun kete dulu utk gi bayar pas tu return to kereta nak pump minyak. Selalu nye, bile return ke kereta, most people baru nk bkk tank la, letak wallet dlm kereta la. Kadang2 ade yg siap masuk kereta duduk bace paper sambil menunggu.

This is when we can pick up static charge from the materials in the car. Kalau tgh pump minyak tetiba ade spark of fire (from the static charge), even little ones, can cause bigger fire!

Just to be safe, buat mcm kwn ko kate tu, touch any metal before returning to the nozzle.

Sekian. Terima kasih. Majulah sukan untuk negara.

Mohamad Faizal said...

fandi: kenapa kau boleh isi minyak unlimited? kelebihan untuk foreigner ke?

asmoham: bukan aku. anas yang malas buat susu dia pergi susukan aryan menggunakan payunya pula hik hik

shima: haha thanks for the info

otak ketat said...

ada yg lg kritis, siap tak tutup enjin kereta. gilak ah. nak aku mati cepat gamaknya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...