Sunday, August 8, 2010

Penyalahgunaan Alatan Dapur Dalam Kehidupan Seharian

Entri ini ditulis berdasarkan hasil kajian mendalam sejak tahun 90-an tentang penyalahgunaan alatan dapur dalam kehidupan kita setiap hari. Alat-alat dapur yang akan didedahkan sebentar lagi dicipta bagi tujuan yang suci lagi murni, namun kita manusia yang alpa telah sesuka hati mengubah fitrah kejadian dengan memaksa mereka melakukan aktiviti yang bercanggah dengan protokol mereka. Mengikut bancian yang dijalankan, antara faktor-faktor utama mengapa masyarakat menyalahgunakan alat-alat dapur ini adalah:

1) Ingin mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan sesuatu tugas
2) Kurang kesedaran sivik di dalam diri
3) Mengamalkan sikap "What's the big faking deal?"

Di sini saya akan membuat pendedahan tentang penyalahgunaan alatan dapur ini dan cara-cara yang betul untuk mengatasinya. Ayuh teruskan membaca entri berilmiah ini.

1) Sudu - Disalahgunakan untuk membuka tin biskut

Tujuan sudu dicipta adalah untuk memudahkan urusan memasukkan makanan ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan. Namun begitu, struktur sudu yang melengkung dan bertangkai menjadi faktor utama mengapa sudu dijadikan alat untuk membuka tin biskut. Kegiatan ini telah menjadi aktiviti turun temurun sejak beberapa kurun yang lalu selepas terciptanya tin biskut yang pertama.


Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan pihak masyarakat kerana; sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada lagi pembuka tin biskut khas yang dikeluarkan secara komersial di pasaran antarabangsa. Maka isu ini dianggap tidak selesai sehingga pembuka tin biskut dicipta.

2) Chopstick - Disalahgunakan sebagai alat bantuan untuk memasang plug dua mata

Chopstick dikatakan berasal dari negara China dan merupakan utensil membaham tradisional bagi kaum Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kebiasaannya, chopstick diperbuat daripada bahan plastik. Bagi mereka yang dapat B dalam kemahiran hidup, plastik pula merupakan alat penebat elektrik yang baik. Di atas sebab itulah kita sering menggunakan chopstick sebagai alat bantuan untuk memasang plug bermata dua bagi mengelakkan diri daripada terkena renjatan elektrik. Kadang-kadang kita akan menggantikan chopstick dengan benda-benda bermuncung tajam yang lain seperti pen dan kasut tumit tinggi.

Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan benda alah yang boleh masuk plug dua mata tu. Apa tah nama nama dia.



3) Peti sejuk - Disalahgunakan untuk mengeringkan kasut

Aktiviti ini selalunya dilakukan oleh kanak-kanak sekolah rendah. Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin ada perhimpunan. Lepas tu baru teringat kasut tak basuh lagi. Kalau kasut kotor nanti kena tahan dengan guru dan digelakkan beramai-ramai di hadapan perhimpunan malula nanti. Maka dalam keadaan terdesak, kita pun basuhlah kasut sambil teresak-esak sebelum waktu imsak. Sedikit teknik rhyme di situ.

Tapi di malam-malam buta ini tiada cahaya matahari, bagaimana mahu keringkan kasut? Usah kaget, kita salah gunakan sahaja peti sejuk. Walaupun nama dia peti sejuk, bahagian bawah peti ais adalah sangat panas. Jika kita meletakkan kasut basah di waktu malam, esok pagi pasti sudah kering siap ada efek kuning-kuning kepanasan lagi.

Cara yang betul bagi mengatasi masalah ini sebenarnya mudah sahaja. Tak perlu basuh kasut, kapur je terus sampai putih. Kalau kau pengawas, kiwi sampai hitam macam....Didier Drogba. Mula-mula nak bagi contoh kawan aku tadi tapi tak jadi sebab dah nak puasa kena kurangkan sikit mengeji orang.

4) Sabun - Disalahgunakan sebagai alat bantuan seksual

Penulis tidak akan menghuraikan sub topik ini bagi mengelakkan para pembaca pergi membuat latihan secara praktikal. Tapi even if aku tak huraikan pun korang still akan buat juga bukan? By the way penulis tulis ini berdasarkan pengalaman orang lain dan bukan pengalaman sendiri, Insyaallah.

Cara yang betul bagi mengatasi masalah ini adalah berkahwin.

Bagaimana? Anda mengaku tak yang anda melakukan perkara-perkara di atas? Usah bohong. Jika anda ada aktiviti penyalahgunaan alatan dapur yang lain serta cara-cara untuk mengatasinya, silalah kongsi bersama.



21 comments:

Kap said...

garfu!
untuk ditikam pada mereka yang menggunakan sabun sebagai alat bantuan seksual.

Mimie.Candy Cane said...

anak lesung.untuk mengetuk paku di dinding.sngat berguna untuk anak2 gadis sunti yang tak berminat utk memiliki tukul sebagai salah satu peralatan penting.

sally said...

Penapis teh! Sbg filter akuarium??

FAIZAH..... said...

pe ko merapu meraban ni wei..kekkeeke...WHAT D WHATTTTTT!!!aku da ketagih ijaicool..

Anonymous said...

sub topik yg terakhir tu mcm biasa buat tp dh lupe bile


kehkehkeh~




santiago

safwan said...

pinggan - tadah abu lingkaran ubat nyamuk. alatan alternatif adalah tudung periuk cap buaya.

khairul_bariyyah said...

yg num 3 tu mmg buat.. nak lagi cepat,sumbat paper dalam kasut tu...hehehe...

apa lagi ek? pisau potong ayam disalahgunakan jadi senjata pencurik2..boleh? hihi..

masa sekolah dulu,budak2 laki selalu guna periuk/besen/baldi sebagai alat ganti untuk drum..

Mohamad Faizal said...

kap: usah tikam, tetapi nasihat

mimie: haha tak pernah pulak kulihat begitu

sally: haha nice one

faizah: semoga ketagihan itu akan membawa anda ke jalan yang lurus

santiago: lusa dah puasa baik anda setelkan terus banyak2 hii hii

safwan: haha masih ada orang pakai ubat nyamuk tradisional?

khairul: sumbat kertas lagi boleh melajukan proses? benarkah ini

anis said...

tim skola dulu, gne penyepit baju jdik kn brooch, x pon klu x jmpe getah rambut, pnyepit baju pon leh jdik pnyepit rambut..

(eh tp pnyepit baju bkn alatan dapo...hoho

Anonymous said...

haha..
memandangkan aku lelaki contoh yg rajin masuk dapur,lesung batu jugak boleh digunakan utk mengetuk ais yg dah melekat2 yg dibeli di 7-eleven..
owh aku pernah jugak gune sudu nak check gigi nadia..haha..


-shuhud-

nana said...

sudip yg pemegangnya kayu
= aku pasang suis lampu, guna ni. entah nape suis lampu umah aku tu tinggi, tak sampai nak capai.

eh sebenarnya aku yg tak tinggi.

Atiqah Ahmad said...

no 1 dan 3 selalu buat. :D

Anonymous said...

aku stalker korang.aku nk tnye shuhud,semalam ko ade kat Midvel ke?aku mcm ternampak.tp taktsure kot org lain.haha

a.k.u

astute said...

kukur kelapa yang zmn mak2 kita pakai tu. anak buah aku suka jadikan dia punya toys. konon mcm kuda. siap buat bunyi kuda time dia naik.

Mohamad Faizal said...

anis: haha stylo apa pakai penyepit baju

abe: masak untuk kita berbuka bersama la kalau berani abe

nana: usahlah anda 'merendah diri'. eh hihi

atiqah: haha semua orang begitu

a.k.u: bukanlah itu maybe sekadar seorang india muslim yang rawak

astute: berhati-hati anak buah nanti terkukur burung tekukur. gila hebat aku bermain dengan kata-kata

Anonymous said...

Straw untuk korek gigi... hahahaha.. korang buat kan kan kan kan....

gadis TM

Anonymous said...

faizal anjurkan satu hujung minggu yg semua org percuma(free) utk kite masak2 n bbuka bsama2..ak stuju!!

-fandi-

Clarky Afif said...

gunting dapur untuk membunuh housemate.

ini serius.

^wirda^ said...

sudu itu ya..mmg itulah caranya..

kasut itu juga ya..saya penah buat..tp dolu2 zaman sy skolah peti ais jenis dolu2..belakang peti ais yg ade lingkaran panas..buleh sangkut2 kasut di situ..bagus idea mak pak kite..haha

Mohamad Faizal said...

gadis TM: kadang-kadang bila tiada orang di sekeliling

fandi: ayuh teruskan perbincangan di Yak! buat majlis berbuka di rumah baru kau la khairul

clarky: polis tolong tangkap clarky afif

wirda: tapi jenis orang yang takde peti ais depa hangatkan terus kat dapur kayu

Anonymous said...

a.k.u: owh aku ari ahad on call..tidak ke mid valley,tapi ke hospital..huhu..nasib baik tak pi tegur dia,kang tak pasal2 malu..haha...

ya..aku setuju ngan saranan korang..aku berbakat membuat kuih badak berendam,onde2 dan bakar membakar..ape kate kita gune set barbeku aku..kite buat ayam tandoori ngan daging bakar..pasti enak..
aku setiap weekend sepanjang ramadhan adalah percuma(free)


-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...