Thursday, August 12, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Ada di Bulan Ramadan

Kita mulakan entri ini dengan Assalamualaikum. Sebagai peringatan sesama umat, saya berpesan kepada diri sendiri dan orang lain agar tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja bagi mengelakkan terbatalnya puasa. Bulan Ramadan ini memang unik kerana terdapat beberapa perkara yang membuat kemunculan hanya di bulan Ramadan. Dulu-dulu masa tunggu nak buka puasa aku selalu tengok Jejak Rasul yang hanya akan disiarkan di bulan puasa. Oh kalau korang perasan, sequence iklan sebelum siaran azan di TV1 mesti sama setiap hari sehinggakan kita boleh hafal dan impress orang-orang yang jahil. Banyak lagi perkara-perkara yang hanya boleh didapati di bulan Ramadan. Ayuh teruskan membaca.

1) Bazar Ramadan


Nama pun bazar Ramadan, pastilah hanya akan membuat kemunculan di bulan Ramadan. Setakat ini bulan lain masih belum ada bazar sendiri seperti Bazar Syaaban, Bazar ZUlkaedah, mahupun Bazar April. Dan di bazar Ramadan pula, akan muncul juadah-juadah yang sukar didapati di pasar malam biasa seperti ayam golek, bubur lambok, Lai Chee Kang, serta kurma Yusuf Taiyoob. Kat Bangi memang ada banyak bazar Ramadan. Yang paling besar dan popular serta banyak gadis-gadis untuk memcuci mata adalah di PKNS.

2) Solat Terawih

Solat terawih hanya ada di bulan Ramadan. Pergi bersolat terawih semasa zaman remaja dahulu memang seronok. Seronok bukan sebab solat, tapi sebab dapat jumpa kawan-kawan. Orang solat kat depan kami mengumpat kat belakang sambil makan pisang. Lepas tu kutuk-kutuk struktur fizikal pakcik-pakcik yang tengah solat. Pantang nampak muka buruk ataupun macam pelakon sikit mulalah mengeji. Contohnya Apai nampak pakcik tough dan ada jambang terrorist sikit dia label Pakcik Conan la, pakcik Zezeban la. Yang bisu yang jual air tebu pun tidak terlepas daripada kejiannya.

Ahli Team Bangi selalu hadir ke surau rumah aku naik basikal walaupun agak jauh dari rumah mereka. Insiden terawih yang paling aku ingat adalah ketika Adam berbasikal ke surau rumah aku kemudian mengalami kemalangan ngeri. Tapi dia masih tabah meneruskan solat terawih walaupun berlumuran darah. Keesokan harinya, Adam tak solat terawih lagi sehinggalah ke hari ini.

Bagaimana dengan prestasi terawih korang setakat ini? Team Bangi kalau berani satu hari kita berkumpulla solat terawih sesama sendiri. Anas paling layak jadi Imam sebab Shuhud tak boleh keluar malam di bulan Ramadan.

3) Van mayat yang tidak membawa mayat

Jika anda tidak berpuasa, usahlah berlagak pergi membaham di khalayak ramai melainkan anda memiliki struktur wajah Cina seperti Adam mahupun wajah Indonesia seperti Fandi. Eh orang Indonesia mostly Islam juga Fandi kau tak bolehlah menyamar. Anyway jika anda dikantolkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing, anda akan dikumpulkan bersama-sama penjenayah agama yang lain dan dibawa ke kamar pengadilan menggunakan van mayat. Logik di sebalik aksi membawa mereka menggunakan van mayat adalah untuk memupuk keinsafan di dalam diri dan ingatkan kematian boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Kita tidak mahu mati dalam keadaan hina seperti mati tercekik KFC di bulan Ramadan.

4) Malam Lailatulqadar

Kebarangkalian untuk aku mengecapi nikmat malam Lailatulqadar dalam sesi Ramadan kali ini adalah tipis kerana masih belum pergi solat terawih lagi. Biasalah time berbuka membaham mengikut nafsu dan syahwat memang letihla satu badan. Lepas tu aku SMS kawan-kawan Bangi ajak terawih semua orang buat-buat takde kredit nak balas walaupun pakai line.

5) Artis melakukan umrah di bulan Ramadan

Ini memang menjadi trend masakini. Bulan lain mereka pergi kelab malam. Bulan Ramadan terus bertaubat mahu pergi umrah. Ramai artis yang pakaian harian mereka mendedahkan separuh buah dada tiba-tiba bertudung litup tanpa bom. Mereka dengan bangga mencanang-canangkan kepada majalah Mangga ataupun laman gosip Oh!Bulan yang mereka akan pergi menunaikan umrah di bulan Ramadan yang mulia ini. Taktaula betul ke tak pergi buat umrah entah-entah pergi melancong di Eropah dan buat-buat jadi musafir. Eh kita kena bersangka baik. Takpe aku tak sebut nama so tak kira mengumpat kira entri pengajaran la ni. Lepas tu dah balik dari 'umrah' terus buka tudung dan kembali mendedahkan aurat berat. Ceh.

Sudahlah aku mahu mandi dan berbuka seluar. Mestilah buka seluar nak mandi mana ada orang mandi pakai boxer ataupun berkemban. Zaman sekarang semua orang mandi bogel. Eh apahal pulak tiba-tiba masuk topik ini kurang pahala puasa nanti jika korang bayangkan aku mandi. Selamat berbuka! (makanan, bukan seluar).



9 comments:

otak ketat said...

ah! rindu nak pergi bazaar kt pkns. bazaar kt sini pasang lagu maher zain ja keje nya weh. aduhai. dah rasa mcm berada di bintang plak -.-

astute said...

moreh pun cuma ada time bulan puasa je. kalau adik aku semayang kat masjid, aku mesti sms tanya apa menu moreh. kalau sedap aku suh dia bawa balik...heheh

p/s puasa dua hari berat aku dah 40kg. sikit lagi nak capai 38kg..yeahhh!!!!

Clarky Afif said...

puasa tahun nilah puasa paling sederhana. aku belum jejak lagi bazaar ramadhan. tapi tak tahulah baki 28 hari lagi adakah aku akan memborong di bazaar ramadhan seperti dulu?

kita nantikan.

khairul_bariyyah said...

time bulan puasa ni la boleh nampak masjid2 penuh... ramai orang bertafakur baca quran.. kalautidak,time jumaat je penuh..

kakteh: apsal cepat sangat berat turun? x aci!!!

Mohamad Faizal said...

otak ketat: haha kau sekolah (stadi) kat mana ni semua nak pasang lagu maher zain

astute: eh 38kg dah kira aneroksia nervosa ni

clarky: takpe bulan puasa masih panjang wiken ini mungkin akan memborong

khairul: kakteh nak masuk malaysian next top model ni hii hii

astute said...

mana pulak anorexic...tinggi aku 148cm je. ok la berat 38kg.

adik : berwasadtiah-lah di bulan puasa. kelak dirimu akan kurus jua.

Kap said...

malam ni terawih dekat al-madani berjalan seperti biasa.
imam kata masalah blackout semalam berjaya di atasi.

^wirda^ said...

oh masa kat em em yu dulu aku slalu gak pegi bazar kat bangi tu..besar sket..kat putrajaya seciput2 je gerai..skarg dh byk la kot..

perenggan mandi yg last tu tak perlu kot..hahahahaha

Mohamad Faizal said...

astute: ok jangan muntahkan makanan seperti model ya hik hik

kap: dengar tu ise. rumah sebelah al madani tapi tak pernah pergi

wirda: eh putrajaya punya besar jugakla aku pernah pergi sekali ada satu gerai roti john tu panjang gila beratur entah apa keistimewaannya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...