Tuesday, August 3, 2010

Rancangan Realiti Terbaru: Makmum Muda

Rancangan realiti Imam Muda yang baru melabuhkan tirainya baru-baru ini menjadi bahan bualan dan topik perbincangan hangat di alam maya mahupun di alam nyata. Even kawan aku Adam Johari walaupun tidak pernah menonton satu episod Imam Muda turut memaparkan status di Fesbuk yang berbunyi:

antara kawan kawan Bangi aku, aku rasa Shuhud Zakaria, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, ataupun Anas Mustafah layak menghantar application untuk menjadi imam muda. haha.

Secara jujurnya, hati aku sedikit terguris kerana Adam tidak mengkonsider aku sebagai salah seorang calon Imam Muda. Tetapi apabila difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata Adam itu. Walaupun aku bersekolah agama JAIS sampin hijau dan handal tajwid, aku tidak memiliki kredibiliti untuk menjadi seorang Imam Muda. Kalaulah aku berjaya masuk Imam Muda pun, aku pasti akan dihantar pulang awal kerana tidak mempu menyelesaikan tugasan yang diberi. Contohnya, aku takut darah, so bagaimana aku hendak menyembelih haiwan ternakan? Lagipun aku kasihan kat Qibas itu nanti. Lepastu kalau diorang suruh aku membaca solat jenazah ghaib, memang aib aku di kaca televisyen nanti.

Sambil aku duduk termenung memikirkan nasib aku ini, aku tiba-tiba mendapat satu idea. Adalah tidak adil jika mereka terus mengenepikan aku. Orang-orang reject audition Imam Muda pasti berasa murung dan hilang semangat untuk berbakti kepada agama. Nanti mereka pergi buat dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa dan melakukan penzinaan pula. Idea aku adalah, jika kami tidak layak menjadi Imam, kami sekurang-kurangnya boleh menjadi makmum. Tiada makmum, tiadalah imam bukan? So aku telah pun merangka konsep rancangan realiti terbaru yang akan aku jual kepada Astro nanti yang diberi judul 'Makmum Muda'. Ayuh teruskan membaca niat suci murni aku untuk berbakti kepada masyarakat.



Ok kalau Shuhud, Dazu, dan Anas adalah calon Imam Muda, peserta-peserta reject Imam Muda seperti aku, Adam, Hisyam (Ise) dan Fandi pula adalah calon terbaik untuk menjadi peserta Makmum Muda musim pertama. Antara syarat-syarat untuk melayakkan diri ke dalam rancangan ini adalah beragama Islam, gagal masuk Imam Muda, mencapai akil baligh serta bebas daripada hadas besar. Konsepnya sama juga dengan Imam Muda, ada tugasan yang perlu diselesaikan setiap minggu. Jika salah seorang peserta gagal menjalankan tugasan yang diberikan dengan sempurna, maka dia akan dihantar pulang oleh Imam Surau Al-Kauthar dekat rumah aku ini. Hanya Ahli jawatankuasa surau yang akan diberikan mandat untuk menghakimi para peserta. Undian SMS dimansuhkan bagi mengelakkan berlakunya perbuatan khianat isteri mengundi suami masing-masing. Seterusnya aku akan membincangkan tentatif rancangan ini menggunakan aku, Adam, Ise dan Fandi sebagai contoh peserta.

Minggu 1: Orientasi

Minggu pertama adalah aktiviti bebas sesama peserta di surau Al-Kauthar. Tiada sebarang tugasan yang diberikan. Tok siak dan bilal surau akan memerhatikan gelagat kami sambil mencatat nota-nota penting tentang keperibadian kami. Strategi yang patut diambil oleh peserta pada minggu Orianthi ini adalah bersikap tenang dan tidak perlu berpura-pura membaca kitab Qiraati jilid 1 hingga 5. Untuk memikat hati hakim anda juga boleh memasukkan wang ke dalam tabung derma surau.

Penyingkiran minggu pertama: Fandi dihalau, kerana di bawah songkoknya rambut dia kaler oren dan banyak sangat main telefon bimbit di surau. Ingat, tiada panggilan yang lebih penting selain panggilan Ilahi.

Minggu 2: Tugasan pertama, bangun awal untuk solat subuh.

Kalau hendak menjadi makmum yang sempurna, tak bolehlah hanya datang solat berjemaah pada waktu Maghrib sahaja. Waktu Subuh pun kena pergi ke surau juga bukan? Motif utama di sebalik tugasan ini adalah untuk membentuk disiplin yang tinggi dengan bangun awal pagi menahan perasaan mengantuk dan air sejuk untuk memulakan hari. Kita juga tidak boleh hangat-hangat tahi Adam bangun sehari, esok terlajak. Konsistensi dan fokus yang tinggi memang diperlukan bagi mengharungi minggu kedua ini.

Penyingkiran minggu kedua: Ise disingkirkan, kerana dia memang tidur mati tak boleh bangun bagi walaupun berlaku gempa bumi.

Minggu 3: Tugasan kedua, membetulkan bacaan Imam

Imam ni manusia biasa tak bisa lari daripada kesilapan. Kadang-kadang mereka boleh terlupa bacaan dalam solat seperti doa Qunut. Takkan nak biarkan Imam terkial-kial di hadapan bukan? Jadi tugas seorang makmum yang baik adalah untuk membetulkan bacaan Imam agar solat dapat diteruskan. Dalam kes-kes yang berat, Imam boleh terkentut ataupun tercirit maka terbatallah solatnya. Seorang makmum yang boleh membaca tiga Qul boleh menggantikan tempat Imam bagi mengelakkan berlakunya rusuhan akibat tiada Imam di surau.

Penyingkiran minggu ketiga: Aku dan Adam dua-dua disingkirkan kerana tak hafal doa Qunut. Tetapi pihak Astro membuat kejutan dengan memperkenalkan undian SMS untuk memanggil kembali peserta yang terkeluar dengan menaip 'AFMASUK (nama pelajar)' dan hantar kepada 32555. Aku obviously akan mendapat undian tertinggi sekaligus menjadikan aku sebagai juara Makmum Muda yang pertama. Hadiah dia CD Maher Zain sekeping beserta baucer membeli belah di kedai capal Vincci.

Oklah aku nak pergi surau dulu untuk berlatih. Bagaimana? Korang berminat tak nak tonton rancangan realiti Makmum Muda aku?



15 comments:

et said...

uhhh.x kreatip lgsg.mcm tu nak apply jugak ah.makmum pompuan pon ramai yg berkaliber.

Ms J said...

ur entry made my day.. ^_^
~terkekeh-kekeh gelak~

Anonymous said...

hahaha jai. kalau antara kitorang confirm la kau menang. aku orang terakhir lepas PAFA time kat skolah dulu. sedih gile. weih tapi aku hafal aaa doa qunut.

adam

enuLwanie said...

hahaha...kantoi x solat subuh.
x ingat doa qunut.
ke selalu wt sujud sahwi?

Mohamad Faizal said...

et: jika mahu apply, sila layari astro.com/oasis/youngmakmum

ms j: jangan tak solat ya

adam: haha masa PAFA baca doa Qunut ramai2 so boleh miming

enulwanie: selalu. subhanamanlayana muwalayashu

Kap said...

aku tumpang simpati nasib fandi.
lain kali boleh try color biru atau hijau.
oren dah biasa sangat.

Hisyam said...

hahahahahaha... begini ko tunaikan permintaan untuk diriku di'feature'kan lebih kerap dlm blog ko...

-ise-

Anonymous said...

haha..
makmum muda juara dapat hadiah ape jai??haha...
cara nak pilih pemenang adalah sape yang paling kuat cakap 'aaaminnn' lepas surah al fatihah..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

bang ijai..
tambah yaa sorang jadi makmum boleh?


-nadia adik abe-

khairul_bariyyah said...

nmpak gayanya xde la AFMASUK.. adam ingat bace doa qunut tu.. ijai kalah la.. hahaha...
buat program lain pulak ijai,bagi adam terkeluar di minggu2 awal.. hehehe

Mohamad Faizal said...

kap: warna selain hitam pasti diherdik Imam jua nanti

ise: bersedialah kau untuk di'feature' dengan lebih banyak dan keji lagi

abe: dapat CD maher zain. kalau cakap aaaaaamin zul aa yang menang

nadia? tipu ini bukan nadia ini parah. stadi multimedia la parah kata nak berjaya macam aku

khairul: adam apa2 program yang berunsur keagamaan dia pasti terkeluar awal hii hii

^wirda^ said...

apsal rakan anda jamil tak masuk kategori? adakah dia hanya layak utk jadi bilal muda?? hahaha

Mohamad Faizal said...

jamil tak mandi wajib lagi tak boleh join

Anonymous said...

weih ise xpki songkok terang2 tunjuk rmbt kaler oren gak mane aci..die la patut dikeluarkan tlebih dahulu tmbhan mase solat rambut menutup dahi xsah slt haha..ak at least cover pki songkok..tp ise mmg liat bgn pagi da terbukti semasa di A'famosa hahaha sori ise bocor rahsia ak nak diundi AFMASUK gk =P..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

ah nak cakap orang kau pun berdengkur sebelah dia. tanpa seurat benang pulak tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...