Sunday, August 15, 2010

Soalan Untuk Gadis-Gadis: Edisi Bulan Puasa

Assalamualaikum gadis-gadis. Sudah lama kita mengadakan sesi soal jawab. Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah mengumpulkan soalan-soalan hangat yang relevan dengan bulan puasa yang sering bermain di hati jejaka. Jika anda seorang gadis dan memiliki tiub fallopio yang natural (bukan arbok) dan anda terbaca entri ini, maka anda diwajibkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Soalan-soalan ini tidak boleh diketahui jawapannya daripada Google. Even if kaum jejaka Google soalan-soalan ini, mereka akan tiba di laman blog dakwah ini juga so ada baiknya kalian gadis-gadis membantu pihak jejaka memahami hati budi seorang wanita. Ayuh teruskan menjawab.

1) Anda sedang didatangi haid. Adakah anda pura-pura berpuasa di khalayak ramai ataupun pergi ke sudut-sudut gelap untuk membaham secara sorok-sorok?

2) Walaupun berada di bulan puasa, bagaimana gadis-gadis boleh berjalan-jalan di pusat membeli belah selama tiga jam tanpa rasa penat dan akhirnya tidak membeli apa-apa?

3) Mengumpat memang sinonim dengan gadis-gadis. Semasa di bulan Ramadan, adakah korang masih mengumpat bersama gadis-gadis lain di universiti / tempat kerja?

4) Apa pandangan anda terhadap jejaka-jejaka yang tidak pergi solat terawih terutamanya di hujung minggu untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Inggeris yang baru kembali ini?

5) Secara jujur, sejujur jujurnya, bagaimanakah jejaka pilihan anda; jejaka yang kaya dan kacak macam Farid Kamil tapi tak puasa ataupun jejaka yang ternyata tidak kacak seperti gambar di bawah tetapi puasa penuh?


6) Anda diberi RM 10. Apakah yang akan anda beli di bazaar Ramadan?

7) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang gadis-gadis menempah / membeli at least 3 pasang baju raya setiap tahun?

8) Ujian masakan. Suami / teman lelaki / keluarga anda ingin berbuka di rumah. Tanpa menggunakan Google atau enjian carian lain, sila nyatakan cara-cara hendak memasak Sayur Kangkung Goreng Belacan.

Terima kasih di atas jawapan anda. Eh ini entri auto publish tu yang dia publish pukul 9.30 malam. Nanti korang tuduh aku tak pergi solat terawih pulak. Kalau tak percaya sila cari aku di surau Al-Kauthar sekarang aku duduk kat belakang imam.



35 comments:

Anonymous said...

1. buatbuat puasa, dpn kawan2 pmpuan makan takingat duniaaa...

2. our fett are built for shopping. teehee

3. waktu siang tahan nafsu mengumpat, lepas terawih mengumpat sambil makan moreh

4.tak coooool

5. pass ;)

6. air 2ringgit, nasi 5 ringgit, roti john 3ringgit. apani, mana cukup 10ringgit.

7. 1 hari raya pertama, 1 pakai masa open house, 1 lagi pakai masa kena paksa ngan parents bila nak pergi beraya rumah orang lain. mana boleh kurang 3, kang gambar kat fb baju samaaa je

8. pass lagi ;)

otak ketat said...

1) aku baru drive thru mekdi hari tu. kah kah kah.

2) yg ini tak pernah buat. tak tahu.

3) ya. terutama mengumpat justin bieber.

4) tak patut dijadikan calon suami.

5) jejaka yg kacak dan puasa penuh. contohnya chamakh. wakaka.

6) roti john zek zack, char kuey tiaw pacik "mari dek char kuey tiaw dek! ha char kuey tiaw bang! ha char kuey tiaw dek!", ayam uncle bob, dan air soya cincau.

7) benar. raya pertama, kedua, dan ketiga harus buat debut utk setiap pasang baju baru.

8) tumbuk belacan, bwg puteh, bwg merah. tumis, masuk garam, masuk kangkung. dah siap. hebat tak aku? wakakaka.

Fana Flora said...

Assalamualaikum ijaicool! Selamat berpuasa. Hehe..

1. Kalau aku ABC pun, saya tetap berpuasa seperti biasa di hadapan khalayak ramai.

2. Ijai, kan kat shopping mall ada kerusi, kalau penat duduk-duduklah dulu. Dah habis penat, sambung jalan lagi. Haha.. Takpe, biat penat asalkan dapat mencuci mata.

3. Bila tiba-tiba rasa nak terngumpat, cepat beristigfar. Astagfirullah.

4. Lelaki nampak lebih kacak apabila pergi solat terawih dengan memakai baju melayu. Cair~ Macam mana nak jadi suami soleh kalau lebih pentingkan bola daripada solat terawih

5. Pastinya lelaki seperti Ijai. Dahlah kacak, tak ponteng solat dan puasa, kelakar dan lain-lain lagi.

6. Makanan yang boleh menggembirakan hati aku. Tak kesahlah kena pusing sampai 10 round pon kat bazar.Haha..Pusing dan pusing lagi.

7. Erm, selalu beli siap je. Senang. At least ada satu la. Kalau takde pun takpe. Kalau rezeki murah, boleh borong banyak2. Baju kurung kan boleh guna banyak kali.

8. Resipi Kangkung Goreng Belacan

a. tumis bawang putih, bawang merah dan belacan yang telah ditumbuk bersama
b. masuk sedikit sos tiram dan air.
c letak kangkung
d. letak secubit garam
e. dah siap

* entah betul ke tak.Haha..

finaz said...

1) usually i mmg akan makan sbb i xkan bangun sahur. kalau kat rumah, makan depan tv je. kalau kat ofis, gi pantry n tutup pintu. ofismet sume paham (depends on department jugak)

2) haha.. shopping malls ada aircond.. xde dahaga sgt. cuma mungkin lapar n sakit kaki at the end of the day la..

3)yupp.. blasah je.. hahah

4) honestly, i dont mind. sbb terawih is sunat n not wajib. i lagi memandang serong to those yg tak pegi solat jumaat atau lengah2kan i.e.: tak dgr khutbah dulu

5)jejaka tak kacak tp puasa penuh. nak tambah boleh.. kena baik hati dan kelakar juga.. hehe

6) if im not at home, i'll buy one main dish (nasi + lauk2), roti john, bubur lambuk and my fave kuih mcm puding jagung ke.. kalau kat rumah i simpan je RM10 tu sbb bukak puasa mama masak lg best tahap dewa dewi

7) haha.. mestilahhh ok.. tahun ni i ada 4 baju kurung.. pakai masa raya, open house ofis, department, dengan bankers.. err.. byk events ok !! 4 tu pun mcm tak cukup.. anyway baju kurung is timeless so tak kisah kalau buat byk2 pun.. boleh pakai byk2 kali

8) tumbuk (bukan blend) bawang putih n merah.. tumis sekali dgn cili yg dh blend siap2.. masukkan belacan.. last sekali masukkan kangkung n tutup dgn tudung periuk so dia cepat lembut.. masukkan garam n season to taste..

hahah ni agak2 je.. tak penah masak kangkung goreng belacan in real life

Anonymous said...

1.saya drive thru kt mcD hr tuh and call mcD gak deliver kt rmh.ala makan je tp sorok juga lah sikit2.
2.boleh.dgn berbekalkan kecekalan dlm hati.benda tuh fun so tk rasa lapar!
3.kalau t'mengumpat cpt2 istifar lah.
4.hish!tak boleh buat suami!
5.kaya,kacak dn puasa penuh
6.air mangga,nasi kerabu,murtabak.cukup kot.
7.skarang br 2 and nak mtk mak lagi satu.
8.goreng kangkung spt biasa,campurkan belacan yg dh ditumbuk halus,mskkan sekali cili hijau kecil tuh(bg pedas),air asam sikit.siap!

slamat b'puasa encik faizal!
-anonimes

Wahida Nasution Thakhrim said...

1- buat2 puasa jugak la.. buat muka letih.. he3

2- kalau dah shopping namanya, tak beli apa2 walau berjalan 3 jam pun masih okay..

3- kalau boleh elak la.. tapi kalau subject best, umpat gak.. he3

4- setakat buat 8 rakaat tu kira dah okay.. nak tgk perlawanan bola sepak, go on aje la..

5- tak kacak tak pe biar sedap mata memandang, tapi puasa kena penuh..

6- beli kuih fave, kuih seri muka, dan air kelapa muda.. nasi dgn lauk masak sendiri..

7- tempah banyak2 pun tak guna jugak kalau kena buat kerja kat dapur.. saya tahun ni sepasang aje.. pakai yang lepas2..

8- tumbuk cili api, cili merah, bawang merah dengan sikit belacan.. panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk sampai baik bau.. masukkan kangkung, masak beberapa minit.. hidangkan..
p/s : ada jugak yang suka letak kicap masa goreng kangkung.. okay aje.. sedap jugak..

pikachu said...

1) Pura2 puasa kalau ade laki2, kalau stakat
pompuan2 (bukan arbok) gua bedalll jerk.
Mesti diaorang memahami dan tidak diskrimnasi
terhadapku.

2) Oh ni aku tktau, sbb aku xpgi shopping complex
kalo x de purpose time bln pose. Pancittttt kang.

3) Of koss!!!! Err ngumpat tu cam takde pekdah.
Bergosip la.. hurmm gosip ade pekdah ke? Eh?

4) Aku tak respek beliau serta memberi pandangan
serong dan memey muka eh mimik muka kpd beliau
beliau.

5) Herm,susah nak jawab soklan ni.. prefer lelaki
kaya kacak dan pose. hiks hiks hiks. Kalo da
terdesak sgt, oklaaaaaaa camni pun. Eh laki
dlm gambar ni okey apee.

6) Murtabak tiga segi, murtabak pat segi, ayam golek,
air teh bunga, kuih pelita, kuih akok. Eh mcm dah
lebih seploh inggit je. Suruh abang aku bayar
yang lebih tu.

7) Tidak benar, sebab aku ade 2 je tiap2 tahun.

8) Tumbuk bawang dan cili together-gether, cucuk
belacan dan bwg putih dkt garpu dan layarkan kat api,
pastu tumbuk sekali ngn bwg cili tsebut, panaskan kuali
ltk minyak, tumis, amik kangkung, masuk btg kangkung dulu,
bile ok, masuk daun dia plak, then ambik sos tiram sket (xde pn tkpe)
taruk air sket, biaaaaaar, taruk garam sikit, angkat.
hidang.


Ko jgn tak pergi terawikh ijai, tumbuk ko kang.

Tp sebenarnya jgn ko tak semayang 5 waktu tuu!
Tu yang paling penting skaliii. Ok? Ingatan utk ko
and aku jgk.


- pikachu -

*kuku patah said...

1) pure-pure la..tak baik la wey makan depan orang puase. balik rumah makan la nasik lam bilik

2) ooh sebab ade shopping drive. ko hape tau jai..haha

3) aktiviti jalan je. ter-umpat biasanya:p..eleh macam korang tak mengumpat??tipu

4) entahlah.malas nk pandang kat orang tak g terawikh ni.

5) yang kacak dan puasa. titik

6)Nasi kerabu/ nasik lemak , samosa.mesti ada balance sbb aku memang tak mengikut nafsu syaitonn

7) aku 3 je. sebab tukang jahit da tanak amik tempahan

8) amik kangkong letak belacan. bukak api dan gorenglah sehingga cukop rasa. jgn lupa basuh kangkong dulu..

Anonymous said...

1.pura pura puasa.tp bile dah balik umah, selongkar peti sejuk cari makanan.kalau boleh nak baham stu peti

2.oh..itu dah memg gene aku.shoping tu terapi jiwa.

3.try sebolehnye tak mengumpat tp mmg susah nak tahan,so kalu terlepas tu aku istighfar and doa malaikat bahu kiri tak tulis

4.mereka perlu pergi ke sekolah sampin hijau untuk dapat didikan terbaik mcm kau dpt

5.aku pilih yg puase penuh tp boleh tak bukan mamat dlm pic tu?!

6.fooodsss lah.ape lg! duh~ soklan tak mencabar minda langsung

7. panaskan minyak (bukan minyak ikan)pastu mskkn sayur, kangkung dan belacan.siap! mak mertua aku akn sujud syukur sbb dpt menantu cm aku

p.s: aku percaya kau g terawih.utk jejaka, tak pyh google dah jwpn.

Anonymous said...

tertinggal plak soalan num 7.haha

7.aku sangkal dakwaan tu.bukan at least 3, at least 5

efyna.pinkladies said...

1 :: berpure2 puase,tp bile rumet tadi.. maggi dibelasah dulu. hehe.

2 :: shopping guna kaki,bukan guna mulot. lagipon tak membazir sebab tak beli. :)

3 :: time pose tak gosip,LEPAS BUKA baru bergosip. yeah!!

4 :: tiada pandangan. kalau sekali sekala tak g tape kot. kalau langsung tak g cam hampeh jer. hehe

5 :: puasa penuh tp muke cam IJAICOOL. bole?

6 :: air=rm1,kuih=rm1,nasi=rm4. hihi..

7 :: yup.. semestinye. raya pertama baju mesti vogue ok. :D

8 :: tumbok belacan+bwg putih+cili api digoreng ngn minyak letak garam letak sayor kangkong. huhu

cikhajar said...

nak jawab soalan 1 jek...
takder makna nak pura2 tak pose.. makan jek mcm bese..tp tak kt public yg terlalu ramai.. eheh.. pernah buat deliveri pizza, dan siap maki budak pizza tuh sbb lambat..org da lapo giler taim tuh... keh keh keh

jana said...

Ijai,
yang no.5 tu,bulan-bulan puasa pun sempat mengenakan Shuhud ya! tak baik tau :)

Mohamad Faizal said...

anon: eh mana boleh pass pass

otak ketat: 5) chamakh tak puasa kot dia bekerja berat sepanjang tahun hihi

fana: 5) huh zaman sekarang ni memang susah nak cari lelaki idaman anda itu hihi

finaz: 4) hey hey saya dengar khutbah dari rumah ok sebab masjid dekat (tiba-tiba terasa)

anonimes: 7) haha kasihan mak anda. mengapa tidak boleh pakai baju last year saje hi hi

wahida: 7) baguih nooo. kami tak judge punya pakai baju sama hik hik (tapi gadis lain pasti mengumpat hik hik)

pikachu: 5) lelaki dalam gambar tu memang ok pun. jika berminat tinggalkanlah alamat emel

kuku patah: shopping....drive? (memang tak tahu)

anon 2: 6) aiyak memanglah foods. jika anda lihat pembaca lain mereka semua mengerti kehendak soalan dengan menyatakan makanan yang mereka beli dengan rm10 hi hi hi

efyna: 5) bole. tapi susah nak cari jejaka macam tu....

cikhajar: jangan maki, mereka berpuasa...

kak jana: takpe kak masa tu dah berbuka

Clarky Afif said...

hola!
1. pura-pura puasa di public dan baham burger di rumah. burger ialah makanan lengkap lagi simple.

2. sebab dah biasa buat walaupun berpuasa sunat dan puasa ganti. see, aku bunuh housemate pun reti puasa sunat tau.

3. masih! tapi kami panggil gosip. gosip tidak disebut dalam mana-mana hadis kan?

4. "kamon la camana nak jadi bakal ayah mithali?"

5. err...kacak tak puasa takmo. tak kacak dan puasa tak tinggal....aku suruh dia buat cosmetic surgery jela.

6. aku masak kat rumah la..makanan kat bazaar bukannya sedap pun. simpan beli topup je. thanks! :D

7. hey! last year baju raya sepasang je tau. this year je pulun 4!

8. kamon...kau tanya student food service of course la aku boleh jawab. tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan yang ditumbuk. pakai blend tak main. masukkan kangkung yang sudah dicuci bersih bagi memastikan masakan itu halal lagi toyyiba. masukkan garam. siap! eh tak sengaja riyak pulak. dem kurang sket pahala posa aku!

Syaza Suhaimi said...

1. makan je. tapi kat rumah la. siap bancuh air gelas besar pastu melepak tengok cerita kat laptop. takkan aku nak lepak mcD makan mcvalue lunch pulak. nanti tak pasal2 naik van jenazah.
2. ntah. aku selalunya akan beli jugak something. deodorant skali pun nak gak perabis duit kalau gi shopping mall.
3. ya aku masih mengumpat macam biasa sebab ia tetap dosa pun kalau ngumpat time bukan bulan puasa.
4. suka hati korang la nak buat apa pun. jangan gi minum todi sudah.
5. ntah. farid kamil tak kacak pun.
6. ayam percik ngan nasi beriani daging. yang jual kat bazar area carrefour bandar mahkota cheras. eh betul ke nama tempat ni?
7. bukan aku. aku tak suka baju kurung. selalu beli sepasang je pastu pakai buat gi kuliah. alamak lepas ni gi keje pun kena pakai baju kurung. tensi nya!
8. haha, tak reti. kailan ikan masin aku reti la.

O Ena O said...

aku nk jawap soklan no 1 no 5 dan no 7
1)aku dtg opis awal..jd mase tgh takde org tu membaham la ayor kosong awal2..byk2..

5) kalo sudah chentaaa itu kan encik faisal..chenta itu kan buta..yg tak ensem pon aku bygkan ensem mcm del piero atau diego forlan ..(eh tetibe merepek kan)

7)yaaa betollll!!!! aku thn nie..at least 3psg tempah baju..tp aku kene berjaga2 sbb takut x siap 3bj sekaligus..huhuhuhu..sedihhnyee..mgkin
selai jer or 2helai je yg siap..sob sob..

sekian terima kasih..
entri bgus utk dak2 ppuan...:p

DingDong said...

1. masa pergi kerja pura2 puasa la.. tp masuk opis slumber je meneguk air.. (aku sorg je melayu kat opis ni) plus.. lunch slumber keluar ngn dak2 cina opis aku.. n slamba mbaham sbb muka aku pun lebey krg cina :P
2. aku suke shoppin if ada $$$$ if xdak windows shoppin if aku mmg benar2 nk beli.. 3j aku pun xlarat bai..
3. ops part ni sumtime blaku.. haha lps tu.. bile tsedar tu.. terus ckp "ops2.. puasa ni.."
4. hmm xsepatutnya la kan.. since puasa sthn skali.. so apalah salahnya g tarawih.. :P
5. kalu dpt muka cam farid kamil tp x puasa.. kita leh latih dia berpuasa (kalu dia nk ikot la.. kalu xnak.. xpyh since org2 camni xleh buat laki.. tp kalu dpt yg muka ermm xsbrp tp puasa penuh.. bersyukur ngn Allah sbb spesis camni ssh nk cari.. wink2 ;)
6. krn aku sorg yg cerewet dr segi mknan (sbb perut sensitif) maka rm10 tu.. aku hya akan beli roti daging rm 2.50 (bazaar kg. baru) bubur lambuk rm 1.50 kg baru. maka ada tgl rm6.. biasanya kalu g bazaar itu je la akan aku beli
7. thn ni xsempat tempah.. shoppin pun xpasti sempat @tidak.. maka sehelai mb beli dr tenet @ repeat baju last yr..
8. sorry aku fail memasak..

sekian terimas

^wirda^ said...

1) makan je la.. kalo tak makan kang laki aku suh makan..kalo time tak kawin, mak saya paksa aku makan jugak! haishhh..oh kat opis pun aku curik2 makan..tp aku bukan pencuri kah kah kah

2)oh even puasa, bershopping atau window shopping kadang2 buleh kurangkan rasa lapar di perut..menjamu mata ngan barangan tak batal posa. haha

3)errr....kalo ada makhluk mmg annoying tahap gaban mmg tak tahan kot..T_T tp slalu akan insaf..

4) kalo kami berkata2, dh kire mengata org.. dah jadi mcm no3..

5) hah, harap muka saja cool..tp tak posa..pirrrahhh! (tgk dh jadi no3)..hahaha

6)rm10? huhu bulan puasa mana cukup rm10 pi bazaar. tp sy akan beli kuih, dan sayur keladi..haha hat len masak kat umah. makasih kerana beri wang rm10.

7) oh saya tak tmpah pun baju sampai 3..saya tmpah dua saja. pastu terrbeli lagi 2...pastu...dh itu je. :p

8) sayur kangkung belacan..bawang merah,putih, belacan..sila tumbuk ngan penumbuk tangan. pastu tumis, boh sos tiram pun buleh..kangkung..boh la air sket...tadaaaaaaaaA!

9).. eh mana ada. ;p

Anonymous said...

kalau pompuan yg baca wajib kena komen kan.. so ni tepaksa je..

1) kalau dpn adik2 belasah je.. depan ayah je malu.

2) dgn psiko diri sndiri... "mana tau cepat cket kurus ngn window shoping ni"

3) ngumpat artis n blog ni je

4) lg heran/kisah ngn sape2 yg x solat tp pose... kalu lelaki terang2 x p solat jumaat tp pose...

5) dr shuhud??

6) nasi + kuih + menjamu mata

7) x juga min 3 psg.. taun ni sepasang je..

8) guna gerak hati je masak..
tumis bwg etc. masukkan air belacan n kangkung.. x yah masukkan garam da kot sbb belacan da masin.. okey mmg x tau.. huhu

-sarah-

cle0patra said...

1.:: aku sntiasa berpuase tidak kire di hadapan atau di belakang khalayak ramai.

2.:: well, nama pn perempuan. perempuan dan shoping mmg tak dapat dipisahkan dlm apa jua keadaan.

3.:: hm. rasenye ye! haha ;p

4.:: sendiri mau ingat laa..

5.:: huh. due2 pn aku tanak. bek aku pilih bf aku.haha

6.:: 1) nasik lemak pakcik ishak - RM3.50
2) air cendol sedap - RM1.00
balance aku simpan dlm tabung

7.:: benar sama sekali! tahun ni aku ade 5 pasang. yela takkan nk pakai baju same g beraye tu.hahaha

8.:: tatau.mmg failed!

Anonymous said...

salam buat ijai..
selamat berpose!!jgn ponteng2 =p
sebab aku perempuan+baca blog ko terpaksa r komen...

1)pura2 pose tapi lau ade geng baru wat projek makan2 hahahahhahaaaaaa

2)itu terapi yg baik namanya..exercise dapat+jimat duit =)

3)tgk keadaan r,lau sakit sgt ati cakap gak hi hi hi hi coz bukan mengata sebab kebenaran...

4)laaaa...bukan ke game pas terawih??

5)no comment

6)nasi lemak=rm1,ayam percik=rm2,soya=rm1.50,kuih-muih=rm1,puding=rm1..maka suma hanya rm7,masih berbaki..jimatkan??hahhahahahaaa

7)xjugak..coz pmpn mmg banyak baju coz bulan2 biasa pun boleh tempah ngee ngee

8)tumis bawang+ikan bilis+belacan yg telah ditumbuk sehingga naik bau..tambah sedikit air,masukkan kangkung..buh garam cikt untuk perasa..dah siap!!=p

Siti Fatimah A. Razak said...

1. dua2 betul!!

2. kekuatan zahir batin itu perlu yer tuan/puan~ p/s: minum kacip fatimah.

3. termengumpat diambil kira tak?

4.lelaki yang tak boleh biat laki.

5. rupa luaran tak penting, yang penting kualiti dalam diri. Kalau dah sayng, muka macam hampagas pun kita nampak macammuka beckham~

6. untuk RM10: tau fu fah 2 bekas (RM2), mee hoo soup sebungkus (RM2.50), kuih donat + seri muka + apam warna-warni (RM1.50), Air tauhu panas (RM2), Tembikai/betik potong suku (RM2). = RM10.

7. puratanya betul lah tu...

8. cili merah, bawang putih, bawangmerah dan belacan di blend bersama. tumiskan bahan di blender tadi, masukkan kangkug yang dah disiang. masukkan air sikit untuk berkuah dn garam juga aji namoto untuk completekan rasa. siap!

temb0k said...

yeahhhh!!!sesi jawb agi..
1)kalo dpn org mmg ar kte pose.
kalo x bdk laki dok gegeh tny nape??smbl wat mke inncnt nk mamp0s..

2)yg ni x penah wat..iman x ckp kuat nk tgk cina 2 mkn lamb ch0p ngan air sirap..

3)almk ngumpat 2 pe ek??(mke inn0cnt wlpn dh jd hobi kdg2)

4)x ske arr org cani..

5)nk yg p0se pnoh arr..pa2 kalo mke ensem tu kre cam mmg bonus arr..

6)10 je??apakh??

7)thn ni 2 je..

8)pass..ak ni mmg buta c00okin'

Anonymous said...

1. haruslah pura2 puasa.. tapi time potong kuih ke murtabak ke mmg ngap jugaklah satu dua...

2. aku tak pernah try pulak 3 jam ni...

3. mengumpat tu taklah.. kami hanya berkongsi cerita sahaja..

4. pandang dengan sudut 45 darjah jugakla... sebab terawih tu setahun sekali je jumpa.. setaraf je dengan epl kan???

5. mestilah yang puasa penuh...

6. murtabak

7. time raya 2 je.

8. tak pandai masak.

sekian.

-jaja-

Mohamad Faizal said...

clarky: 3) gosip ataupun menonton gossip girl pun tak boleh sebab banyak aksi ringan2

syaza: 8) bagus, anda memang jujur

ena: 5) forlan tak puasa mahupun solat lima waktu

dingdong: 1) haha beruntunglah jika muka ada iras2 cina boleh menyamar

wirda: 7) haha bagaimana perniagaan tudung senang sarung anda

sarah: 5) pilihan yang tepat walaupun dia tak hensem

cleopatra: 7) haha biar benar 5 pasang kalau dah tak muat sedekah kat anak yatim ok

anon: 6) eh zaman moden ni mana ada nasi lemak singgit...

siti fatimah: 5) yakah? tapi kalau dah jatuh cinta rasanya memang tidak peduli bukan aspek yang lain...

tembok: 8) bagus susah nak cari gadis yang jujur sebegini hihi

jaja: 4) hihi weekend solat depan televisyen...

Anonymous said...

salam..
eh, adelah nasi lemak singgit jai..
kat bangi je xdo kot..
hehehehehehehee =p
just basic items seperti ikan bilis telur rebus 1/4,timun+sambal je..
oklah coz time berbuka mana leh makan bebanyakkan??
hi hi hi hi >0<

Idlan said...

Meh aku jawab plak (sebab malas nak buat kerja):

1. Di khalayak ramai tak perlu berpura2 sebab takkan ada sesi makan-makan pun. Tapi aku penah la kerja kat N** dulu, yang puasa sorok2 diam sebab yang tak puasa meriah makan masa lunch :p

2. Aku tak tahu. Sebab aku tak suka shopping.

3. Di tempat kerja kawan-kawan aku kebanyakkannya lelaki. Dah la tak puasa lepas tu suka ajak aku mengumpat. Eh lupa diorang mat salleh bukan islam.

4. Terawih tu kan lepas Isya'; Isya' tu kan panjang... nak tengok bola tengoklah lepas tu malam karang bangun Qiam buat terawih dan solat sunat lain. (Jgn Qiam tengok Man Utd lawan Newcastle).

5. Aku nak lelaki yang puasa dan boleh imamkan terawih (di rumah). Tapi si Suduh ni.. puasa pun aku sangsi ni.. [full disclosure: Shuhud = adik aku].

6. Air asam boi! Baki masuk tabung duit raya utk adik-adik (ahem).

7. Mana ada. At least 5.

8. Goreng sayur kangkung macam biasa. Lepas tu letak belacan sikit sebagai perasa. Kacau kacau kacau tadaaa siap.

Mohamad Faizal said...

ala akak abe kau asyik cari bakal suami pemain bola siapa sangatlah yang pergi terawih selain yaya toure

ina said...

1) Anda sedang didatangi haid. Adakah anda pura-pura berpuasa di khalayak ramai ataupun pergi ke sudut-sudut gelap untuk membaham secara sorok-sorok?

-biasanya aku berpura2 puasa di khalayak ramai, tapi bila sampai kat rumah, pandai2 lah amek biskut ke, mee goreng sahur tadi ke, dan bedal secara rakus di dalam bilik...


2) Walaupun berada di bulan puasa, bagaimana gadis-gadis boleh berjalan-jalan di pusat membeli belah selama tiga jam tanpa rasa penat dan akhirnya tidak membeli apa-apa?

- oh..heheheee ini memang aku akui..kadangkala bila melihat barang2 di pusat membeli belah, aku lupa segalanya..(terutamanya kasut) mahu itu mahu ini, tapi tiada duit. jadi aku pulang dengan tangan kosong..sedih ;(



3) Mengumpat memang sinonim dengan gadis-gadis. Semasa di bulan Ramadan, adakah korang masih mengumpat bersama gadis-gadis lain di universiti / tempat kerja?

- aku rasa dalam konteks mengumpat ni lebih kepada penceritaan kisah apa yang tak puas hati,, gadis2 kan suka bercerita..hihii tapi aku prefer diam di bulan puasa ni..


4) Apa pandangan anda terhadap jejaka-jejaka yang tidak pergi solat terawih terutamanya di hujung minggu untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Inggeris yang baru kembali ini?

-tak elok lah..bf aku pon aku suruh pegi solat terawikh tau..aku rasa lelaki yang pergi solat terawikh itu adelah macho berbanding lelaki yang pegi tgk bola. bola tu mesti ada siaran ulangan, pandai2 lah tengok nanti..


5) Secara jujur, sejujur jujurnya, bagaimanakah jejaka pilihan anda; jejaka yang kaya dan kacak macam Farid Kamil tapi tak puasa ataupun jejaka yang ternyata tidak kacak seperti gambar di bawah tetapi puasa penuh?

-aku tak mementingkan rupa ;p janji solatnya.. ;) dan mungkin poketnya? hihihiiii



6) Anda diberi RM 10. Apakah yang akan anda beli di bazaar Ramadan?

-alaa..RM10 je?? errrmmm..murtabak, nasi kerabu, air soya cincau..taufu fa..ermm eh cukup ke RM10 ni?



7) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang gadis-gadis menempah / membeli at least 3 pasang baju raya setiap tahun?

- BENAR. standard la 3 pasang setiap tahun..baju tu nanti boleh la pakai pegi kelas, pegi office, pegi kenduri..tapi kalini baju raya aku 5 pasang..bukan aku yang nak sampai 5 pasang, tapi aritu shopping kain kat nilai, kain murah2 wohh..lagipun, mak aku yang suruh banyakkan baju kurung, kebaya, daripada pakai suar jeans..



8) Ujian masakan. Suami / teman lelaki / keluarga anda ingin berbuka di rumah. Tanpa menggunakan Google atau enjian carian lain, sila nyatakan cara-cara hendak memasak Sayur Kangkung Goreng Belacan.

- alah kacang sangat tu..siang dulu sayur kangkung tu..tumbuk bwang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi 3 ulas, dan sedikit belacan..lepastu goreng bahan2 tadi dalam kuali, sampai naik bau..lepastu agak2 dah naik bau, masukkan kangkung, dan masukkan air mengikut citarasa sendiri..setengah orang suka kuah banyak..goreng sayur ni kejap je, jangan lama2, nanti zatnya hilang..pastu makan dengan nasik panas..terbaik woh!


HO!

Anonymous said...

1) Anda sedang didatangi haid. Adakah anda pura-pura berpuasa di khalayak ramai ataupun pergi ke sudut-sudut gelap untuk membaham secara sorok-sorok?
--makan sorok2 la. takan nak makan depan2.mau kne angkut dgn van mayat. lain la kalu kite buat2 pakai baju punjabi suit dan pakai nandek dan makan kat kedai india dgn kwn2 india yg lain.

2) Walaupun berada di bulan puasa, bagaimana gadis-gadis boleh berjalan-jalan di pusat membeli belah selama tiga jam tanpa rasa penat dan akhirnya tidak membeli apa-apa?
--aa sebab mungkin rakik tgn barang2 kot.. try2 baju ke. atau survey2 brg ke. mungkin sebab tu la kot.


3) Mengumpat memang sinonim dengan gadis-gadis. Semasa di bulan Ramadan, adakah korang masih mengumpat bersama gadis-gadis lain di universiti / tempat kerja?
-- hmm tak jugak.. kalau ngumpat pon, maybe tak sebut nama. kang kurang pahle pose. rugi je.

4) Apa pandangan anda terhadap jejaka-jejaka yang tidak pergi solat terawih terutamanya di hujung minggu untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Inggeris yang baru kembali ini?
-- hmm terawikh bukan wajib pon kan? and nnt leh wat sendrik..

5) Secara jujur, sejujur jujurnya, bagaimanakah jejaka pilihan anda; jejaka yang kaya dan kacak macam Farid Kamil tapi tak puasa ataupun jejaka yang ternyata tidak kacak seperti gambar di bawah tetapi puasa penuh?
-- yang puasa penuh la.. mesti la yg beriman. tp pose penuh tu beriman ke tak?? tp kire lebih beriman la dr yg tak pose langsung kan?

6) Anda diberi RM 10. Apakah yang akan anda beli di bazaar Ramadan?
--nasi+lauk2. dan air. kueh mueh ke skit.

7) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang gadis-gadis menempah / membeli at least 3 pasang baju raya setiap tahun?
--hmm.. tak jugak.. koman2 pon 2 la kot. hehe.. spare satu tu. tp taun ni i ade 6 u.. kelasss tak? :P

8) Ujian masakan. Suami / teman lelaki / keluarga anda ingin berbuka di rumah. Tanpa menggunakan Google atau enjian carian lain, sila nyatakan cara-cara hendak memasak Sayur Kangkung Goreng Belacan.
--apa punye soklan daa? ni mesti suke org yg pandai masak kan? da killa pandai masak tak? huhuhu. mesti pandai nye, kalu tak pandai takan suke, kekeke. eh pe ku melalut. ok2. amek sayur kangkung, then potong la bwg besar(1), bwg putih(2-3), kiub ayam, belacan, camur2 sume tu, sedikit air.. dan.. tadaaaaaaa.. jadi..(malas nak wat ayat) :P


OK TAK?

linn said...

sbb bosan menunggu adobe creative suite2 dinstall.. answering for da question:
1) haruslah buat2 puasa jgk.. letey tau, dh la period pain + xbgn sahur..
2) letey jgk laa.. tp best... girl..
3)kalo kt ofis, msti ade org ckp.. puasa, jgn ngumpat.. -> sy xngumpat, b'cerita je.. huhu
4)eish2... xbaik...
5)mstilah y puasa penuh..
6)rm10 - nasi aym + air soya + kuih
7)2psg je.. dis yer, blom jahit lg.. mak, jahit baju raye cpt..
8)xpnh buat tp pnh tgk housemate buat, best.. tumis bwg n sambal belacan (y dah dibuat awl), then masuk kangkung.. goreng.. siap...

Anonymous said...

OMG i love ijaicool's ujian masakan!
totally caught me off guard everytime!

u de man, ijai :)

Noraiyu said...

1. pura2 pose tp muka ceria cm laknatullah. sndr mahu igt la beb.

2. tula k'kuatan dlman kami ;)

3. haha sah tu xkn b'ubh tp ble da sdh, nnti ckp ish pose la bedah.
astagfirullah..


4. ala sunat je pn. ok jek kot.

5. iman d dada.

6. main course: nasi ke mee, dessert, air= rm8. done

7. xjgk. aku rilex jek ble de 1 thn xde bj ry (tpu 2).
xkshla bape byk tp mst de 1 bj ry br. p/s lg byk lg bgs.

8. senang bangat dong.
tumbuk bahan2 d'perlukn: bawg2, ikan bilis, cili padi. bakar cki belacan dulo. tumis sume bhn2 smpi naik bau. mskkn kangkung n letak air ckt. letak sos tiram sbgi p'yedap rasa ;)

indahnyasisuria said...

1. pergi tgk movie sorang2 n bwk bekal chocolate
2. window shopping is a great past time activity
3. mase bulan x puase pn x mengumpat sgt.. :)
4. not a husband material..
5. secara jujur.. no comment.
6. macam2..
7. most of them
8. saye x makan belacan.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...