Thursday, August 19, 2010

Subjek Yang Dibenci Di Sekolah Rendah

Assalamualaikum. Jika korang perasan, aku selalu bangga-banggakan yang aku dulu ada pergi sekolah agama sampin hijau JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Selalunya waktu pagi pergi sekolah rendah kebangsaan, dan petang pergi sekolah rendah agama (vice versa). Walaupun kehadiran aku di sekolah agama berjaya memupuk keperibadian makmum muda di dalam diri, itu tidak bermakna yang aku suka dengan semua subjek yang dipelajari. Subjek yang aku paling gemar di sekolah agama adalah Tajwid, itulah sebabnya aku lancar sahaja apabila orang tanya apa hukum Mim mati bertemu dengen Ba. Tetapi di sini aku ingin bercerita tentang dua subjek yang membuat aku rasa nak ponteng kelas walaupun aku ni seorang ketua kelas semasa di sekolah agama dahulu. Ayuh teruskan membaca.

Subjek pertama: Khat

Apa itu khat? Khat merupakan seni kaligrafi Islam yang tertua sekali. Aku benci subjek khat kerana aku tidak pernah mendapat gred yang baik daripada ustazah aku. Bagi aku, kita memang boleh belajar khat tetapi kita tidak mungkin akan menguasainya jika kita tiada bakat. Kalau subjek lain kita boleh menghafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi teknik hafalan tidak boleh diaplikasikan dalam subjek khat. Tak kisahlah kau belajar gaya strok ataupun liuk lentuk dia dengan mendalam, kalau tulisan kau tu memang buruk hasilnya jadi buruk jugak.

Lagipun ustazah tak menyediakan pensel khat untuk kita. Leceh gila kena buat sendiri pensel khat tu. Selalunya, kita akan 'ukir' sendiri pensel kita menggunakan pisau lipat yang boleh dibuat senjata mengugut dan boleh didapati di koperasi dengan harga 20 sen tu (rujuk gambar di bawah). Yang ini pun memerlukan skil juga tak boleh nak main ukir je. Selalunya mengikut pemerhatian aku, khat yang bagus terhasil daripada pensel Staedtler Noris 2B yang kaler hitam kuning tu. Aku ada kawan nama dia Maskawaih dia agak handal lah subjek khat ni dulu. Kalau masa subjek khat je semua orang suruh dia buatkan pensel khat dengan syarat kena belanja dia di kantin semasa rehat. Aku selalu 'curi' je dia punya satu sebab dulu-dulu aku tak kenal erti dosa sangat sebab masa tu belum akil baligh (aku baligh awal darjah 6).



Tapi segagah manapun pensel khat aku, hasilnya tetap buruk juga. Celaka.

Subjek kedua: Imlak

Apa itu Imlak? Imlak ni kira macam ujian mengeja tapi menggunakan tulisan jawi. Ustazah kau akan sebut perkataan tu di hadapan, dan kita perlu mengeja apa yang disebut itu dengan betul menggunakan huruf jawi. Kalau ayat rumi pun sudah membawa malapetaka, inikan pula hendak mengeja perkataan Arab. Membaca tulisan jawi memang tiada masalah, tapi nak mengejanya memang boleh menaikkan tahap tekanan di dalam diri. Struktur pemarkahan imlak ni memang tiada belas kasihan. Kalau tertinggal satu huruf ke terlebih satu huruf ke kau terus dapat pangkah 'X' sebesar-besarnya.

Cara mengeja pula boleh dikategorikan kepada dua iaitu ejaan baru dan ejaan lama. Kalau sekali kau dah mulakan dengan ejaan lama, kau kena stick dengan ejaan lama dan tak boleh tukar-tukar kepada ejaan baru dalam perkataan atau ayat yang seteruskan. Contoh ketara dalam ejaan baru adalah penggunakan huruf alif sebagai pengganti kepada huruf A. Kalau ejaan lama, tak perlu letak huruf Alif. Contohnya nama aku; kalau ikut ejaan lama yang ustazah aku ejakan, Fa Ya Zal Alif Lam. Sekali tengok macam 'Feezal' tapi sebutannya Faizal. Tapi kalau ejaan baru Fa Alif Ya Zal Alif Lam.

Konfius dowh. Lepas tu masa peperiksaan SPRA boleh pulak speaker di belakang dewan peperiksaan tak berfungsi terkial-kial aku nak eja Qalbun. Last-last both Imlak dan Khat aku dapat B.

Tapi bila ingat balik seronok sebenarnya jika dapat kembali membuat tulisan khat ataupun mengeja dalam tulisan jawi. Aku yakin jika aku kembali ke sekolah agama aku sekarang aku pasti dapat menapau budak-budak sekolah tuh kerana mereka tidak kenal erti kesusahan. Huh. Eh sekolah tahfiz sampin kaler ungu ada belajar ke subjek-subjek ni? Periksa SPRA pun tumpang sekolah kitorang hik hik hik.



15 comments:

-iEkA DaRLink- said...

hohh same la. paling tak suke khat sebab tulisan buruk. tulisan rumi pon sampai sekarang ala2 doktor. heheh. dulu selalu kene diskriminasi dengan budak2 yang tulisan khat dorang cantik.

Clarky Afif said...

aku paling tak suka bahasa arab sebab aku tak faham. tajwid pun aku tak suka sebab ustaz tu suka tarik telinga. jawi tak berapa sebab tak boleh eja bahasa inggeris guna jawi dengan sesuka hati.

aku suka feqah sebab asyik dapat markah penuh. sirah pun sebab ustazah dia baik tak siap kerja pun dia tak marah.

Mohamad Faizal said...

ieka: tak mengapa kita tak mengaplikasikan tulisan khat dalam kehidupan sebenar

clarky: ma is muka? ismi mohamad faizal. la is la bonita (nak tunjuk terer cakap arab)

O Ena O said...

aku paling tak suke MATEMATIK!! kalo bleh lepas abeh belajo takmo jumpe matematik dah! tengok2 time keje pon kdg2 kene wat matematik jugak dan juge exam SPA...adui..tak bleh lari la aku dgn subjek matematik nih..huhuhu...

err..betui ke jawapan aku nie?ke aku salah paham entri ko nie? tetibe blur lak aku pagi nieh..huhu

astute said...

mula2 sume pun aku tak suka sebab bljr mende yg sama. aku ms tadika ayah dah hantar mengaji agama..dah nm pun anak ustaz kan.

mula2 nk tunjuk degil, tp bila guru besar kata wajib, aku pun pegi la. tp lama2 seronok pulak sb selalu jd ustaz&ustazah kata aku pandai..hahah.

lagi satu seronok sebab boleh singgah makan jeruk kat kedai aseng sambil tambah koleksi anak patung kertas. heaven!

shogunn_general said...

hhuhu tahfiz susah oo...macam2 subjek kena blajar..dahla pakai kitab2 kuno yg dari mane tah dorg jumpa. skolah pondok atau wali songo mane kot huhu..skola sampin pink lagi bes kot, pegi skola 3 kali je seminggu, tu pun dapat balik awal. aku slalu tensen sbb tak sempat nak balik tengok dash yankuro atau ninja boy isk2..

senpai.san said...

Sistem sekolah agama kt johor dulu lain. Kene sekolah sampai Darjah Khas. Wajib lepas Darjah 1-6. Then Darjah Khas. Siapa yang berjaya ke darjah Khas ni kira terer ar. Sebab berjaya belaja sampai 7 tahun. Tapi aku tak sampai pun. Sampai darjah 6 je, sebab exam darjah 6 xlulus. taknak belaja darjah 6 lagi!

Sistem kt johor siapa tak lulus tak boleh naik kelas atas. Kitab pulak kitab takde gambar2 ni, ayat semata-mata. Untung budak zaman sekarang belaja kitab ade kaler2, gambar..zaman aku xde pun..huhuhu

Bila khat pulak lekat dua batang pensih 2b, satu tinggi satu rendah sikit..kreatif la kiranya tu ;) hehehehe

Mohamad Faizal said...

ena: matematik? err bolehla

astute: sirah la belajar benda yang sama tapi periksa kantol juga

naqqib: orang kata tahfiz susah sebab ayat hafazan dia memang dahsyat

senpai: ada darjah tujuh? hmm menarik informasi itu

Anonymous said...

aku dulu sek sampin colour ungu walaupun aku tak pakai sampin
kitorang belajar sama je dgn korang..
tak suka khat juga.. aku fail asah pensel so kawan aku selalu tolong.. tak reti aku main pisau ni...
kitorang dulu kena belajar hadis... tafsir.. sirah.. akhlak.. tajwid.. feqah.. arab... apa tah lagi.. dah lupala..

-jaja-

nana said...

aku suka khat. tulisan aku mcm cantik.imlak pun aku suka.
(dulu)

sekarang jangan lah harap. baca utusan jawi pun merangkak-rangkak.

Anonymous said...

jai kau dah ceploit ceploit tak memalam? ke kau dapat mimpi ? hahaha

adam

Anonymous said...

bohongla adam klo ijai xceploit..bukan kuat sgt tahap iman die tu da tonton porn mstla diikuti dgn pergerakan tgn ddalam sluar..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

jaja: haha sampin hijau tak belajar hadis dan tafsir

nana: aku terer baca tak terer tulis

adam n fandi: astaghfirullahalazim

Vee said...

tak ingt x suka subjek apa masa sklh agama, tp kalau sklh rendah plg x suka muzik. sbb x fhm notes okay..huhu. main instrumen lagi laa..failed habis :p

AzizMostafa said...

Semarak Jawi dengan:
1. Jawi Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
2 Teka Silang Kata Kelopak — Rumi + Jawi
http://www.typophile.com/node/51401
-----------------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://www.typophile.com/node/58330

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...