Tuesday, August 31, 2010

Tanda-Tanda Anda Belum Cukup 'Merdeka'

Apa sebenarnya definisi merdeka? Jika anda tanya soalan itu kepada orang yang mengalami sendiri zaman kemerdekaan, dan anda tanya soalan yang sama kepada muda-mudi zaman sekarang, anda pasti akan mendapat jawapan yang berbeza. Jika tanya aku pasal kemerdekaan, secara jujurnya aku hanya tahu apa yang diajar dalam subjek sejarah sekolah menengah. Itu pun ingat-ingat lupa. Jadi bagaimanakah kita boleh mengukur tahap kepatriotikan (betul ke ayat ni) seseorang itu? Mengikut kajian sejarah tempatan yang aku buat semasa tingkatan empat, terdapat beberapa tanda-tanda kecil yang menunjukkan anda ini belum cukup merdeka. Sejarah SPM aku dapat B so korang jangan taksub sangat. Ayuh teruskan membaca.

1) Membangga-banggakan lagu dari seberang

Aku meminati kumpulan The Times. BAHAYA! Sedang menunggumuuuuu uuuuu. Dulu-dulu Abang Naza, selaku vokalis kumpulan itu telah menerapkan mentaliti membenci muzik dari seberang dalam setiap persembahan live mereka sehingga aku pun terikut-ikut. Jika anda mengenali saya secara personal, anda pasti tahu yang saya tidak mendengar malah berasa kurang senang mendengar muzik Indonesia. Tapi aksi ghairah 3GP Melayu tapi sebenarnya Indon memang aku mengaku aku tengok kadang-kadang kalau Fandi supply.


Mungkin instead of mendengar Hot.fm yang airplaynya banyak muzik dari seberang, kita boleh berjinak-jinak dengan xfresh.fm. Percayalah kata-kata aku, pemuzik tempatan kita sebenarnya berbakat. Setiap satu pemuzik dari Indonesia yang korang namakan, aku boleh counter dengan satu pemuzik Malaysia yang lebih gagah. Sheila on 7? Kita ada Sheila Majid. Rhoma Irama? Kita ada M Daud Kilau. Aksi ghairah Luna Maya? Kita ada Wan Nur Azlin. Dakwaan yang mengatakan muzik Malaysia nak cuba tiru muzik Indonesia adalah tidak berasas sama sekali.

2) Mengeji bola sepak tempatan

Mengaku sahajalah. Rata-rata kalian yang menonton bola hanya meminati liga-liga yang popular seperti Barclays Premier League dan La Liga. Sebut sahaja nama pemain dari kelab gergasi Manchester United kita dah boleh namakan sekali WAGs serta makanan kegemaran mereka. Arena bola sepak tempatan langsung dianak tirikan. Antara alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang membenci liga tempatan adalah:

a) Tidak boleh ditonton di Astro B.yond. Teknik rakaman juga nampak dull dan suram.

b) Komentator yang membuat kita rasa hendak melakukan dosa besar seperti minum arak dan berzina.

c) Tiada pemain bertahap kelas tinggi. Dulu adalah seorang yang bernama Akmal Rizal Rakhli, tapi dia dah gemuk sekarang.


d) Liga Malaysia tiada Fantasy Football. Ya, ramai orang tengok bola bukan sebab keghairahan menonton bola, tapi sebab nak tengok player dia mendapat point tertinggi pada minggu tersebut.

Memetik bait lagu KRU C'mon Lah:

So which team do you support here?
Melaka, Pahang, Selangor or Johor,
Cause at the mamak stalls they watch the EPL score,
Maybe that's why it's hard for our national team to beat Singapore


Brilliant.

3) Mengeji filem-filem tempatan

Haa haa walaupun aku turut mengeji kualiti filem-filem Melayu, aku masih juga pergi menonton filem-filem tempatan di pawagam untuk at least memberi peluang dan menunjukkan aku tetap menyokong industri perfileman kita. Antara filem-filem Melayu yang aku tonton di pawagam yang mendapat rating najis mughollazoh daripada pengkritik filem adalah Gila Bola dan Zombie Kampung Pisang. Cadangan siapa tah nak pergi menonton wayang di Hari Raya ketiga, pergi tengok Gila Bola pula. Zombie Kampung Pisang aku memang tak ketawa langsung. Aku berasa hairan kenapa makcik di belakang aku ketawa terkekek-kekek sehingga terkencing. Ada juga filem-filem Melayu yang 'promising' tapi masih gagal mendapat tempat di hati penggemar filem yang aku tonton di pawagam seperti Apa Kata Hati, Antoo Fighter (decent special effect), dan almost all KRU Production movies.

Tapi filem-filem arahan Prof A. Razak Mohaideen ataupun filem Senario kau boleh sekadar tengok trailer pun cukup kerana filem-filem bergenre 'komedi situasi' ataupun 'komedi seram' itu terlalu klise dan hanya mengitar semula formula daripada filem-filem sebelumnya dalam sekuelnya nanti.

4) Anda bekerja di Hari Kebangsaan

Ahhh aku taip entri ini di pejabat tadi. Hik hik hik. Tatkala orang sibuk menonton siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan di kaca TV, aku pula sibuk mengajar orang Australia bagaimana hendak melakukan Windows Update menggunakan medium emel.

Tapi hakikatnya semua cuti yang berkaitan dengan Malaysia aku kerja sebenarnya. Maklumlah kompeni orang kafir. Kerja public holiday tak bagi double pay pulak tu. Cis. Tapi raya ini aku dah apply cuti seminggu. Oh yeahhh.

Aku pun buat juga perkara-perkara di atas, ternyatalah aku ini belum cukup Merdeka. Tapi aku hafal lagu Merdeka Butterfingers.



Selamat menyambut Hari Kebangsaan!



18 comments:

ShafawiHamzah said...

Hey2 saya juga peminat abg Naza..hehe mmg The Times menyemai perasaan benci muzik2 dari seberang terbaik wok..artis kita pun hebat2 apa ehehe

Mimie.Candy Cane said...

NO KOMEN


**DI OPIS**

makdara TERDIVA said...

pun keje kompeni kafir, tp semua cuti kat malaysia kitorang cuti..haha!

Mohamad Faizal said...

shafawi: artis kita memang hebat. yang paling hebat ialah KRU (tiba2)

mimie: haha bersabarlah mimie saat indah kan menjelma jua

makdara: ahhh seronoklah begitu...

Clarky Afif said...

aku bangga jadi malaysian! (tetiba)
aku cuti sampai rabu. bestlah jadi student! :D

meor-name-depan-ku said...

agak-agak best tak main wii?

Fiq said...

sheila on 7 vs sheila majid.


wkakkakaka

jana said...

Ijai,
cuti seminggu ya,kak jana pun cuti seminggu walaupun tak ada kampung,sebabnya takut kat office tak da orang.Nenek,mak and makcik-makcik kak jana yang lahir sebelum merdeka pun tak berapa merdeka lagi sebab minat sangat tengok Sinetron Indonesia,walaupun kebanyakkannya agak merapu ceritanya.Sampai rasa duduk kat Indonesia pula dibuatnya.Nak salah kan siapa ya, Stesyen TV kitalah sana-sini berlumba-lumba menayangkan sinetron Indonesia.

"Bosan gue melihatnya" (oops tiba-tiba pulak)

Mohamad Faizal said...

clarky: eheh tunggulah saat anda melangkah ke alam pekerjaan

meor: aku assume soalan itu ditanya berdasarkan template blog. best, jika bermain bersama kawan. sorang tak best

fiq: even shiela rusly dan sheila mambo pun lagi gagah

kak jana: kalau tak ada translation saya tak faham. tengok wajah2 molek sahaja hik hik

Mimi Saidi said...

kah3..nmpknye ak masih blom merdka..

Noraishikin Mohd Salleh said...

b) Komentator yang membuat kita rasa hendak melakukan dosa besar seperti minum arak dan berzina.

berguling aku gelak hampir batal puasa..mmg sengal...tp aku stuju je ngan smua point ko ni..nak2 part kerja tuh..aku pun kja gak smlm :p

Anonymous said...

ape cer slps berbarbeque haidar di rumah kau bbuka puasa semua org senyap shja tak ada plan lain kah? abe pon jgn2 belom ambil lagi set barbeque haidar dia di rmh kau itu..huhu

-fandi-

Anonymous said...

salam Ijaicool

hahahaha...aku suke post ni


santiago

^wirda^ said...

daripada tanda2 yg ko beri tu.. mmg ramai lg yg blom merdeka sebenarnye...termasuk aku..sipi2 je kot..:p

Mohamad Faizal said...

mimi: tak mengapa, ini tanda-tanda kecil sahaja

cikinto: hoit aku dah pindah tingkat 3 tak nampak pun anda tadi?

fandi: haha memang tepat tuduhan kau set barbie dia dah jadi tempat kucing beranak

santiago: yusufffffffff apa khabar kau

wirda: bersama-samalah kita memerdekakan diri. hik hik

ザ-sylver-shooter said...

bos ko dah bace ke blum nih?

haha..

nana said...

rupanya kau minat KRU ye?

Mohamad Faizal said...

sylver: takpe bos aku orang putih tak faham bahasa malaysia haha

nana: fanatik fanatik fanatik fanatikkkkkkkk. fanatiknya duniaku. kukatakan oooh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...