Wednesday, August 4, 2010

Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba

Kita ada lebih kurang 1,600 lagu raya tetapi kita hanya ada satu lagu puasa daripada Man Bai. Oleh kerana hanya ada satu lagu puasa, ramai orang yang tidak sedar yang bulan Ramadan yang mulia akan bermula beberapa hari lagi. Tau-tau je esok dah nak puasa dan kita serta-merta mencarut kerana terpaksa bayar Fidyah akibat tak ganti puasa. Senang sahaja sebenarnya nak tahu bila bulan puasa akan tiba. Nasib baik ada blog dakwah ijaicool ni dapat juga kalian belajar ilmu Fekah sambil mentertawakan kisah aib orang lain. Ayuh kita baca entri dakwah klasik yang diberi nafas baru ini.

1) Gadis-gadis meletakkan status-status di Fesbuk seperti "Hari ini hendak berbuka apa ya?" ataupun "Celaka punya betina nasib baik aku puasa hari ini" bagi menunjukkan yang mereka tidak lupa untuk melangsaikan hutang mereka kepada Tuhan. Kalau kasut tumit tinggi korang tercalar sikit terus ganti on the spot. Bab ganti puasa saat-saat akhir baru nak laksanakannya. Huh.

2) Penyakit tahunan mula menyerang. Antara penyakit tahunan yang popular adalah gastrik, kanser perut dan kedatangan haid tidak menentu. Tak boleh puasa kena makan ponstan.

3) Suara mengghairahkan yang boleh membuat kita terlanjur di dalam kereta kembali bergema di radio....."Yusuf Taiyoob......" Kali ini anda pasti akan lebih ghairah/tertekan kerana Yusuf Taiyoob telah mengeluarkan produk kurma terbaru iaitu Yusuf Taio Cruz siap ada lagu latar lagi "I'm only gonna break break ya break break ya fast with kurma"



4) Kaum jejaka terutamanya, akan mulakan program mengemaskini cakera keras (hard drive) dengan membuang pornografi yang bersaiz 2 terabyte itu. Di bulan Ramadan menahan diri daripada makan dan minum memang mudah, tetapi menahan diri daripada menonton aksi Sasha Grey memang tugas berat. Jadi elok dibuang sahaja koleksi Blu ray kau tu Adam. 3GP melayu pun buang sekali ok Jamil. Fandi, koleksi kongkek Indonesia pun tak perlulah simpan. Ise pun buang sahajalah arkib orang Jepun 3 bintang kau tu. Shuhud? Eh Shuhud baik dia tiada koleksi pornografi walaupun dia merayu-rayu nak tengok aksi Cut Tari tempohari.

5) Anda tiba-tiba mendapat notifikasi bertalu-talu di dalam emel dan telefon pintar anda. "Wahh fofulernya aku ramai orang komen kat gambar aku!" bisik korang di dalam hati. Hakikat yang sebenarnya adalah korang telah ditag dalam Fesbuk oleh sindiket perniagaan kuih raya yang menjual kuih-muih tradisional seperti kuih Sarang Semut, kuih Oh Bulan, serta kuih Cornflakes. Tidak lupa juga yang tag anda dalam perniagaan menjahit langsir ataupun baju kurung moden mereka.

6) Stok makanan segera seperti Maggi dan karipap beku semakin berkurangan di 7-11 ataupun Pasar Mini Kayatri. Semuanya telah diborong sebagai persiapan menyambut Ramadan oleh pemonteng tegar puasa.

7) Ramai yang terkocoh-kocoh ke Dzull Classique ataupun Man Kajang untuk menempah baju raya. Ramai juga orang kecewa terpaksa pakai baju kemeja dan kain pelekat sahaja pada hari raya nanti kerana tukang jahit sudah tidak mahu menerima tempahan lagi. Haha padan muka korang tak sempat aku awal-awal lagi dah tempah (kena tempah sebab seluar tiada saiz di pasaran).

8) ijaicool akan berhenti menulis blog selama sebulan kerana ingin menyertai geng tabligh. Lagha semua ni. (nada serius).

Sekian. Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Ku mengharapkan Ramadan kali ini menurunkan berat badanku jua.



16 comments:

Clarky Afif said...

harapan yang sama, ijai.

aku dah tempah baju kurung cotton awal2 lagi harap2 sebelum puasa dapatlah. kalau tak aku bakar rumah tukang jahit tu.

ehem. dah ada orang tempah kuih raya kat aku. pelissss aku dah final semester nih tolonglah sabar hingga raya tahun depan!!

Anonymous said...

hahaha..sian abe



santiago

Kap said...

ayam golek.
ayam golek.

Anonymous said...

hehe.. asal bc entri jer ijaicool je mesti gelak.. neway, selamat berpuasa

Mohamad Faizal said...

clarky: apa kuih raya kau ada? feveret aku ialah sarang semut

yusuf: eh nama kau yusuf. "yuusufff taiyooooob mujahideeeneeeen"

kap: memang lazat tapi aku harus hindari buat masa ini bagi mengawal paras kolestrol

anon: selamat ponteng puasa untuk anda juga

jana said...

Ijai,
Kak jana bila nak bulan puasa je,akan buat resepi apa yang perlu dimasak untuk 5 hari dalam seminggu kepada tukang masak yang akan hantar mangkuk tingkat berisi lauk pauk kat rumah untuk berbuka puasa pada hari bekerja sahaja.
Dah 6 tahun begini seronok juga, dalam setahun sekali je boleh buat macam ni.:-)

khairul_bariyyah said...

seluar xde dalam pasaran sebab uku lilit perut makin bertambah ke sebab ape? hahaha...
time raya lagi suka makan krepek2 daripada kuih almond london semua tu..

Mohamad Faizal said...

kak jana: wah ada tukang masak sendiri saya datang join berbuka nanti ok

khairul: takpe dah puasa nanti ukurlilit perut kembali ramping

O Ena O said...

laaaaaaaaaa! blog ko off jugak ke bulan puasa nieh?? adddoiii...

nana said...

ah..lemah lah puasa tahun ni kalau ijai tak menulis..
(bodek..)

^wirda^ said...

tentang status fb tu, ya ada jugak aku buat gitu..hahahaha

oh tempah baju raya? cubaan aku nk tempah 2 bulan punah akibat kedai tu kata dh tutup tempahan sampai lepas raya..ciskeekkk!
last2 aku balik kampung dan tempah di sana...muahahahaha berjaya!

Anonymous said...

ijai kasi la abe tgk cut tari mgu ni..ksian die mgu dpn nk pose dah ahaks..jom ramai2 bjemaah di msjd jamek bangi hooo!!!

-fandi-

Anonymous said...

haha.
....."Yusuf Taiyoob......" iklan menusuk kalbu.

lihat lah juga puasa di kalangan agama lain:
http://mulia-faez.blogspot.com/2010/07/puasa-agama-lain.html

renung-renungkan, dan... selamat beramal!

~sepet~

Mohamad Faizal said...

ena dan nana: berat hati aku untuk berhenti, tapi nanti korang baca kurang pahala puasa pula...

wirda: tahniah kerana tidak perlu pakai baju tahun lepak, hik hik

fandi: yela yela nanti puasa pertama kita belanja dia berbuka dengan ariel. masjid jamek doploh rakaat dowh...surau rumah akula hihi

sepet: thank you for sharing!

Anonymous said...

tu la kau kt msjd jamek buat doploh tp ak buat 8 rakaat je..kejap je tau lps tu leh sambung pegi bazar huahuahua..

-fandi-

Anonymous said...

erk.. ala..nak hentikan penulisan selama sebulan ke?
Y_____Y

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...