Monday, August 2, 2010

Tanda-Tanda Orang Baru Pulang Dari Langkawi

Kita boleh tahu di mana seseorang individu itu pergi bercuti berdasarkan barangan yang dibawa pulang oleh mereka. Contohnya, kalau orang tu balik bawa banyak jersey tiruan, kita tahu dia baru lepas melancong di Kelantan. Kalau orang itu bawa balik STD, kita tahu dia baru lepas bercuti di Amsterdam. Sebenarnya mama aku baru pulang dari Langkawi semalam atas urusan kerja, maka aku pun menggunakan kesempatan itu untuk membuat entri parodi. Jika aku tidak buat entri ini pun, korang tahu fakta-fakta yang akan aku huraikan sebentar lagi adalah benar-benar belaka. Ayuh kita kaji tanda-tanda orang yang baru pulang dari Pulau Langkawi.

1) Membawa pulang minyak gamat

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh majalah Anjung Seri, Pulau Langkawi merupakan pengeluar gamat yang terbesar di Asia Tenggara. Gamat dijual secara berleluasa di sana. Ada gamat mentah, gamat yang sudah diproses menjadi minyak, aiskrim perasa gamat, serta ubat ketiak gamat. Fungsi utama gamat yang aku tahu adalah untuk mengubat luka di kaki dan luka di jiwa. Mengikut salah seorang ahli Team Bangi yang merupakan bekas pelajar MRSM Langkawi, gamat juga boleh disalahgunakan sebagai alat bantuan seksual. Ketika disapu pada tempat yang tidak sepatutnya, minyak gamat itu akan melicinkan perjalanan serta memberi sensation kehangatan sebelum disusuli dengan penyesalan akibat keterlanjuran.

Maka tidak hairanlah jika kita melihat orang membawa balik banyak minyak gamat, kita boleh membuat kesimpulan yang dia baru pulang dari Pulau Langkawi. Siapa yang bijak akan membeli minyak gamat dalam kuantiti yang banyak dan menjualnya kembali dengan harga yang mahal di Warta sebelah kedai jual CD Maher Zain tu.

2) Tiba-tiba menjadi tokan rokok

Jika rakan anda tiba-tiba membuka perniagaan menjual rokok, itu tandanya dia baru pulang dari Langkawi. Orang kata, harga rokok di sana tidak dinaikkan lagi. Barangan di sana kan bebas cukai, jadi tidak hairanlah orang akan mengeksploitasikan situasi itu dengan menyeludup rokok yang dibeli di Langkawi dan dijual dengan harga yang melampau terutamanya kepada pelajar-pelajar di matrikulasi yang susah hendak dapat rokok.

3) Isteri atau awek anda tiba-tiba bunting

Jika kita lihat pasangan yang baru berkahwin pulang dari berbulan madu dan isterinya itu muntah-muntah, maka kita boleh agak yang dia baru lepas berbulan madu di Pulau Langkawi. Menurut lagenda, jika kita minum air di Tasik Dayang Bunting, kita pun akan menjadi bunting. Jika berlaku penetrasi selepas air tasik diminum, gadis-gadis akan menjadi subur bagaikan jagung di ladang. Orang lelaki tidak digalakkan minum air Tasik Dayang Bunting kerana dikhuatiri akan dijangkiti penyakit Fatty Liver menyebabkan ukurlilit perut menjadi besar dan tidak boleh membeli seluar baju melayu di Wisma Yakin. Terpaksa tempah kat D'zul Classique.

4) Membawa pulang banyak coklat

Kalau kita tahu orang hendak pergi Langkawi, apa yang orang selalu kirim? Coklat, sudah pasti. Seperti rokok, coklat tidak dikenakan cukai maka 6 batang Toblerone boleh dibeli dengan harga RM 10.90. Kat sini cuba kau tengok harga sebatang kat 7-11 berapa ringgit. Tujuan sebenar aku membuat entri ini adalah untuk bongkak dengan coklat-coklat yang dibawa pulang oleh mama aku.


Mama aku bercadang untuk menyedekahkan coklat-coklat ini kepada saudara mara, namun aku ada idea yang lebih menguntungkan. Siapa nak beli coklat-coklat ini daripada aku? Aku jual dengan harga yang kurang sikit daripada harga di Warta. Ada pelbagai pilihan seperti coklat puting Hershey's, coklat Sneakers SB Dunk, mahupun coklat mahal Ferrero Rocher. Serious buyers only please. Item will only be reserved for 3 DAYS to allow time to bank in the amount of total order to confirm purchase should COD takes place later. (first come, first served basis). Plagiat ayat blogshop Purple Peppermint Ezu.

Oklah aku nak pergi makan coklat kemudian berjogging 40 minit untuk membakar kalori satu batang coklat yang aku makan itu.



8 comments:

Anonymous said...

jai. aku recommend kau download "P90X" ataupun "Insanity". kau googlekan benda benda tu. kat youtube boleh gak kau tengok P90X transformation orang.



adam

Anonymous said...

sehat bro?


sedekah kt aku gula2 susu satu pek




santiago

nana said...

masa aku gi langkawi, aku mmg dtg nak amik2 gambar je. tapi org kirim coklat dekat satu beg, dan terpaksa aku beli beg tarik lain.

aku dah la tak mkn coklat.tensen gue.

Mohamad Faizal said...

adam: baiklah nanti aku akan post video aku sendiri

santiago: sedekah tak boleh, beli dengan harga diskaun bolehla

nana: mana boleh tak makan coklat. coklat kat lazat

^wirda^ said...

aku mmg aim nk pi langkawi sbb nk pi beli periuk correll ke vision atau pyrex..mmg tgh aimmm baekkk punya..hahaha

khairul_bariyyah said...

sedapnya daim... *telan liur*

Clarky Afif said...

skendel aku pun baru balik dari langkawi.

aku mintak curut dia bagi coklat. sengal.

Mohamad Faizal said...

wirda: jangan lupa alkorok dan alkopal juga (buat-buat tahu)

khairul: mahu beli kita boleh bincang harga

clarky: takpe beli je curut kat 7-11 murah je sebab orang tak beli

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...