Tuesday, August 17, 2010

Things That Guys Do Not Expect Girls To Understand

Sesimple-simple makhluk di muka bumi ini adalah kaum jejaka. Kami hanya perlu bergaya dengan kain pelekat dan tshirt Pagoda untuk pergi mengisi minyak di Petronas. Gadis-gadis? Well nak kena mandi dulu, nak gosok panties, veet bulu kaki, memilih pakaian, bersolek tebal lepastu barulah bersedia untuk pergi keluar rumah. Namun begitu, sesimple-simple perangai kaum jejaka, ada beberapa perkara tentang kami yang anda tidak mungkin faham walaupun kami memberi penjelasan yang mendalam. Malahan, kami akan dibebel selama at least 10 minit jika kami melakukan perkara-perkara yang akan dihuraikan sebentar lagi. That's okay, we do not expect you girls to understand our ways and beliefs. Ayuh teruskan membaca untuk cuba memahami perkara-perkara yang gadis-gadis sukar untuk faham.

1) Obsesi terhadap Nanu Baharudin / Daphne Iking



Tiada lelaki normal yang mampu menahan diri apabila melihat mereka so kami embrace sahaja. Tidak mampu menahan diri bukanlah maksudnya kami akan menyeluk tangan di dalam poket dan melakukan perkara yang berdosa tetapi lebih kepada celebrity crush. Macam korang gadis-gadis yang mencakar-cakar skrin komputer apabila melihat gambar Jacob. Kami memang tak faham perangai aneh anda itu so kami akan expect anda untuk tidak faham dengan perangai kami yang obses terhadap mereka juga.

Jadi apabila jejaka anda menunjukkan minat terhadap mereka, tidak perlulah anda berasa cemburu dan mengeluarkan bebelan yang panjang sambil membuat muncung. Anda tidak mungkin dapat mengerti perasaan kami yang luhur terhadap mereka. Although I have to admit that they're hot MILFs...eh eh puasa Faizal puasa tengok aku letak gambar pakai baju kebaya.

2) Fantasy Football

Haha secara jujurnya aku mendapat idea untuk membuat entri ini setelah tiga orang gadis membuat aduan yang mereka langsung tidak faham maksud tersirat mahupun tersurat dalam entri Liga Super Kembali!. Secara ringkasnya Fantasy Football adalah sejenis permainan secara maya di mana kita akan diberi sejumlah wang untuk dibelanjakan bagi membeli pemain-pemain bolasepak mengikut nafsu kami. Pemain-pemain tersebut akan mendapat markah berdasarkan persembahan mereka dalam perlawanan bola sepak sebenar.

Setiap minggu anda boleh lihat ada perlawanan bolasepak di kaca televisyen, katalah, Barclays Premier League. Ala yang ada Liverpool dengan Manchester United tu. Haa yang itulah. Ok katalah pada minggu itu Man U lawan Liverpool. Katalah Liverpool belasah Man U 3-0 dan semua gol dijaringkan oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard. Katalah dalam team fantasi kita, kita ada beli Gerrard, oleh sebab Gerrard jaringkan gol secara realiti maka pasukan pilihan secara fantasi kita akan mendapat markah. The thing is, semua orang tahu yang Steven Gerrard ini handal dan kebarangkalian dia untuk menjaringkan gol memang tinggi so 'harga' dia di Fantasi memang mahal. So tak bolehla kita main ambil semua orang yang handal-handal sahaja sebab kita ada limited budget. Di sinilah keseronokan bermain Fantasy Football itu bermula, di mana kita boleh menunjukkan kemahiran meramal pemain mana yang kita patut pilih pada minggu itu berdasarkan pengetahuan bolasepak kita. Saat yang paling seronok adalah apabila kita mendapat markah yang lebih tinggi daripada kawan kita sekaligus memperoleh bragging rights dan kita dibolehkan untuk mengeji kawan-kawan kita.

Contohnya, setelah tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris pada minggu lepas, berikut adalah kedudukan liga Fantasi yang terbaru.


Kalian nampak kan nama siapa yang berada di tangga teratas itu? Yaa sayalah orangnya. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana saya memang handal berpundit. Oleh sebab saya berada di puncak, saya layak mengeji orang-orang di bawah saya dan mereka hanya boleh redho sahaja dengan kutukan yang diberi:

a. Yo Adam mana spreadsheet yang kau banggakan itu? Memang najis mughollazoh.
b. Begini sahaja persembahan kau Shuhud? Memang najis mughollazoh pasukan kau.
c. Apa ni Dazrul nama sahaja juara bertahan tetapi persembahan seperti najis mughollazoh.


So kalau korang gadis-gadis terdengar perbualan antara jejaka seperti "Eh berapa point kau malam tadi" ataupun "Ahh celaka aku tak letak Drogba jadi kapten" maka anda tahulah mereka sedang berbicara tentang Fantasy Football. Bagaimana, ada sedikit faham?

3) Melepak di mapley

Melepak di mapley adalah salah satu nikmat yang jarang gadis-gadis dapat kecapi. Antara bebelan yang kami selalu terima apabila menyatakan hasrat hendak bermale-bonding bersama jantan-jantan lain adalah:

a. Eiiii kenapa you taknak bawa I sekali??
b. Eiiii kenapa you balik lambat sangat ni you buat apa kat kedai mamak tu??


Bagi menjawab bebelan (a):

Kami tidak bawa anda sekali kerana kami sayangkan anda. Well jika orang lain bawa pasangan masing-masing mungkin kami akan membawa anda sekali. Tapi rakan-rakan kami semuanya berperangai seperti iblis dan pengganas seksual. Apabila kaum jejaka berkumpul, mereka akan membuat penbincangan tanpa tapisan dan no holds barred. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka semuanya boleh menyebabkan mereka ditangkap di atas dakwaan cubaan memperkosa. Sebab itulah kami tidak mahu bawa anda. Lagipun nanti anda bosan dengar penbincangan Fantasy Football (rujuk no 2) kami.

Bagi menjawab bebelan (b):

Antara aktiviti jantan yang kami lakukan di mapley sehingga pukul 3 pagi adalah menonton bola sepak sehingga habis siap tonton dia punya highlights lagi, mengumpat musuh-musuh dan bekas teman wanita yang kami benci sejak zaman sekolah, memesan 2 gelas teh tarik dan 2 pinggan megi goreng, serta mencuci mata dengan melihat gadis-gadis lain. Eh? Itu sebab kami balik lambat.

Bagaimana, gadis-gadis boleh mengambil inisiatif untuk memahami kehendak mapley kami tak?

4) Kentut secara terbuka

Dalam setiap famili, akan terdapat seorang individu lelaki yang lancar sahaja mengeluarkan angin daripada dubur mereka. Betul atau tidak? Tak kiralah jika mereka itu abah anda, abang anda, pak su anda yang belum kahwin mahupun suami anda. Dalam hati anda, dan kemudiannya diluahkan di mulut anda, anda berkata "Ewww that's gross!!". Bunyi sahaja macam gross, tetapi ada hikmah dan pengajaran di sebalik aktiviti kami ini. You see, setiap kali anda mendengar bunyi kentut PROTTT, PFFFTTT ataupun BREEP BREEP, adakah bau busuk akan menyusuli? Tidak sama sekali bukan? Anda hanya dengar bunyi, tapi anda tidak bau pun kentut yang dilepaskan itu.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis di Barat, kentut yang dilepaskan secara lancar dan rela tidak akan berbau. Sebaliknya, jika orang malu-malu takut orang tahu kita kentut dan kita pun mengemut anal kita bagi mengelakkan terkeluarnya angin, maka kentut yang keluar bakal berbau bangkai. Ruang udara yang sempit menyebabkan jisim-jisim kentut menjadi padat menyebabkan baunya melebihi paras yang boleh diterima oleh manusia normal. Besides, there's no way that we can prevent a fart successfully. So why bother? Itulah sebabnya kami lepaskan secara terbuka kerana jika kami tahan pasti anda yang akan mendapat manfaatnya.

Bagaimana? Ada sedikit sebanyak memahami perasaan kami sekarang? That's okay. We do not expect you to understand them :)

Selamat berbuka semua!



20 comments:

Clarky Afif said...

yeah aku faham tang mapley itu.
untuk sesiapa yang janji dengan awek untuk telefon 'lepas balik dari mapley' sila jangan. waktu itu waktu puncak kami menikmati beauty sleep.

Anonymous said...

haha..
mengikut analisa aku,ramai yg tertipu dgn fixture wigan-blackpool..budget blackpool kene baham ngan wigan..
aku siap pertaruhkan kirkland ngan rodallega lagi..huhu..
ijai ngan apai pun sama..haha..


-shuhud-

Kap said...

Kentut secara terbuka a.k.a kentut bersama pemikiran terbuka.

Anonymous said...

aahhhh faizal ni baru prlawanan pertama. masih ada 37 gameweek. btw sape nombor 2 tu b4 match man utd vs newcastle die no 1 nasib baik abg rooney sentuh bola evra kalau x kau x nombor satu faizal

-dazrul-

shogunn_general said...

haha kali ni aku join dari gameweek 1, plus a season's experience in the bag. target aku mmg top 10, yela, noob lagi kan. cis aku tertipu dgn injury drogba...nasib baik anak murid torres = david ngog cekap menyepak bola dari sudut sukar huhu

Anonymous said...

ni semua salah si drogba dan malouda. rooney plak tengah off form, kenapala aku masukkan die dalam team aku.

adam

Mohamad Faizal said...

clarky: kalau call pun diorang tanak angkat sebab masih merajuk sebab tak ajak diorang...

abe: nzogbia sekali. celaka tak diturunkan pula

kap: kentut secara tertutup aka kentut bersama orang yang berfikiran sempit?

dazu: haha aku pun tak tahu itu siapa mungkin kawan adam. tapi juara gameweek ini adalah aku maka terima sajalah hihi

naqqib: haha naqqib kau jangan aibkan nama bangi dengan mendapat bottom 10 pula. banyak team tu dalam liga

adam: haha ada kata duduk sana boleh dapat informasi terkini hee hee

Anonymous said...

bab kentut tu mmg pelik.
lelaki ni boleh kentut non stop and multiple sound plak tu!! dasyat~~

regards
Syawalliah

Btw Ijai, mane ko tau aku menagndung? hehe..alhamdulillah dah 8 weeks :D

Mohamad Faizal said...

WHAT THE WHATTTT haha aku main tuduh je haritu. kongratulasi! kalau anak lelaki bubuh nama Faizal please dah besar mesti kacak dan beriman

astute said...

ijai, aku dah faham fantasy football!!!!

Anonymous said...

Ijai, btw, aku x boleh letak nama faizal..coz aku pernah kecewa dgn insan bernama faizal dulu2~
Hehe (not u IJAI). wakaka.. joking je.


regards
Syawalliah

khairul_bariyyah said...

bila baca pasal fantasy football kat atas 2 macam paham.. bila baca comment abe,adam,dazu etc2, terus jadi blur2 ayam balik.. huu~

Mohamad Faizal said...

astute: tahniah! boleh buat team dah

alia: lupakan sahaja kisah lama syawal

khairul: haha tak mengapa kalian semua pasti akan bosan nanti didedahkan dengan entri berunsur bola sepak sepanjang tahun

Anonymous said...

Thanks for explaining fantasy football. Padat & berkesan. Kini saya sudah faham & boleh berlagak dgn kawan2 lelaki saya dgn ilmu baru itu.

AdliS

^wirda^ said...

skali lagi even ko cuba terangkan no2 itu, aku ttp skip..sbb baru baca satu ayat aku penin...terus masuk no3. hahahaha

Mohamad Faizal said...

adlis: tahniah untuk anda!

wirda: takziah untuk anda. usah bimbang wirda, ilmu itu tidak begitu penting

fantasy.com said...

eh ijai da trsungkur nmpknya..merampas tmpt ko ngn brgaye..haha

so pe pundit gmeweek 3?

Anonymous said...

ijai belum tersungkur. dia masih ade beberapa player yang tak main lagi.

aku dah berjaya masuk top ten! ha ha. adamonster! kat sini aku nak mengejek rakan-rakan yang berada di bawah aku. najis mughollazah!

adam

Azwan Azmi said...

kentut secara open rasa lebih bertenaga selapas angin dikeluarkan

Alyssa said...

Ijai, btw, aku x boleh letak nama faizal..coz aku pernah kecewa dgn insan bernama faizal dulu2~ Hehe (not u IJAI). wakaka.. joking je. regards Syawalliah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...