Wednesday, August 11, 2010

What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content? #2

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

Mengenali diri aku yang mendapat didikan agama di Sekolah Agama Sampin Hijau, korang pasti menganggap yang aku menghuraikan erti puasa di dalam syarak terus daripada minda Islamik aku ini. Tetapi anda silap, kerana aku sebenarnya plagiat ayat di atas daripada Wikipedia. Tapi teknik copy dan paste aku tidak dikira plagiat kerana aku menyatakan dari mana sumber plagiatan aku dan aku tidak mengaku yang ayat itu dihasilkan oleh aku sendiri. Mengerti? Ayuh teruskan membaca.

Hari ini satu Ramadan. Dengan memahami maksud puasa secara mendalam, kita seharusnya bersabar apabila menghadapi dugaan yang mendatang dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat agar tidak kurang pahala puasa kita. Ini termasuklah apabila ada orang memplagiat isi kandungan blog kita. What the what? Sekali lagi Faizal? Bukankan tempoh hari sudah ada orang memplagiat 17 entri anda tanpa perasaan aib? Terima kasih kepada seorang pembaca budiman iaitu Titanium kerana mendedahkan kekejian ini malam tadi. Aku terus menuju ke laman blog yang dituduh dan serta merta aku terkagum sehingga mengalir air mazi kerana hasil penulisan dia memang terlalu awesome. Rupa-rupanya aku baca hasil tulisan aku sendiri patutlah best.

Aku dengan eksaitednya terus menekan print screen dan menyimpan gambar itu di dalam cakera keras. Mengikut kajian, hanya satu entri yang diplagiatnya iaitu 'Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba'. Baru lagi tu sehari selepas aku publish iaitu pada 5/8. Aku berfikir di dalam hati, mungkin aku patut biarkan dia plagiat banyak-banyak dulu barulah epik nanti bila didedahkan. Tapi bila aku cek yang entri terbaru dia pun banyak sangat perkataan yang sama dengan blog orang lain, adalah baik kita mencegah daripada mengubati.




At least dia ni ada usahala nak mendecoratekan hasil plagiatannya dengan menambah tulisan-tulisan berwarna, meletakkan gambar-gambar yang relevan serta menukar nama watak team Bangi kepada nama kawan-kawannya. Kesian kawan-kawan dia kena tuduh tengok porn. Canggih juga blog dia ada orang menari rap kat sudut. Lepas tu header blog pula tulis ANBU: Special Assasination Tactical Force tapi kenapa tak guna Kage Bunshin no Jutsu untuk mengelakkan diri daripada terkantol ketika memplagiat?

Secara jujurnya, aku tak marah pun. Jauh di sudut hati aku berasa berbesar hati kerana ada orang sudi plagiat blog aku. Aku selalu menuduh diri sendiri awesome dan korang kata aku perasan je lebih, tapi jika kita tidak awesome, masakan ada orang yang akan memplagiat kita bukan? Terima kasih kerana membuktikan yang aku ni awesome.

Jadi Encik Plagiat jika kau membaca entri ini dan tiba-tiba baru sedar diri membuat pemohonan maaf hanya setelah terkantol, hey no worries. Bulan Ramadan ni kita harus saling memaafkan antara satu sama lain. Para pembaca terutamanya ahli Team Bangi diharap dapat mengawal perasaan ketika hendak membuat sesi rogol nanti. Kalau nak mencarut, tunggu lepas berbuka ok? Alah tak perlu mencarut pun kita kena tenang dan kool macam ijaicool. Aku tengok dah ada yang membuat serangan kecil dah di shoutbox dia haa haa korang memang kool.

Oklah, selamat berbuka puasa semua! Korang buka apa kejap lagi?



23 comments:

Anonymous said...

damnit. sorang lagi. nampaknye berkurangan la skit pahala puasa aku. haha.

adam

Anonymous said...

btw, untuk sesi rogol lepas bukak puasa, solat maghrib berjemaah, isya' berjemaah, dan tarawikh 23 rakaat termasuk witir...

http://psyskool.blogspot.com/

adam

jana said...

Hmmmm,entahlah labu ada lagi orang macam ini,betul lah tu ijai maafkan je lah sempena bulan ramadan yang mubaraq ini,rasanya tak berani dah nak buat lagi tu.

astute said...

actually aku la rapist pertama kat shoutbox dia..hahah.tapi semalam aku buat, so pahala puasa aku tak kurang la kot.

Mimie.Candy Cane said...
This comment has been removed by the author.
Mimie.Candy Cane said...

"Kesian kawan-kawan dia kena tuduh tengok porn. "

tersedak aku tengah makan rambutan.hahahaha..memang kurang didikan agama betol.

ko disable la 'right klik function' kt blog ko.

aku cakap je,aku buat dari dulu tak jadi2 jugak.lagipun tadek sape nk copy entry aku .kecualilah kalo aku tukar nama blog kepada mimiecool...kebarangkalian tu adaaa....

Mimie.Candy Cane said...

aku baru terjah blog beliau..dia ada 7 followers je..mungkin ko ialah sumber inspirasi beliau utk mengumpul lebih ramai follower..

canggih ouh ade org menari rap kt tepi tu.aku ingat lepas ni nak letak org menari poco2 kt blog aku...

Mohamad Faizal said...

adam: haa haa kau memang sentiasa cekap dan pantas

kak jana: ya, memang tiada isu besar pun.

astute: haa haa anda memang peminat fanatik

mimie: haha aku bukan taknak disable right click. kalau orang celik IT diorang boleh je ctrl+c, ctrl+v (unless diorang disable text selection jugak). aku suka open in new tab kat browser kalau takleh right click lecehla...

manggosteen said...

mmg style la cara mamat ni copy paste..hehe..

Anonymous said...

haha..mcm2 hal

bermaafan sesama muslim


yusuf

Mohamad Faizal said...

manggosteen: benar, aku akui memang bergaya

yusuf: ya, aku tak marah pun hihi

O Ena O said...

Ko mmg coooll jaii....hehehe selamat berpuasa..

Anonymous said...

Selamat berpuasa Ijai;)

x pe.. bdak tu curi idea, nanti dia meneyesal lah tu.
malu sgt2 buat mcm tu.
kalo dia buat jugak, mmg muka tembok besar CHINA lah dia :)

salam kat da killa :)

Regards
Syawalliah

Rahim Hashim said...

ko memang hebat la..
jangan sampai majalah ujang pulak plagiat entry ko..kene jaga jaga..

^wirda^ said...

aisehh dia dh delete kot blog tu..adoiyaiiii tak sempat lg aku..hahaa


mmg awesome la kau..hahaha
itu siap nama dia blog pun nk letak "kool" kat belakang..hahahaha kau mmg pujaan hati dia..syaabaasss inspektor sahabb!

z a t i said...

kenapa takda org tergamak nak tiru blog aku.

Shima Ibrahim said...

alahai sorg lagi! nmpak sgt ke-cool-an ko mmg irresistible! tidak syak lagi!! tahniah en ijai! ;)

khairul_bariyyah said...

setuju pasal komen yg ijai balas kat mimie tu.. kalo disable right click pun leh guna ctrl+c ngan ctrl+v tu...

tahniah lah di atas ke-awesome-an blog ijai cool nih.. hihihi

Anonymous said...

aku message kat facebook die, suruh die delete entry kau ataupun bagi credit. ni reply die jai:

"salam...terima kasih atas kepekaan anda dan sy dahului dgn minta maaf..bagi pengetahuan anda,blog tu d ushakan oleh beberapa individu menggunakan akuan saya sebagai "blog bersama"..maka ia ada terdapat post dalam blog tu yg d post oleh kawan sy tanpa sy memeriksanya terlebih dahulu,lebih2 lagi untuk beberapa ketika ni sy sendiri tidak berkesempatan untuk update blog tersebut maka sy beri kebebasan baginya untuk meng"update",tapi tak sangka dia telah plagiat hasil dari rakan anda,sy betul2 minta maaf bagi pihak dia dan pohon maaf dr kwn anda! buat masa ini saya akan tutup sementara blog sy utk memeriksa kembali post2 yang lain juga...sekali lagi sy ingin meminta maaf atas apa yg telah berlaku dan sy akan pastikan ia tidak akan berlaku,terima kasih dan minta maaf,assalammualaikum"

ok la, bulan puasa bermaaf maafan.

adam

fantasypremierleague.com said...

epl da nk start..season ni pnye fntasy xkn xde kot..

sory guys ubah topik..haha

Mohamad Faizal said...

ena: thanks. selamat ponteng puasa untuk anda juga.

alia: APA? DAH MENGANDUNG?? (saja membuat spekulasi di bulan ramadan hihi)

rahim: dulu2 aku pernah minta nak buat praktikal kat majalah ujang dan gempak tapi diorang tak amek intern...(tiba2)

wirda: haha saya berharap akan ada lagi insiden sebegini

zati: sebab blog kau blog bergambar. semua gambar kau kantollah kalau aku plagiat di blog aku

shima: haha irresistible kepada gadis-gadis dan jejaka

khairul: terima kasih. selamat berbuka puasa!

adam: haha kau memang besfren aku. takpe, tak kisahla 'blog bersama' pun. aku suka sebenarnya hii hii

fantasy: eh dah buatla. esok aku post

Anonymous said...

weehh ak terlambat nk merogol huhu..daym btol klo jumpe sekeh2 je budak plagiat tu..

-fandi-

Mohd Hazri said...

budak plagiat tu dah takde la.. tak sempat aku nak terjah. kena rogol sambil bunuh ke nih?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...