Saturday, September 11, 2010

Berhari Raya di Hospital

Hai apa khabar kalian? Buat para jejaka, seronok tak berhari raya di rumah gadis-gadis berkebaya terbelah sehingga ke peha? Buat gadis-gadis, naik juling tak mata melihat jejaka-jejaka segak berbaju melayu? Memang dasar tiada kampung aku ini mengemaskini blog pada hari raya. Walaupun aku tiada kampung, aku masih ada rumah saudara mara untuk dikunjungi. Aktiviti tipikal aku di setiap kali hari raya adalah:

Raya pertama:

1) Semayang raya
2) Pergi membaham rendang rumah Mak Long kat seksyen 1.
3) Balik rumah berehat
4) Pergi rumah nenek saudara di Kampung Pandan dan Ampang
5) Pulang.

Raya kedua:

1) Pergi rumah atuk sebenar yang hanya jumpa setahun sekali di Klang.
2) Pergi rumah Mak Ngah di Klang, Pak Long dan Pak Su di Shah Alam.
3) Pulang

Begitulah aktiviti rutin raya aku setiap tahun. Namun begitu, raya kali ini memang berbeza kerana aku langsung tidak beraya ke rumah saudara mara kerana mama aku demam. Mama demam sejak hari Rabu lagi. Aku dah bawa pergi Az Zahrah, lepas masuk air semua pulangla ke rumah. Tapi demam still tak berkurang takut kena denggi pula so pada hari raya pertama, mama aku ditahan di wad. Maka dengan berbaju Melayu lengkap aku sekadar beraya di bilik-bilik pesakit lain mengharapkan keluarga mereka ada bawa kuih raya. Ayuh teruskan membaca.

Aku still terbangun pagi pada pukul 5 pagi pada 1 Syawal. Lepas tu tak boleh tidur aku pun bersahurla dengan kuih raya. Mama pening kepala memang tak boleh bangun dari katil so tak boleh pergi semayang raya. Aku dengan tabah menggosok baju dan memberus songkok sendiri dan mekap-mekap ala kadar untuk berhari raya. Tiba-tiba aku mendapat mesej daripada Fandi mengajak aku untuk pergi tengok wayang cerita Madu 4. Setelah menasihatinya dengan lembut, akhirnya dia berubah fikiran untuk pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri instead. Itu pun aku kena paksa dia dengar khutbah sekali. Kami solat di Surau Al-Kauthar dekat rumah aku sahaja.

Habis solat, aku mengajak Fandi berhari raya di rumah aku sebelum dia pulang ke kampung isteri. Tapi aku tak hidangkan dia nasi himpit kuah kacang berserta rendang istimewa masakan Pak Su aku sebab aku nak simpan untuk tetamu yang lebih penting. Haa haa. Kesempatan ini digunakan untuk mengambil gambar-gambar homoseksual setelah sebulan menahan diri daripada melakukan aktiviti begini di siang hari. By the way baju raya korang warna apa?


Selepas Fandi balik, Shuhud (Abe) pula sibuk nak beraya di rumah aku kerana dia pun tak balik kampung. Zaman sekarang ni instead of balik kampung, kita pergi ambil atuk dan nenek kita untuk beraya di sini. Apalagi bergambar gay sekali lagi la.


Dia datang rumah aku bawak Vuvuzela entah fahaman khurafat mana entah yang dia ikut pergi beraya bawa Vuvuzela. Vuvuzela ni akak Abe beli masa dia tengok World Cup di South Africa tempoh hari. Aku pun cuba la tiup. Rupa-rupanya kita tak 'tiup' Vuvuzela ni. Kalau tiup memang tak berbunyi dan kau akan jadi mengah. sebaliknya, kita kena buat bunyi 'brrr' guna bibir macam pelajar-pelajar Akademi Fantasi buat tu, barulah keluar bunyi yang annoying itu.


Petang raya, kakak mama iaitu Mak Long aku dengan keluarganya datang ke rumah aku membawa juadah raya. Oleh sebab kesihatan mama aku masih tidak pulih, kami pun membawa mama ke hospital Az Zahrah pada malam hari raya. Doktor mengesyaki mama diserang demam denggi, so kena tidur wad la malam tu. Aku pun pulang ke rumah untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke hospital seperti Xbox 360 dan kucing aku Megatron yang tak boleh tinggal sorang-sorang di rumah. Syahdu beb tidur hospital di malam raya. Nasib baik malam tadi ada cerita Independence Day. Bilik hospital dia agak luas so muatla aku dan sepupu aku tidur sekali. Malam tadi aku sibuk bertakbir dari bilik ke bilik pesakit lain demi memantapkan ukkhuwwah sesama umat.


Pagi tadi mama aku dah boleh bangun dan membaham sarapan, so kira perkembangan baiklah tu. Aku pun pulangla ke rumah sebentar untuk mengemas kandang kucing, membasuh kain dan pinggan serta menulis entri ini sebelum kembali ke hospital sebentar lagi. Doakan mama aku cepat pulih ya kawan-kawan. Datangla melawat aku dan mama bawak kuih raya sekali.



18 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

Selamat Hari Raya Ijai & Mama ;) Aku doakan Mama cepat sembuh.

Agak sengal gambar perilaku Vuvuzela kau. Hahahahaha

nana said...

semoga cepat sembuh mama ijai.

p.s: patut lah ampang tak jem, rupa nya sbb kau tak dtg sini.
:P

Anonymous said...

selamat ari ry ijai
moga mama cepat sembuh ye
maaf zahir batink



santiago

Anonymous said...

slamat hari raya encik faizal!
i'Allah mama encik faizal cepat sembuh.bnyk pahala encik faizal jaga mak yg sakit.tk dpt duit raya dpt pahala.best tuh!

anon

qilahlala said...

ijai, kim salam kat mama... insyaallah raya tahun nie i dtg.. kalau tak, sure jd bahan ahhh hehe

cracked bunny said...

selamat hari raya abg ijai

raya ketiga datang la moscow bawak lemangg. :(

semoga mama cepat sembuh

Mohamad Faizal said...

cikinto: thanks. itu gambar pengajaran lah hihi

nana: terima kasih. next week lah aku membuat kacau di ampang

santiago: terima kasih. best tak bekerja di hari raya? hihi

anon: terima kasih. sekarang ni perlu beri duit raya kepada makcik2 yang datang melawat....

lala: thanks. ohh sudah pasti akan dibahan

sha: selamat hari raya sha. hantar gambar lemang kira okla kan hihi

Clarky Afif said...

baju rayaku kaler pepel, putih bunge merah, putih bunge biru dan biru bunge pepel.

makcik cepat sembuh key!

ah mak ayah aku beraya sakan di KL huhuh! jeles pulak aku tak meriah langsung kat kampung texas aku ni T__T

amar said...

semoga cepat sembuh!!!

syun said...

Selamat Hari Raya Ijai!!
Anak yg baik..sentiasa jaga mak dia.
Semoga ur mom cepat sembuh :)

Kap said...

ramai tak peminat megatron datang beraya rumah kau?

attiesya said...

ijai,mama dah sihat lum? dah kuar wad?

Mohamad Faizal said...

clarky: memang muhibbah baju raya anda

amar: thanks

chua shi yun: baik dan kacak, thanks

kap: diorang beraya tak ikhlas, malas nak layan

attiesya: belum, masih di wad

Beela RC said...

Selamat Hari Raya cik Faizal !
*maaf, zahir & batin ye :D

saya doakan semoga mama anda cepat sembuh ! :D

Anonymous said...

siti nurul ijai yang comel lagi ayu,

Selamat Hari Raya and hope your mom cepat sembuh! insyaAllah the demam will pass over quickly :)

-nadjoe

Mohamad Faizal said...

beela: thanks

nadjoe: yooo mohd nadiah johari selamat hari raya tahun ni datang rumah okayyy

mimizuzuhaha said...

Smoga mama ko cepat sembuh pastu leh mkn kueh raya byk2

Mohamad Faizal said...

thanks. kuih raya aku kali ini tak sedap

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...