Monday, September 20, 2010

Berhari Raya di Markas Tentera

Tajuk entri aku asal boleh nak exaggerate kan? Tapi memang betul aku pergi beraya di kem tentera. Semalam bekas rakan sekerja aku Shadatul Shima binti Ibrahim telah menjemput aku untuk menjadi jejaka pencuci mata ataupun 'eye candy' di majlis rumah terbukanya di Kem Batu Kentonmen di Jalan Ipoh. Untuk tidak mengecewakan gadis-gadis berumur linkungan 25-45 tahun, aku pun memakai baju raya lengkap dengan tanjak dan keris. Abah Shima merupakan seorang tentera kot, itulah sebabnya rumah dia terletak di kawasan kem tentera. Tapi memang jakun gila aku bila nak masuk je kem ada askar pegang sniper rifle anytime je boleh menakutkan pengemis yang cuba mengemis di kem. So kat dalam kem tu memang semuanya berasaskan ketenteraanla. Ada muzium tentera, ada meriam besi dan meriam buluh. Ada sorang pakcik tu rileks je pergi surau naik kereta kebal.

Setelah sesat beberapa kali, aku akhirnya berjaya ke rumah Shima. Ayuh kita berhari raya di rumah Shima.

Ketibaan aku disambut oleh Mama Shima. Berikut adalah teks perbualan yang mungkin telah ditokok tambah antara aku dan Mama Shima:

Mama Shima: Haaa masuk masuk masuk. Eh ini....

Aku: Saya kawan Shima.

Mama Shima: Haaa ini ijai kan? ijaicool? Shima suruh Aunty baca blog ijai. Adik Aunty pun baca tau. Hihi.

Aku: (senyum bongkak sebab Mama Shima baca blog aku). Aunty sihat?

Mama Shima: Sihattt. Ni nak tanya ni bila Shima ni nak bawa jumpa boipren dia? Aunty memang berharap sangat dia dapat cari orang yang segak macam ijai ni. Dahla pandai tajwid, solat maghrib jarang tinggal pula tu berdasarkan apa yang Aunty baca di blog ijai.

Ok ok ayat yang last tu aku tambah sendiri. Anyway makanan yang disediakan memang lazat sekali. Ada soto dengan laksa. Soto dia memang lazat sehingga menjilat dinding. Aku tambah sampai 3 kali. Aku ingat nak tambah lagi tapi aku dapat rasakan mata jiran-jiran yang merenung tajam melihat kebuasan aku.


Seterusnya, ayuh kita lihat gambar-gambar yang disertakan dengan caption yang berbaur fitnah. Kita mulakan dengan gambar di bawah. Gadis dalam gambar di bawah merupakan rakan sekerja aku. Nama dia Noraishikin binti Mohd Salleh. Mungkin niatnya suci untuk cuba membuat wajah comel bermata sepet, ataupun mungkin sebenarnya beliau mengantuk sebab tengok berita lewat malam tadi. Sebelah tu suami dia. Tiada pujian yang akan aku berikan padanya.


Ok gambar di bawah pula memaparkan gambar Shima (kanan) dan adiknya Shalia. Dulu-dulu korang ingat tak, ada seorang penyanyi yang bernama Shima? Ala yang nyanyi lagu Teringin tu. "Sesekaliiii ku rasaa teringinnnnn meliwatiiiii hatimu yang diiinginnnn". Haa yang itulah. Tapi Shima penyanyi tu memang tak ada bau-bau bacang pun dengan Shima kawan aku ni saja je nak panjangkan perenggan ni. Btw adik perempuan Shima tu masih single kalau korang rasa korang memiliki paras rupa dan jenis tak tinggal solat jumaat, itu memang dah berjaya penuhi 2 daripada 18 ciri-ciri jejaka idamannya.


Asyik-asyik gambar gadis sahaja kenala puaskan hati para pembaca wanita pula kan? Tapi taknakla bubuh gambar aku nanti korang print hantar ke bomoh pergi guna-gunakan aku pula. Oleh kerana tiada pilihan lain aku letakla gambar rakan sekerja aku Syafiq Shaarani. Aku tak tahu dia dah ada girlfriend ataupun boyfriend ke belum. Kacak kan?


Kita sudahi entri ini dengan gambar aku yang ala-ala Justin Bieber versi Melayu yang dikerumuni gadis-gadis.


Oh aku rasa lepas baham-baham ada sesi karaoke tapi aku sudah pulang. Kalau tak pasti aku dah gegarkan satu kem tu dengan kelunakan suara dan gaya tarian M Daud Kilau aku. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Shima kerana sudi menjemput saya membaham soto walaupun perangai saya kadang-kadang boleh monconteng arang ke muka. Fuii nak masuk peribahasa jugak. Tapi soto kau memang lazat nak arwah ah Shima. Ada lebih tak malam karang aku nak datang makan.

Sila layari laman Fesbuk saya untuk melihat lebih banyak gambar senonoh: http://www.facebook.com/album.php?aid=236602&id=628280825&l=3c3af734ec



13 comments:

Mimie.Candy Cane said...

tanjak dan kerisnye maneeee??!! ko telan skali eh..ke tertinggal dalam kuah soto?

otak ketat said...

gaya nak amek soto tak perlu la mcmtu kot. tak perlu tak perlu tak perlu. haha.

Shafawi Hamzah said...

style la bro, nk amek nasi impit pn kne ade gaye eh?haha

Mohamad Faizal said...

mimie: tanjak dan keris tu keychain je sebenarnya...

otak ketat: perluuuu. kalau tak nanti aku nampak 'normal'. aku kan abnormal hihi

shafawi: tahniah kau memang peka kepada style zaman sekarang

Clarky Afif said...

tu baru raya kat markas tentera.
cuba datang gombak, boleh raya kat markas Pas pulak.
kohkoh!

^wirda^ said...

btoi ke mak dia baca blog ko? haha

stardust. said...

salam encik ijaicool yang mmg cool.


ni nak puji lah sikit sbb mmg suke baca blog anda dan terima kasih byk2 sbb selalu buat perut gendut saya ketawa riang setiap kali baca entri baru encik ijai

encik ijai, saya nk mintak tolong dgn encik.boleh?boleh la eh eh eh

im a graduated students who is currently pursuing my masters in mass communication. i was assign to get some response from bloggers on ethical dilemma.i know it sounds like something serious but its not actually.

i hope u dont mind sharing with me a scenario/experience in writing in your blog.have u even encounter a situation where u have to deal with an ethical dilemma when writing an advertorial? like having to choose whether or not to be ethical/not ethical when writing a story for you blog.i realy hope u will share with me ur experience

kalu tanak jwb english, jawab bahasa melayu pun takpe.asalkan encik ijai sudi lah nk share ngan saya pengalaman menulis blog.mst ade kan masa2nye berdepan dgn dilema nk menulis ikut etika ke nk main hentam je kan kan kan

kalu nk jwb kat sini pn blh..atau pn email kat saye pn blh

timuncina_merah@yahoo.com

time kasih daun keladi encik ijaicool!

Mohamad Faizal said...

clarky: ada apa yang best kat markas pas

wirda: betul ramai je mama orang yang baca contohnya mama aku dan mama kepada anak anda hihi

stardust: hah? walaupun saya memiliki paras rupa tetapi itu tidak bermakna saya orang yang layak untuk ditemubual oleh anda. i can recommend someone else, if you want. seriously, you dont want someone who talk about persetubuhan in his every blog entry to actually share his experience about ethical dilemma....right? :)

Spunky Sally said...

Hang ni memang pandai menulis la Ijai..aunty sgt suka baca n3 awak.

Shima Ibrahim said...

IJAI!! Terima kasih kerana sudi mencemar duli memeriahkan open house ku tempoh hari :) Terima kasih juga kepada Datillah kerana turut hadir. Bila parti liar kau? Aku pula mau menyerang dengan kereta kebal.

p/s: btul, mmg mama saya bace blog ini. spunky sally tu mama saya le. makcik saya silent reader aje.

Mohamad Faizal said...

mama shima: hai aunty. saya nak datang makan tengahari please

shima: haha nanti aku habaq mai bila parti liar aku pula. pastikan berbaju raya!

stardust. said...

huhu ala.just to share some experience in writing je.tp klau ade org laen y sudi nk jwb kan pn leh jgak:)

sally said...

Haippp..correction..aunty Shima bukan, ulang suara BUKAN silent reader ..kan Ijai kan..sekali sekala bila keaddan menjadi luar kawal d sebabkan keklakaran n3..makcik pon tinggal komen..kan..kan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...