Sunday, September 26, 2010

Fesyen Di Sekolah Menengah

Proses transformasi daripada kanak-kanak sekolah rendah kepada sekolah menengah memang nampak ketara. Ini kerana pelajar sekolah menengah telah mengecap anjakan paradigma hasil daripada pengaruh rakan sebaya, dan faktor mimpi basah yang kebanyakannya baru dialami oleh budak lelaki penyebabkan pengeluaran hormon dan bulu pubis secara mendadak yang jelas mempengaruhi aspek fizikal mereka. Faktor baru lepas bersunat juga memainkan peranannya dalam hal ini kerana selepas bersunat, kita akan berasa terlebih matang dan keyakinan diri akan menjadi lebih tinggi untuk mencuba benda-benda yang baru, termasuklah dari segi fesyen. Berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, ayuh kita kaji gaya fesyen budak-budak lelaki di sekolah menengah zaman aku.

1) Seluar tempah bawah 20 inci

Semasa aku melangkah ke sekolah menengah memasuki tingkatan satu, aku memang tidak tahu apa yang harus diexpect. Baju sekolah, seluar sekolah semuanya dibeli di Ali Store di Kajang. Sesi perhimpunan kali pertama memang mendebarkan kerana aku dengar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi ni banyak pailang. Masing-masing muka kena parang tak macam wajah aku ketika yang licin tiada jerawat. Tiba-tiba salah seorang pelajar tingkatan 5 datang ke arah aku. Aku dah berkali-kali baca ayat hafazan sekolah rendah bagi mengelak bala. Abang senior itu berkata "Budak, bagi aku pinjam pen kau". Aku taktaula adakah dia maksudkan yang dia mahu pinjam pen aku yang sebenar, ataupun dia seorang pedophilia yang mahukan penis kanak-kanak aku instead.

Sambil menghulurkan pen sebenar dan bukan penis, aku memerhatikan senior itu. Dia merupakan seorang yang popular. Orang panggil dia Hafiz Punk. Muka dia memang macho. Tapi yang paling membuat aku terkagum dengan dia dan hampir-hampir naik ghairah adalah seluarnya. Memang berlainan sekali dengan seluar aku yang tiba-tiba nampak 'lame'. Fabriknya begitu berbeza, lain dengan fabrik seluar aku yang lusuh. Seluarnya tampak sendat di atas dan mengembang di bawah. 'Bellbottom' merupakan istilah yang tepat.

Sejak hari itu, aku terus menjadikan abang Hafiz Punk sebagai idola fesyen aku. Pulang ke rumah aku terus mengadu kepada mama tentang seluar aku yang 'lame'. Mama terpaksa akur dengan kehendak aku sebab aku anak tunggal. Seluar tempah aku yang pertama ditempah di kedai jahit Alisan. Kain dia habis licinla dan ada tanda lipatan yang tajam di sisi kalau kena jari mesti berdarah punya. Selain bellbottom, fesyen seluar sekolah yang popular pada ketika itu adalah 'straight cut'. Saiz kaki seluar yang paling minimum adalah 20 inci dan boleh mengaut sampah-sampah sekali ketika berjalan. Selain itu, poket seluar juga boleh dimodifikasi. Apa kelas poket biasa jika kau boleh buat poket 'kotak', poket 'batman' ataupun poket 'masjid'?


Kawan-kawan aku terus menjadikan aku pula sebagai idola fesyen mereka. Kalau jalan satu sekolah mesti gadis-gadis senior buat bunyi 'cet cet' minta perhatian guna mulut. Antara kedai-kedai tempah seluar lain yang popular adalah Zero One, Agrat One dan Cantona 7.

2) Kasut bertali

Semasa sekolah rendah, aku pakai kasut Bata yang lekat-lekat tu. Tak pasti pula apa nama khas dia. Adalah sekali aku pakai kasut lekat-lekat siap ada lampu masa sekolah rendah tapi mendapat tentangan daripada Cikgu Aloha. Masuk tingkatan satu, aku masih lagi memakai kasut lekat-lekat. Kelas aku ketika itu 1 Amanah, merupakan kelas paling nerd sekali kerana sekolah aku mengamalkan konsep 'class streaming'. Jadi tidak hairanlah rata-rata rakan sekelas aku ketika itu pun sama juga pakai kasut lekat-lekat.

Sekali lagi aku menggunakan abang Hafiz Punk sebagai sumber kekoolan aku di mana aku melihatnya memakai kasut lusuh bertali berjenama Konves. Tingkatan satu je sebenarnya yang pakai kasut lekat-lekat ni. Itu pun lepas cuti pertengahan tahun semua orang mula membeli kasut bertali seperti Pallas Jazz bagi mengelakkan diri daripada dipulaukan majoriti mereka yang memakai kasut bertali.


3) Pakai songkok

Di zaman sekolah menengah, memakai songkok bukanlah simbolik yang menunjukkan yang kau ni seorang yang alim dan tak tinggal solat maghrib. Unless kau ni budak kelas Arab haa memang orang akan expect pakai songkok la kan. Blah la kau budak kelas Arab berlagak seperti Imam Muda sahaja walaupun rancangan Imam Muda tiada lagi ketika itu. (tiba-tiba emo sebab ex gadis aku budak kelas Arab). Bagi pelajar-pelajar kelas biasa, kebanyakan mereka menjadikan songkok sebagai alat untuk menyambunyikan benda terlarang. The most obvious thing that you want to hide is of course your hair. Kata rok n roll mestilah bela rambut panjang kan. Tapi takkan nak berlegar-legar di kawasan sekolah dengan rambut Awie kau nanti Guru Disiplin nampak pasti kena gunting di tempat kejadian. Antara rakan aku yang memakai songkok semasa sekolah menengah bukan sebab dia kuat sembahyang ialah Amir Rashidi @ Apai.

Songkok juga boleh digunakan untuk menyeludup bahan-bahan terlarang seperti rokok dan kaset. Semasa spot check dijalankan, guru disiplin selalunya tidak akan mengesyaki orang yang memakai songkok. Kalaulah aku pakai songkok masa spotcheck dulu pasti kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku masih selamat. Cis aku masih berdendam dengan kau Ustaz Mahir.

4) Rambut belah tengah

Semasa sekolah rendah, aku dengan takbur menggayakan fesyen rambut belah tepi dengan remos yang tinggi dan keras setelah disapu gel. Masuk sekolah menengah, aku berpendapat yang fesyen rambut aku itu masih mampu untuk membuat gadis-gadis merembeskan hormon keseronokan di dalam diri tetapi memang ternyata tanggapan aku itu salah. Minggu pertama persekolahan di sekolah menengah merupakan minggu yang sukar bagi aku kerana gadis-gadis yang matang yang sudah datang haid itu langsung tidak mempedulikan aku malah menuduh aku ini seorang Bookworm Bitch. Memang luntur keyakinan diri aku ketika itu.

Aku mengalami kemurungan selama beberapa minggu sebelum seorang pembimbing rakan sebaya yang pakai baju kaler pink tu membimbing aku ke jalan yang benar. Dia kata aku memang dah cukup hensem, langsung tiada masalah dengan wajah ala Zac Efron aku tu. Cuma fesyen rambut belah tepi sahaja yang menjadi penghalang untuk aku mula bersemenda dengan gadis-gadis. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil sikat dan membuat belahan rambut di tengah instead of tepi. Secara serta merta aku bertukar menjadi chick magnet dan ramai gadis minta alamat emel aku.

Demikianlah antara cara-cara budak sekolah menengah lelaki di zaman aku bergaya. Gadis-gadis aku tak tahu bagaimana sebab gaya mereka sama sahaja di sekolah aku yang orthodoks itu. Sekolah korang pun begini jugakah? Zaman sekarang ni aku tak tahulah bagaimana mereka bergaya sebab mak bapak kaya sehari bagi belanja RM10 boleh tempah seluar tiap-tiap bulan. Aku dah tua takkan pergi kerja pun nak rambut belah tengah lagi kan.



19 comments:

Anonymous said...

haha jai. sluar skolah menengah tu aku siap pakai kluar petang petang lagi time kitorang akan ke kajang dan mines. dah la aku gel rambut aku everyday time form 1, naik form 2 dah malas dah.

adam

enuLwanie said...

ruginya melalui proses 'kegatalan' seperti ini sbb sekolah sy sekolah prempuan je..

The Sharkox said...

Haha...ijai..poket masjid??? aku dulu poket Malboro..

Seluar mesti bootcart..
baju mesti ada tulang belakang
Baju mesti ada nila sikit
Stokin kalau tak pakai, memang kira otai..
Lencana kalau tak pakai, memang kagum
Rambut mesti kena panjang kat belakang, kalau kena potong dengan cikgu displin, itu standard..haha

Tapi masa tu aku dan kawan2 aku BENCI PEREMPUAN..haha

theanswer said...

apis punk mmg name yg mencapai tahap legendary kt j3 dlu. hahaha. kasut bertali paling femes north star ah..tuh bajet kalau x mampu bli converse. lepas tuh mase aku form4..(kau form 5 ah) seluar bwh besar x femes dh..jadi seluar baggy..bwk 16/17inci cukup..yg penting cawat besar sket. yang perempuan baju mesti cantona 7(sah utk awek2 cikaro jer)..tudung kecik nampak tengkok...hahaha.

Mohamad Faizal said...

adam: haha pergi mines naik komuter pakai seluar sekolah main laser quest

enulwanie: haha sekolah gadis sahaja mesti ada aktiviti yang lebih 'liar' apa

sharkox: eh sekolah menengah hormon tengah galak dirembes mana boleh benci perempuan haha

theanswer: haha tudung kecik nampak tengkuk sekadar lepas syarat wajib pakai tudung je

niena ; ) said...

kalau kat sekolah aku bellbottom tu budak india je yang pakai,haha..sumpah lawak giler macam hero hindustan je aku nengok.

safwan said...

nampak sangat aku ni buta fesyen. baru lepas spend 3 bulan praktikum mengajar sekolah menengah tapi fail utk notice fesyen2 kat situ. isk...

Mohamad Faizal said...

niena: haha bergaya apa

safwan: tak apa kita sudah agak tua untuk mengikuti perkembangan anak muda sekarang...

astute said...

aku dulu sekolah agama. mn bleh nak fesyen-fesyen bagai. tapi paling tak bleh tahan, time tu pakai tudung WAJIB lipat cantik-cantik, siap pakai jarum kiri kanan (boleh tanya evi pasal nih). memang emo aku dgn ustzh2 n prefects kat sekolah tu.

tapi yg bagusnya, bila dah besar camni aku tak suka tak lipat tudung. kalau tudung tak jadi, sanggup tak keluar rumah!heheh

theanswer said...

patut pasal gaya rambut tuh kne masukkn kesan selepas kantoi lebih paras mata..ustaz mahir atau cekgu rosli terus potong tampa maaf.

^wirda^ said...

oh time skolah menengah,tingkatan 1-3 fesyen gadis2 di skolah aku adalah fesyen majlis bandaran, kain pasti meleret2 sampai berdaki itam..dan lengan baju labuh sampai separuh jadi dan tudung pasti kecik2.. ahh tp aku tidak la terjebak begitu sbb aku masih tahu erti geli dgn sampah sarap..kain labuh sket je..tp takde la itam berdaki..haha

time form 4-5..mcm ada sorang minah nih buat fesyen kain singkat..paras buku lali..kire nampak stokin la.. omaigod begitu huduh aku rasa..biar lah aku tidak mengikut fesyen itu asalkan bukan digelar fashion disaster...tettttttttttttt!

Anonymous said...

haha...dulu2 pegi skola pakai songkok baru nampak cool...abes je satu2 subjek...mesti pegi toilet ngan ayob n acap burn setting rambut...pastu pki songkok blk...mangkuk btol...mmg krisis identiti..time tuh keyakinan diri mmg tinggi btol padahal muke (ayob) mcm org pecah rumah je..

~AkuApai

theanswer said...

akuapai: acap burn tuh yg budak rumah biru lari laju tuh ek?

Anonymous said...

btol tu akak astute..teringat zaman2 skolah dulu..evi selalu kena tunggu lepas perhimpunan sbb pakai baju kain licin..haha tp yg pelik nya cikgu2 bleh pakai kain sutera..licin jugak tu..

-evi-

Anonymous said...

haha. bace entri ni mengingatkan sy kembali ke mase lampau. zaman sy dulu bdk2 laki mesti bwk beg, tapi buku xde. buat syarat je. dlm beg xleh isi buku byk2, kene bg kempis je. baru stailo. kalo pakai tie pun, x penahnye nk smart2. mesti longgar je. kasut plak standard brand all america..


~aizat zulhilmi@ijat~

Mohamad Faizal said...

astute: ingatkan aku kembali bagaimana anda kenal evi vidyana??

theanswer: aku dengan van ustaz mahir kena terbalik dengan budak2 betul ke berita tu

wirda: fesyen majlis bandaran....haha

apai: hahah kalau aku (dan kau) tengok balik wajah kau bersongkok rambut belah tengah mesti rasa nak tinju

evi: ingatkan saya kembali apa hubungan anda dengan astute??

aizat: takpe dah ada anak nanti penuhilah kembali fantasi persekolahan kita

MyaLya said...

hha.. nk tau x.. zman skang ni dak india jer pkai suar bsar bwah.. pstu wat poket batman..

dak mlayu suar kcik bwah..

bab rmbut belah tengah, xtau ler. hahah

theanswer said...

aku pon ade dgr psl kes van mahir terbalik tuh..x taw lah. zaman kite bdk x cukup brutal. zaman adik aku sampai bilik disiplin kne bakar.

Fontonk said...

haaa, teringat lagi waktu skolah. pakai songkok. mmg trend.
pastu beg kalau boleh nak yg kaler ijau gelap. haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...