Monday, September 13, 2010

Kepulangan Adam

Hai apa khabar semua? Anda semua sudah kembali bekerja kah? Aku cuti seminggu, usah irihati. Sebagai peminat fanatik blog ini, anda seharusnya mengenali sebuah entiti berwajah Cina yang bernama Adam Johari. Adam merupakan seorang BFF yang memiliki semangat setiakawan yang tinggi. Adam memang menjadi igauan buruk kepada para plagiat di luar sana dengan gaya terjahannya yang notorious dan humiliating. Bayangkanlah dalam sesi plagiat yang lalu Adam telah melawat lebih 50 blog secara rawak sambil mencarut-carut ringan dan mendedahkan kegiatan plagiat yang berlaku.

Setelah lebih 2 tahun tidak dapat pulang ke tanah air kerana pihak berkuasa mengesyaki Adam merupakan warganegara China yang cuba memalsukan kerakyatannya kerana matanya sepet, Adam (dan isterinya Shikin) akhirnya berjaya berhari raya di Malaysia pada tahun ini. Ayuh teruskan membaca kejian aku terhadap Adam.

Adam tiba di Malaysia pada 5/9/2010. Perangai Adam yang paling buruk apabila pulang ke Bangi adalah tidak mempedulikan sanak saudara dan terus datang ke rumah aku tanpa menelefon terlebih dahulu. Aku baru je nak solat terawih terus tak jadi padahal malam tu aku macam ada harapan nak dapat Lailatulqadar. Keesokan harinya, aku menemani Adam (dan Shikin) untuk membantunya merenew lesen kereta dan membeli baju raya. Sebab muka Adam macam Cina, aku bawala dia beli Cheongsam kat Zaida's Collection di Bangi Utama. Lepas tu baju raya nak jugak matching kaler hijau dengan aku. Aku pakai capal dia pun nak bergaya jugak dengan capal. Hari itu disudahi dengan sesi berkugiran sementara menanti waktu berbuka puasa. Nasib baik kaedah permarkahan Guitar Hero tidak dipengaruhi oleh kesedapan suara vokalis. Hik hik hik.


Oleh sebab ramai lagi ahli Team Bangi yang tidak berjumpa Adam, aku memaksa Adam untuk belanja kami berbuka puasa. Ala tukar duit pound sterling ke ringgit Malaysia jadi kaya la kan. Kami memberi Adam tanggungjawab untuk menguruskan segala-galanya untuk sesi berbuka tersebut. Nasib baik Shikin ada untuk membimbing Adam kalau ikutkan kata Adam memang sekadar berbuka di 7-11 sahaja. So kami pun berbuka di Village View. Shikin memang pandai memesan lauk pauk seperti Siakap Lima Rasa, Sotong Goreng Tepung Gandum, Kangkang (typo) Goreng Belacan, dan juga testis dadar. Mula-mula pesan untuk 5 orang iaitu aku, Adam, Apai & Mizah, Anas lepas tu boleh pulak ada insan yang tak konfem kehadiran tiba-tiba mencelah iaitu Zul. Rasa mahu bagi tinju Ip Man sebab tak cukup lauk. Terus kami paksa Adam memesan sate hihi.




Lepas tu semalam hanya aku dan Adam sahaja yang available untuk pergi ke rumah terbuka Anas. Ramai saudara-mara aku yang datang beraya di hospital melawat mama, so aku pun pulangla ke rumah sebentar menggosok baju raya. Ala Aryan kenapa tak pakai baju Melayuuuuuuuu.


Kelihatan Anas dan Zack begitu teruja sekali memakai kembali baju pernikahan mereka bagi membuktikan yang badan mereka sudah kurus dan muat untuk pakai baju lama. Hik hik hik. At least lagi baiklah daripada Adam yang menyangka kita sedang menyambut Hari Raya Cina datang pakai seluar pendek sahaja. Hik hik hik.


Okla aku mahu mandi dahulu dan kemudian mahu kembali ke hospital. Orang kata, kat Az Zahrah ramai jururawat comel tapi itu semua dusta belaka. Semua nurse muka macam Fandi cuma pakai tudung sahaja. Ohh Malam ini ada parti Xbox di rumah Anas. Main Halo LAPAN orang beb, seronoknya!



11 comments:

O Ena O said...

wah wah sebenornye ko sgt terharu dan sedih kegembiraan dgn kepulangan bff ko..selamat hari raya ijaiii maaf zahir & batin..terima kasih sbb masih sudi update blog walopon tgh cuti rayaa....hhahhhaa

Kap said...

memang cina.
hidung pun lebar.

astute said...

adam nmpk sgt kacak! lebih kacak dr kau ijai..heheh

Mohamad Faizal said...

ena: memang mengalir air yang mewajibkan mandi bila adam balik

kap: eh tak baik kau mengeluarkan kenyataan rasis

astute: suma kawan aku kau nak goda. shuhud bagaimana

astute said...

mana adaaaa. aku sekadar memuji dan mengagumi ciptaan tuhan. shuhud tetap pujaan aku

khairul_bariyyah said...

ish3.. kakteh..kakteh.. *geleng kepala*

Anonymous said...

nurse comel sume cuti raya la jai hehe.. btw smoga cpt smbuh ye mama ijai.. (xde pokok ko kne jaga ke jai?)



-megan musang

finaz said...

ijaiiii kenapa aryan mcm dh kurus? diet or sebab berpuasa kah? rindu nak tgk pipi gemuk dia alolololo

Mohamad Faizal said...

astute: bagus. selalulah mengkagumi ciptaan tuhan dengan memuji aku

khairul: geleng kepala juga

megan: terlambat, pokok sudah mati semua. haha

finaz: dia bayi islamik turut berpuasa itu sebab agak slim. tapi masih comel apapapun

Anonymous said...

adeh. hidung aku besar ke? sejak bila plak orang cina hidung besar. aku tunggu je dapat satu tahi lalat besar kat muka dan sehelai dua rambut kat tahi lalat tu. hehe. baru aaa taukey.

adam

Anonymous said...

klau muka cina..idung besar tu makne nye muka jawa la tu..kan2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...