Thursday, September 16, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Pengemis

Mama sudah semakin sihat dan telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital. Maka tugas aku sebagai anak yang soleh adalah untuk memasak buat mama aku. Tetapi memandangkan skil masakan aku hanya tinggi sedikit sahaja daripada skil memasak gadis-gadis zaman sekarang, maka aku pun membuat keputusan untuk membeli makanan di luar sahaja bagi mengelakkan mama aku kembali sakit setelah membaham air tangan aku. Kedai banyak tutup pada hari ini, so aku pun menuju ke Restoran Yus yang tidak meyambut cuti Hari Malaysia sebab pekerja dia semuanya orang Indonesia.

Sedang aku menanti mihun soto siap, tiba-tiba datang seorang pengemis ke arah aku. Aku segera bertindak mengikut naluri dengan berpura-pura bercakap di telefon dan keluar dari restoran konon-konon tak dapat reception bagi mengelakkan diri aku dipau. Now, di sini aku hendak nyatakan terlebih dahulu, aku bukanlah seorang yang eshol dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi pengemis tadi memang terkenal di kawasan Bangi sekitar beberapa tahun ini. Dia berjalan menggunakan tongkat ketiak, dan sering menunjukkan tag O.K.U nya sambil meminta bantuan kita untuk memberi wang bagi membeli kaki palsu. Itu cerita beberapa tahun dahulu, takkan tak cukup duit lagi nak beli kaki palsu kan? Orang Melayu in general dahla jenis yang pemurah dan mudah mengalir air mata apabila menonton rancangan Bersamamu, so aku yakin dia telah mendapat wang yang secukupnya untuk membeli kaki palsu.

Tidak semua pengemis itu 'genuine'. Kebanyakan daripada mereka adalah sindiket penipuan yang cuba menggelapkan wang dan kulit anda. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengenali jenis-jenis pengemis berdasarkan kajian mendalam yang telah dijalankan. Ayuh teruskan membaca.

1) Pengemis buta dan jurupandu mereka

Pengemis jenis ini selalunya beroperasi di kedai makan. Sedang elok kita menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di Ameerali, tiba-tiba mereka datang memberi salam. Si buta je yang beri salam dia punya tour guide memang tak tahu beri salam. Kadang-kadang kalau mereka masih ada sedikit semangat usahawan di dalam diri, mungkin mereka akan menjual tisu ataupun kerepek. Tapi jenis yang terus minta wang ini memang menjengkelkan. Nak bagi wang Rupiah nanti tour guide dia report pulak.

2) Pengemis mengensot


Pengemis ini selalunya tiada kaki dan tangan dan terpaksa mengensot ataupun merangkak untuk bergerak. Memang kasihan jika kita melihatnya. Tetapi jangan terlalu kasihan, kerana mereka selalunya terlibat dengan ahli Kongsi Gelap Mengensot yang berleluasa di Lembah Kelang ini. Mereka selalunya dijumpai di pasar malam. Mari kita fikirkan, jika mereka tiada kaki dan tangan, bagaimanakah mereka boleh datang ke pasar malam itu? Sudah pastilah ada ahli sindiket yang membawa mereka bukan? Lagipun kita kadang-kadang tak perasan mereka terbaring di jalan lalu terpijak mereka pula. Kat pasar malam seksyen 4 Bangi sebelah Petronas tu dahla kawasan berbukit. Ada sekali tu pengemis mengensot orang letak kat atas lepas tu dia terguling-guling sampai ke kaki bukit (ini mungkin fakta yang ditambah oleh aku bagi menambah elemen komedi dalam artikel)

3) Pengemis kanak-kanak asing

Pengemis sebegini selalunya beroperasi dari rumah ke rumah. Muka compang-camping, tapi pakaian menutup aurat. Dia beri salam sambil mengetuk pintu kuat-kuat. Lepas tu aku dah buka pintu dia buat gaya universal meminta wang sambil meneruskan upacara memberi salam. Beri salam berulang-ulang jela yang dia reti cakap Melayu memang tak tahu. Muka pun memang tak Melayu macam Shuhud pakai tudung je. Mungkin orang Nepal ataupun Bangladesh. Aku pun keluarkanla wang RM2 dengan muka yang tak ikhlas langsung. Lepas dah dapat duit, minta air pula. Bagi air kosong taknak. Nak air Milo Ais. Ewah ewah aku bagi betis kau minta peha. Aku bagi peha kau minta organ reproduksi. Aku bagi gaya penyudah Stone Cold Steve Austin baru kau tahu.

4) Pengemis Stevie Wonder


Ok ini satu-satunya pengemis yang aku tak hangin. Pengemis sebegini tidak meminta wang secara direct daripada anda. Mereka akan bermain muzik untuk anda, dan jika anda suka persembahan mereka, anda boleh letak wang di tempat yang disediakan. Kadang-kadang, anda juga boleh membuat lagu permintaan untuk ditujukan kepada ibubapa di kampung ataupun kekasih di perantauan. Vocabulary muzik mereka selalunya terbatas kepada lagu-lagu tradisional Melayu, tapi ada juga yang berbakat memainkan lagu Nirvana ataupun lagu Elyana. Ku tak mungkinnn kalis rinduuu kalis piluuuuuu



5) Pengemis pekak/bisu tetapi berbakat


Pengemis jenis ini membuat modus operandi mereka di pusat membeli belah seperti Sungei Wang. Sedang kita duduk menikmati makanan tidak sihat di McD, tiba-tiba mereka datang duduk di sebelah anda. Dia akan memberi anda sekeping kad yang berbunyi:

"Hai abang. Saya pekak dan bisu. Tapi saya dapat A dalam kemahiran hidup maka saya boleh membuat alat kraftangan yang dijual dengan harga yang mahal nak mampos"

Kalau jual harga singgit dua tak mengapa, ini sepuluh ringgit untuk bekas telur yang aku boleh dapat secara percuma di kenduri kahwin. Itu pun dia buat pakai kad manila nak masuk telur aku pun tak muat. Eh telur ayam maksud aku. By the way diorang bukannya pekak dan bisu betul-betul pun. Aku buat sign language cakap "How are you?" diorang balas dengan jari hantu.

6) Pengemis Cinta

Pengemis Cinta merupakan sebuah lagu nyanyian ratu rock negara Ella. Walaupun dia bukan seorang pengemis, namun kewujudannya dalam senarai ini adalah sekali lagi untuk menambahkan elemen komedi di dalam entri ini.



7) Pengemis CIMB Bank

Pengemis CIMB Bank juga dikenali sebagai pengemis Maybank ataupun Hong Leong Bank kerana membuat operasi di luar bank. Kita masuk dalam bank untuk mengeluarkan wang. Dia kat luar dari jauh sudah melemparkan senyuman penuh harapan. Kita keluar je dia terus menghulurkan katalog bergambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah anak yatim ataupun gambar masjid yang sedang dibina. Dengan menggunakan ayat-ayat mengumpan seperti, "Bang derma ikhlas bina rumah anak yatim bang. Berkat hidup abang dunia akhirat nanti", dia mengharapkan kita agar memberi wang yang kita keluarkan untuk membayar yuran pengajian kita di kolej kepada mereka. Tetapi dah 3 tahun dah kau meminta derma takkan tak siap-siap lagi rumah anak yatim kau?

Adakah anda juga selalu berjumpa dengan pengemis-pengemis sebegini? Ataupun ada lagi jenis-jenis pengemis yang anda ingin kongsi bersama? Bersedekah itu adalah salah satu amalan yang dapat membantu anda di akhirat nanti. So sedekah saja dapat pahala. Tetapi kita ni bukannya bangang sangat sampai tak nampak penipuan di hadapan mata. Kalau nak derma tapi tak mahu ditipu, derma saja di tabung surau masing-masing.

Selamat Hari Malaysia!



24 comments:

Mimie.Candy Cane said...

once upon a time,ada org mintak sedekah ngan aku.dia cakap donation dont have price,bila aku bagi rm5. dia cakap "biasa orang bagi rm10"

skit lagi nak kena tunjal kepala ngan aku...

lepas bce entry ni tibe2 rasa dah lame tak layan part time lover- stevie wonder...hoyeh!

neta said...

takpelah..aku niat sedekah je.sekurang2nya hidup kita lebih sempurna dari diorg yg terpaksa dan dipaksa hidup meminta2..

makdara TERDIVA said...

kat kg akak, modus operandi sorang pakcik ni mintak duit kat org ramai dengan mengatakan yg dia tgh tggu anak dia anta duit tapi tak smpai2..jadi, bila org dgr org kesian terus bagi..tp dah bertawun2 alasannye pun same..huhu!

astute said...

masa zaman aku belajar kat uia, ade skali aku kuwa n singgah semayang kat masjid jamek. ada sorang pompuan cina muallaf mintak sedekah. dia kata dia baru masuk Islam. so aku pun bagi sebab kesian.
tak lama lepas tu, ada lagi aku singgah situ, pun aku jumpa dia...dan dia pun mintak lagi derma. aku hampir termencarut sebab mula2 jumpa cakap dah 5 bulan masuk Islam, yg kali kedua dia bantai 2 bulan pulak.
apa, kau murtad pulak, lepas tu kau masuk Islam balik ke? (emo)

Sharkox said...

Ijai hensem..
Dulu masa aku nak balik kampung beraya dari stesen butterfinggers, eh butterworth, ada pengemis kanak2 sindiket jual sticker ayat2 yasin..

Paling sibai, dorang terus masuk dalam bas, dengan selamba terus dorang letak sticker tu kat peha semua orang dalam bas tu

Lepas tu dorang datang balik cakap harga RM2...watafak...

aku taknak beli, pasal aku banyak buku tafisr kat umah (tipu),Pastu aku tipu la dorang, cakap aku takde duit pecah, ada RM50 je...kau tau dia balas apa??

Takpa, kami ada wang pecah...

Woih, mintak sedekah fesyen apa cenggini siap ada duit pecah??

p/s: sebelum ni aku silent reader je..hehehe

nana said...

ijai, aku bagi je kalau aku ada duit singgit dua tu.
yg selepas tu, antara dia dgn Tuhan je lah.

kalau aku takde singgit dua, aku jalan jauhhhhhhhhhhh je drpd diorg. tapi kan, kalau org tua buta, jual tisu, mcm sgt kasihan juga, kan?

Mohamad Faizal said...

mimie: stevie wonder dulu sebelum berjaya dia main muzik kat pasar tani di amerika juga...

neta: bagusla begitu

makdara: haha mungkin dia sudah tua mudah lupa

astute: ala baru lepas tengok cerita muallaf la budak tu

sharkox: haha itulah peminta sedekah professional. bangun pagi2 siap punch card sebelum mencari mangsa

nana: 1st time memang kasihan tapi jika 3 kali ditawarkan tisu yang sama maka kasihan itu hilang...

Anonymous said...

kat bangi ade satu brader tkde kaki yg salu dtg mintk duit nk buat kaki palsu

alih2 mlm membe aku jumpe dia main snuker table sebelah


what the what??!


santiago

Anonymous said...

aku pun pernah kene tipu, bdak2 warga baladesh tu mintak sedekah kat times square.. pastu jumpe dia main roller coaster dgn kwn2 dia.. adddusss..

-Alia

Harris H said...

Pengemis type 2 subset 1;Pengemis bergolek2 dari bukit.Jika pengemis ini wujud, saya memang akan memberi derma,malah jika diulangi,sepuluh ringgit pun tak jadi hal.
Sanggup I sponsor helmet,sepasang knee pad ataupun elbow guard.

^wirda^ said...

aku cuma layan pengemis yg main musik jalanan, dan yg buta TANPA tour guide.. itu baru btol2 buta kot, sbb ada talent jln sendiri..ini dok kedip2 mata sbb terpaksa tutup pastu perlukan org bawa dia plak apa kes?

nak plak aku penah nampak 2 ekor pengemis nih sedang lari2 menuju kereta tak jauh dr tmpt makan aku..cisskek..sejak itu aku anti tgk pengemis dtg berdua2an menunjuk muka sadis itu! ARH...

^wirda^ said...

lupa pengemis stesen minyak sila masukkan dlm senarai..hahaha susah btoi nk lari..haha

Fareez Mansur said...

Pengemis yang bertompang dengan tag OKU selalu jumpa kat Soho(ker solo) Bangi.
Tapi baru2 ni jumpa pulak kat Bandar Tun Razak. Mamat ini ada kereta bai.

Fareez

Anonymous said...

kisah pengemis hkl lagi pedih..time aku 3rd year dulu,ade sorg pakcik ngan makcik ni berlegar2 kat parking masjid hkl jual yasin..die cakap bini die ade kanser,end stage..2-3 bulan je nak hidup..nak buat chemotherapy takde duit..
jantan segagah van diesel pun pasti sebak dgr kisah pakcik ni..
tangan aku secara automatik menyeluk poket pakcik tu eh silap menyeluk poket aku,bagi la 10ringgit..
setahun lepas tu,aku nampak lagi pakcik ngan makcik tu..tak mati lagi ke bini die??mungkin panjang umur kot..bulan lepas aku ngan member aku nampak pakcik ngan makcik tu berlegar2 kat parking hkl..
member aku cakap pakcik tu pernah mintak duit ngan die,cakap kat die bini die diabetes pulak,nak kene potong kaki..
ciss..sah2 aku kene tipu..


-shuhud-

Anonymous said...

selalu jumpa peminta sedekah yg bwk tour guide tuh.kenapa ye kena ade org bwk?!!saya jumpa mereka kt restoran makan jual tisu so sbb kesian+malu org lain npk kita kedekut tanak bg duit so terpaksa lh bg duit and beli tisu yg mereka jual.ciskek!takpe pahala i'Allah dpt kalau tipu tu antara mereka dgn tuhan lah

ciknon

Anonymous said...

hulurkan tgn, ringankan beban dekat Bersamamu je laa :D



-megan musang

Clarky Afif said...

kat jeti penang, kalau terbagi sedekah kat sorang, kau akan dikerumun macam gula-gula dihurung semut beberapa saat selepas itu.

aku terrer buat muka garang. hahaha!

Anonymous said...

kat jeti penang memang.. teruk gile pengemis budak2 tu.. die takkan blah selagi ko tak bagi duit.. pastu bile bagi semua dtg mintak..

satu lagi pengemis punye style kat jambatan yg macam penang bridge kat federal nak masuk ldp tu.. ade sorg makcik die pegang frame gambar sape tah ketuk tingkap kereta everytime kereta benti kat traffic light merah mintak sedekah..

kat shah alam pun satu hal jugak.. takde kedai makan yg takde pengemis masuk mintak sedekah..

qilahlala said...

dulu masa i,asiah,u, amir and mustafa g mkn kat kedai arab kat jln ampang tu nmpak ada sorang pak cik tua. pak cik tu mintak sedekah kat area rumah i..

kantoi plak, mlm tu bole jumpa dia kat kedai pak arab jln ampang...dtg umah mintak sedekah ckp da takde duit nak bayar bil suma, isteri sakit.. adoiiiiiii!!

Anonymous said...

rancak nmpknye sesi mengumpat dan mengeji para pengemis...kekehkeh

aku ade satu lg stori..
ms aku lepak kt kedai mkn seksyen 7 shah alam
dtg sorg budak myanmar rsnye dlm 2 org. mintk duit kate dh bape hari tk mkn. membe2 lain dh wt muke kiut soh halau je. aku pelawa dorg makan skali. dh kate bape ari tk mkn...

"Tkpe dik, dok cni mkn skali. order je abg blanje.."

membe lain dh usha tk puas ati...kehkehkeh~

"taknakla bang...makanan kt sini tk sedap"

mcm cilake..

smggu lepas tu. membe aku beratur bli KFC kt seksyen 2. budak tu beratur kaunter sbelah..


p/s - YB ijai, sila bagi solution utk mslh ini


- santiago yusuf-

Mohamad Faizal said...

yusuf: haha tulah duit beli kaki buat main snuker haram

alia: haha itu memang perangai syaiton

harris: kau memang berhati mulia

wirda: pengemis buta kena derma lebih sikit sebab kena bayar tour guide dia sekali...

fareez: wahh sudah bukak francais kat sana pula maju betul pengemisannya

abe: dia kahwin dua kot...hihi

ciknon: eh tak usah malu orang lain pun tak bagi juga

megan: aku tak boleh tengok bersamamu nanti mesti hiba

clarky: haha gilalah kena ramai2 kita pulak yang kena mengemis nanti

anon: wah kat ldp pun ada? gila saiko bawa frame gambar. dahla balik kerja hari2 lalu situ

lala: ha'ah saya ingat anda pernah cerita dahulu haha

yusuf lagi: haha menarik cadangan kau mungkin aku patut buat entri "cara-cara untuk menghadapi pengemis" (or something like that)

Anonymous said...

best gak topik ni :)

ok..aku pun ade nk share story..
1day aku nk pg jemput adik aku kat bustand pekeliling.. nk dijadikan cerita aku mmg x familiar la ngn jln kat KL ni.. *walaupun plat krete aku plat wilayah* hu..

then aku pon tanpe segan silu pun bertanye pada sorang mamat yang sedang berjalan .then mamat ni pun bagi la aku direction.

Baru je aku nk ckp terima kasih kat die, die terus buat ayat kesian

"Dik, abg ni baru je keluar penjara. Abg sehelai sepinggang je ni.. duit mkn xde.. duit tambang pun takde.. boleh x adik hulur beberape ringgit"

Pergh.aku dengan tangan terketaq2 pun hulurkan le 5ingit.. dlm hati aku berbisik, klo aku tak bagi ni kang mahu die kuarkan pistol tembak aku.. naya naya..

So tobat takmo lagi tanye pada sebarangan org.. :)

Gadis TM cyber :)

mariyaamohdtahir said...

teringat satu story bila bace entry ni, seorg sahabat yg sangatlah baik hati sanggup ambik duit dlm bank (mase tu skolah menengah) utk bagi kat seorg peminta sedekah yg kononnya dia mmg takde duit nak balik kg. Siap bagi rm20 lg.. mmg kira banyak lah kan utk budak skolah men. pastu minggu depan bila kt org outing jumpa budak yg sama mintak sedekah ngan kitaorg dgn alasan yg sama.. huhuhu malang nasib...

Turner said...

Ijai hensem.. Dulu masa aku nak balik kampung beraya dari stesen butterfinggers, eh butterworth, ada pengemis kanak2 sindiket jual sticker ayat2 yasin.. Paling sibai, dorang terus masuk dalam bas, dengan selamba terus dorang letak sticker tu kat peha semua orang dalam bas tu Lepas tu dorang datang balik cakap harga RM2...watafak... aku taknak beli, pasal aku banyak buku tafisr kat umah (tipu),Pastu aku tipu la dorang, cakap aku takde duit pecah, ada RM50 je...kau tau dia balas apa?? Takpa, kami ada wang pecah... Woih, mintak sedekah fesyen apa cenggini siap ada duit pecah?? p/s: sebelum ni aku silent reader je..hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...