Wednesday, September 15, 2010

Nikita

Aku memang gemar menonton siri televisyen dari barat sama ada siri yang baik ataupun siri yang berdosa. Kebanyakan siri televisyen barat akan kembali meneruskan siarannya pada bulan ini setelah 'berehat' beberapa ketika. Sejak siri televisyen paling hebat di alam semesta ini ditamatkan (LOST, OBVIOUSLY), aku sering tak tidur malam memikirkan apa kisah apa yang aku harus tonton selepas pemergian Lost. Di waktu ini, siri televisyen yang terhebat yang aku tonton adalah Fringe. Season ketiga Fringe pasti lebih mantap dengan kehadiran Olivia 'jahat dan hangat' dari alternate universe. Aku sudah tidak bernafsu lagi untuk menonton Grey's walaupun aku dengar season finale tempoh hari ramai orang kena tembak dan meninggal. Flash Forward, Heroes sudah kena cancel. Steve Carrell pula akan pergi meninggalkan The Office. Runsing aku tak tahu nak tengok cerita apa. Yelah kalau dah sorang-sorang kat rumah tak buat apa-apa nanti mesti jadi horny secara tiba-tiba dan kemudiannya pasti kita akan menonton siri berdosa.

Bagi mengelakkan diri daripada terus menjadi horny, aku pun pergilah baca gossip artis barat di perezhilton.com (walaupun hakikatnya itu boleh menjadikan kita lebih horny). Tiba-tiba aku terpandang akan sebuah iklan di background menunjukkan seorang gadis berwajah asia yang hangat berbaju hitam yang ketat yang diberi nama....Nikita. Curious? Ayuh teruskan membaca.


Nikita adalah siri televisyen terbaru yang membuat tayangan sulungnya pada pada 9/10/2010. Baru satu episod, so inilah masa yang paling sesuai untuk kita mulakan upacara menonton siri televisyen terbaru. Kalau korang ingat, dulu-dulu ada cerita Le Femme Nikita dekat stesen TV apa tah yang dah muflis tu. Siri Nikita ini direboot daripada siri televisyen tersebut dan juga satu filem Perancis menggunakan tajuk yang sama. Kisah ini dibintangi oleh MAGGIE Q, OMG SHE'S SO HOT! Ataupun mungkin aku ini memang fetish wajah Asia.


Nikita merupakan seorang perisik/pembunuh yang telah bertaubat dan berikrar untuk menjatuhkan organisasi yang merekrutnya iaitu Division. Kesilapan terbesar seorang perisik adalah memiliki emosi dan jatuh cinta, menyebabkan teman lelakinya dibunuh oleh Division. Macam cerita Alias dan Salt la. Division ini konon-konon berkhidmat untuk kerajaan merekrut orang-orang yang terdesak dan berperangai seperti syaiton seperti pembunuh Sosilawati untuk menjadi perisik/pembunuh yang taat setia kepada Division. Mereka akan memalsukan kematian mereka kepada pihak umum, dan kemudiannya dihantar ke Pusat Latihan Maybank untuk dicuci otaknya serta diberi latihan membunuh dan merisik. Banyak wajah-wajah familiar yang berlakon siri ini seperti:

Shane West sebagai Michael: Setelah lama berkabung di atas kematian Mandy Moore dalam filem cinta official setiap remaja iaitu A Walk To Remember, Michael membuat keputusan untuk menyertai pihak Division. Tugas Michael adalah merekrut dan melatih kanak-kanak menjadi perisik. Dia ni walaupun bekerja dengan pihak yang tidak benar, tapi berdasarkan pengamatan aku dalam satu episod ini dia sebenarnya baik, menaruh perasaan terhadap Nikita dan cuba untuk melindungi ahli-ahli yang direkrutnya.

Lyndsy Fonseca sebagai Alex: Setelah meninggalkan teman lelakinya Kick-Ass dengan alasan menjadi superhero tiada gaji dan tidak masa hadapan, Alex membuat keputusan merompak farmasi sebelum ditangkap polis. Pihak Division yang menyedari bakatnya itu telah merekrut Alex untuk dijadikan sebagai perisik.

Melinda Clarke sebagai Amanda: Ini mak bitch kepada anak bitch daripada the O.C. Memang sesuai dengan wataknya menjadi seorang pensyarah Division yang pandai memanipulasi.

Siri perisik Alias lakonan Jennifer Garner grrrr menduduki tangga ketiga dalam siri televisyen terhebat sepanjang zaman aku, maka tidak hairanlah aku akan terketagih dengan siri ini pula. Elemen-elemen kisah perisikan seperti heroin yang hangat, pakaian yang mendedahkan aurat, aksi tembak menembak serta air mata menjadikan siri Nikita sebagai siri televisyen yang anda perlu cuba tonton. Siri ini memang ada potensi, maka aku harap dia tidak akan ditamatkan selepas satu season. Tengokla woit baru satu episod keluar. Ada twist yang mengejutkan pula tu di penghujung episod.

p/s: currently I'm watching Fringe, The Office, 30 Rock. I'm still downloading Grey's, Desperate, but don't really watch them. Any new or not so new but kool tv shows to recommend? No Vampire Diaries, please. Or maybe I should start watching Glee like everyone else...



27 comments:

O Ena O said...

ni bukan cite La Femme Nikita yg dulu2 tu ke jai?

Clarky Afif said...

cuba Dexter pula.

aku sedang menghangatkan tubuh menonton The L Word. try download itu juga.

gyahahahahahahaha (gelak pervert)

astute said...

aku suke desperate, how i met your mother, accidentally on purpose, n cougar town..tapi yg paling aku ske the nanny. walau dah beratus kali tgk, tak penah jemu!

Kap said...

first time, nak tak nak aku baca entri kau.

aku suka ghost whisperer.
sebab................
..............
................

Anonymous said...

L world ok gak.. cube la memahami golongn tersesat tuu..

Harris H said...

Lari topic,le femme Nikita tak seganas YPR meng'assasinate' para-para plagiat.Top hit man Adam-no mercy.

Mohamad Faizal said...

ena: ya

clarky: the l word? itu kisah yang lebih berdosa hihi. tapi dah tamat kan

astute: the nanny? syukurlah telah tamat kerana aku tidak boleh mendengar gelak tawanya yang.....menjengkelkan

kap: sebab.......aset jennifer love hewitt??

anon: fahami kemudian bereksperimentasi

harris: haha adam memang notorious b.i.g

Syaza Suhaimi said...

criminal mind, lie to me, white collar, rizzoli & isles~

Asmoham said...

aku masih mnyukai siri makmum muda.. ekekekeke

shogunn_general said...

nikita is a russian name..for a guy..huhuhu

ko dload la series the x-files yg lama2 tu dowh..really worth it..seeders pn byk, termasuk aku la tu..hehe

citer ni menyebabkn aku skip smyg isyak berjemaah stiap hari rabu time skola dlu..huhu

Shahira said...

glee pls?
it is awesome dan jgn ko ingat mcm high school musical T_T
that's too fake eventhough aku ikut from the beginning hahaha.

and drop dead diva.
marvellous :)

and also the mentalist.
:D

Anonymous said...

faizal sila download siri community.da complete 1st season.

zarul

the mosaicist said...

parenthood best jugak!

Mohamad Faizal said...

syaza: pernah simpan satu season lie to me dulu tapi tidak cukup bernafsu untuk meneruskannya...

asmoham: nantikan musim kedua makmum muda di channel Y.P.R

naqqib: kualiti mantap tak? aku simpan episod terakhir tunggu masa je alien nak datang hihi

shahira: glee...aritu try tonton di astro tetapi....takpe boleh cuba tengok lagi sekali nanti

zarul: apa tu cerita pasal kerja komuniti lindsay lohan ke. tiket paramore sudah belikah? early bird sudah tamat

mosaicist: parenthood....akan dikaji nanti thanks

Mimie.Candy Cane said...

aku pun berkeinginan nak menonton glee macam orang lain..tp tak sampai seru lagi..camno?

Mohamad Faizal said...

tu ah aku pun masih belum bernafsu...mungkin perlu buat ulangkaji dengan lebih lanjut

finaz said...

ijai, tgklah how i met ur mother.. best ok series ni.. tp i advise u tgk from season 1 kalau nak lg best, sbb dia suka rewind2 so klau tiba2 tgk season 5 ke takut tak paham.

weeds pun best gak.. i love the botwins !! tp this series pun confirm takkan dpt airtime kat msia..

Mohamad Faizal said...

tengok juga di star world...tapi tataula itu dah season berapa

^wirda^ said...

megi q tu ke berlakon citer stepup3? macam ye..

Anonymous said...

sile tonton modern family dgn sofia vergara yg super hot!



pembaca senyap

Mohamad Faizal said...

wirda: eh bukanla orang lain tu.

pembaca: sofia guna payu dara palsu ke?

Anonymous said...

Arrested Development: This is the best written show evahhh, nurul ijai! Tapi kena tengok dari awal and continuously. Can be rewatched 100+ kali again and you'll get new jokes in between. WATCH IT!

The Wire: Serious, albeit a bit slow la sometimes. And very the 18++. But oh so goood once you get into it.

Alias and Lost mmg awesome. Lost punya finale sampai skrg tak tgk lg doh....taknak dia end. Haha, sungguh in denial.


-nadjoe

Mohamad Faizal said...

nad: haha i actually have the complete season of arrested development in my pc! true, tengok 100x pun tak bosan karekter kegemaran saya adalah Gob. chicken dance!

btw do you know that they are going to make Arrested Development: The Movie? awesomeeeeeeeee

Anonymous said...

jyeahhhh i know! Tapi dah banyak kali false alarm lah, diriku taknak percaya lagi takut dikecewakan.

kukukachaa!

arjunaAngkasa said...

hye..aku biasa jarang comment..silent reader je..tp statement ko buat aku terkejut aih..
"Heroes sudah kena cancel. Steve Carrell pula akan pergi meninggalkan The Office. "
knapa aku taktau crita?

haihh.... apa2 pon,
GLEE rawks ur S.. (',' )

Anonymous said...

ak lg suke tgk grace park dlm hawaii-50

hafezam said...

ko cuba 'park and recreation' sumpah terbongkang lawak....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...