Friday, September 3, 2010

Parappap Parap Pap Parap!

Banyak khabar angin yang mengatakan kugiran-kugiran besar akan turun bermain di Malaysia. Antara yang selalu aku dengar nak rasa makanan tempatan seperti roti canai tetapi masih tidak sampai-sampai adalah kugiran no 1 di muka bumi ini, Foo Fighters. Jadi aku agak skeptikal apabila mendengar gosip-gosip liar yang mengatakan kugiran no 3 kegemaran, PARAMORE akan mengadakan konsert di sini walaupun banyak majalah online yang telah mengesahkan berita tersebut. Walaupun kini Paramore telah mengumumkan sendiri kehadiran mereka di Malaysia pada 19 Oktober nanti di laman web rasmi dan Facebook (dah jadi tempat berperang Melayu dengan Indon pulak kat Facebook Paramore, haha), aku hanya 90% eksaited. Mengapa? Yelah hari tu Rihanna dah konfem nak datang aku siap beli boxer gambar Rihanna lagi lepas tu kena tinju Ip Man pulak dengan Chris Brown. So tidak mustahil Hayley akan bergaduh dengan teman lelaki New Found Glory nya dan membuat keputusan tidak mahu datang sini. So don't get your hopes too high....


OK AKU TIPU. SUMPAH AKU EKSAITED NAK ARWAH! Ayuh teruskan membaca.

Tiket telah mula dijual sejak 1 September lagi. Tiket yang paling kool (Rock Zone) berharga RM358 (RM323 untuk early bird)...wau....agak mahal disitu....BUT THIS IS PARAMORE! And I can afford it, so why not kan? Tapi, Mohamad Faizal yang muda remaja mungkin akan membeli tiket yang paling mahal tanpa berfikir panjang...namun begitu Mohamad Faizal yang sudah dewasa kini memiliki rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi. So aku mungkin akan beli tiket kedua paling kool (RM242, early bird) di atas beberapa faktor:

1) Aku mahu berkahwin


Yes, you read that right. Aku mahu berkahwin secepat yang mungkin, maka aku harus mengumpul wang tak kiralah dalam apa jua aspek.

2) Kita boleh lompat pagar


Dahulu aku pergi konsert Muse. Oleh kerana aku ingin menjadi pelajar yang paling kool di Uniten, aku pun menghabiskan wang PTPTN aku dengan membeli tiket Rock Zone yang paling mahal. Memang riak habisla aku berjalan di Stadium Negara tampal tiket mahal kat dahi bagi membuat peminat Muse lain cemburu. Tetapi apabila aku masuk ke dalam stadium, aku berasa terkejut dan marah. Apa yang memisahkan tiket yang paling mahal dengan tiket kurang kool hanyalah sekeping pita plastik yang polis selalu pakai bila berlaku jenayah tu. Alah macam dalam CSI tu 'CRIME SCENE DO NOT CROSS'. So apabila diorang start je soundcheck habis orang-orang tiket tak kool terus merempuh dan mendengus bagaikan Rosyam Nor dalam filem Lenjan. Kalau begitu baik aku beli tiket yang paling murah. Cis memang marah aku ketika itu.

Apa yang membuat aku lebih tensen adalah, saat-saat sebelum bermulanya konsert itu, perut aku tiba-tiba meragam. Di waktu itu aku sudah berada di posisi yang agak baik di hadapan pentas. Takkan aku nak lepaskan sahaja di situ kasihanlah gadis-gadis di sekeliling aku nanti. Maka terpaksalah aku meninggalkan ruang konsert untuk berak. Hampa. Ini kisah benar ni tak percaya tanya Zahrul Idzwan bin Zainal.

Kesimpulannya tidak rugi pun kalau kita beli tiket kedua paling kool. Nanti lompat jelah pagar bukan ada bouncer pun jaga sekadar pegawai Rela je. This is Paramore, kau duduk dengar mereka bermain di luar stadium pun kau boleh enjoy.

3) Aku kadang-kadang boleh jadi claustraphobic

Benar. Hanya kadang-kadang sahaja dia menyerang. Tidak selalu. Nanti tengah berpogo lepas tu pengsan semasa tengah bodysurf bagaimana? Haha seperti yang kukatakan tadi, aku sudah lanjut usia, tiada stamina lagi untuk bergaya seperti anak muda.

Sebagai persediaan untuk konsert, aku kini dalam proses menghafal setiap lagu Paramore yang wujud walaupun banyak ayat hafazan PAFA yang aku masih tak hafal. Mana tahu nanti diorang tiba-tiba panggil seorang penonton bertuah untuk naik ke pentas dan orang itu adalah aku. Kalau tak boleh menyanyi lagu tak keluar radio seperti 'Feeling Sorry' kan dah malu dan mengecewakan Hayley nanti. Mengikut setlist yang aku kaji dalam Honda Civic Tour 2010 mereka, konsert akan dimulakan dengan lagu Ignorance, dan selalunya akan diakhiri dengan Misery Business semasa encore. Setiap kali pergi dan pulang dari kerja, aku akan memasang cakera padat tulen Brand New Eyes. Di pejabat, aku akan mendengar album Riot di iPod. Balik rumah pulak tengok aksi dalam album live The Final Riot! Eh tapi CD album pertama diorang memang aku tak jumpa di mana-mana kedai muzik. Tahu tak di kedai mana ada jual?


Ahhh tak sabarnya hendak melihat aksi Hayley bersama maikrofon 'lobak'nya di pentas. Tapi tulah orang cakap pasal Paramore tak pernah nak mention ahli kumpulan lain. Itu yang Josh Farro marah tu. Usah risau abang eh adik Josh, aku look forward untuk menyaksikan kau menggoreng gitar, dibackup oleh riff-riff bermelodi Taylor walaupun lagu Paramore tak ada solo hehe. Jeremy dengan running basslinenya, serta ketukan dram padu dari Zac yang kini memiliki misai nipis. Tak hensemlah, hik hik. Aku akan singalong sehingga hilang suara lagu-lagu kegemaran aku seperti Playing God, When It Rains, Careful dan sudah pasti Brick By Boring Brick!

So. siapa di antara kalian yang akan pergi ke konsert ini? Zahrul bila nak beli tiket? Kunal don't be a bitch let's go it's PARAMORE! Or do you actually wanna go to Adam Lambert's concert?



21 comments:

jay said...

ho! jom pergi

Mimie.Candy Cane said...

akhirnya comfirm sudey paramore akan muncul di Malaysia..hayley ni skali tgk ade iras2 aku jugakkan? **muntah**

harap2 aku berkesempatan utk pegi.u're right,THIS IS PARAMORE! And we can afford it!!

tapi kalo tuntutan kerja menghalang,ko tolong sing along lagu only exception dan lagu bring by boring brick utk aku.esp part PARAPPA PARAPPA PA PA..PARAPPA PA PARAPPA PA.!!!BOLEH?

Anonymous said...

rambut nak kaler oren la jg

Anonymous said...

aku mmg esaited nk masuk contest tiket free.
ade sedikit sesalan kerana tetibe duet ptptn aku tetibe abes, hesh.

Mohamad Faizal said...

jay: ho! ayuh!

mimie: ya betul, wajah kau ada iras-iras hayley masa darjah 6. hik hik. ala applyla cuti awai2

anon: rambut atas dan bawah. haha

anon: minta kat ibu!

otak ketat said...

eh bila adam lambert nak dtg malaysia? aku dari tahun lepas dah kumpul duet dlm tabung neh.

Kunal said...

Hahah who on earth is Adam Lambert??

Zahrul, you goin for this?

Its not like its blink-182 or anything...... :)

Clarky Afif said...

awh. diorang selisih bahu dengan aku pun aku wat tataw je.
haha!
really. not my type of music tapi housemate aku selalu melalak lagu paramore.
ah bolehla aku jual tiket kat dia harga RM400. teeeheeee

Kap said...

foos kalau turun malaysia sanggup aku beli mc seminggu polish semua lirik.

aku janji.

Mohamad Faizal said...

otak ketat: adam lambert 14/10 kot...

kunal: stop pretending that you dont know who adam lambert is. you use his face as your profile pic in friendster.

clarky: kau minat muzik bagaimana clarky?

kap: kalau foos datang mungkin aku histeria kena berubat kampung aku nanti. kool lah kau minat foo fighters

Shima Ibrahim said...

Yeah, PARAMORE!! Kalau ade konsert Adam Lambert pon aku mau pegi juge. Tengah menabung nih. 25th September die ade kt Singapore, F1 nye show. Nak tggu konsert kat sini, aku tak rase die bleh masuk Msia..huhu

Yes Kunal, don't pretend that you don't know who Adam Lambert is. C'mon man..

yusuf mujahidin ™ said...

bile la reshmonu nk wt konsert

Clarky Afif said...

aku? hehe. malulah nak taip di sini. nanti aku buat entry muzik kegemaran dan war-warkan pada kau hoho!

ah adam lambert! aku suka muka licin dan celak dia. ah. gay. rugi2...

Anonymous said...

faizal jom la beli tiket paling mahal..x kn masa lagu born for this ko nk duduk bersila kot?

btw sila buang air besar sebelum masuk dalam ok faizal.

kunal, lets go!

zarul

Mohamad Faizal said...

shima: eh dah kompem la shima. 14/10

yusuf: bila album dia mendapat sambutan hangat...tetapi apakan daya

clarky: alah minat m daud kilau tak perlu malu.

zarul: alaa kita lompat pagar je bukannya besar sangat pun stage dia. lagipun kunal sakit tak boleh berdiri lama.

O Ena O said...

femes sungguh paramore nih ek..baru je deme turun singapore kan? alamakkk series ckp...aku dh x follow band2 ape yg ade or glemmer skang nie..byk noooo tertinggal kapal...sob sob...nanti aku try dengo lagu band nieh

foo fighters!?? wahhh kan bes kalo deme btol2 dtg mesia...mcm dulu konun nya metallica nk dtg mesia..tp haram nye dtg pon..uhhuhuhu

ko nk kawen??? tahniah ijaiiiii! nnti mesti gempak majlis kawen ko...heeheeh..teruskan berusaha mengumpul duit okeh..

DingDong said...

paramore n adam lembik aku pegi dua2.. so see u there.. ;)

Shima Ibrahim said...

a'ah la ijai..aku br terbaca kt news ni haa.. yeay!!

Mohamad Faizal said...

ena: mohon derma ikhlas nak kahwin

dingdong: haha tamak pergi dua2. aku seganla nak pegi konset adam lambert kawan2 aku mesti pandang serong.

shimaL haaa apalagi kumpullah wang jika ada tiket lebih aku mungkin rela ikut kalau kau paksa

DingDong said...

itu bkn tamak ijai.. tu namanye TERPAKSA.. sbb bile lagi drng nk dtg malaysia.. jadi ngn kesempatan yg drng akan ke malaysia ni.. lebih baik la digunakan ngn sebaik2nye.. dgn pergi menonton mereka secara live.. hikhik :P

Anonymous said...

"This is Paramore, kau duduk dengar mereka bermain di luar stadium pun kau boleh enjoy."

x yah beli tiket arr, duduk luar jelah

~PARAM~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...