Tuesday, September 21, 2010

Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram Melayu

Raya kali ini aku habiskan masa di hospital menemani mama aku yang terlantar akibat denggi tahap 1. Dekat hospital, apa sangatlah yang kau boleh buat kan. Kalau kat hospital Seattle Grace bolehlah kau mengintai doktor dengan intern melakukan penzinaan di bilik on call. Tetapi kat hospital di Malaysia? Dahla ini Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Maka satu-satunya aktiviti yang boleh menghiburkan aku ketika itu adalah menonton televisyen. Waktu raya ni biasalah kan, semua channel nak tayangkan filem-filem Melayu tempatan. Tapi sejak aku duduk hospital dari hari raya pertama, aku perasan banyak gila cerita hantu yang ditayangkan seperti Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur termasuklah rancangan hantu bersiri Ular Emas.

Dahulu aku pernah membuat entri Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram versi orang putih. Disebabkan aku telah didedahkan dengan pelbagai filem seram Melayu di Hari Raya kali ini, maka hari ini kita akan mengkaji perkara-perkara klise filem seram versi Melayu pula. Pembikin filem tempatan sering mengitar semula formula-formula yang klise ini kerana orang kita mudah menerimanya. Dah ada market dan target audience untuk filem-filem macam ni. Jadi tak hairanlah jika kita dapat perasan elemen-elemen yang hampir sama dalam setiap filem seram Melayu yang kita tonton. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang klise ini.

1) Orang tak boleh mati sebab bela hantu raya

Kita selalunya akan didedahkan dengan babak tak boleh mati ini di permulaan filem. Atuk tu dah terbaring keras dah. Muka pun dah macam mayat. Kulit semua dah lusuh dan tertanggal. Mata je terkebil-kebil. Tapi masih tak boleh mati lagi. Orang sekeliling suruh mengucap tapi lidah dia kelu. Orang kampung dah mula risau lalu panggilah tok pawang. Tok pawang pun bakarla kemenyan sambil baca mentera semerah padi sambil menyuruh hantu raya atau saka itu keluar dari tubuh. Kalau nak bodek Lembaga Penapisan Filem, maka mentera tu digantikan dengan ayat Al-Quran. Alah time tu je guna ayat suci dalam scene lain kau tunjuk lurah dada. Antara filem yang menggunakan konsep ini adalah Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak serta Waris Jari Hantu.

2) Jeritan pelakon yang lebih kuat daripada penonton


Filem seram yang baik adalah filem yang dapat membuat penonton menjerit secara genuine. Ini tidak, pelakon dia pulak yang menjerit melebihi penonton. Konon-konon terlalu menjiwai watak sehinggakan terpekik terlolong macam budak lelaki sunat tak pakai bius (sunat kampung). Antara filem-filem yang paling ketara mengamalkan elemen ini adalah Rasukan Ablasa dan Mistik. Jeritan Rita Rudaini dalam filem Mistik serius membuatkan aku rasa nak bagi dia tinju Ip Man walaupun cerita Ip Man tak keluar lagi pada masa itu. Dari permulaan filem kau nak menjerit sampaikan paras kolestrol aku pun turut naik sama. Dahla filem Mistik tu rupa-rupanya sekadar mimpi. Lepas tu berani pulak kau bawa Aidil Zafuan pergi kahwin lari.

3) Ruminah Sidek


Hoiii nenek ni memang popular. Watak-watak hantu kopek, momok serta bomoh Mona Fandey semua dia boleh lakonkan dengan selamba ya ya. Seriously asal watak hantu je mesti Ruminah Sidek yang berlakon. Tak percaya? Jangan Pandang Belakang. Huii seram gila masa Pierre Andre dukung hantu Ruminah. Filem Congkak pun dia jadi Hantu. Filem Momok dia lagi menyinar dan lagi cantik daripada Hanis Zalikha. Baru-baru ini dalam siri televisyen yang aku tak sengaja tertengok sampai beberapa episod iaitu cerita Ular Emas dia jadi bomoh yang pailang sekali. Memang kool ah kau Ruminah Sidek. Oh satu lagi keluarga Sidek yang berlakon filem seram adalah Rashid Sidek dalam Cinta 100 Ela. Filem tu tak seram tapi lakonan memang kaku macam mayat so kira seramla. Tengok scene dia menangis memang membuatkan kita rasa tertekan sehingga rasa nak pergi minum minuman beralkohol pula.


4) Watak atuk/nenek misteri yang nampak macam watak jahat tetapi sebenarnya baik

Elemen ini tak kiralah filem Melayu ataupun filem barat, memang banyak kali guna taktik ni. Filem lucu kanak-kanak Home Alone pun pakai taktik ni. Selalunya watak ini dimainkan oleh pelakon veteran. Watak ini selalunya bersikap dingin, anti sosial yang suka marah-marah untuk membuat penonton berasa benci dengan mereka walaupun hakikatnya hati mereka suci. Kita boleh lihat watak ini dalam filem straight to VCD Blok 404 lakonan Ahmad B. Oh kawan aku Apai boleh buat mata Ahmad B haha. Filem Congkak pun ada atuk baik lakonan arwah M. Rajoli. Dan ada sorang serta sorang nenek celaka nak arwah keseramannya dalam filem seram Melayu pertama yang aku tonton iaitu Rahsia (ataupun mungkin filem lain, aku pun lupa haha). Korang ingat tak cerita tu? Filem itu ditayangkan masa aku sekolah rendah kot. Noorkumalasari, Shukery Hashim dengan Yusuf Haslam berlakon. Cerita pasal keluarga yang baru pindah ke rumah banglo tapi sering diganggu oleh entiti kanak-kanak. Rupa-rupanya Yusuf Haslam tu telah membunuh orang dan tanam orang dalam dinding banglo. Seram doo.


5) 'Showdown' Imam dan Iblis

Babak ini selalunya dijadikan klimaks syahwat. Eh klimaks filem. Masa tu watak utama sudah dirasuk. Semasa dirasuk, suaranya secara automatik akan bertukar kepada suara penyanyi kumpulan Cromok. Upacara 'exorcism' mula dijalankan. Imam mula-mula rasa cemas, tetapi setelah mengambil wudhu' Imam Muda tadi akan membaca ayat-ayat suci dan kemudiannya membuat gaya 'hadouken' untuk menghalau jembalang tadi dari tubuh mangsa. Mestilah Imam yang menang nak kena panah petir ke apa nak pagi jembalang menang. Contoh filem yang ada scene ini adalah Jangan Tegur dan siri televisyen Ular Emas. Bomoh Ruminah Sidek lawan dengan sapa tah nama Imam tu. Haa haa Ular Emas lagi. Eh masih ada ke cerita tu kat TV?

Baiklah setakat ini sahaja entri kali ini. Apa lagi benda-benda yang klise dalam filem seram Melayu? Mungkin lain kali aku akan buat perkara-perkara yang klise dalam filem seram Cina/Korea/Indonesia pula haa haa. Diharapkan anda tidak leka menonton filem seram di televisyen sehingga lalai dan tak solat maghrib. Assalamualaikum.



22 comments:

Mimie.Candy Cane said...

yang paling aku setuju ialah yang no 2 dengan no 3.boleh barah otak aku tengok citer mistik.aku rasa filem tu dah disponsor olh syarikat asam jawa trkemuka..

*pernah tengok citer hantu indon di mana rupa nenek pelakon utama lebih seram dari hantu dalam cite tu.

Wan Perlis said...

siyes aku x pernah tonton cita seram coz tak berilmu

mariyaamohdtahir said...

citerhantu yang paling mengarut untuk raya 2010, dimenangi oleh... susuk.. plot tak bersambung, script ntah ape2..

Mohamad Faizal said...

mimie: cerita apa tu biar aku tengok seram ke tak

wan: eh berilmuuuuu kita kena cari mesej yang cuba disampaikan hi hi hi

mariya: haha tapi susuk ada sofea jane...

Sha said...

ijai, cite Rahsie tuh, ade x scene antu budak tu main piano, sthg like that?? ak rs mc pnah tgk ms ak kecik2 dulu..

1 more thg, ak rs cite antu msia yg best, Perjanjian dgn Syaitan, azean blakon kalau xsilap...best best..igt2 lupe dh, cite lame..

Mohd Hazri said...

Ada lagi filem seram lakonan Ruminah Sidek yang ko lupa nak mention. Gondorowo. Aku tertengok cita ni time raya hari tu. Part paling aku seram. si Ruminah memanggil nama gondorowo berulang-ulang kali. Aku takut sampai terpaksa baham almond london satu balang.

Mohamad Faizal said...

sha: main piano...ye la kot. dia main lagu anuar zain kan? ingat2 lupa la sudah lama cerita itu

hazri: gondorowo? haha aku tak tengok lagi cerita tu tapi dengar tajuk pun dah seram

jana said...

Tentang Rashid Sidek dalam filem Cinta 100 Ela tu ijai kak jana setuju sangat,memang seram macam mayatlah watak dia tu,dah lah watak dia dalam cerita tu sama dengan nama hubby kak jana,memang kena gelak dengan anak-anak bujang kak jana lah dok usik abahnya.Dia tu jadi dummy kakak iparnya Raja Azmi (wanita yang minat kumpul labah-labah)eewww takutnya.

Anonymous said...

hahaha...
cite hantu Congkak aku rs paling seram

bayangkn budak umo 10 tahun kne rasuk sebb ade nenek tua ajk main congkak malam2..

seb baik dia tk ajk men futsal or winning ke..



santiago

The Sharkox said...

Ijai, ko nak tau filem melayu apa yang aku rasa paling seram pernah aku tengok sepanjang hidup aku??

Main-Main Hantu..seram doh.......har har har..

^wirda^ said...

oit..citer ular emas tu citer antu ke? mcm takkk je..hihi aku tgk satu episod je kot..tu pon episod last..agak2 je..hahahah


oh citer antu dulu mmg takut..mcm rahsia tu..huhuh
lagi satu citer antu yg noorkumalasari jadi antu "Misteri Rumah Tua" oh ini mmg seram mutlak.. mungkin kau pun masih hingusan dan tak dibenarkan tgk lg masa ni..haha

Clarky Afif said...

hahaha!
ruminah sidek a.k.a mak mah tu memang jadi pelakon wajib cerita seram!

Radin Mastura said...

die memang sgt brbakat utk mnjadi hantu n bomoh...

astute said...

ye..aku stuju ngn wirda..cite "Misteri Rumah Tua" memang seram nak arwah. tayang kat tv2..pastu asal tido aku selalu mengigau.

Mohamad Faizal said...

kak jana: jaga-jaga kak jangan percaya sangat dengan raja azmi tu

santiaga: haha main winning

sharkox: eh cerita tu memang seramla lagi2 bila part yang hantu betul2 muncul last2 tuh. eiiiii

wirda: haha aku main blasah je cakap cerita ular emas tu cerita hantu. tapi aku rasa cerita tu mengisahkan seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita soleh kerana inginkan hartanya. dia menyantau wanita itu menggunakan khidmat ruminah sidek

clarky: benar. eiii takut aku nak minta tandatangan dia

radin: ataupun nenek tiri

astute: ingat2 lupala...macam pernah tengok cerita tu...

Fana Flora said...

ijaicool, u r a very great observer. tergelak2 aku baca entri ni..

Asmoham said...

oh citer rahsia tu mmg sumpah seram.. aku trauma beberapa hari.. jahat gile yusuf haslam menanam mayat kanak2 dlm dinding..

ザ-sylver-shooter said...

yang no.5 tu bongok sial..
dah mcm filem hantu pocong hongkong era 90-an, ada laser2...angin halilintar, petir , si iblis tk pernah nk menang aihh..

tgok gelak lagi ade,abes tu pastu trus gelap tk pasal2,tetibe kuar kredit,


ending tergantung..mcm g%@#@$g

sori aa ter-emo pagi..selamat puasa nam

Mohamad Faizal said...

fana: thank you

asmoham: takpe last2 dia menerima balasan dunia....

sylver: biasalah ending tergantung mengharapkan sekuel walaupun filem tak berjaya

Cik Misstree said...

Bukan Yusof Haslam tak bunuh budak lelaki (pewaris harta) dalam rumah tu tapi S. Roomai Noor yang bunuh budak lelaki tu agar anak kandungnya sendiri (lakonan Yusof Haslam) mewarisi harta.

Anonymous said...

Ya, filem RAHSIA memang menyeramkan bagi saya, intronya je (gambar tanduk & huruf tajuk warna hijau ) pun dah seram. Scene paling seram adalah bila jelmaan anak perempuan noor kumalasari ( yang dah mati lemas di laut tu ) ada dalam kolam mandi bilik air.

Filem RAHSIA - tamak harta & penganiayaan anak yatim

OngBak said...

Wow..hebat naw blog ijai ni..dah kena petik posting ko ni kena petik Adibah Noor SuriaFM untuk slot pagi ni..hehe pasni jadi retis lah kau..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...