Sunday, September 5, 2010

Perkara-Perkara Yang Sudah Jarang Dilakukan Sempena Hari Raya

Hari Raya sudah menjelang tiba. Bagaimana dengan persediaan Hari Raya anda? Baju Melayu korang dah siap ke? Ataupun terpaksa pakai baju Melayu sekolah agama anda dulu sebab kedai sudah tidak mengambil tempahan? Gadis-gadis aku dengar cerita pasti ada 3 pasang baju raya. Satu baju kurung moden, satu baju kebaya terbelah sehingga ke pusat, dan satu lagi baju dalam Lady Gaga. Wahh memang glemer uols! Anyway, berdasarkan pemerhatian aku, terdapat beberapa perkara yang kita selalu buat dahulu time-time dekat nak raya, tapi sekarang kita sudah jarang buat. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak lagi melakukan perkara-perkara tersebut? Ayuh kita kaji fenomena ini.

1) Menghantar kad raya

Kad raya yang dimaksudkan di sini bukanlah kad raya elektronik, tetapi kad raya yang sebenar. Dulu-dulu semasa di sekolah rendah, aktiviti memberi kad raya ini memang merupakan satu kewajipan. Yelah dalam setiap kad raya ada pantun "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca aku expect kau balas" so kita perlulah membalasnya kan. Masa dulu kad raya murah sahaja dan ada budak-budak yang menjualnya semasa waktu rehat. Bergantung kepada saiz dan kualiti, kad raya boleh dibeli dengan harga serendah 30 sen. Aku selalu bagi dekat kawan-kawan lelaki sahaja kerana sebelum aku baligh, aku tiada nafsu terhadap gadis. Ok adala kot sorang dua gadis matang awal yang aku ada crush yang aku bagi kad raya. Lepastu balik rumah kita gantung kad raya tu kad dinding.


Tapi itu semua kisah lama. Sekarang tiada orang yang sudi menghantar kad raya sebenar kepada aku. Orang kata kalau hantar kad raya by hand tu kolot. Sekarang zaman moden, semua benda nak dielektronikkan termasuklah kad raya. Mungkin faktor kesibukan bekerja menyebabkan orang tiada masa untuk menghantar kad raya. Don't get me wrong, memang tiada salahnya menghantar e-card, tetapi nilai sentimental itu kurang sedikit. Benda yang kita tulis sendiri, beli dan lekat setem, hantar ke pejabat pos, ahh orang yang mendapat kad kita itu pasti akan berbesar hati. Samalah seperti menghantar pantun-pantun raya yang direcycle melalui SMS ataupun Fesbuk. Ada kemungkinan anda akan mendapat beberapa buah pantun yang sama daripada orang yang berbeza.

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS pun kira ok what?


ok aku akan jawab pantun kau

Anak Pak Dolah tak puasa ke?
Mana boleh makan lepat,
Pantun kau ni macam keldai je,
Baik aku pergi melempiaskan syahwat


2) Membuat kuih raya

Dulu-dulu masa aku masih ada kampung, Wan aku (mak mama aku) pasti membuat kuih raya sendiri. Please note that kampung aku tak dikira kampung sejati pun sebab terletak di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur. Namun begitu, suasana kekampungan masih terasa di mana aku yang tak puasa akan menjadi subjek eksperimen Wan aku untuk merasa kuih raya yang dibuatnya. Kuih Sarang Semut yang Wan aku buat memang tiada tandingan.


Zaman sekarang, kuih yang orang selalu buat adalah kuih 'Tunjuk-tunjuk' ataupun 'Point & Pay'. Pergi kedai, tunjuk kuih kegemaran, dan bayar. Again, faktor kesibukan bekerja menjadi penghalang untuk kita membuat sendiri kuih raya. Bukan semua orang pun yang pandai buat kuih raya ye tak? Nak buat telur goreng pun kuning tak center inikan pula hendak membuat kuih Londang Almond. Even kat kampung yang memang kampung sejati dan bukan kampung bandar macam aku, orang dah tak ramai menganyam ketupat ataupun mengacau dodol sendiri. Semuanya ready made.

3) Menghias rumah dengan lampu lip lap dan pelita

Jika ada pertandingan Rumah Terglemer di Malam raya, rumah Wan aku pasti menjadi juara. Lampu lip lap di pokok dah jadi macam pokok krismas pula. Lepas tu pelita yang digunakan bukannya pelita 'dodgy' yang pakai bateri ataupun dinamo (eh?), ini pelita pakai minyak tanah punya. Pelita tu menjadi sumber bahan api untuk bermain mercun-mercun yang kini sukar untuk didapati di pasar tani seperti mercun das, mercun padi dan mercun pop pop. Eh? Ada sepupu aku masa tu tengah main mercun das. Memang berdas-das la tembakan yang dilepaskan kepada ayam-ayam jiran. Tiba-tiba mercun das itu berhenti mengeluarkan dasnya. Sepupu aku yang berasa curious pergi tengok pulak muncung mercun itu. DAS! Buta mata tak nampak jalan di dunia kerana tidak ada cahaya (nasyid sekolah rendah).

Apa lagi benda yang orang dulu-dulu buat menjelang hari raya tapi sekarang dah tak buat? Setelah membaca entri ini, aku berharap kalian akan berusaha untuk memberi aku kad raya sejati. Nanti aku balasla.



22 comments:

Mimie.Candy Cane said...

kes sepupu kot same kes dengan adik beradik aku ngan sorang jiran aku.jiran aku buta sebelah je..dia dah ada anak dua dah.tiap kali jumpe raye,serius rasa bersalah..nasib baik dia kacak.

Clarky Afif said...

bak address.

Clarky Afif said...

ah lupa. aku dapat the real kad raya.
dari bank. haha!

ouh aku masih teringin nak main meriam buluh.

khairul_bariyyah said...

masih membuat ketupat walaupun hanya tolong melihat dan makan je.. hehehe..

jana said...

Ijai,
kak jana still bagi kad hari raya stail lama,bagi adress ijai,email kak jana ya nanti,tiap-taip tahun hantar kad hari raya pada Agung and Sultan Brunai,seronok bila dapat balasan,walaupun tahu bukan mereka yang balas.Insyaallah akan teruskan tradisi ini.
Cepat email adress ya,

jana.suzana@gmail.com.

Mohamad Faizal said...

mimie: kacak ke? aku panggil sepupu aku mata terminator. haha

clarky: aku dapat dari bank time besday je ini tidak adil

khairul: ish ish ish bantulah keluargamu usah asyik mencuri tulang sahaja

kak jana: haa haa saya bergurau sahaja. lagipun sempat lagi ke nak hantar dah nak raya dah ni (macam jauh sangat pulak hihi)

Wahida Nasution Thakhrim said...

walaupun kuih raya point & pay sedap, tapi tak sesedap kuih raya yang dibuat sendiri..

Anonymous said...

kan bagus kalau pemberian duit raye pun sudah dilupakan..hehe..
slamat sket duit aku..ni bukan setakat adik beradik,student2 pun mintak..huhu


-shuhud-

Mimi Saidi said...

even jarang pon..aku still buat bnda2 alah ni~~

Anonymous said...

aku balik rumah baru2 ni jumpa kad raya utk adik aku yg darjah 3.. yg bagi tu kawan sebaya merangkap jiran sebelah rumah.. aku tak tau kenapa tapi aku rasa cute sangat walaupun takde pantun 'pecah kaca, pecah gelas tu.'

-jaja-

Mohamad Faizal said...

wahida: tepat sekali. kepuasan hasil ulian tepung campur peluh sendiri

abe: haha di saat ini aku memang bernasib baik tiada adik beradik

mimi: bagus begitu

jaja: hui mungkin boifren/gelfren adik kau tu baik kau pantau sebagai seorang kakak

O Ena O said...

eh pagi ni br je aku dpt kad raya! hehe...konfirm ke ko akan bls kad raya peminat2 fanatik ko ni jai? tah2 sehari sblm abeh raya baru dpt kad raya dr ko :P...

Anonymous said...

sempat lg ke nak hantar kad raya ijai? ..
kalo kita jumpe d hari raya nanti, jom bertukar-tukar kad raya :)

Raya ni aku lah yg femes sbb nama aku disebut2 -

"Tibanya Syawal, tanda ingatan" .

Selamat hari Raya Ijai.

regards,
Syawalliah.

Anonymous said...

abe kembalikan kegemilangan pemberian duit raya spt dahulu kala iaitu taruk syiling 50sen dlm sampul dan berila kpd yg meminta..seraya thn dpn kau xakan dikerumuni anak2 sedara lagi nnt hahaha..

-fandi-

attiesya said...

saya rasa saya kenal sepupu anda itu.. haha..

selamat hari raya!!

z a t i said...

aku ingat tahun ni nak start kasi duit raya baling2 macam ajis dlm cerita ali baba bujang lapuk.

Anonymous said...

Setuju dengan cadangan encik shuhud..
Ketika muda berhingusan: "Pak su, duit raya takder?"
Tetapi bila mana sudah menginjak ke alam dewasa....: "aduh, kenapa anak buah ramai sangat ni"

Sepet.

Anonymous said...

makmum muda tu x termasuk dr shudud sekali eh..
skang ni da tade bunga ape.. dulu bahagia je men...

^wirda^ said...

a ah..aku kad raya tade plak nk bg lg thn nih..tunggu anak besar sket baru nk paksa dia amalkan..skrg nih tag gambar bertulisan raya sudah..hahaha

kuih sarang semut aku tak tunjuk..aku buat..yey!

ahh aku pun suka nk pasang benda2 tu..sebbaik umah tok aku masih pasang..meriah!

paling tak suke skrg, budak2 mai beraya gila tak ikhlas, org jemput masuk makan, dia bleh jawab " takpa la takmau masuk dah, nk duit raya saja" ciskek punya budak2...

Mohamad Faizal said...

ena: aku 60% mungkin akan balas. kalau tak sempat pun aku rela bagi kad raya haji

alia: haha kau mintaklah royalti guna nama kau

fandi: siapa letak duit syiling dalam sampul pasti kena hina di zaman moden ini

attiesya: kenal? berminat untuk jadikan dia teman lelaki tak? kita akan menjadi saudara nanti

zati: baling tabur di lantai umpama memberi ayah makan.

sepet: haha aku tiada anak buah, yeshh

anon: dia tahap tinggi sikit daripada makmum, tu sebab tak masuk list. dia tok siak sarau al-kauthar.

wirda: tuduhlah aku keji, tapi hari raya memang gate aku sentiasa tertutup. kalau budak2 tak ikhlas datang, aku buat2 tiada di rumah. hihi

Wan Perlis said...

hah kuih raya
nama dan bentuk ja lain
rasa nak sama ja..hampeh

mariyaamohdtahir said...

susah le skrg ni nak carik mercun.. yg ada pun pop pop je.. tak thrill langsung.. tp bolehlah buat ubat rindu kat mercun :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...