Wednesday, September 8, 2010

Sila Baca Sebelum Pulang Ke Kampung

Semua orang sudah memberi ucapan hari raya, aku pun tidak mahu ketinggalan. Orang buat kad raya elektronik, aku pun nak buat jugak walaupun aku recycle sahaja kad raya lama. Tapi tak mengapa, niat itu yang penting. Eh tak, yang penting rupa. Walaupun aku tak dapat kad raya sebenar daripada korang, aku tetap akan mendoakan korang berbahagia di samping keluarga tercinta sambil menikmati hidangan lemang dan kuih kaswi. Eh ada ke orang hidangkan kuih kaswi di Aidilfitri. Sebelum anda pulang ke kampung, ayuh kita baca teks ucapan hari raya ringkas aku.

Sesungguhnya aku ini manusia biasa walaupun aku memiliki paras rupa. Sebagai manusia biasa, aku tak bisa lari dari kesilapan (ayat klise). Buat peminat-peminat fanatik, stalker-stalker, serta rakan-rakan alam maya, aku ucapkan terima kasih dan aku minta maaf jika dari hujung rambut sehingga ke hujung lutut jika korang berasa tidak selesa dengan gurauan berbaur seksual dan perkauman yang aku tulis di dalam blog. Tanpa aku, siapalah korang. Eh? Aku pasti akan teruskan menulis perkara-perkara yang keji (tetapi benar), jadi kita harus saling memahami antara satu sama lain agar tidak terasa hati. Nanti kalau jiran aku ada buat rumah terbuka, aku pasti akan menjemput korang sekali.

Jika anda akan pulang ke kampung halaman hari ini atau esok, jangan pandu laju-laju. Memang tak boleh nak pandu laju pun sebab jalan jem. Haa haa. Jangan lupa tutup suis seterika nanti rumah terbakar pula. Kalau was-was tak sure dah tutup suis ke tak, jangan hesitate untuk berpatah balik walaupun korang sudah sampai Tanjung Malim. Best la korang ada kampung. Aku hanya sebatang kara di sini tanpa belaian seorang nenek...

Aku rasa tak perlulah aku nak tulis panjang-panjang, nanti hati korang terasa hiba pula. Akhir kata, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir sahaja buat semua pembaca Y.P.R. HO!





23 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Ho!

selamat ari ry ijai!!
maaf zahir zahir

DingDong said...

yo! selamat hari raya.. maaf zahir & batin.. ko ijai jgn plak pi main meriam buluh.. nti hilang kehenseman.. :P

jana said...

Selamat hari raya ijai,kak jana balik kampung juga diGombak Setia,untung kak jana ada nenek lagi,anak-anak pula merasa lagi ada moyang.Semenjak duduk Putrajaya barulah merasa suasana balik kampung he he walaupun dekat je,kalau sudi datanglah rumah.

Sekali lagi "selamat Hari Raya Maaf zahir sahaja"

dah dengar lagu Cenderawasih?

deeb said...

cam jujur sgt lak ucapan raya kau tu ijai... xpe2, yg penting ikhlas! nanti kau kawen, ade la kampung ok! anyway, kemsalam kucing2 semua! xsabar aku nk jumpe kucing2 aku kt umah ni hah! pasti dipicit2 mereka! SLAMAT ARI RAYA yer IJAICOOL! yeahhh

sai said...

selamat hari raya awak... =D

Fana Flora said...

ijaicool, selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

slamat hari raye jai..takpe,aku sentiase available utk kau di hari lebaran..ade brani tgk wayang cite senario raye ni??haha...

buat pembaca blog ni,dan juga student2 sy yg merupakan silent reader blog ni..selamat hari raya,maaf zahir dan batin kot2 ade salah silap atau memberi comment yg menyakitkan jiwa..hehe


-shuhud-

Muaz said...

Yoo ijai,

Selamat hari raya! Maaf zahir batin..
Aku pun beraya di sini sahaja, di rumah jer. Kalau bosan2, dtg la..boleh lepak kat jusco cheras selatan.. haha..

Mohd Hazri said...

Selamat hari raya ijai cool. Muka ko memang matching la ngan ketupat tu. Kalau baju warna hijau, sah-sah aku tak kenal mana satu ketupat, mana satu ko.. Heee. Maaf zahir & batin

O Ena O said...

aku dh selamat sampai kampung mlm tadik! alhamdulillah hghway PLUS tak jem!! huhuhu...

Mohamad Faizal said...

yusuf: selamat hari raya dan selamat bekerja di hari raya. haa haa.

dingdong: selamat hari raya. eh aku memang tak main meriam so memang maintain ah haa haa.

kak jana: selamat hari raya. err tak dengar lagi hee hee

deeb: selamat hari raya untuk anda dan kucing2 anda juga!

sai: selamat hari raya untuk anda sekeluarga juga!

fana: terima kasih, selamat hari raya!

abe: ah kau hangat2 tahi adam macam biasa. nak buka samala nak morehla nak sahurla tapi satu pun tak buat. langsung aku terlajak sahur hari ini. tapi esok nak raya so aku tak marah sangat.

muaz: yooo apa khabar anak buah aku? lepas semayang rayalah kita pegi cheras selatan tengok wayang filem2 melayu tipikal hee hee

hazri: haa haa baju raya aku tahun ni memang kaler ijau pun. selamat hari raya!

ena: selamat hari raya untuk kome dan orang-orang perak!

nana said...

ijai, selamat hari raya!

Minal aidin wal faizin (Semoga kita semua tergolong mereka yang kembali (ke fitrah) dan berhasil (dalam latihan menahan diri). Amin..

Anonymous said...

Hoh!!??!!
slmat ari raye~ xdek kg gk. gugu~


*cylot

syun said...

Selamat Hari Raya Ijai!! Jangan nakal-nakal :P

Anonymous said...

ijai,

selamat hari raya... maaf zahir dan batin... jgn lupa timbang berat badan lepas raya ok?

-jaja-

Kap said...

motif ketupat kiri kanan?? :D

Anonymous said...

Ho ho ho
Merry Raya =)

Mohamad Faizal said...

nana: haaza mistoratun! selamat hari raya untuk anda juga

cylot: tak mengapa tiada kampung kita pergi kampung budaya (jenaka aidilfitri)

chua shi yun: thanks! lei hou leng!

jaja: status berat badan; 68kg thanks!

kap: itu simbolik kepada baju raya aku kaler hijau. selamat hari raya kap!

anon: ho ho ho untuk anda juga

QilahLala said...

selamat hari raya ijai!! maaf zahir!! jemput dtg rumah yer... tak payah nk tggu open hse bagai, dtg je!!dtg lagombak!! bole tgk baby isla skali!!

Harris H said...

Selamat Hari Raya ijai:)
Say, you've got a nice pair of ketupats.

Anonymous said...

Selamt hari raya ijaikool..
^_^



stalker89

Mohamad Faizal said...

lala: selamat hari raya! jangan tak datang rumah saya untuk tahun yang ke-4 berturut-turut ya, hihi.

harris: haha thanks. selamat hari raya

stalker89: selamat hari raya untuk anda juga!

nana said...

bajet ckp arab pula kau ni ijai. tu bukan ke yg kita belajar dlm buku bahasa arab. mistoratun = pembaris.

hampeh.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...