Saturday, September 18, 2010

Surat Cabaran

Sempena dengan perlawanan Liverpool menentang Manshitter United di Old Trafford pada esok hari, saya secara rasmi ingin memulakan persengketaan dan mencetuskan provokasi dengan menghantar sepucuk surat cabaran penuh kebencian kepada penyokong-penyokong Manshitter United. Ingat, pihak yang kalah esok harus menerima cercaan dengan redha. Surat ini ditujukan khas kepada:

Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Santiago Yusuf, Zahrul Idzwan Zainal, Tengku Amir Afendi, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri Nazlan, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Suami Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Salamea Zakaria, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Mohd Imran Suria, Luqman Salehuddin, Zuhri Yusoff, Mohd Naufal, Nurhamizah Rahim serta anda yang membaca entri ini dan anda merupakan penyokong Manshitter United.

Ayuh teruskan membaca surat benci ini.

Penyokong Liverpool,
Surau Al Kauthar Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
18 September 2010.

Menemui penyokong-penyokong kelab Freemason Manshitter United, semoga kalian semua mendapat hidayah dan kembali ke landasan yang benar dengan berhenti menyokong kelab Syaitan dan menyimpan wang di Perbankan Islam Standard Chartered. Semoga kalian cirit birit dan tidak lawas kencingnya selama dua hari juga.

Saudara,

Saudara pasti sedang meminta bantuan bomoh kerana takut kami membelasah anda 4-1 sekali lagi di Old Trafford pada hari Ahad ini. Untuk pengetahuan saudara, kami langsung tidak peduli tentang jurang mata yang membezakan kedudukan kami dengan pasukan saudara di takhta liga. Kami juga tidak takut dengan fakta yang anda kini memiliki 18 kejuaraan liga seperti kami dan berkemungkinan merampas gelaran 'Kelab Bolasepak Terbaik Inggeris' daripada kami. Tapi Champions League kami masih juara 5 kali ok. Malasla nak cakap Europa League menang berapa kali kan. Kami hanya mahu aibkan pasukan saudara di tempat sendiri, sekaligus mendapat 'bragging rights' sehingga musim hadapan.

Kami benci melihat pemain-pemain pasukan saudara. Wayne Rooney merupakan seorang suami yang dayus kerana berzina dengan dua gadis lain secara serentak semasa isterinya mengandung. Dahlah kau ni obese dan bermain seperti keldai semasa di Piala Dunia tempoh hari. Rio Ferdinand pula disyaki hisap dadah dan berwajah seperti unta. Ada hati nak jadi kapten England biar sajalah Abang Gerrard yang jadi. Vidic pula merupakan pembunuh kanak-kanak Bosnia. Masih ingatkah musim lalu Abang Torres memperanjingkan Vidic di Old Trafford? Pork Ji-Sung, well organ reproduksi kau memang saiz orang Asia la kan. Hmm, sape lagi aku nak kutuk? Bebe bebe bebe ooohhhhhh. Entah orang hutan mana tah yang korang beli. Kalau berani turunkan Owenla woi. Bukan Michael Owen tapi Owen Hargreaves kah kah kah.

Saya berharap agar bas yang membawa pemain pasukan saudara ke Old Trafford nanti rosak penghawa dinginnya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijaicool
(Mohamad Faizal Rosly)

Just in case kalau korang dah lupa:


Buat semua rakan seperjuangan Liverpool yang beragama Islam, diharap anda tidak lupa mendoakan kejayaan pasukan kita selepas solat Maghrib.



21 comments:

Clarky Afif said...

haha patut layangkan surat ni kepada ex aku juga!

Kap said...

dulu carlsberg pun boleh bantai.
kenapa tak sekarang kan??

tapi aku rasa liverpool kau kena titik dua kosong.
sori, beb :)

yang benar,
penyokong real madrid, sikit pun tak minat manu (arsenal ada sikit)

Harris H said...

Saya terus membeli katil Liverpool kat Courts Mammoth.Last kopek jual murah....

Ahmad Syazwan said...

haha terbaik, aku suka
YNWA

Mohamad Faizal said...

clarky: bak sini alamat dia biar aku poskan

kap: mungkin benar 2-0 tapi kami yang titik ok. sori juga, aku rasa barca akan mengekalkan takhta la liga...real mungkin saingan sengitla hehe

harris: seriously? memang katil ataupun cadar? mahu juga!

syazwan: cayalah kau memang kool

makdara TERDIVA said...

ijai, tolong tengokkan utk MDT..eh! abg tores ade main x??

Mohd Hazri said...

You'll Never Walk Alone ijai. aku pun sokong Lierpool walaupun bukan penyokong tegar

otak ketat said...

kah kah kah. kpd uncle giggs, harap bergardening sahaja di rumah.

Anonymous said...

mana mungkin liverfool menang. abang rooney akan kembali dpd masalah keluarga dan menyeskor.

adam

Mohamad Faizal said...

makdara: sedang tengok...sedang menderita...

hazri: solat hajat sekali

otak ketat: ataupun menjahit sweater

adam: barbie runi. barbie berbatov

(komen ini dibalas semasa half time)

Idlan said...

No 4X Jalan X/8B,
Bandar Baru Bangi,
Selangor

Kepada Saudara Ijai,

Kami dari rumah Pok Ya ingin mengucapkan takziah kepada pihak saudara. Gol dua bijik tu kami sedekah ajer kasi korang perasan sket. Selamat hari raya maaf zahir batin.

MWAHAHAHHAHAHAHAHAHAAH.

Idlan Rabihah Zakaria
bagi pihak:
Ahmad Shuhud Irfani Zakaria
Ahmad Zahid Murshidi Zakaria
Abdul Faiz Abdullah
Atiff Faizi Abdul Faiz

Sekali lagi, MWAHHAHAHAHAHAHAHAHA.

Anonymous said...

takziah faizal.ingat kan kilang arak x sponsor dan dah xde pemain yahudi bole menang.tapi berba terlalu hebat nampaknya utk abg carragher yg bijak berlakon itu.glory-glory man utd.

zarul

Anonymous said...

haha..kitorg hantar abg berba je,terus biru muka carragher aku tgk..lelah tak cukup oksigen..pastu pura2 tak handball,arahkan org lain kejar rooney..hehe..
owh,kalau nak belajar lipat,abg berba bukak kelas tuisyen petang jumaat kat padang depan rumah aku..tempat terhad..hehe


-shuhud-

fahimohd said...

3 - 2 ... bace balik surat tuhh dgn tukar kpd liverpool

Muaz said...

Aku tak perasan ada surat ni. Hehe.

Takziah Ijai. Cuba lagi next time.
Lupa nak miscall ko bila MU score.
Hahaha..

p/s: ada open house tak raya ni? hehe

Harris H said...

Takpe Ijai,

2-3 aje.ManU main an ugly game,asyik mengasak aje,baik main rugby.
Liverpool rocks!

Harris H said...

nak sedap kan hati;
http://en.wikipedia.org/wiki/Liverpool_F.C._and_Manchester_United_F.C._rivalry

QilahLala said...

ijai.... liverpool kalah la... :(
tak pe, kalah tipis namanya hehe (Sedapkan hati)

Anonymous said...

faizal nape diam??prinsip liverpool fan mmg cmni eh..bdiam lbh baik dr bcakap..tp sblm match ko bukan main bising haha..

-fandi-

Anonymous said...

hahahahahahahahaha...

mari gelakkan fan liberpool ini..

:P

**jgn mare

Amanda said...

haha terbaik, aku suka YNWA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...