Tuesday, September 7, 2010

Tanda-Tanda Hari Raya Akan Tiba

Hari Raya is just around the corner. Ada sesiapa yang mendapat nikmat Lailatul qadar? Aku ada mendengar khabar angin yang ada kemungkinan yang Hari Raya akan jatuh pada hari Khamis. Jika khabar angin itu menjadi realiti, aku akan menghadapinya dengan tenang kerana baju raya aku sudah siap dan hari Khamis aku sudah mula bercuti. Wahh menarik juga tu jika Hari Raya jatuh pada hari Khamis pasti kucar-kacir hidup korang nanti tak beli capal dan panties raya lagi.Anyway, tempoh hari kita sudah mengetahui Tanda-Tanda Bulan Puasa Akan Tiba, maka hari ini kita akan mengkaji simptom-simptom ketibaan hari raya pula. Ayuh teruskan membaca.

1) Jalan raya menjadi lengang sebab semua orang sudah pulang ke kampung. Jikalau korang terpaksa bekerja di hari raya, korang boleh sedapkan hati kata, "YES! AKU TAK PERLU MENGHADAPI KESESAKAN LALU LINTAS HARI INI!". Sampai di pejabat, anda akan berasa lebih pilu kerana pejabat anda pun lengang juga kerana rakan-rakan anda dapat cuti raya. Non-Malay pulak tu.

2) Anda mula mendapat notifikasi bertalu-talu di emel dan telefon pintar anda. Seperti yang telah dibincangkan dalam entri yang lalu, ini merupakan zaman elektronik. Walaupun tiada masa untuk menghantar kad raya asli, pihak masyarakat masih lagi mengamalkan aktiviti menghantar kad raya bagi mengeratkan siratulrahim sesama umat. Tidak lupa juga dengan SMS pengganti diri yang kebanyakannya direcycle sahaja daripada tahun lepas. Anyway terima kasih kepada semua orang yang menghantar kad elektronik kepada aku. I lap uols.

3) Bilangan makmum muda dan makmum veteran di surau untuk solat terawih semakin berkurangan. Angan-angan untuk memburu Lailatulqadar semakin pupus di penghujung ramadan. Mungkin sebab orang sudah balik kampung. Mungkin sebab banyak cerita Melayu yang gagal di box office seperti Cinta 100 Ela yang ditayangkan di televisyen. Tak pun duduk kat rumah update blog buat entri pasal tanda-tanda hari raya akan tiba. Eh tapi time ni bilangan pengunjung ke laman blog pun semakin berkurangan so aku pun nak bercutilah daripada berblogging. Hee hee.

4) Binatang peliharaan seperti kucing, anjing, tupai terbang (tupai terbang tengah 'up' sekarang) dan landak akan mula dihantar ke Petshop yang berhampiran untuk dipelihara. Yelah kita balik kampung, takkan nak tinggalkan kat rumah siapa nak bagi makan basuh berak depa semua. Tapi kalau boarding kat kedai binatang mahal juga sebenarnya. Sehari dalam RM15. Kalau balik kampung 7 hari darab 15 haa dah berapa tu. Boleh dibuat perniagaan sambilan ni. Hmm aku tak balik kampung kerana tiada kampung. Di rumah aku ada cattery kucing banyak kandang kosong. Maka jika korang nak hantar kucing ke rumah aku, aku cas harga kawan-kawan RM14 sehari. Well kalau korang sendiri nak homestay pun boleh sebab kandang kucing aku besar boleh muat la kalau orang macam Fandi yang tidur.

5) Filem-filem Melayu yang klise arahan Prof Razak Mohaideen ataupun filem terbaru Senario pasti akan membuat kemunculan di pawagam. Siapa tak balik kampung pergilah Alamanda tengok wayang.

6) Surat khabar mula dipenuhi dengan ucapan hari raya daripada pelajar kita yang menuntut di luar negara. Orang kita yang belajar kat Amerika hari-hari pakai baju ketat tersembul payu dara pun pandai mencari baju kurung untuk berposing ayu bagi mengucapkan selamat hari raya kepada keluarga di tanah air. Nak buat ucapan still kena bayar kan? Kalau korang nak murah dan suci, korang boleh beli iklan di akhbar Harakah, tapi kena pastikan korang tutup auratlah.

7) Iklan-iklan berunsurkan hari raya mula ditayangkan. Dulu-dulu ada iklan kreatif arwah Yasmin Ahmad. Sekarang ni nak buat apa-apa memang kena berjaga-jaga. Iklan dodgy sikit macam orang pakai kopiah putih terus kena cap Pope. Orang Melayu pantang dengan benda-benda macam ni kalau benci je terus join hate page walaupun tak tahu apa-apa. Ini kan zaman Illuminati. Semua benda ada unsur Illuminati. Oh ketupat palas tak boleh makan sebab berbentuk segitiga dan ketupat biasa pun boleh membuat akidah terpesong sebab ada corak checkers. Hi hi hi.


Eh semua orang sudah buat entri ucapan Selamat Hari Raya. Esoklah aku ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang ok? Hari ini aku nak ucapkan Selamat Malam dahulu kerana aku sudah mengantuk. Jangan lupa niat puasa kawan-kawan.



14 comments:

suhaida shukor said...

Haha. ketupat pun nak jadi kan unsur iluminati ke. xpatot woh. hehe..

z a t i said...

rumah kucing kau mmg besar lagi besar dari bilik seorang bibik (ikut ukuran purata stended)

aina hazuani said...

weh tempat aku tak lengangn pun sesak nak mampuih ada lah. benci

oh. mungkin aku duduk kampung. hm

nana said...

ampang, masa raya mcm ni lah tak jem.
tapi malam raya ke dua dah jem balik.
dem.

Dikna said...

byk kandang kosong ek?? nak anta la sekor kucing parsi kita yang makan ayam rebus sahaja tu bley??? :)

iday said...

"Orang Melayu pantang dengan benda-benda macam ni kalau benci je terus join hate page walaupun tak tahu apa-apa"

sangat2 stuju..:)

selamat hari raya!

Mohamad Faizal said...

suhaida: itulah orang sekarang semua benda hendak diiluminatikan. hihi

zati: ya boleh muat dua

aina: kampung kau ialah bandar kot hihi

nana: raya pertama aku pasti pergi ampang (lembah jaya)

dikna: boleh tapi mahal sikit dalam rm25 begitu hihi

iday: selamat hari raya untuk anda sekeluarga juga

ceklala said...

tula namenye mentaliti org kite...xbole ade prubahan skit terus nk bentak n marah2...hehe sian pd ketupat daun palas yg x bersalah tu pun jd mangsa iluminati ko faizal!hahahah...ape2 pun selamat hari raya buat sume..hati2 blk kg..faizal ko jgn mkn bnyk sgt nnti perut makin ke depan hehe

^wirda^ said...

hah..ape kes ketupat pun dorang nk ckp takleh kan..oh lama tak menolong tok aku balut ketupat palas tu..

memandangkan ko tak upload lg entry raya, so aku ucap sepsiap incase aku tak sempat baca.. Selamat hari raya! sori kalo aku komen sehingga buat ko mengadu pada mama ko..haha

buat open house utk fan ko lah..wahh mcm artis youu!

Mohamad Faizal said...

ceklala: exsqueeze me berat badan aku kini 68kg (from 72kg) hocayyy

wirda: haha terima kasih. selamat hari raya untuk anda sekeluarga juga! kirim salam kat arjuna

bili said...

bagus ijai. aku sokong 100% pasal ketupat daun palas illuminati ngko. haha

Anonymous said...

miss SM:

selamat hari raya YPR ^_^..

sy silent reader je..tp bila terbaca yg psl ketupat palas tu nk tergelak,sbb teringat baca blog budak nie -->

http://luf-kin.blogspot.com/2010/09/gempar-unsur-unsur-kafirsyaitan.html


**maybe ramai dh baca entry tu..tp juz nk share..coz itu cara yg best nk hentam org yg terlampau taksub dgn iluminati..
**itu hanyalah parody & sarcasm penulis blog je..so don't take it seriously ;p..

ザ-sylver-shooter said...

ngahaha..ketupat tu tkle blah..

btw , slamat hari raya beb, makan lemang dan rendang tu, cover-coverla sikit..

Mohamad Faizal said...

bili: haha thanks. selamat hari raya

miss SM: thanks for sharing! selamat hari raya untuk anda sekeluarga!

sylver: selamat hari raya! anda pun usah baham kuih tat sehingga pitam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...