Thursday, September 30, 2010

....tapi Gadis-Gadis Pun Tak Boleh Survive Seperti Jejaka Juga

Ahah! Kehadiran entri ini memang sepatutnya dijangka. Seperti biasa, kalau ada entri pasal gadis, kita susuli dengan entri pasal jejaka pula. Selepas berjaya menembusi benteng kepercayaan gadis-gadis melalui teknik empathy pada entri di bawah, barulah boleh tulis entri membackup kaum sendiri. Gadis-gadis tidak boleh menuduh aku ini seksis kerana aku telah mendapat lesen untuk membuat artikel parodi dengan menulis entri Mengapa Lelaki Tidak Boleh Survive Seperti Seorang Wanita.

Fakta: orang perempuan tidak akan dapat menjadi seorang lelaki. Ayat ini tidak merujuk kepada proses memakai bengkung Premium Beautiful untuk meleperkan payu dara anda dan menukar nama daripada Shuhada menjadi Shuhud. Ok begini, cuba kalian gadis-gadis bayangkan, jika anda menjadi seorang jejaka, adakah anda mampu untuk terus bertahan sebagai seorang jejaka? Gadis-gadis selalu berbicara tentang equality dan keadilan dan kesaksamaan. Gadis-gadis selalu mendakwa apa yang lelaki lalui, mereka boleh melaluinya juga. Benarkah kenyataan itu? Ayuh kita kaji faktor-faktor mengapa wanita tidak boleh survive sebagai seorang lelaki.

1) Gadis-gadis tidak akan dapat hidup dalam keadaan berbulu

Ya orang lelaki berbulu hampir di seluruh badan. Sekiranya kenikmatan berbulu itu dimiliki oleh gadis, adakah korang rasa korang mampu bertahan? Tidak mungkin. Gadis-gadis nampak sahaja seurat bulu halus tumbuh di kaki mereka, pasti akan terus menjerit seperti dirasuk Niyang Rapik. Terus call BFF masing-masing dan mereka pun menjerit juga. Lepas tu terus bergegas ke Guardian untuk membeli Veet. Habis di Veetnya satu kaki padahal bulu halus tadi sebenarnya bulu kucing yang melekat di kaki.

Itu bulu kaki, bagaimana kalau perempuan berbulu dada? Kalau lelaki ada bulu dada orang kata seksi, jika perempuan ada bulu dada orang akan diserang sawan barbie (rhyme). Even if korang shave, dia akan jadi tajam-tajam. Kesian nanti kat anak-anak mahupun suami yang mahu menyusu luka-luka di bibir. By the way aku gunakan gambar kawan aku Hisyam (Ise) sebagai contoh kerana hanya dia yang ada bulu dada dalam geng Bangi.


2) Orang lelaki sentiasa horny

Ini merupakan fakta buat apa aku nak reka cerita. Memang benar tuduhan korang, kami ni gatal, kami ni hamsap, kami ni horny. Tak boleh nak salahkan kami juga. Nafsu korang ada 9 so korang boleh bahagikan kehornyan korang sama rata terhadap beg tangan, kasut tumit tunggi mahupun gelang tangan emas. Kami nafsu ada satu sahaja. Duduk rumah sorang-sorang kat rumah nak-nak pulak time hujan lebat, pasti nafsu akan menguasai diri. Lagipun banyak benda yang boleh membuat kat kami menjadi tak keruan di sekeliling. Contohnya baca blog Daphne Iking, menjeling aksi rakan sepejabat yang daring, mahupun terselak iklan katalog Avon.

So adakah anda gadis-gadis rasa anda mampu membendung kehornyan sepanjang masa ini seperti kami? Tak kot, sebab anda tiada mekanisma mengubah bentuk organ tertentu mahupun keazaman yang tinggi untuk membendung rasa tidak keruan itu.

3) Gadis-gadis tidak boleh memandu seperti lelaki sejati

Eh bagaimana tu memandu seperti lelaki? Memandu seperti lelaki adalah memandu menggunakan kereta manual. Tiada masalah naik bukit Broga maintain clutch tanpa mati enjin. Selain itu, gadis-gadis mengambil masa lebih 5 minit berbanding lelaki ketika membuat reverse parking. Reverse parking ya itu belum masuk side parking lagi. Hik hik hik.

Cukuplah 3 isi penting buat masa ini. Haha obviously apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian stereotype sahaja. Aku tau kawan-kawan gadis aku boleh membawa kereta manual. Boys will always be boys, so kalau kami membuat aktiviti-aktiviti kelelakian seperti berbincang tentang Fantasy Football, keluar sehingga larut pagi bersama BFF mahupun tak ingat tarikh anniversary, usahlah melenting sangat ya gadis-gadis. Korang pun haruslah memahami kami juga. Kalau anda terasa mahu membebel kat teman lelaki atau suami anda hanya kerana mereka berperangai seperti seorang lelaki, just senyum sahaja sambil berkata "I tak peduli if you keluar malam dengan kawan-kawan sampai subuh baru nak balik, asalkan you janji untuk belikan I beg tangan Jurulatih baru...." (jari kita tolak rambut mereka ke belakang telinga untuk menambah efek charming Maggie Q)



12 comments:

Clarky Afif said...

pompuan berbulu dada ye..hm..boyfren takleh curang selepas menyusu la. sebab dah luka2 tanda sudah mengerjakan seorang gadis.

eh.

niena ; ) said...

aku tak dapat bayangkan kalau aku ada bulu dada(oh,tidak!!!!)
macam gorilla je,haha...

Anonymous said...

haha..
aku ngan member aku datu amyril pernah pi makan kat the apartment klcc..sekali yg amik order tu wanita dari luar negara yg memiliki bulu dada..serius beb..
terus muntah hijau member aku kat kolam air pancut klcc..siap ade mi kuar ikut hidung(ok la,last part aku exagerrate)


-shuhud-

sha said...

hm...sj nk jealouskan ko...ak br bergambar ngan daphne iking 2nights ago..heeheh...tp ak xde perasaan lebeyh r sbb ak pompuan, hahaha

z a t i said...

bulu yg perempuan nak lebat bulu mata je. siap beli yang palsu setengah org. tapi serious la laki mmg tabah sbb byk bulu dn boleh buat tak tahu tentang itu. hebat. hebat.

Ms J said...

ade misai.. tp masih boley survive tanpa shaver.

aku suke pandu kereta manual. keta auto boring siot. (kecuali kalo jem) aku pernah digelar minah brutal sebab memotong 3 kereta sekaligus akibat nak kejar masa ke tempat kerja. Dan hari2 suka parking reverse parking. Senang masuk..senang keluar.. kan?

^_^

Duke said...

Aku tak rasa org pompuan boleh main futsal dengan memakai Boxer...Org laki selamber jee..

SitiMashitahSaidin said...

hahahahahahah~
tak terkata~

Mohamad Faizal said...

clarky: hmm mungkin, tapi mungkin luka sebab makan nenas juga

niena: jangan bayangkan nanti orang lain pun cuba nak bayangkan juga

shuhud: sumpah? ambil gambar la abe baru boleh muntah ramai2

sha: tak percaya. sila aplod gambar baru percaya

zati: gadis2 selalu jeles dengan aku sebab bulu mata aku semulajadi lentik

ms j: kereta aku auto biasalah ezajerit je lebih

duke: lelaki semua aktiviti boleh sekadar pakai boxer. kecuali solat.

siti: hai selamat hari raya

diariakuiman said...

sangat terhibur membaca blog kamu

Anonymous said...

abe kau belon tgk prempuan berbulu ketiak panjang nak arwah bile die angkat tgn rongga baju dbawah lengan terbuka ak pon ambil kesempatan la igtkan nak cuci mata tgk buah dada ttpi sblm nk nmpk buah dada ko kene tgk dlu bulu ketiak yg pnjg n tercacak2..ala2 rmbut korean look sumpah ak hilang nafsu skjp..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

diariakuiman: thanks

fandi: bukan itu citarasa aneh kau ke fandi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...