Monday, September 6, 2010

Top Ten Raya Songs

Mengungkap kembali fakta yang aku reka sendiri, "kita ada satu lagu puasa dan lebih kurang 288 buah lagu raya yang dicipta sejak zaman penjajahan Tanah Melayu lagi". Setiap tahun, ramai artis yang cuba untuk mencipta lagu raya yang baru ataupun konon-konon menyuntik sentuhan moden kepada lagu raya klasik. Namun begitu hasilnya pasti akan membuat kita hendak menutup radio sambil menghamburkan kata-kata kesat. Aku rasa Yuna pun ada membuat lagu raya tapi impaknya memang tidak dapat membuat kita untuk turut menyanyi bersama sambil memakai baju raya. Lagu raya klasik juga yang tersemat di hati. Ayuh kita kaji sepuluh lagu raya kegemaran aku untuk sepanjang zaman di entri tahunan ini.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng

This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by Ruhil Amani was okay but nothing beats the original. Eh kalau aku cakap aku jumpa Ruhil Amani dekat petshop seksyen 7 Bangi tempoh hari korang percaya tak? Dia datang dengan dengan suami mat saleh dia, tapi naik kereta lain. Tak tahulah ada keretakan rumah tangga ke sebab naik kereta asing-asing. Nak kata elak paparazi tak juga sebab dia sudah gemuk macam bekas teman wanita aku.


2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir

Ini memang lagu klasik sepanjang zaman. Aku pasti dalam top ten korang pun ada juga lagu ini. Dengarla patblas kali berturut-turut pun pasti tidak akan rasa bosan.

3. Raya - Jalil Hamid


"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Walaupun Jalil Hamid pernah berlakon dalam filem najis berat Baginda, kebolehannya untuk membuat lagu yang catchy dengan lirik yang agak witty memang tidak boleh dinafikan.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir

Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu Nurul dan Ajai dulu2 ke, Yusry dan Erra dulu2 ke apatah lagi arwah Achik Spin dan Siti Nordiana bola bola api. Eh Nana dah kahwin balik ke masih janda lagi? Semoga tabah berhari raya seorang diri.

5. Malam Kita - KRU


Ok fine ini tak kira lagu raya sebenarnya. Tapi lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Bagi mereka yang buta seni dan mendapat gred B dalam matapelajaran muzik di sekolah rendah, bait lirik itu mengisahkan tentang kepayahan seorang jejaka muslim yang berpuasa di bulan Ramadan selama sebulan menahan godaan syahwat sebelum dapat berhari raya bersama keluarga di kampung. Tak kira aku fanatik KRU maka terima sajalah.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone

Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai


Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c


Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi. Siapa kool hari raya nanti pergi beraya rumah saudara mara pakai windreaker dan gantung CD kat leher.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave


Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Indahnya Beraya di Desa - Azlina Aziz

Tak kenal? Mungkin korang kenal adik dia, Amir Rashidi Aziz. Ala yang lagu dia macam ni, "Wahai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari rayaa
Ayah seeeerta bonda....". Ada tak di antara kalian yang tak dapat cuti hari raya nanti? Kesian korang aku cuti seminggu usah cemburu.

Untuk sesebuah lagu itu menjadi instant classic, lagu-lagu raya harus menerapkan elemen-elemen yang klise seperti kuih sepotong, indah bergembira dan setahun hanya sekali. Mungkin satu hari nanti aku akan cipta lagu raya aku sendiri yang bergenre hip hop dan aku tidak akan lupakan kalian apabila telah popular nanti. Sementara menanti aku mencipta lagu raya sendiri, ada baiknya kalian berkongsi dengan aku lagu-lagu raya kegemaran anda.



18 comments:

Mimie.Candy Cane said...
This comment has been removed by the author.
Mimie.Candy Cane said...
This comment has been removed by the author.
Mimie.Candy Cane said...

[komen di atas terpaksa di delete.typo melampau2]

ahh..aku baru je update entry pasal lagu raya.ada kimia rupanya kite ni..

aku rasa aku tak pernah dengar lagi lagu jalil hamid tu.ade serupa bunyi lagu ayam tak?

sambil preview lagu raya ko sempat bergossip eh..mesti banyak bace majalah mangga ni..

selamat hari raye ijai..maaf kalo ade tersilap n terkasah bahasa time komen [nasib baik aku dah delete komen yg nak lempang ko pakai selipar jamban tu]

cik tipikal said...

mana dendang perantau dari p. ralee tu?
tu baru menusuk kalbu kalau dengar oleh para perantau macam aku ni

astute said...

aku suka jugak lagu raya yg siti nyanyi..especially lagu air mata syawal. efek selsema ms siti nyanyi lagu tu memang buat aku rs sayu.
agak2 'cendol' siti ade mengalir tak mcm kes rem.heheh. ampun kak siti!!!!!!!!!!!

pikachu said...

kau tertinggal suasana hari raya anuar elina wehh.


entry kau buat aku sedih je beraya kt perantauan ini. sob sob sob.

yusuf mujahidin ™ said...

dem

aku tk cuti ry ni..!

jana said...

ijai,

Suasana Dihari raya-Anuar & Ellina,dari jauh ku mohon maaf(sudirman),and satu lagi dari Sharifah Aini tajuknya "Suasana Hari Raya"dalah antara lagu-lagu Raya yang terbaik.

And kalau Ijai perasan ada satu lagu raya tu dinyanyikan oleh kumpulan Cenderawasih tajuknya Bersama Di hari raya,mungkin itu satunya lagu raya yang dinyanyikan oleh yang bukan islam yang telah berjaya menjadi salah satu koleksi evergreen lagu raya.Tang lagu dari KRU tu kenapa ka jana tak perasan lagu tu ye,Ijai ni memanglah peminat mati keras KRU.

http://www.youtube.com/watch?v=Fr_NRkOZndA

Anonymous said...

aku punya lagu raya favourite adalah satu pagi di hari raya by raihan n nowseeheart...
pastu rahimah rahim, annuar & ellina tu... lagu2 zaman tok kaduk mmg best...

-jaja-

Mohamad Faizal said...

mimie: ada serupa. lagu jalil hamid lebih kurang sahaja. n aku tak ingat pun insiden selipar jamban tu hehe

cik tipikal: haha aku tak pernah lagi merasa raya di perantauan

astute: alamak saya tak tahulah lagu raya siti...

pikachu: takpe nanti aku hantar gambar lemang untuk kau di perantauan

yusuf: takziah. tapi fikir balik kau tak perlu beri duit raya

kak jana: cenderawasih? nanti saya dengar

jaja: dulu2 aku hampir2 nak join nowseeheart..tapi tolak sebab aku nak tumpukan perhatian kat PMR (tipu)

Clarky Afif said...

tak kesahlah lagu raya apa.

aku sudah di kampung di Kela, Texas!! ahahaha! okey tu inside joke dalam blog aku kohkoh.

nana said...

aku masuk keja semula lepas raya ialah pada 13/9/2010.
sebabnya aku boring gila tetiap tahun raya kat KL je (oh, aku mmg takde kampung). bukan ada rumah kekawan yg buat rumah terbuka pun, semua pun ada kat kampung.

p.s : aku tak suka lagu raya Yuna, entah kenapa.

Anonymous said...

suasana riang di hari raya by junainah m.amin..bersalammmmm salamannnnn..bermaaf maafannnnn!! di hari bahagia ini..haha nice one!!

-fandi-

^wirda^ said...

lagu raya aku 1 adalah yg no 10 kau! hahah
pastu lagu2 anuar dan elina tu..
lagu saloma hat mmg mesti rasa tergedik2 nk raya sgt bila dgr kat shopping kompleks..
lagu tok pah byk taik lalat..
ahh i loikee..
tp tak suka lagu 4U2C..lembab...!

Mohamad Faizal said...

clarky: aku tiada kampung...T_T

nana: aku masuk kerja 20/9/2010. wee hee hee

fandi: nak pinjam kaset dia please

wirda: mana ada orang tak suka 4U2C dan lagu-lagu mereka....hihi

Sha said...

ijoi, kakak ak sumpah gelak xbhenti 60saat bl ak bacekan kt die psl kru tuh, n she couldnt agree more, slaku fanatik kru jgk, die puji jgkla kekreatipan ko mengintepret lagu tuh, gewd job!!

Mohamad Faizal said...

ijAi la, bukan ijOi. anyway kakak kau memang kool

Syed said...

Tak kira, bkn musim Raya pun, nak juga beri komen utk post ni. Aku suka lagu Junainah Amin, 'Suasana Riang Di Hari Raya'....tgk lirik, mesti teringat zaman kanak2 kiutip duit Raya....wakakaka. Lain2 lagu yg best mcm lagu Noorkumalasari, Ahmad Jais, Aman Shah & Rafeah Buang. Lagu2 lain org lain dh sebutkan.

*My favorite artis (Ziana Zain) pun ada lagu Raya yg best gak. Kira boleh 'pergi' lah....h0h0.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...