Wednesday, September 1, 2010

What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content? #3

Di suatu petang Ramadan yang sepoi-sepoi, aku sedang menelaah hukum tajwid sebab malam karang ada perjumpaan dengan ahli usrah yang lain. Ketua usrah suruh kami buat presentation tidak melebihi 3 slaid tentang apa-apa subjek. Alah tak payahla nak buat-buat kagum korang pun tahu aku exaggerate. Tiba-tiba berbunyi TONG TENG! di Windows Live Messenger menandakan ada emel masuk. Aku pun cek la mana tahu ada orang forward emel-emel lucah eh lucu sementara menanti waktu berbuka puasa ni. Hmm ada seorang gadis yang disyaki merupakan peminat fanatik aku, N**** D***** (identiti dirahsiakan) menghantar mesej di Fesbuk yang berbunyi:

ohh ijai,
thanx approve,
ini bermakna kite ade rupelahh ekk,
ehemm!
saje nak bagitau,
tak tahu lahh kalau ijai dah tahu ke tak,
ade blog ni copy ijaicool,
siap ade gamba shuhud lagi,
tapi dah lame rasenye .


Terima kasih N****. Hampir terbatal puasa aku ketika itu akibat terlalu ghairah. Berbekalkan pengalaman 2 kali diplagiat sebelum ini, aku pun terus menuju ke destinasi sambil mengambil screenshot dengan bersahaja. Tapi sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya nasihatkan agar para pembaca semua terutamanya ahli Team Bangi tidak terlalu emosi mengeluarkan kata-kata kesat. Sebaliknya, cacilah dengan penuh intelek ok? Ayuh teruskan membaca.

Jika aku tak tahu penulis blog ini memplagiat, aku pasti akan berasa kagum dengan hasil penulisannya yang awesome nak arwah. Bukan setakat itu, dia mampu mengeluarkan 10 entri bertaraf world class dalam satu hari! WOW! Kau memang awesome bro! (sarkazem). Dia ni mengamalkan blog kategori 'Sharing is Caring'. So tak hairanlah ada 10 entri yang boleh dihasilkan dalam sehari (termasuk entri lain yang dia tulis sendiri :). WOW! Kau memang awesome bro! (sarkazem). Tetapi kekaguman aku hanya bersifat sementara setelah melihat gambar Justin 'Shuhud' Abeieber terpampang jelas berserta teks entri yang tidak dimodifikasi daripada entri Cara-Cara Hendak Menjadi Justin Bieber aku. Kesian Shuhud. Memang Sharing is Caring bro itu sebab aku share kan kegiatan tidak bermoral ini sebab aku memang caring.


Kesian juga Jamil dan Evi dipaparkan. Kalau orang tak baca betul-betul mesti orang ingan diorang ni pasangan ringan-ringan. Ini adalah entri Mengenali Jenis-Jenis Manusia di Stadium aku. By the way aku turut mahu riak di mana aku ada submit entri ini dan telah terpilih untuk dipaparkan di Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia, Sokernet. WOOHOOO!


But seriously, mana ada orang boleh buat 10 entri awesome sehari bukan? Oleh sebab dia ada terlalu banyak entri, aku pun tiada masa untuk periksa satu-satu. Berikut adalah entri lain yang diplagiat:

Tanda-Tanda Anda Sedang Mabuk Asmara. Dia ubah sikit kat sajak tu tukar jadi nama dia.


Things That You Should Not Say To a Gadis. Heyyy that's my piccccaaa glemer mak uols hik hik hik.



Dan ada banyak lagilah seperti entri Kata Hati Jejaka, Kata Hati Gadis dan Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook tapi aku malas nak edit gambar dah. Tetapi ironinya, ada satu entri yang bukan milik aku berbunyi begini:


"Sudah ada akal, tetapi tidak mampu membuat ayat sendiri untuk entri di dalam blog?"

Membaca ayat itu memang membuat aku mencarut. Tak hilang pahala puasa sebab dah berbuka tapi still berdosa la sebab mencarut. Memang pailang ah plagiat blog orang lepas tu memberi nasihat kepada orang lain agar jangan memplagiat. Mula-mula aku sekadar mahu bertenang sahaja so aku pun buat-buatlah tanya betul ke dia memplagiat. Dia nampak terkejut dengan genuine dan mendakwa yang ini kali pertama dia datang ke blog aku.


Entri-entri yang diplagiat semuanya ada dalam blog lama dia. Nak kata dah lama plagiat takdelah lama sangat, bulan lepas je. Tapi sekarang korang dah tak boleh masuk dah blog lama dia. Sebab selepas aku menegur manja, korang akan didirectkan terus ke blog baru dia. Nasib baik aku pantas menangkap gambar. Semua komen-komen aku yang menunjukkan bukti memplagiat telah dihapuskan dan emel aku tidak dilayan. Baru tadilah aku dapat reply ringkas yang berbunyi:

"assalamualaikum bro.. ok aku mengaku... :)"

THAT'S IT? What the what bitch? Aku ingat nak buat entri pengakuan meminta maaf mengaku kesalahan dan berjanji tidak mahu buat lagi sambil memuji-muji gaya penulisan aku yang terlalu awesome sehinggakan secara tak sengaja terplagiat. Tetapi sekadar ayat sebaris begitu memang langsung tidak nampak tanda penyesalan, langsung tak nampak rasa bersalah di dalam diri, langsung tiada rasa hormat sesama umat. Macam perkara kecil pulak mentang-mentang aku ni tak popular macam The Pink Stilettos. Ahh too late.

Hehe aku saja je buat-buat emo. Aku tak marah pun sebenarnya. Eksaited sebab boleh buat entri sebegini yang dapat membuktikan yang aku menjadi sumber fantasi tidak senonoh jejaka-jejaka di luar sana. Haha aku tidak perlu nak disable right click ataupun text selection ataupun nak letak Javasript macam yang kau cadangkan tu. Nak plagiat tiada masalah sebenarnya cuma jangan kasi kantol je la. Ok kita tamatkan perbincangan kita di sini. Kalau kau baca entri ini, tak perlu minta maaf, tak perlu beri penjelasan, malah tak perlu berinteraksi dalam apa-apa medium sekalipun. Seriously. Benda dah jadi kan. Take it like a bitch la. Lindsay Lohan selamba melanggar perintah mahkamah lepas tu menangis-nangis minta maaf tapi masuk penjara jugak. Tapi sekarang dia dah keluar dan sedang cuba bertaubat. Eh tahpape analogi yang aku gunakan haa haa. Cuma perlu tahan sikitlah jika Adam mengamuk nanti. Hee hee.

Selamat berbuka puasa semua.



48 comments:

Anonymous said...

Haha. Aku rase aku kena buat template untuk babi babi seperti ni. Bile ramai-ramai hentam baru best. Nanti lepas kerja siapla mamat ni

Adam

Mimie.Candy Cane said...

Aku bukan nak buat ko riak,tp dengan wujudnye individu² yg mencopy entry ko ni,bermakna ko blogger yg digilai ramai..sokernet beb...bangga ouh..

ko dh riak kan? kan?

Mohamad Faizal said...

adam: haha pergi terawih dulu adam baru mengganas

mimie: eh anda jangan salah faham. yang kat sokernet tu artikel yang aku submit dan berjaya terpilih untuk dipaparkan

faramira said...

tahniah!

anda diplagiat lagi...

anda sememangnye super duper cool ijaicool~~ ehe....

HOOOO!! YPR!

Mimie.Candy Cane said...

oh,okay..dah bace 2 kali baru paham.baru lepas berbuka mmg otak lam mim ba ba sikit...

tp mmg kurang ajar kan.mengaku mcm tu je..aku geram ni ijai.aku harap ko bahasakan dia secara ala kadar..terima kasih.

Anonymous said...

jai kasi ajak datang 15 lee.. pastu potong nonok die. ha ha haaaa


-kucing hitam

Anonymous said...

natte beghuk..
dah la rembat content blog kau jai..ngan gambar2 aku skali die rembat..gambar jastin baibe pulak tu..owh dah masuk isyak..aku pi solat jap..lepas terawih aku sambung balik..huhu


-shuhud-

Anonymous said...

hahaha..x pasal2x dr.shuhud glamer lg..beso lak tu gmbrnye..



ijaicool mmg kool!!!!!!!


-stdnt 89-

Anonymous said...

korang jangan ahh caci org yang memplagiat tu,
sian die,
ehh tak!
jom kite buat demonstrasi beramai - ramai,
ape kate korang ucap tahniah kat org yang telah membongkar kes jenayah ni.
hehe. gile glemer aku ni.

~cik n****

Anonymous said...

Blog 'baru' dia.

http://blog-ayie.com/

jangan lupa solat dulu rakan-rakan.

Adam

uculer said...

kehebatan ijaicool tidak boleh dinafikan lagi apabila entri-entri beliau diplagiat secara berjemaah (i mean dlm masa tak sampai berapa lama aku follow blog ni, dah beberapa kali diplagiat hebat sungguh oh!). dah la tu, diplagiat secara pukal plak.

tp encik tuan tanah adalah lebih cool sbb die tak marah. tahniah!

Kap said...

waaaa.
blog baru dia mencerminkan dia lah manusia paling tulus di muka bumi.
tahniah.

khairul_bariyyah said...

x boleh blah langsung... mengaku tapi boleh buat smile pulak.. cis! xde riak2 bsalah langsung...

Anonymous said...

aku x benci orgnya..
aku cume benci sifatnya yang..
memplagiat..
dan tak de rasa bsalah lgsg..
at least tunjuk la effort sikit kite ni betul2 nk mntak maaf


-megan musang

Anonymous said...

ok. inilah plan aku. semoga dia baca. dia takleh buat pape pun nak menghalang.

dia boleh halang kita from commenting on his page. tapi dia takleh halang kita from commenting on 'follower' dia punya pages. buatlah macam aku. go to random people yang follow dia, ada 500+, message them telling that he's a fraud. if he closes the fan links, kita message kat semua orang yang comment kat blog dia. be nice on the messages, cakap bebaik, dedahkan cilanat ni.

http://blog-ayie.com/

aku dah hentam dia kat blog dia, dan dia delete semua komen aku. tapi dia takleh delete komen semua orang, apatah lagi komen kat blog orang lain. dan aku dah dedahkan dia kat facebook page dia gak.

Adam

enuLwanie said...

hahaha..blog abg ijai mmg best dari dulu.
so, no wonder la ada org plagiat.

x semua org dianugerahi kepandaian dlm menulis blog.
walaupun abg x masuk mana2 komuniti blogger, tp ternyata peminat abg ada di mana2.

awesome rite???

Syaza Suhaimi said...

sharing is caring weh. hahahaha!!!!! macam bongok je siap copy gambar. kot ye pun edit ah sket. kat uni mesti tak terer wat assignment nih. tak terlatih langsung. bhahahahaha! aku rasa followers dia ramai sebab dok baca hasil tulisan org lain lah, yang dia plagiat tu. 500+ gila ramai. apa rahsia beliau?

otak ketat said...

entah. kasi ar cd maher zain satu ke dop? baru ar nmpk ikhlas sket. keh keh keh.

Clarky Afif said...

oh. again?
tak terkejut dah.
eceh komen aku simple and sweet lah.
hiks!

Faizal Fredley said...

agak terkejut!!!! akhirnya kantoi gak..tq untuk info ini...hahah...

Kunal said...

Someone's famous!

If the thief is seeing this :
STEALING IS BAD MMMMKAYYYY!

"assalamualaikum bro.. ok aku mengaku... :)"

^^ haha atleast he put a smiley face! that makes it OK

x-po said...

oh, terkejut gak ni..huhu

Terukkah Hidup Sebagai Seorang Blogger?

Mohamad Faizal said...

terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi anda semua. terima kasih juga kerana tidak mencarut berat di bulan ramadan dan memberi komen secara intelek. hik hik

oh adam, kau memang bff aku sehingga akhirat. anyway, it's okay, kau boleh berehat tidak perlu bersusah-payah lagi since dia dah minta maaf walaupun ayat sebaris.

thank you all. harap2 kita boleh jumpa lagi dalam segmen plagiat yang akan datang.

O Ena O said...

wah wah..ade lg blogger yg wat tektik murahan mcm nieh.
kalo aku jd ko...mmg marah membuak2 dh..tp sbg pembace blog ko..aku ucapkan tahniahhhhhhh (dr Sudut positif kes ini) sbb blog ko mmg membuatkan blogger2 cemburu nk jd femes mcm ko..ek eleh aper nieh komen aku mcm x besh jerk..huhuh..klise sgt komen aku ni..huhu

aperpon teruskan berblog jai...blog ko mmg bes smpei ade org snggup plagiat..kalo masuk court sure ko menang! yehuuu...!
selamat hari raya jai!
ko blk kg tak? ngeee nggeee...

Anonymous said...

memang x dinafikan...mamat 2 memang teramat lah binatang haram..blagak gle kowt..blog bru dye ni de entry ciplak gk ke??

ceklala said...

dorang xde keje ke asyik nk copy paste blog org eh?? watla sendiri...ape kelas nk plagiat org punye??! xkreatif sungguh!! eh marah lak tetibe..nasib pose lg hik hik...biasela jai org2 mcmni...nk femes cpt ler tuh huhu... btw sy telah memberi anda award..jd silela ke blog sy yek :)

DingDong said...

ish kena lagi blog ko ni ijai.. hadeii..

nway tahniah kpd bdak yg dpt kesan budak tu plagiat blog ko..

and utk ko

OMG... ko femes la.. auuwww nk otograp.. nk otograp.. :P

Anonymous said...

plagiat lagi dan lagi...
dugaan bulan Ramadhan ni~~
dan ni terus membuktikan yg encik ijai makin famous amos.. tahniah~~

~chua

nana said...

kalau minat YPR, jgn plagiat.
sila lah hebahkan pada rakan dan berkongsi lah sesama baca YPR ori nukilan ijai.

ape lah, plagiat ni mcm mencuri juga. bukan bulan puasa je takleh mencuri, bulan lain pun takleh mencuri.

benci oh, org buat mcm ni, lebih2 lagi pada YPR.

anyss said...

Salam,
Selamat berpuasa tuan Tanah, ehhh...tuan rumah,

Bila entri sdr diplagiat, bermakna tulisan sdr bermutu dan baik, banyak maklumat. Namun, kita tak boleh biarkan perkara ini berlanjutan. Orang sebegini tak sepatutnya nampak GAH secara maya, tetapi sebenarnya malas nak berfikir. Curi entri orang tampal kat entri dia tanpa nyatakan kredit atau mengistiharkan sumber asal tulisan.

Banyak cara sdr boleh buat, seperti cara ini; tulis di blog sendiri.
Cara lain: macam dibuat di blog azieazah-aa.blogspot menulis tentang plagiat ini diblog lain oleh blogger lain. Kalau 10 blogger buat perkara yang samapun, hal ini akan tersebar dengan cepat.

Anonymous said...

Perasan tak bahawa utk setiap tajuk
"What Would You Do if Someone Stole Your Blog Content?"
ulasan di YPR bertambah? Ini bermakna trafik ke blog ni bertambah, seterusnya boleh menambah kutipan duit raya yg dikutip melalui nuffnang oleh tuan tanah! Jadi, kena tunggu ada lagi aktiviti memplagiat YPR lagilah kerana sebenarnya ia membawa keuntungan secara tak langsong...

^wirda^ said...

saiko arh mamat nih.. ckp dgn cermin plak tu.. haish..mmg mengundang kata2 makian dari org yg membaca..lawak bangang di kala ramadhan..haishhh...

Mohd Hazri said...

ko memang feymes la ijai. ada je orang nak copy artikel ko. aku rasa ko patut wat kontest la. "plagiat paling hampir dengan ijai cool". mesti ramai participant..

Anonymous said...

nk kena saman budak ni..guna gambar kitorg x mintak kebenaran..haha

-evi-

Anonymous said...

jom evi,aku pun nak saman jugak..walaupun sekadar gambar photoshop..haha...


-shuhud-

Anonymous said...

http://blog-ayie.com/mohon-maaf-kepada-semua-pihak/

adam

Anonymous said...

glamer habis blog YPR ni..
satu kebanggaan nampaknye disini... sbb org mempelagiat karya bermakna krya tu ada value...

syabas sbb berjaya buat org len mencemburui hasil karya anda..
sah2 anda mmg berbakat.....

boley tahan gak geng2 bangi ni ye

sarah

Anonymous said...

hye ijai... tahniah2 sbb diplagiat lagi skali...ijai mmg debooomb... hu..

untuk adam, awk mmg abg police blog yg tegar la.. hahaha..boleh jadi bouncer juga.. its kinda sweet when ijai said that korang ni bff smpi akhirat tu... mmg saling syg menyayang..

Salam Aidilfitri u olls!.

~gadis TM cyber

aziezah said...

blog anda memg bestttt...no wonder la ada gak yg memplagiat secara membabi buta hahahha...tapi knapa dia mintk maaf n mcm pura2 rasa bersalah je ye?mcm tak ikhlas je. mcm nak bagitau org yg dia berani mengaku salah n mintak maaf hahahahha...

YPR memg besttt!!!!! HO

Anonymous said...

kimaks doh budak tu bgs adam kau serang die gile2..da 2x ak terlambat peluang begini ruginyaaa!!!
apa2 pon kesian kpd rakan ku abe, jamil n evi kerna muka korang terpampang d due blog yg berlainan haha..

-fandi-

ザ-sylver-shooter said...

pakailah copyscape bro..ramai lg orng nk copy paste ko nyer entri ni nnti..



jap , apsal aku nk ber bro2 ngan kau lak ni? lantak ah, kita pure2 mcm dah lama kenal la..

Mohamad Faizal said...

ena: aku tiada kampung T_T

anon: bersabar bang. takde kot

ceklala: terima kasih di atas anugerah 'lovable dan adorable dan undeniably kool'

dingdong: "Hai dyla malaki, belajar rajin-rajin" (otograp online)

chua: chua shi yun ke? hihi

nana: haha thanks

anyss: terima kasih daun keladi, esok lusa plagiat lagi

anon: yaa itulah matlamatnya hik hik

wirda: bersabarlah wirda nanti kurang pahala puasa hik hik.

hazri: haha nanti aku sendiri masuk kontest tu dan aku yang menang

evi: bersabarlah vidyana kata nak fofuler hik hik

abe: kau memang menjadi modal/model entri2 keji di sini haa haa

adam: yay yay adam nak balik!

sarah: terima kasih sarah!

gadis TM: salam aidiladha in advance!

aziezah: HO! sudahlah aziezah, usah dikenang lagi kisah 2 hari lalu. hik hik

fandi: kau memang selalu ketinggalan walaupun aku sudah memberi amaran di aplikasi yak

sylver: wassup bro. aku kenal kau lah kau dulu sekolah rendah dengan aku (tipu). anyway aku memang dambakan perhatian so aku mahu orang plagiat bagi menunjukkan yang aku ini awesome. hik hik

thanks uols

Muaz said...

Damn, aku lambat tahu la plak. perghh, tak sangka ada lagi orang tak serik2 plagiat blog content ko.

Hehe ijai, congratz dude!

kalau ada lagi piah zadora, mesti gila popular lagi ko.. hehe

Anonymous said...

aziezah ni bukan ke yang selalu datang blog dia lalu puji2 dia?? tapi kat sini macam hina dia pulak...

tapi la kan... kalau aku copy blog dia.. byk benda kena buat.. sebab gambar dia ada watermark la

Mohamad Faizal said...

muaz: takpe aku faham kau kan sibuk tukar lampin anak kecil. eh kau tolong tukar ke? hi hi hi.

anon: taklah. orang lain tu. oh aku suka orang plagiat aku sebab bila dah terdedah barulah drama. maka tak perlu watermark

eh kawan kawan pergi solat jumaat woit. mana tahu ada plagiat episod keempat pula jeng jeng jeng

Cik Faridah Huda said...

dah macam kes jenayah ijai...x berenti org dok plagiat blog content ande....pamos amos sungguh...depa tu awat...terlalu mengkagumi dan ingin menulis spt ang tapi x pandai nak atur strategi aktiviti memplagiat..

majulah YPR!

profwacko said...

simple je dia minta maaf.. itu pun dia ckp panjang lebar punya maaf. buduh siot orang nie.

Lagi satu, org yg comment kat dia punya entry tu siap sokong lagi dia, puji dia sbb mengaku plagiat blog ko. Suruh continue menulis lagi la, ape la... Kang in da future budak nie plagiat lagi blog orang lain.

DeDems... ini TIDAK ADIL!!.. ehehe.
Emo lebih plak aku. hoho.

Shima Ibrahim said...

WOW! Tahniah, TAHniah dan TAHNIAH lagi! mmg terbukti kehebatan ko Ijai. Tidak syak lagi. Aku pon nk plagiat entry ko jugak la, dpt publisiti murahan :P

Keep on writing Jai..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...