Thursday, October 14, 2010

Going To Adam Lambert Concert Will Not Make You Gay...

...unless you keep staring at his balls. Apa khabar semua? Siapa yang pergi konsert Adam Lambert malam ini? Wahh seronot la uols. Shadatul Shima anda pergi bukan? Berhati-hati kat pintu pagar konsert tu nanti ada ahli ekstrimis Jemaah Islamiah yang membuat tunjuk perasaan membantah kehadiran Gaydam. Ahli ekstrimis yang sama dikatakan turut membuat bantahan di konsert Maher Zain tempoh hari kerana menentang penggunaan alat muzik tiupan dan bertali yang boleh melalaikan umat. Tunjuk perasaan juga dilakukan terhadap gadis-gadis bertudung labuh yang terkinja-kinja mengikut rentak lagu For The Rest Of My Life. Hee hee.

Tapi tujuan entri kali ini bukanlah hendak bercerita pasal konsert Adam Lambert mahupun Maher Zain, sebaliknya tentang konsert kugiran yang paling hangat ketika ini pada hari Selasa nanti. Sudahkah anda mendapatkan tiket untuk menyaksikan........


PARAMORE? Oh yeah sudah pastilah aku sudah beli. Bagi mereka yang teringin pergi tapi masih belum membeli tiket, segeralah bertindak kerana tiket tinggal 76 keping sahaja lagi (tipu). Jika duit tajaan MARA anda sudah habis dan anda rasakan harga tiket terlalu mahal, mengapa tidak cuba memenangi tiket percuma? Aku hari-hari call Hitz.fm untuk menang tiket free. Alah bukan apa nak cari rezeki lebih sikit nanti boleh jual kembali dengan harga riba. Tapi tak pernah sekali pun panggilan aku masuk kerana ramai sangat orang yang call. Tapi masalahnya orang yang call tu sama je niatnya mahu jual kembali tiket percuma. Bezanya dengan aku adalah aku memang betul-betul mendengar muzik Paramore. Tak macam diorang yang hanya tahu satu lagu The Only Exception tu. Ada satu kali tu dah jelas-jelas keluar, "that's what you get when you let your heart wins..ooo ooo ooo ooo oooo...". Minah tu siap sing along lagi part ooo ooo oo lepas tu suruh cakap tajuk lagu boleh pulak dia bantai tajuk dia My Heart Will Go On. Ok fine dia taklah sebangang tu tapi still....dia menyebabkan orang-orang yang benar-benar mahukan tiket gagal memasuki talian.

Tapi sejauh manakah orang-orang yang akan pergi ke konsert Paramore ini benar-benar peminat Paramore? Mungkin ada yang banyak duit saja-saja nak pergi agar boleh berlagak dengan kawan-kawan cakap "heyyy I went to Paramore concert wocayyyy". Bukan apa, sebagai persiapan untuk ke konsert, aku hari-hari curi tulang di pejabat menonton persembahan Paramore secara live di Youtube. Hayley memang gemar berinteraksi dengan penonton menyuruh mereka sing along. Ada satu konsert ni, kat Norway tak silap aku, penonton dia macam tiada nafsu melihat Paramore rockin di hadapan depa pergi main-main rumput pulak. Lagu Pressure contohnya, 2nd verse memang Hayley akan suruh penonton nyanyi. Cuba lihat video ini (Born For This) Malangnya mereka tidak teruja dan tidak hafal lirik....baris hadapan sahaja bersemangat....sehingga Hayley pun tampak frustrated. Malulah nanti jika situasi yang sama berlaku kat sini. Ah jangan kata aku emo sebab siapa yang minat Paramore memanglah emo macam peminat fanatik Maher Zain. Hee hee.

Aku juga turut mengkaji lagu-lagu yang mungkin dimainkan oleh mereka pada malam Selasa nanti. Berdasarkan kajian aku terhadap tour Honda Civic mereka, berikut adalah setlist yang MUNGKIN dimainkan:


The list is awesome of course, but I noticed that two epic songs are missing....yeap no Born For This and the legendary Let the Flames Begin. Jadi berdasarkan setlist di atas anda boleh mula menghafal mana tahu nanti Paramore panggil sorang peminat bertuah naik ke pentas lepas untuk nyanyi bersama. Lepas tu spotlight tiba-tiba menyinari aku menandakan akulah orang yang bertuah itu haa kan dah malu kalau gagal menyanyi nanti. Ceh tak hafal doa qunut tak malu pulak korang ye.

Antara persediaan lain untuk ke konsert Paramore adalah cuti tahunan 2 hari yang telah diluluskan oleh bos aku, larian 30 minit sehari di atas treadmill untuk mengawal stamina serta mewarnakan rambut kaler merah. Ok mungkin bukan rambut atas tapi rambut bawah. Hee hee lucu pula jenaka tersebut. Aku akan pergi bersama teman yang mengaku rock aku Zahrul Idzwan bin Zainal. Hensem kan dia? Dia tak pernah potong rambut selepas keluar Uniten semata-mata nak pergi konsert ni. Walaupun dia dah ada teman wanita aku rasa tiada masalah untuk korang goda dia dan ajak ringan-ringan di konsert nanti sebab kat konsert biasalah orang buat-buat mabuk walaupun tak minum alkohol.


So anyone of you awesome readers will be going to the concert? Jika berjumpa jangan lupa katakan hai. See you guys there!



18 comments:

niena ; ) said...

no komen.haha,aku tak akan pergi pun konsert ni.bawah umur weyhh...

Anonymous said...

paramore?wat the hell is that mannn...hahaha
lu punya grup ni betul2 UNDER the ground la..siap fan xbleh sing along?how old are this band?2years?3 years?yeahh..newbies grup mayb...kahkahkah

Mimie.Candy Cane said...

alamak jelesnyeeeeeeee....ijai,ko tolong parappapa kan bring by boring brick utk aku k...

*tak berpeluang nak layan paramore ..sempat layan konsert Red On Black [search+ wings feat Ella ] je esok kat stadium makmur,kuantan..

\m/

Mimie.Candy Cane said...

whats wrong with the newbies anyway?- anon

Md.Ariff said...

ijai aku nak beli tiket ko tu. harga 2 kali ganda. amcm? hehe

Anonymous said...

uiyoo jai.. tegar habis nih.. haha
aku ske energy dlm lagu ignorance..
and setelah direkemen oleh ko.. aku agak mnat dgn lagu born for this haha..



-megan musang

Anonymous said...

wow wow wooo...
jeles nak mati aku..
memandangkan aku ni masih bergantung pada duit ptptn..terpaksa jugak abaikan paramore ni..
maybe klu arctic monkeys dtg malaysia, aku dtg jenguk..hehe

Mohamad Faizal said...

niena: bawah umurr?? baca blog ini kena ada pengawasan penjaga hihi

mimie: haha mengapa tempoh hari kata mahu pergi ayuhla. kirim salam kat jojie kakak ella kalau ada. n dont feed the troll :)

ariff: 2 kali ganda? setuju sangat. nanti aku sms no akaun

megan: baguih. apa lagi belilah tiket haha

anon: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

Ejoi said...

Sila jamu mata anda dengan koleksi foto-foto Paramore sewaktu persembahan mereka di Honda Center, ihsan dari sebuah blog streetwear yang paling hebat dalam dunia iaitu The Hundreds :

http://thehundreds.com/blog/uncategorized/girl-power-2/

Anonymous said...

apa yang bestnya dengan paramore ni?




tak dengar paramore
-kusha-

Md.Ariff said...

ijai minta foto ticket. tengok gambar ticket pun jadilah.

Anonymous said...

parappap parap pap parap

ijai kim salam kat hayley. skarang shikin dah minat paramore. mungkin pengaruh blog kau. haha.

adam

Shafawi Hamzah said...

Ijai : nnt jgn lpe bergambar ngan Hayley, ckp kt die ko wakil aku utk tngkp gmbr..hehe kim slm kt hayley weh klu die leh jwb hehe...adoi tensen x dpt g konsert paramore...duit xdak...huhu

Anonymous said...

aku tgk jugak klip youtube concert kat norway tu.haylee nampak agak frustrated sbb crowd hambar mcm tgh dgr ceramah.haha.

zarul

Mohamad Faizal said...

ejoi: thanks for sharing. nice pics

kusha: jika hendak dibuat analogi, mendengar paramore buat kali pertama adalah seperti mendengar joanna & co, vokalis gadis hebat dan awesome bass player! hehe

md ariff: jangan lupa transfer wang

adam: haa haa nanti konsert kat uk apalagi

shafawi: aku akan stalk dia sehingga ke lapangan terbang

zarul: haha takpe kita at least boleh miming sebab dah biasa miming doa qunut. datang rumah aku dulu ok hari selasa nanti

Shima Ibrahim said...

YES. aku pegi konsert Adam Lambert last week. patut la start sedikit lmbt, ade yg buat kacau rupenye. aku dan peminat lain terpinga2 apsal lambat. dh la opening act hampeh. tp aku puas hati. suara die mmg grand! puas hati aku! muahahaha

aku berhasrat juga nak bertandang ke konsert paramore ni. tp, tiket xde..uhuk..uhuk..

Siti Nur Aminah said...

paramore xkn nynyi byk lagu ...paling2 pon 5 or 6....tu je kott

Mohamad Faizal said...

shima: ambil gambar dia pakai seluar ketat tak? update blog pleaseeeee

aminah: eh takkan 5 6 lagu kot ini full concert kan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...