Friday, October 22, 2010

GSC vs TGV


Hobi aku selain mengajar tajwid adalah menonton wayang. Setiap minggu, aku pasti akan pergi menonton filem-filem barat mahupun tempatan yang terbaru di pawagam. Menonton DVD cetak rompak tidak memberi kepuasan kepada aku, sama seperti menonton pornografi Jepun 3 bintang. Analogi sahaja, tak bermakna aku tengok porn. Sebagaimana yang anda tahu, dua syarikat pawagam yang paling besar di Malaysia adalah Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV). Kedua-dua pawagam memiliki ciri-ciri yang unik tak kisahla yang mazmumah mahupun mazmudah yang membezakan antara satu sama lain. Berdasarkan pemerhatian aku yang menonton wayang setiap minggu, ayuh kita kaji perbezaan GSC dan TGV.

1) Makanan

GSC memiliki kelebihan dalam kategori ini kerana menggunakan khidmat Hotdog 1901 yang panjangnya 6 inci dan bentuknya yang firm. Anda boleh bayangkan benda lain, tiada masalah. Hotdog di TGV pula adalah hotdog yang generic saiz orang Asia dan rotinya pula rasa macam polisterine. Baik kau makan hotdog Abang Ropi depan 7-11 rumah aku tu. Begitu juga dengan popcornnya. Secara general tanpa merujuk kepada lokasi-lokasi tertentu, caramel popcorn di GSC ternyata lebih manis dan rangup. Tapi kalau Corn In A Cup, TGV yang menang kerana rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu masin. Oh kat TGV ada Chachos kat GSC takde.

Apapun aku nasihatkan agar korang tidak membeli popcorn di GSC Midvalley di kaunter utama di hadapan itu kerana aku pernah nampak tikus berenang di lautan popcorn dalam mesin buat popcorn itu. Sumpah ini bukan fitnah aku tak sempat nak ambil gambar je haritu tak percaya tanya da' Killa.

Pemenang: GSC menang sebab Hotdog besar dan lazat

2) Kerusi

GSC memiliki kerusi yang selesa, tak kiralah kerusi biasa ataupun kerusi ringan-ringan di mana kita boleh menyandarkan leher kita. Kerusi di TGV pula memang gampang sekali di mana anda mungkin akan dijangkiti osteoporosis kerana tiada sokongan leher di kerusi biasa mereka. Eh? Kedudukan di antara kerusi hadapan juga terlalu rapat, so kalau orang yang kaki panjang dan organ reproduksi panjang macam aku ni memang struggle la nak melunjurkan kaki. Orang belakang pulak main lutut-lutut kerusi kita dan ini boleh membuatkan kita hangin.

Pemenang: GSC menang tanpa bertanding

3) Kemudahan membeli tiket secara online

Aku jarang membeli tiket di tempat kejadian kerana malas nak beratur dan takut tak dapat seat yang best so aku selalu beli online sahaja. Lagipun aku tak suka nak berurusan dengan pekerja kaunter tiket yang selalu dibelenggu emosi akibat terpaksa bekerja di hujung minggu. Kedua-dua TGV dan GSC menyediakan khidmat membeli tiket secara online, tetapi jika hendak membuat perbandingan, aku rasa Online Ticketing system GSC lebih baik kerana menggunakan user interface yang bersistematik dan tersusun, senang nak navigate, dan gambar kotak-kotak kerusi dia pun tidak menyakitkan hati.


Interface di laman TGV pula nampak cluttered sebab dia listkan semua panggung, kalau guna dropdown menu mudah sikit. Entahlah itu pendapat aku sahaja. Dan gambar kerusi tidak diletakkan nombor, susah hendak tikam nombor ekor ataupun hendak mengelakkan diri daripada dapat seat nombor sial mengikut kepercayaan masing-masing.


Pemenang: GSC lagi

4) Harga tiket


Aku rasa harga tiket kat TGV murah singgit dua daripada GSC. Cuba kau pergi tengok wayang di GSC Pavilion huiiii memang mahai nak mampuih itu belum kau dapat bil tiket parking kau lagi. TGV juga ada sesi early bird kalau tengok wayang sebelum pukul 12 tengahari dapat diskaun lagi.

Pemenang: TGV pemurah

5) Customer service

Customer service merupakan salah satu KPI yang digunakan untuk menentukan sama ada pekerja di GSC ataupun TGV boleh dapat increment semasa performance review tahunan ataupun dapat cuti di Hari Raya Aidilfitri. Dengan menetapkan mindset sebegini, kedua-dua pekerja GSC dan TGV memberikan khidmat pelanggan yang memuaskan secara umum. One off case kalau dia buat muka minta pelempang ataupun tak sebut branding "welcome to GSC/TGV" dengan penuh semangat tu tak kiralah. Tapi dalam sesi perbandingan ini kita mesti ada pemenang. Sebagai tie breaker kita kaji pula wajah-wajah pekerja do GSC dan TGV. GSC lebih banyak menggaji pekerja lelaki tak kiralah yang berbangsa seperti Shuhud ataupun Adam, terutamanya di Midvalley. TGV pula lebih banyak gadis-gadis yang berat badannya kurang daripada 48kg dan memiliki wajah above average nak dekat-dekat hot. TGV Jusco Cheras Selatan ada pekerja bibir Angelina Jolie lagi.

Pemenang: Seri, selepas masa tambahan TGV.

Aku rasa orang tidak akan kisah membayar harga tiket yang lebih mahal bagi mendapat keselesaan yang hakiki. Selain itu GSC tampak lebih eksklusif, ada Gold/Premier Class dan layout serta dekorasinya pun nampak gemilang. Tapi bergantung juga dengan lokasi panggung. Rumah aku dekat dengan Alamanda yang didominasi GSC tu sebab aku suka pergi sana kerana aman dan tak ramai orang. Siapa duduk Subang pasti gemar TGV Sunway Pyramid sebab dekat dengan rumah mereka dan boleh makan di Ole-Ole Bali. Kesimpulannya, berdasarkan kajian di atas, aku lebih gemar pergi ke GSC berbanding TGV. Anda bagaimana?



31 comments:

zeratikah zainal said...

sy pon lg suke GSC. and popcorn GSC mmg terbaek-tiada-bandingan-dgn-yg-lain. and mmg seat GSC lagi selesa tahap boleh duduk bersila ;p

enuLwanie said...

ntah. selagi selesa tgk wayang, pegi je mana2.

tp rasanya prefer GSC lagi la.

clarky said...

eeew tikus berenang dalam popcorn?

mungkinkah ada mayat anaconda dalam soft drink containernya sebagai pelaris?

^wirda^ said...

biaq betoi hg, ada tikus dlm popcorn tu?? patut penuh keremel..hahahah

I love Cathay Cineleisure, Curve! ahhahahaha tayah nk semak2 sgt cari parking.
Element2 di atas semua selesa..dan menang.

Vee said...

suka GSC, full stop. sbb kerusi yg best kat GSC compared to TGV and caramel popcorn. harga tiket tak kisah sgt.

Mikael said...

Aku suka MBO sebab dia dekat dengan rumah aku. ha ha.

tia said...

err..
cathay cineplex pon oke jugak.
:)
kat the curve. hehe!

Mimie.Candy Cane said...

price doesnt matter.saya memilih GSC dari dulu sehingga kini

terima kasih kerana terpromote 1901 hotdog

-bekas supervisor 1901 hotdog-

The Sharkox said...

Tak aci gila kau tanya soalan cam ni pasal aku dok kat Jitra ni dapat layan JitraMall punya wayang je...isk isk isk..popcorn lemau ada le

p/s(Ramalan Final Piala Malaysia Kdh vs N9)

Haziq Zainal said...

aku pernah keje kat cathay cineplex the curve. fuhh apa comment korang pasal servis kat situ? this coming sem break ni pun aku keje situ balik ;)

Mohamad Faizal said...

zeratikah: usahkan bersila hendak buat kuak lentang pun boleh

enulwanie: betul jika masih ada wayang di warta pasti bahagia

clarky: serius menjijikkan apabila orang termakan popcorn tikus

wirda: saya pernah pergi sekali sahaja maka tak boleh hendak buat kajian

vee: high five

mikael: kalau MBO masih buka di warta bangi aku pasti gembira juga

tia: saya pernah pergi sekali sahaja maka tak boleh hendak buat kajian

mimie: haha kalau kau stay lagi lama mesti kau dah jadi timbalan pengarah 1901 dah

sharkox: haha bersabarlah saat indah kan menjelma. aku harap ramalan kau benar kerana kedah mahu membalas dendam kekalahan piala fa tempoh hari

haziq: apalagi bagila aku tiket free

anis said...

GSC!!! (tegas)

Noraishikin Mohd Salleh said...

lamanya tak gi tgk wayang...belanja aku ijaiii, please :p

herna said...

gsc alamanda best giler...sbb baru kn..krusi masih hempuk lg..seat die tggi sket dr mid punye kalu xsilap..hoho

phish said...

gsc ade mashed potato.mesti lah mng gsc lg..tp yg gampangnyer mesin kt gsc alamanda x reti2 nak baiki kee...asek rosak je..ak hempuk jugak manager gsc alamanda ni..motiff ak nak emosi kt cni..hahahhaa

Anonymous said...

Kedah?? Haha final ni kelantan vs n9 la woi....! Tgk esok kalo tak caya..

Syaza Suhaimi said...

@phish mesin mashed potato kat gsc alamanda ok je baru td aku beli 2 mangkuk beserta chicken meatballs dan chicago beef

Syaza Suhaimi said...

oh ye, kalau gsc midvalley ada house yang jarak antara row sangat sempit sampai hampir thrombosis kaki aku tengok movie 90minit. aku lupa house mana...

kalau gsc alamanda jangan pilih row A sebab ruang kaki sempit jugak. row B dan ke bawah luas ruang kaki dia

Anonymous said...

hmm...ak xtau kenape tp ak dan rakan2 serta family ak semua suke popcorn tgv....d best in malaysia kot...heheh

but in terms of d cinema, mmg gsc tiada tandingan...pnah dulu ak sanggup berjalan p beli popcorn kat tgv old wing kt OU n p tgk movie kt gsc new wing...hahahah...effort x aku? =p~

Mohamad Faizal said...

anis: haha cayalah

cikinto: jom! sempena parti perpisahan aku nanti. eh?

phish: haha jika mahu berak pergi tandas gsc alamanda bersih sampai kau boleh baring

anon: baiklahhh kita lihat malam ini

syaza: haha malam ini kami duduk seat row A di alamanda!

anon: haha memang gigih

QilahLala said...

ada tikus? biar betul ijai.. geli!!!

Harris H said...

GSC gets my vote:)trouble free cinema experience.TGV ada 2 incident;dua2 kat KLCC.popkon kaunter girl incident #1 (circa 2005)~gi kaunter mintak large popkon;dijawab'No';repeat 3 kali soalan,jawapan 'No' 3 kali;member sebelah dia interrupt pasal muka I dah merah bengang;'sori encik cup besar not available';jawab I ;kasi ler I 2 medium cup sama ngan large;dijawab tak leh;I jawab please call ur manager;Manager datang;Allah muka akan2 ,bangsa sama.I give up~ boycott KLCC~ 2 month later TGV KLCC terbakar...serious.
External food incident #2;KLCC 2006,popkaunter dah ok jadi 1Malaysia,gi Isetan beli groceries,frozen mince meat,frozen hot dog and biscuits.Beli tiket nak masuk panggung,kena tahan no food allowed,I jawab ape ke hal u ingat I nak bbq ke dalam panggung,dia jawab polisi cinema tgv,ok takpe I kasi u my groceries u simpan kat tepi,dia ambik I punya beg dia stapler ngan my ticket chit,dia lempar kat belakang pintu kat lantai.I naik angin tengok belakang kat pintu berbusut plastic orang lain.Again 'please call ur manager'.Aiyoyo,muka manager sekali lagi macam muka abang saudara si jaga pintu masuk.Give up,gi tahu manager if u treat food/personal items of customers like this I want my money back?Dia kata tak bole....huh...I pegi kaunter tiket ...jumpa ler manager berbangsa lain.....cerita kat dia apa telah jadi...kasi my money back no question ask.

otak ketat said...

aku lg suka HBO kt rumah aku. kah kah kah. oke tak kelakar. bye.

Rahim Hashim said...

hanya tgv di wangsa walk sahaja kerusi luas boleh lunjur kaki sampai habis.

orked said...

saya macam nampak awak sabtu hari tuh kat gsc alamanda.ada perasan tak orang menjeling tajam?

Mohamad Faizal said...

lala: betul tapi tu yang buat dia jadi lazat kot

harris: wahh dah boleh buat satu entri ni pengamalam kau

otak ketat: HBO aku tak HD tak best tak boleh nampak aurat dengan jelas

rahim: ramai orang tak wangsa walk tak pernah pergi

orked: huii dengan wajah seperti ini memang biasa tu gadis-gadis mahupun arbok merenung tajam. hihi

Anonymous said...

aku juga memang pro GSC dlm hal ni, tp mggu lepas aku pergi TGV Mesra Mall Kerteh, kerusi die buat aku geram rase nk bwk balik, tersangat besar dan sgt selesa okey.. papepon, GSC jugak yg terbaik..

adawiyah rahman said...

ahakz.nice entry..
i prefer tgv..cz murah. :P
tp since asgmnt ni kne plak nk menangkan gsc..
trpakse la crik2 point yg hebat nk klhkan tgv.
so,i hope u xkesah i amek skit mklumat dr entry u ni ;)

Anonymous said...

dating site open soure http://loveepicentre.com/ social dating site profiles

Anonymous said...

GSC hak mikik Vincent Tan dan TGV hak milik T Ananda Krisnan kedua-dua aku suka.

Anonymous said...

Maaf GSC hak milik Robert Kuok dan TGV hak milik T Ananda krisnan dah jual kepada Vincent Tan tak silap aku.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...