Sunday, October 17, 2010

Mengapa Aku Lebih Popular Daripada Norman Hakim #2

Manusia boleh menjadi popular dalam sekelip mata setelah dipaparkan di dalam surat khabar. Kepopularitian di sini boleh digambarkan secara negatif ataupun positif. Contohnya, sebelum ini kita memang tidak kenal siapa itu Memey. Kepopularitian Memey mencanak-canak apabila ditangkap basah dengan Norman Hakim. Itu adalah contoh kepopularitian yang negatif. Bagaimana pula dengan kepopularitian yang positif? Kepopularitian yang positif boleh dikecapi apabila anda dipaparkan di mukasurat dua akhbar Kosmo! dalam keadaan yang suci seperti bersolat Jumaat di tengah panas di bawah sinaran cahaya mentari seperti gambar di bawah.


Ya itu adalah gambar asli dan bukan gambar yang diedit dengan Microsoft Paint tetapi gambar ikhlas aku sedang solat Jumaat di Masjid Jamek. Setelah wajah aku dipaparkan di Kosmo, ramai makwe-makwe bertudung tapi berbaju ketat mula menambah aku sebagai rakan di Fesbuk. Terdapat juga panggilan-panggilan yang aku terima untuk menyertai Forum Hal Ehwal Perdana Islam untuk memegang watak sebagai penonton yang bertanyakan soalan tetapi aku terpaksa tolak di atas komitmen lain.

Tetapi itu semua kisah lama. Hari ini aku ada kisah baru yang lebih mantap kerana aku sekali lagi telah dipaparkan di dalam akhbar secara positif. Cuma kali ini aku upgrade sikit dari akhbar Kosmo kepada akhbar Berita Minggu. Ayuh teruskan membaca.

OK FINE sebenarnya bukan aku yang dipaparkan secara total, tetapi mama aku. Jika korang pernah datang ke rumah aku, anda pasti perasan akan dekorasi di rumah aku yang bertemakan 'English Decor'. Impian terulung mama aku adalah untuk dipaparkan di Majalah dekorasi nombor satu Malaysia iaitu majalah Anjung Seri. Tapi semua benda kena mula dari bawah dan peluang untuk dipaparkan dalam ruangan Hias Berita Harian memang tidak akan ditolak. Sebagai seorang yang narcissist, kita alihkan fokus daripada mama aku kepada aku sendiri. Walaupun ini adalah 'moment' mama aku, aku secara tidak langsung turut dimention oleh wartawan. Tak kisahla sekadar hanya menyebut nama (dihighlight dalam gambar di bawah), perkara ini memang pasti akan diletakkan di dalam resume aku untuk meneruskan impian aku sebagai model wajah ataupun model seluar dalam.


Sekarang ni di arena maya agak kecoh membincangkan tentang integriti akhbar Melayu seperti Harian dan Utusan. Tidak semua benda yang akhbar cakap tu tipu ada juga yang benar seperti artikel ini. Alah segmen Hias memang tiada unsur politik dan liwat. Dalam hal ini, pihak wartawan telah melaporkan perkara yang benar dan menggambarkan yang aku ini seorang anak mama yang rajin membantu mengemas rumah serta memastikan kediaman aku ini kemas dan rapi seperti di dalam ayat di bawah:

"Faizal bukan sahaja menyokong penuh gaya penataan pilihan saya ini bahkan dia turut bekerjasama memastikan kediaman sentiasa bersih dan rapi"


Jika anda beli surat khabar Berita Minggu hari ini, anda boleh selak ruangan Hias mukasurat 12 ataupun layari Berita Harian Online.Oh wallpaper yang mama aku guna murah sahaja sebenarnya beli di Alamanda tidak seperti yang digambarkan di dalam artikel.

Jika pakcik ataupun makcik anda bekerja di sidang editorial majalah Anjung Seri, diharapkan anda dapat memberi kata-kata manis agar impian mama aku untuk dipaparkan di majalah itu tercapai. Kalau korang nak featurekan aku dalam ruangan Kacak Bergaya dalam akhbar pojok Melayu Pancaindera pun boleh, tiada masalah.



22 comments:

SitiMashitahSaidin said...

popular tuh~~

Mimie.Candy Cane said...

apa kata ko suruh mama ko buat blog skali.aku nak jadi followr beliau yang pertama.lepas tu ko jgn kecik hati kalo aku jarang jenguk blog ko dah lepas tu..

Mohamad Faizal said...

siti: haa haa walaupun sekadar nama

mimie: eh mama aku ada blogla tapi sebab kau cakap macam tu taknak bagitaula alamat

Mimie.Candy Cane said...

cissss...keji..hahaha.bak laaa!

qilahlala said...

bgtau mama, walaupun da popular, i tetap nak sagu tahun depan ;p

Mikael said...

aku hanya mampu gelak sahaja. ha ha ha.

Anonymous said...

mmg perasan... hahhaahha..love it..
baca entry dh blh redakan perasaan marah.. thanks...:))

Fiq said...

nak kata yang kamu ni pilihan suami yang tepat la ek..
pandai mengemas..etc etc...

uh okay.. akan dipertimbangkan..
hahahah

Mohamad Faizal said...

mimie: okla okla blogmamaijai.blogspot.com

lala: demi anda raya haji nanti pun boleh

mikael: aku pula hanya mampu riak. ak ak ak

anon: mengapa marah? alah lelaki memang macam tu tapi sebenarnya dia cintakan anda (nasihat secara general)

fiq: haa haa bukan saya kata ya suratkhabar yang kata

O Ena O said...

ijai!!! aku mmg dh agak dah!
aku bile bace pasal deko english nie..mmg aku ingt ko jer...eh silap..psl mama ko jer yg mmg suke ngan deko english...

bes bes! nanti aku bace blk.! aku x sempat bace penuh..hehehehhhee

fndrocka said...

Peh..menunjuk2 ibadah ni.muehehe

Anonymous said...

aku plak dengan innocentnyer pegi copy url blogmamaijai.blogspot.com..lepastu...cis! kelentong rupenyer

jana said...

Ijai,
patutnya ada gambar anak dia sekali yang turut menyokong minatnya itu,tapi tang yang tolong membersihkan tu boleh percaya ke he he.Apa-apa pun kak jana dah perasan lama dah mama ijai minat english deco, memang cantik.

hamzah ian said...

gua ingtkan ape la tadi.. kah kah kah..

^wirda^ said...

wah..mmg glemer nok...inilah glemer yg kita cari..hahahha

The Sharkox said...

Inilah berita kosmo yang aku cari2 selama ini..

Anonymous said...

aku pernah masuk tv korea and jepun utk 2 saat je... kira glamour la tu kan... sbb menunggu artis korea kat airport.. dan sbb aku bertudung maka pakcik camera suka pulak nak masukkan aku kat dlm camera dia...

-jaja-

niena ; ) said...

wah!!!
glamour you!
ijai,nak kaw punye tanda tangan..
;P

sastraboy said...

lepas ni bolehlah yusuf haslam panggil lu jadi inspektor dalam gerak khas.

gua nantikan kemunculan lu! haha.

Mohamad Faizal said...

ena: kau memang selalu teringat aku ke...eh

fndrocka: demi memberi pengajaran tak mengapa haa haa

anon: hahahahahaha

kak jana: haha wartawan tu reka sendiri kot perwatakan saya berdasarkan gambar yang digantung di dinding

hamzah: yaa jika mahu tandatangan katakan saja haha

wirda: tak apa saya tidak akan lupa diri dan tuhan di atas keglemeran ini haa haa

sharkox: semoga anda kini mendapat petunjuk untuk meneruskan kehidupan

jaja: ooo kaula yang histeria tuuu

niena: hai nina belajar rajin-rajin (tandatangan online)

sastraboy: dah panggil dah pun. tapi watak pejalan kakila takpelah sebagai permulaan kan.

Anonymous said...

cehss tertipu ngn blog mamaijai..
hampehs

sarah

ザ-sylver-shooter said...

cayalah wei..
frame cantik-cntik , gantung kat dinding umah.. kalo boleh letak kt depan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...