Tuesday, October 26, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Pujian Terhadap Gadis

Mengikut satu survey yang dijalankan oleh majalah Anjung Seri baru-baru ini, mereka telah berjaya mengenal pasti 3 perkara yang gadis-gadis mahu dengar daripada lelaki:

1) Pujian
2) Pujian
3) Pujian

Memang sudah menjadi fitrah kaum wanita gemarkan pujian dalam setiap aspek tak kiralah dari segi fizikal, skil memasak mahupun gaya memakai tudung. Jika orang lelaki bijak bermain kata-kata umpama bait lagu It's Only Words nyanyian Boyzone, nescaya pujian yang dilemparkan terhadap gadis pasti berakhir dengan persetubuhan halal mahupun haram. Tapi orang lelaki puji perempuan bukan semata-mata untuk bersetubuh, kadang-kadang mereka memang benar-benar maksudkan apa yang diungkap di bibir. Pujian-pujian ini pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Bergantung kepada personaliti dan tahap keselesaan gadis-gadis itu dengan lelaki,mereka akan memberi reaksi yang berbeza terhadap jenis pujian yang berlainan. Ayuh kita kenali jenis-jenis pujian yang selalu dilemparkan terhadap gadis.

1) Pujian biasa

Pujian biasa adalah pujian yang paling selamat untuk dilemparkan kepada gadis-gadis, terutamanya jika bertemu janji buat kali pertama. Pujian seperti ini jika diungkapkan tidak akan menggambarkan yang kita ni 'trying to hard' untuk impress gadis-gadis. Gadis-gadis pun tidak boleh 'overthink things' dan mengambil kira pujian ini lebih-lebih sangat sehingga terperasan yang jejaka itu meminati kita kerana ini adalah jenis pujian tipikal dalam kehidupan seharian. Berikut adalah contoh pujian biasa:

a. Eh cantik gelang awak.

b. Emm sedap.

2) Pujian over the top


Jika orang yang kita tidak kenali menghamburkan pujian seperti ini kepada kita, kita pasti akan menyangka mereka ini sekadar bermanis mulut. Pujian seperti ini kedengaran tidak genuine, dan tiada bukti kukuh untuk menyokong pujian sebegini. Namun begitu, hati orang bercinta siapa yang tahu. Mungkin mereka benar-benar maksudkan apa yang diungkapkan kerana cinta boleh membuat kita buta dengan dunia sekeliling. Pujian seperti ini selalunya disertakan dengan analogi yang kedengaran tidak logik dan tidak munasabah. Sila kaji contoh-contoh di bawah:

a. Wow cantiknya bibir awak mengalahkan bibir Jennifer Garner! (fakta sebenar: bibir Jennifer Garner telah diundi sebagai bibir paling hangat di Hollywood)

b. Emmm sedap gila masak lemak cili padi awak ni mengalahkan masakan Chef Wan! (fakta sebenar: korang mana pernah rasa kehebatan masakan Chef Wan)


3) Pujian bajet romantis

Pujian-pujian ini selalunya diplagiat daripada laman-laman ungkapan cinta seperti Romantic-Quotes.com untuk ditulis di dalam kad ulangtahun percintaan. Orang lain dengar pasti muntah darah. Kata-kata sebegini secara jujurnya mustahil untuk diungkapkan on the spot, melainkan anda telah menghafalnya terlebih dahulu. Pujian cinta ini dijamin dapat membuatkan gadis-gadis terawang-awang di udara yang pasti menjadi modal perbualan bersama gadis-gadis lain dalam sesi girls talk mereka. Namun begitu ada juga jejaka yang sekadar menggunakan teknik pujian ini untuk mencairkan hati gadis-gadis sebelum menyeluk tangan ke dalam baju mereka. Sila kaji contoh-contoh di bawah:

a. Sememangnya ku sedar dan tahu tiada wanita di dunia setandingmu.

b. Thousands of stars are in the sky but you are the one in front of my eyes

c. When I see your face, there’s not a thing that I would change. Cause you’re amazing, just the way you are.

4) Pujian tidak bertapis

Pujian seperti ini memang wajib dielakkan ketika temujanji yang pertama kerana naturenya yang terlalu jujur sehingga boleh membuatkan kita dituduh sebagai pengganas seksual. Pujian seperti ini selalunya dikaitkan dengan pujian berbentuk seksual terhadap fizikal seseorang wanita itu. Selalunya kita pendam dalam hati sahaja tak berani nak luahkan, unless korang memang dah betul-betul kenal dan selesa antara satu sama lain barulah boleh lepaskan sahaja pujian sebegini tanpa perlu disunting. Nampak macam keji tetapi memang itulah yang terlintas di hati. Sila kaji contoh di bawah:

a. Wahh besar dan ranum gila buah dada awak ni. Ayah awak dulu kerja petani ke?

b. Wahh nice ass! (sambil melakukan aksi slap punggung dia sedas dua)

5) Pujian halimunan

Ini adalah satu-satunya pujian yang tidak diungkapkan di bibir seorang lelaki. Pujian seperti ini selalunya terhasil daripada tindak balas refleks seorang lelaki apabila berhadapan dengan seseorang gadis yang menarik minat mereka, tak kiralah atas dasar cinta ataupun nafsu. Contohnya, jika ada orang lelaki yang nampak gagah ada at least 4 pack tiba-tiba jadi gagap di hadapan anda, take it as a compliment kerana hati mereka menjadi gemuruh apabila melihat anda. Jika mereka berpeluh-peluh walaupun berada di bawah penghawa dingin, take it as a compliment kerana jantung mereka berdegup kencang dan kadar metabolisma menjadi tinggi lalu merembeskan peluh. Jika anda lihat berlaku pergerakan di dalam seluar seorang jejaka setelah anda mengenyitkan mata atau mengeluarkan suara manja, take it as a compliment or run away kerana dia mungkin berasa ghairah dengan anda walaupun anda tak buat apa-apa sangat.

6) Pujian menjaga hati

Pujian ini tidak akan berlaku dengan sendirinya. Selalunya, gadis-gadis yang akan mencetuskan pujian ini dari mulut lelaki. Pujian ini terjadi setelah kaum wanita meminta pendapat tentang seorang lelaki dan orang lelaki terpaksa mengeluarkan kata-kata berunsurkan pendustaan untuk tidak mengguris hati gadis-gadis. Sila kaji contoh di bawah:

a. Gadis tanya, "Abang, saya nampak gemuk ke?" Jejaka jawab selepas senyap selama 5 saat, "Eh mana ada baju tu yang nampak labuh...."

b. Gadis tanya, "Sayang, betul ke make up saya ni macam bomoh hujan?" Jejaka jawab selepas senyap selama 5 saat, "Eh mana ada awak pakai apa pun memang cantik..."

Anda pasti pernah dihamburkan dengan pujian-pujian di atas bukan? Walaupun terdapat jenis-jenis pujian yang nampak outrageous, itu sememangnya naluri seorang lelaki yang hanya menginginkan yang terbaik buat gadis mereka. Chewah ayat last aku tu macam taktik nombor 3. Gadis-gadis nak guna teknik pujian di atas terhadap lelaki pun boleh juga. Cuma perlu tukar organ wanita kepada organ jejaka. Anyway gadis-gadis memang suka menerima pujian bukan? Hihi.



25 comments:

ain gojes said...

very the betul....haha

faramira said...

hooooo! betol!

Rynn said...

shooot! it's very true.. tapi kan, takkan la takde langsung pujian yang ikhlas? takkan semua pun sekadar manis di bibir sahaja?

QilahLala said...

haha bapak saya bukan petani.. bapak saya polis! saman kang ;p

Wahida Nasution Thakhrim said...

banyak pujian penyedap hati.. karang sentap pulak kalau kata gemuk.. ha3

Mikael said...

ha ha ha. besar dan ranum gila buah dada awak ni. cilake betul ayat ni.

Anonymous said...

hahaha...





santiago

khairul_bariyyah said...

tiru lirik pon biasa jugak
macam ijai buat 2
lirik bruno mars..
hahaha

Mohd Hazri said...

'Namun begitu ada juga jejaka yang sekadar menggunakan teknik pujian ini untuk mencairkan hati gadis-gadis sebelum menyeluk tangan ke dalam baju mereka' sumpah lawak!

kurikkundi said...

ijai,gua stalkers je selama ni...haha..first time mau komen.salam perkenalan.
pompuan memang suka beno pujian, tapi kadang- kadang buat-buat muka tak tahu bila di puji.
padahal satu badan dah meremang.
are u agree girl?huu

Mohamad Faizal said...

ain dan faramira: pasti betul kerana kajian mendalam telah dilakukan eheh

rynn: eh kecuali no 6, pujian2 dia atas semuanya ikhlas bergantung kepada masa dan tempat hihi

lala: alalalala tok tok jangan saman! tolonglah latukkk (lagu poie)

wahida: haha itulah sebabnya wujud no 6

mikael: aplikasikanlah kat gadis2 ataupun arbok

santiago: wassup santiago

khairul: kalau guna lirik lagu KRU pasti dapat punya

hazri: jangan salah guna kat gadis2 bro haha

kurikkundi: salam 1malaysia. agreed!

Anonymous said...

Besar & ranum tue okay lah sebab common. Tetiba ada petani tue pulak muncul, dah ketawa terbahak-bahak dalam library nie. Jenuh nak jawab kenapa gelak. LOL.

Anonymous said...

haha bomoh hujan hahaha

sanah

makanbola said...

btw,
bibir angelina jolie sgtlah menggelikan dan memualkan utk aku lihat..wekkkkkk
tgk muka pun dh mcm mayat

finaz said...

ye betul.. we (girls) sbnrnye sukakan pujian.. tp dependsla kan sape yg puji tu.. kalau org yg kita suka.. ohhhh weols excited ok !! i think it is in the nature sbb psychologically girls sukakan attention. mcm contoh lagu bruno mars tula kan.. rasa sweeeeetttt sgt.. ohhhhh !!

ok, part bomoh hujan tu made me burst into laughter in the office pagi2 ni... hahahah..

^wirda^ said...

mmg suka pun.hahahha

eh ada jugak tu lagu kru..haha

Tyra said...

nak share satu citer...
ade pernah skali tu aku pakai eyeshadow gi kenduri. (lite-lite pink je)
kendian, lpas kenduri aku gi la jmpe sorg mamat ni. benda pertama dia ckp 'eee ape tu kat mata? buruk giler... ade kaler2.'

xtau nk kasi reaksi ape... nk gelak? nk tampar? nk nangis? nk marah?

(tp lpas tu rasa lawak plak. mesti muka aku dh ibarat bomoh hujan cam ko kate. kuang3x)

Anonymous said...

Ijai..
dulu aku pernah tanye kat ex BF aku:

AKU : awk, sy ni pendek ke?
EX BF: standard tinggi wanita asia ni. just nice . senang i nak dukung u!! (WHAT??)

ni kategori ape ijai? hehe

-Alia

Shima Ibrahim said...

Oh yesss..! And lagu Bruno Mars itu semmgnye telah menyenaraikan pujian2 yg suka didengar oleh pihak gadis. Suara beliau juga sgt seksi.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=DyO-z_7Ip9c

contoh terbaik, slmt mencuba

The Sharkox said...

"Wahh besar dan ranum gila buah dada awak ni. Ayah awak dulu kerja petani ke?"

Ijai, aku rasa bukan petani la. petani main sawah ajer. padi kat sawah kalau masak pun tak besar dan ranum.. sebenarnya bapak dia tu pekebun buah epal terbaik dari ladang yang menggunakan baja terbaik dari FAMA..LULzzz

Mohamad Faizal said...

eh kat library kena stadi baca bukulah bukan baca blog hee hee

sanah: sanah kau mekap nanti jangan kasi diorang mekap kau macam bomoh hujan ok

makanbola: hah? bukan seksi habis kah bibirnya? tapi kalau dilucutkan pakaiannya pasti menyerah diri juga kan haha

finaz: haha kehidupan susah nak cari lelaki bruno mars

wirda: haha pasti ada saya kan mengaku fanatik kru

tyra: ohh orang lelaki sepatutnya menggunakan teknik no 6 jika mereka tidak rela, jadi anda patut buat muncung sebagai tanda protes

alia: itu kategori 4 campur 6 kot haha

shima: itu kalau bruno mars yang cakap kat kita. cuba kalau sukarno yang sebut (sekadar menyebut nama random)

anon: itu gabe dari the office! oh yeah!

sharkox: haha ini pengalaman sendiri ke apa ni

z a t i said...

aku tgh gelak baca blog ni (guna google chrome) lepas tu tekan button translate. mcm semua org speaking dan artikel kau nampak lebih ilmiah. ha . ha.

The Sharkox said ...
"Wahh crazy big and ripe breasts you this. First you Dad farmers to work?"


HAHAHHAHAH.

Me: awk, short sy ni?
EX BF: high standards of this Asian women. just nice. like i want to support u!! (WHAT?)


HAHAHHAHAH.

google translate amat menghiburkan.

*ape ni zati*

Anonymous said...

ijai, if ade pujian dalam bentuk pergerakan dalam seluar tu and separa sedar, tak sure nak anggap pujian ke pervert act ke or just plain tak senonoh. walaupun hanya memakai baju kurung. macamana eh if terjadi kat pakwe ke or kawan lelaki ke? its quite disturbing.

heheh.

Mohamad Faizal said...

zati: hahahahaha memang menghiburkan

anon: kalau anda sorang2, baik larikan diri. tapi biasalah laki memang sentiasa horny

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...