Tuesday, October 19, 2010

Mengkaji Gaya Bergambar Jejaka-Jejaka Di Facebook

Ini adalah entri susulan daripada entri Mengkaji Gaya Bergambar Gadis-Gadis di Facebook. Adalah tidak adil jika kita hanya menggelakkan gaya gadis-gadis beraksi dalam gambar profail mereka di Fesbuk tanpa melihat bagaimana kaum jejaka beraksi. See, aku ini memang prihatin dengan sensitiviti gadis-gadis (tipu). Orang lelaki pasti menerapkan elemen-elemen seperti kemachoan mahupun kemaskulinan di dalam gambar profile mereka. Hanya arbok sahaja yang akan berani membuat gambar aksi pouting di profail mereka. Ayuh kita kaji aksi-aksi bergambar jejaka di Fesbuk.

1) Bergambar gaya boyband

Ini adalah gaya bergambar yang standard mengikut piawaian dan boleh didapati di album gambar setiap jejaka. Tak kiralah jika wajah anda langsung tiada ketokohan untuk menyertai Nsync, melakukan aksi bergambar boyband sebenarnya memang mudah. Anda hanya perlu menggunakan tangan anda untuk menimbulkan efek boyband seperti bercekak pinggang, menunjukkan jari ke arah sesuatu yang tidak pasti, mahupun membuat lambaian ke horizon. Jika boleh, jangan pandang tepat ke arah kamera. Aksi ini perlu dilakukan secara berkumpulan, sekurang-kurangnya 5 orang. Kalau buat secara solo memang tidak sesuai.


2) Bergambar macho dengan cermin mata hitam

Simbolik kepada pemakaian kaca mata hitam adalah kemachoan. Gaya ini pernah dipopularkan oleh A. Galak ataupun Sarjan Misai ketika berlakon kisah Roda Impian dulu. Kalau nak nampak lain sikit adalah orang yang beli spek mata ada jaring Kanye West. Lets get lost tonight! You can be my black Kate Moss tonight! By the way tolonglah Muaz sejak aku menambah kau sebagai rakan di Fesbuk 4 tahun lalu, kau tidak pernah tukar gambar. Kau dah ada anak dua dah pun tak perlu lagi nak cuba membuat gadis-gadis right click dan 'Save image as'.


3) Bergambar bersama kenderaan

Stereotype tentang lelaki adalah mereka memang gila kenderaan. Gila kereta, gila motosikal mahupun gila roller blade. Bagi mereka yang ada kereta mahal dan berkuasa kuda yang tinggi, inilah masanya untuk riak dan mengaburi mata gadis-gadis. Bagi yang jenis kurang upaya dari segi kewangan, mereka memang pantang melihat kereta-kereta yang eksotik dan rare seperti Ferrari dan Hachi Roku. Kalau nampak je pasti mereka akan mengambil gambar di sebelah kereta untuk dimuatkan di dalam profail walaupun itu bukan kereta mereka.


4) Bergambar minta pelempang

Aksi ini merujuk kepada seorang lelaki yang mengambil gambar sendiri menggunakan sebelah tangan secara close up. Aksi ini selalunya dilakukan oleh gadis-gadis tapi kalau gadis-gadis yang ambil gambar begini kita takdelah rasa nak lempang. Hanya lelaki yang memiliki testis yang besar (metafora untuk menggambarkan keberanian yang tinggi) sahaja yang mampu mengambil gambar sebegini untuk diletakkan di Fesbuk. Alah ramai je yang buat camtu sebenarnya cuma malu nak poskan sahaja. You see, jantan-jantan lain jika melihat aksi gambar sebegini pasti akan mengeluarkan kata-kata yang berunsur kebencian. Cakap kita gay la cakap kita menggelabah mak lampir la dan macam-macamla kata-kata kesat lain. Pada hakikatnya, gambar-gambar sebeginilah yang dapat membuat gadis berasa ghairah, cuma diorang takkan mengaku secara terbuka sahaja. So buat jejaka-jejaka yang berani mengambil gambar sebegini, korang memang berani walaupun memang meminta tinju Ip Man.


5) Gambar jersey

Gaya bergambar ini memang hangat ketika Piala Dunia tempoh hari. Ada pula applikasi Fesbuk yang boleh mencipta jersey kegemaran siap tulis nama kita lagi. Maka berduyun-duyunlah manusia yang menampal nama di jersey England mahupun Jerman. Ada yang tak minat bola pun saja-saja nak letak sebab taknak dituduh ketinggalan dan tidak mengikuti perkembangan semasa.


6) Gambar buat-buat homoseksual

Setiap lelaki pasti ada sedikit elemen gay di dalam diri. Selalunya elemen gay ini diekspreskan dengan melakukan perkara-perkara yang lelaki sejati tak buat seperti memakai baju warna pink, mendengar muzik Demi Levato mahupun menonton Gossip Girl. Bagi mereka yang tidak melakukan perkara-perkara tersebut, mereka mengambil gambar yang mesra dengan lelaki lain tanpa nafsu serakah.


Haha obviously ini adalah entri parodi dan gambar-gambar di atas semuanya diambil di profail BFF aku yang sporting dan memiliki sense of humor yang tinggi. Antara aksi-aksi tipikal lain yang sering digayakan adalah Gaya Bergambar Memasukkan Tangan Di Dalam Poket, Gaya Mengambil Gambar Sendiri Menggunakan DSLR di Hadapan Cermin dan Gaya Meneguk Alkohol Di Kelab Malam. Jika ada gaya bergambar yang lain, silalah kongsi bersama.



26 comments:

O Ena O said...

hahaahahahahh
aku gelakkk kontrol2 kt opis nieh...ilang ngantok akuu weh
aku paling nk rs gelak beso tapi kontrol tang point yg bergambo mintak pelempang tuh..mmg membe ko tu nk mintak pelempang gamaknye..hahaha.....

jana said...

Ijai,
lawak gila la,memang betul semua yang ijai tulis tu,semua ciri-ciri tu ada dalam gambar profil FB anak-anak bujang kak jana,tang yang rasa yang nak minta pelempang tu lagilah,kalau emak sendiri tengok tak berkenan macamana rasa orang lain pula nak berkenan.kak jana ketawa kat office sampai member-member sebelah datang kat meja kak jana nak tengok blog ijai ini :)))

makanbola said...

bro..setelah ditimbang2 dan disukat2,aku rasa gbr2 lelaki lagi klise dr pempuan...kahkahkah

*gbr profile aku di fb juga gbr jersi,tp xdela version world cup yg ada apps kat fb tu...so kire aku xdela klise sgt..hehe

shogunn_general said...

hhaha..2 kali abe telah dijadikan contoh..

Mohamad Faizal said...

ena: bohong ena aku rasa kau telah tergoda dengan gambarnya...

kak jana: haha jangan lempang anak betul2 kak

makanbola: satu2nya jersey yang dibolehkan adalah jersey liverpool

naqqib: haha takpe aku dah mintak izin abe dia kool

Wan said...

gambar belaga pipi ngan awek
aku rasa mcm nak pijak ja

The Sharkox said...
This comment has been removed by the author.
The Sharkox said...

Aha...aku memenuhi ciri2 no 2 tu...spek hitam mestilah besar dan jenama rayban..

Pink Stilettos said...

saya pun dah tak larat tengok gamba mata lalat Muaz tu ha ;p

Dona said...

Assalamualaikum... ada lagi, gambo di tempat futsal mahupun padang bola (menunjukkan kegigihan bersukan)

Anonymous said...

Hahaha siot kau tp ak sndri pn tgelak bce entri ni..hahaha spela kwn ko yg bgambar mcm mntk plempang tu ye hahaha..

-fandi-

niena ; ) said...

haha..
yang no.3 tu selalu aku jumpa kat fb,kadang2 aku kesian jugak tengok pic dia orang tangkap gambar dalam kereta kat car showroom.selalunya dia orang akan meletakkan kepala dia orang kat stereng untuk bagi nampak jenama kereta...

Anonymous said...

haha. takleh amik gambar kat cermin guna slr dah mulai hari ni.

adam

Mohamad Faizal said...

wan: jangan berlaga organ reproduksi sudah

sharkox: haa haa kau memang macho bro

nurul iza: tolonglah nasihat dia iza bawak pergi jumpa harun din ke hihi

dona: waalaikumsalam haha benar tuduhan anda itu

fandi: kau lempang je fandi memang tak boleh nak buat apa dah mamat tu

niena: ala bergambar dahulu beli kemudian kot

adam: haha so kau adalah gambar begitu? kejap aku nak kopipes

ai na said...

ya allah.. aku gelak sorg2 dalam kelas nie.. lawak seyh!!
tapi gamba laki minta pelempang tu mmg aku setuju! geli siot!!!!

efyna.pinkladies said...

haha! gambar laki mintak pelempang tu mmg betol2 aku rase nak lempang beliau weh! hahaha!!

Mohamad Faizal said...

aina dan efyna: ala cuba pergi fesbuk teman lelaki masing2 pasti ada gambar minta pelempang juga hihi

h a n i a n m u r i h a n said...

ada lagi..
gambar tunjuk badan tough..pakai baju ketat2 sambil mengeluarkan otot2..hehe

Mohamad Faizal said...

hani: teringin juga buat begitu tapi nanti seketul otot di perut je yang kelihatan...

Affan Ruslan said...

kahkah. tergelak aku tgk gambar2 tu.

fndrocka said...

Aku rasa nak mintak kau kaji gambar2 fb aku..add aku!

Anonymous said...

beb, lawak gila gambo2 tu ..serious kelako...wakaka

lizz said...

aku tak boleh nak bernafas gelak guling-guling tengok gambo2 ni semue!!!!wakakakakaka!!!!

lemangcute yang Kosong said...

lemang vote yang bergambor mintak pelempang tu..hahaha.. i likeeeeeee....

Siti Mashitah Saidin said...

yg nombor 4 tuh! kah kah kah!

Anonymous said...

perh..gmb mnx pelempg tu yg aq x thn..entri ni mmg bt aq skit perut..gelak rse cm nk guling2..kahkah..~
Ssoffieyyaa Eeifieyy Ssoffieyyaa~:P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...