Monday, October 11, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia di Tandas Awam

Setiap hari, aku pasti akan membuang air besar at least dua kali. Punggung aku ini bagaikan telah diprogram untuk melakukan proses penyahtinjaan mengikut waktu yang ditetapkan. Aku akan sedaya upaya memujuk perut aku agar menyelesaikan segala urusan di rumah. Memang hangin gila tengah drive di pagi-pagi buta untuk ke tempat kerja lepas tu tiba-tiba sakit perut kena cari tandas Petronas di lebuhraya pula. Nasib baik di waktu subuh tak banyak kereta so aku bolehla juga memecut untuk berak di pejabat.


Tetapi keadaan di tandas awam, kalian tahu sahajalah kan. Sambil membuat muka teran, aku sempat mengambil gambar modul kesedaran sivik yang ditampal di dalam tandas pejabat. Sebagai pengunjung tetap tandas awam di pejabat mahupun di pusat membeli belah, aku sedikit sebanyak dapat memerhatikan sifat-sifat stereotype manusia di tandas. Ayuh kita kaji tabiat-tabiat stereotype ini.

1) The toilet talk

Situasi begini pasti berlaku di tandas pejabat ataupun di kolej anda. Akibat selalu sangat berkunjung ke tandas akibat kencing tak lawas, anda pasti akan melihat wajah-wajah rakan sepejabat anda yang sinonim dengan tandas. Tapi anda hanya kenal wajah mereka sahaja. Nama mereka pun anda tak tahu pun apatah lagi nama Tuhan yang disembah. Oleh sebab dah selalu bertentang mata dan testis di tandas, maka terbentuklah suatu ikatan persaudaraan. Mula-mula sekadar mengangkat tangan apabila berjumpa. Apabila telah selesa, maka timbullah toilet talk ini. Toilet talk adalah perbualan kosong yang tiada membawa sebarang erti; sekadar berbual dengan dialog-dialog tipikal seperti:

"wussup bro"

"how you doin bro"


"ohh you shave your balls eh bro?"


Selalunya perbualan ini berlangsung di barisan urinal. Aku tak biasa kencing di urinal kerana aku tak mahu orang kata aku saja nak riak dengan saiz olimpik organ reproduksi kurniaan Tuhan. So aku sekadar mendengar sahaja perbualan dari dalam tandas berpintu sambil kadang-kadang mencelah dengan dialog kosong juga. Perbualan selalunya disudahi dengan kata-kata penutup seperti "take care bro". Namun begitu persahabatan dengan rakan toilet hanya terbatas sehingga ke pintu; kita selalunya tidak akan menegur mereka di luar mahupun menambah mereka sebagai rakan di Fesbuk.

2) The leftovers

Walaupun sudah ditampal poster pendidikan tandas di dinding seperti di pejabat aku, masih ada juga manusia meletakkan otak di punggung tidak tahu bagaimana hendak menjaga kebersihan tandas. Sumpah aku tak faham dengan sikap sesetengah manusia yang tidak tahu mengepam tandas. Bukannya susah pun kalau kat rumah sendiri pandai pula. Memang jijik jika kita melihat harta peninggalan yang memiliki pelbagai bentuk dan warna. Antara contoh-contoh struktur tahi popular yang sering kita jumpa adalah tahi pengebom berani mati, tahi lepat pisang dan tahi corn in a cup.


Selain itu, benda yang sering ditinggalkan di tandas adalah tapak kaki masing-masing, terutamanya pada tandas jenis duduk. Apakah rasionalnya mencangkung di tandas duduk? Kalau kat tandas perempuan, aku rasa benda yang selalu ditinggalkan adalah tuala wanita Yuna korang bukan? Tak elok tau korang main buang Kotex korang dalam mangkuk tandas. Aku baca Mastika hari tu ada orang dia kumpul tuala berdarah korang untuk dijadikan makanan jenglot. Eiii seram uols.

3) The struggling neighbor

Ok pernah tak anda mengalami situasi sebegini; anda sedang asyik bermain iPhone sambil membuang air besar secara normal dan bukan Caesarean. Tiba-tiba anda dengar bunyi tapak kaki deras menuju ke bilik air dan kemudiannya menendang pintu tandas sebelah anda. Kedengaran bunyi tali pinggang dibuka dan dengan pantas bunyi "FRAGGG PRRTTTT PROTTTT PET KEDEPEKKK PROTTTTT" menyusul. Kuat gila bunyi itu. Ini kes najis pengebom berani mati la ni. Contraction dia datang setiap 15 saat dan disertakan dengan keluhan dan tangisan kesakitan yang berunsurkan ketuhanan. "Ohh tuhannn sakitnyaa uuuu uuu uuu tolong...."

"FRAGGG PRRTTTT PROTTTT PET KEDEPEKKK PROTTTTT" sekali lagi bunyi itu kedengaran. Ok dalam situasi sebegini, apa yang korang akan buat? Aku selalunya sedaya upaya cuba tahan gelak dan cuba untuk memahami kesakitan dia. Tapi jangan sekali-kali korang berlagak seolah-olah korang mengambil berat dengan bertanyakan soalan-soalan kurang bijak seperti "Eh are you ok bro? Need any help?". Trust me, there's nothing that you can do help him. Dia dahla tengah sakit, lepastu tambah pulak dengan perasaan aib diserang diarrhea. It's better that you walk away quietly. Dah keluar toilet barulah gelak kuat-kuat.

Tapi kalau kita yang jadi neighbor itu, berbeza pula ceritanya. Kita akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan bunyi frag-frag itu tetapi pasti gagal. Kita tidak akan keluar daripada tandas selagi tandas belum clear kerana aib dengan orang sekeliling.

4) The graffiti

Perkara ini boleh didapati di tandas-tandas awam pusat membeli belah kelas pertengahan seperti Sogo dan Warta. Situasi sebegini memang anda tidak akan jumpa di tandas pusat membeli belah kelas atasan seperti Pavilion. Dinding dan pintu tandas dijadikan tempat untuk melukis organ reproduksi mahupun iklan perkhidmatan seksual. Selalunya orang yang baru ditinggalkan teman masih menyimpan dendam akan membuat penganiayaan dan fitnah terhadap bekas teman mereka. Mereka akan menulis nombor telefon bekas teman mereka dan disertakan dengan caption-caption yang mengaibkan seperti:

Saya kesunyian mencari teman lelaki untuk dijadikan teman bicara dan teman berasmara. Zahrul gay tampin - 0126578941

Haha aku enjoy juga membaca hasil penulisan mereka di dinding sambil membuang najis mutawasitoh.

5) The annoying janitor

Aku bukan rasis tetapi aku memang hangin gila dengan pencuci tandas Indon di pejabat aku. Time aku nak berak je mulala dia nak basuh tandas. Pastu nak sound aku suruh kemut dulu punggung aku sehingga dia selesai what the what man. Tapi macamana nak selesai dengan segera kalau asyik nak menyanyi lagu dari seberang. Kalau suara ataupun tubuh mantap macam Cut Tari takpe juga tapi ini lemak berlipat tiga siapa yang berselera.

Sila mengaku yang anda ada melakukan at least satu tabiat stereotype di atas. Jika ada tabiat tidak senonoh lain, silalah kongsi bersama. Ingat kawan-kawan, mengepam tandas merupakan amalan yang mulia.



21 comments:

Mimi Saidi said...

hahahaha...sengal la lu.hal taik pon nk wat cite kan

Anonymous said...

barbie.nama aku lak ko gaykan.jangan lupa peristiwa berak di konsert muse ijai.haha

zarul

Mohamad Faizal said...

mimi: haha ini hanyalah pemerhatian terhadap keadaan sekeliling

zarul: haha takpe tiket kita tak mahal sangat so tak rugi kalau berak kat konset paramore nanti

Anonymous said...

Wekkk. Jijik gila kot!!! Apa pun, pagi ni saya ceria dengan lawak tidak bertamadun anda, ijai! ^___^

-Lisa

aziezah said...

erm yg no 1 tu mcm u cut n paste entri u "jenis2 kawn" klau tak salh la daya ingatan i ini hehehhehehe...

aziezah said...

erm yg no 1 tu mcm u cut n paste entri u "jenis2 kawn" klau tak salh la daya ingatan i ini hehehhehehe...

Mohamad Faizal said...

lisa: thanks. perkara benar tak perlu jijik

aziezah: olahan semula, bukan cut and paste. hehe. memang peminat fanatik anda ni

finaz said...

i pause jap baca blog u sbb masa tgh baca sambil makan nasi goreng time breakfast.. mesti macam "kang kalau aku habis baca mesti tak selera nak makan"

last2 dh hujung time lunch hour baru setel baca the entry.. hehe

Rynn said...

hahah.. lawak giler.. sakit perut aku.

Anonymous said...

tersangkut kejap aku makan cereal sambil bace entry ko. terus tak selera nak abiskan T_T haha

shikin

Tyra said...

ade jugak jenis yg masuk toilet terus buka air paip buat2 jirus untuk cover bunyi kentut + najis yang nk keluar.

dan saya cukup geli bile ade yang tinggalkan 'serpihan' najis, sama ada yg tercalit tepi jamban atau yg bertebaran di tepi jamban cangkung (ni mesti kes pancutkan kt punggung mase cuci). yuks.

oh hi! saya pembaca silent anda.

niena ; ) said...

aku tak suka membuang hajat dekat tandas awam sebab aku trauma dan lagi satu aku tak suka pakai cermin mata or contacts lens dalam toilet kalau aku nak membuang hajat kecil dan besar sebab nanti aku takut ternampak benda(okeyh,sebenarnya najis bukan hantu)..

safwan said...
This comment has been removed by the author.
safwan said...

pikir2 balik cam gross gila la pulak komen aku. isk

z a t i said...

mcm ni rupanya tandas lelaki. kalau pergi tandas perempuan terutama di mid valley kadang2 boleh terlihat sekumpulan remaja ambil gbr dari cermin sambil buat mulut muncung. jeles ai zaman sekolah dulu ai takde henfon.

Mohamad Faizal said...

finaz: waktu yang paling sesuai membaca blog ini adalah selepas punch card tepat pada pukul 9

rynn: jika sakit perut kita pergi....hi hi hi

shikin: haha mengapa pula cereal kau berbentuk aneh kah

tyra: tepat sekali! hai

niena: berhati2 kalau buka spek nanti tak nampak masuk tandas lelaki pula

safwan: eh mengapa dilit tiada yang gross di sini

zati: aku teringin juga bergambar di tandas lelaki...tapi takut dipandang serong

theanswer said...

hahaha aku b4 keluar tandas aku sembur lantai bagi bersih dlu..kalau ade berus silap2 aku cucikn dlu.

Spunky Sally said...

Hairan kan kenapa orang2 Asia, specifically org2 Malaysia susah sgt nk jaga kebersihan tandas jika nak dibandingkan dgn negara2 barat. Contohnya Disney World..puluhan ribu visitors dia setiap hari, tapi Restrooms nya bersih giler!!..mcm boleh guling-guling atas lantai gitttuu..!!

Two days ago, aunty tgk ada mamat sorang ni..selesai aja parking kereta, dia pun keluar dari kereta dia lalu mengemas keretanya. Tapi yg sakit hati aunty tu dia buang segala tissue, plastic, botol mineral dll di tepi kereta dia tu jer. Pada hal tong sampah ada jer 4-5 langkah dari tmpat dia parking kereta dia...eeeee grrrrrr

Anonymous said...

"aku tak mahu orang kata aku saja nak riak dengan saiz olimpik organ reproduksi kurniaan Tuhan"

hahaha ijai ni nakal!

gelak berpanjangan baca entri yang ni hari ni :D

Mohamad Faizal said...

theanswer: bagus kau ni

mamashima: hihi jika berani cuba kita guling-guling di tandas Warta. oh em ji

anon: mana nakal memang benar

ina said...

PENAT NYA GELAKKKK!

putus urat kentut aku membaca post ini!

aku pernah jugak ada jiran tandas sebelah yang prutt preett prott

tiada adab sungguh tahi beliau, keluar tanpa segan silu seperti faizal katakan, pengebom berani mati!

wakakakkakak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...