Monday, October 25, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Menonton Wayang

Terlanjur kita berbincang tentang wayang hari ini aku mahu bicara pasal wayang lagi. Kelmarin aku pergi menonton The Other Guys bersama Team Bangi. Filem itu memang super lucu dan sesuai ditonton bersama rakan-rakan yang memiliki bentuk organ reproduksi yang sama. Tetapi di dalam kelucuan itu, kami telah diganggu dengan sikap ibu bapa yang tidak menjaga sensitiviti penonton wayang yang lain. Adalah menjadi satu kesalahan moral jika kita membawa anak kita yang masih bayi ke dalam panggung wayang. Lebih-lebih lagi kalau spesifikasi sesuatu cerita itu 18SX. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau terlebih lentur nanti jadi sotong pula anak kita apabila besar nanti jika didedahkan dengan gaya arbok di dalam filem. Tetapi apa yang menjengkelkan adalah apabila ibu bapa hanya membiarkan anak mereka menangis dan membuat baby talk di sepanjang cerita. Nak tinju budak tu sampai senyap pun itu bukannya adik kita. Nak maki mak dia pula tak sesuai kerana orang Melayu harus mengamalkan adat ketimuran yang tinggi. Ibu bapa pun mengapa mahu bawa anak kecil ke panggung at the first place? Kalau takut nak suruh mak mertua jaga, tak payahla nak pergi tengok wayang dan membuat orang lain hilang fokus menonton mendengar dambaan pilu anak korang.

Namun begitu, banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang annoying yang kita lakukan semasa menonton wayang sama ada kita sedar ataupun tidak. Demi menjaga hubungan baik sesama penonton wayang yang lain, ayuh kita kaji perkara-perkara yang boleh membuatkan orang hangin di dalam panggung wayang.

1) Orang yang datang lambat

Aku pasti masuk ke dalam panggung sebelum tayangan bermula. Mengapa? Kerana aku nak tengok iklan alkohol yang lucu. Kerana aku nak tengok trailer filem-filem terbaru. Kerana aku tidak mahu orang lain rasa terganggu. Gila ah tiga ayat aku rhyme. Tatkala kita sudah bersandar malas di kerusi sambil menyilangkan kaki serta membuka sedikit zip seluar (just in case ada adegan menarik), tiba-tiba kedengaran pula suara "exsqueeze me tumpang lalu please". What the what man/woman aku dah berada di zon selesa dah terpaksa pula aku sengetkan kaki ataupun dalam kes-kes berat aku siap kena bangun lagi. Dahla halang aku tengok scene mulut ke mulut di hadapan lepas tu boleh pulak kau pijak kaki aku. Kaki kiri dan kanan pulak tu.

2) Orang yang membolot arm rest/tempat letak air

Jika anda duduk di kerusi biasa, arm rest ataupun tempat anda merehatkan lengan anda seharuskan dikongsi bersama 50-50. Adalah tidak adil jika kau membolot semua tatkala aku kelenguhan dan terpaksa membuat gaya tangan selepas takbiratulihram pula. Tapi kalau tangan kau berbulu lebat takkanla aku nak kongsi kan. Dan how do we actually decide which one of the 'cup holders' tu kita punya? Kita patut ambil yang kanan ke yang kiri? Kalau ambil dua-dua satu isi air coke satu lagi isi popcorn nanti ada orang yang mungkin tak dapat sebab orang selang sebelah pun guna dua bekas juga? Sila rujuk lukisan aku di bawah jika tak dapat bayangkan.


3) Membaca/menghantar mesej pesanan ringkas

Zaman sekarang ni kalau telefon bimbit berbunyi dalam panggung kau pasti akan dicemuh SHHH! secara konvoi. Lagipun mungkin ada iklan yang akan mengingatkan kita agar silentkan telefon bimbit sebelum wayang bermula, so ramailah orang yang ada kesedaran untuk mengelakkan telefon daripada mengeluarkan nada dering lagu orang kulit hitam. Namun begitu, mereka masih lagi membuat satu perkara yang lebih annoying iaitu menghantar SMS di dalam panggung. Sedang asyik kita menghayati aksi emosional Mawi menyanyi bersama Diana Danielle, tiba-tiba mata kita disilaukan dengan cahaya daripada telefon bimbit. Pastilah fokus kita akan teralih kepada sinaran cahaya dan kita pasti akan tertanya-tanya apakah yang mesej yang diterima.

4) Melutut kerusi

Ini selalunya terjadi di pawagam TGV di mana jarak di antara kerusi hadapan dan kerusi belakang amatlah dekat. Kadang-kadang orang belakang tak sengaja pun kaki dah kram lepastu terpaksa huk hak huk mengubah posisi kaki. Itu yang tertendang kerusi kita tu. Sekali dua mungkin tidak sengaja, tapi kini terjadi tuk kali ketiga? Haruskah ke terus bersabar walau timbul rasa curiga?! Kalau korang perasan aku baru sahaja menerapkan lagu KRU DI Dalam Dilemma di dalam entri. Anyway kita tak banyak pilihan paling garang pun kita boleh toleh 90 darjah sambil membuat muka bengis macam kawan sekolah aku Zati Hazira masa tingkatan tiga.

5) Lawak sebentar tadi masih terngiang-ngiang di minda

Ok ini terjadi kepada aku semasa menonton The Other Guys. Pernah tak korang tengok satu cerita tu, kemudian ada satu part tu korang tergelak gila-gila sehingga terkeluar air mazi. Walaupun scene itu sudah berakhir, korang masih tak berhenti-henti gelak walaupun pada hakikatnya scene itu takdelah kelakar sangat sebenarnya. Korang sedaya upaya menahan gelak. Scene kat depan scene serius lepas tu korang tiba-tiba burst into laughter sebab teringat scene lucu tadi.

6) Ringan-ringan di dalam panggung

Ini selalunya dilalukan oleh remaja yang baru kenal erti percintaan. Kalau dah cinta kenalah ringan-ringan bagi menunjukkan kasih sayang. Yelah tahulah dalam wayang tu gelap. Kita tuning-tuning konon-konon cari stesen radio ataupun main joystik bukan ada orang nampak pun ye tak. Tapi kalau dah keluar bunyi dengusan kuda mestilah orang perasan. Langsung kita jadi serba salah nak tengok wayang di hadapan ataupun wayang di couple seat itu. Kalau nak ringan-ringan tak perlulah habiskan RM10. Pergilah ke tempat-tempat yang lebih strategik seperti _______________ (isi pengalaman masing-masing).

7) Pekerja Nepal yang tidak sabar-sabar hendak menjalankan tugas

Ok dulu-dulu aku selalu hangin dekat pekerja wayang sebab diorang selalu buka pintu just before wayang hendak tamat. Kredit pun belum main lagi. Memang potong stim sebab mata kita disilaukan dengan cahaya matahari di luar. Setelah diugut oleh penonton yang pailang, pihak pengurusan kini memastikan pintu tidak akan dibuka selagi wayang belum tamat. Tapi lepas tu datang pula masalah lain. Pekerja-pekerja asing sibuk hendak mengutip cebisan popcorn di atas lantai walaupun aku masih duduk di kerusi. Sebagai seorang geek, kita mahu menanti sehingga kredit habis agar dapat melihat aksi tidak jadi pelakon mahupun scene tambahan seperti dalam filem Iron Man ataupun Hulk. So pekerja Nepal, tolonglah bersabar jangan vakum dulu seluar aku yang ada cebisan popcorn ini.

Antara perkara-perkara lain yang annoying di panggung adalah bunyi orang membuka gula-gula, bunyi pakwe yang bercerita kepada makwenya tentang apa yang bakal berlalu sebab dia dah tengok cerita itu, mahupun orang yang bersin tidak berhenti-henti. Jika anda ada mendapat impak negatif daripada tabiat buruk yang lain di panggung wayang, ayuh kita kongsi dan gelakkan bersama.



20 comments:

Mimie.Candy Cane said...

oh,citer the other guy..kelakar jugak..ada satu part tu orang lain dah abes gelak,aku masih lagi meneruskan gelak tu secara 'mute'.

and brader seat ujung tu dia punye gelak dah macam tengok tv bersama keluarga kt rumah.slalu terkejut dengan gelak besar dia.aku syak dia pun bersaiz besar..

tu je la nak kongsi..

oh,lagi satu,aku ada kawan keje kt panggung.kalau dia tau aku tgk wayang duk seat tepi,tgh2 wayang main tu dia datang terjah aku dari belakang..ajak borak..kelakar tak?

Wahida Nasution Thakhrim said...

paling tak suka point no.3 dan 4.. sangat2 tak suka..

Clarky Afif said...

walaupun aku agak eksplisit, namun yg no6 tu aku tak faham la kenapa nak seks ringan di tempat ramai orang.

kalau dalam kete bf sedang drive tu len cite ah. ehh! ramai setan...ramai setan...

Mohamad Faizal said...

mimie: eh apalagi eksploitasikanlah kawan kau tu untuk tengok wayang free.

wahida: ya memang boleh naik paras kolestrol

clarky: ramai orang lebih thrill mungkin

phish said...

hahaha...ak ske gelak gle kuat2 dlm wyg..smpi kakak ak mesti ttp mulut aku kalo die dh nyampah sgt..hahhaa..br la berbaloi22 byr reger tiket..

khairul_bariyyah said...

hari 2 tengok cite red kat gsc mid valley.. da masuk pggung besar, tapi ade je insan2 yg nak betol2kan kaki die.. smpai terasa2 lutut kat kusyen 2.. haish~


eh,da lame x komen kat sini..

orked desa said...

wah saya penah duduk sebelah orang berbau keti. sangat tensi tahu. 2 jam disebelah orang yang berbau keti memang merencatkan pekembangan otak!

dan paling annoying apabila orang sebelah seat nak bekenalan, siap mintak fon number. sepanjang 2jam menonton asek mintak no fon. da bagi tuh siap miskol bagai nak pastikan no tuh valid. gila. seb baek saya bagi alasan dalam panggung saya off henset fuhhh

Mohamad Faizal said...

phish: tak apa gelak macam orang gila jika filem itu kelakar gila

khairul: balas kembali dengan serangan siku

orked: eh jangan layan orang sebegitu ada potensi mereka tu stalker bersiri anda. bagi je nombor telefon mak anda bagi dia kena sound sikit

pikachu said...

aku tak masuk wayang. pastu kawan aku kata aku kolot. kesian aku.

finaz said...

i xpenah punnnn jumpa org membuat aksi ringan2 kat dalam panggung? hmmpph !! why whyyyyy

^wirda^ said...

aku penah duduk di hadapan geng yg aku bleh tuduh sbg mat rempit..haha amboi mamat nih kecoh btoi nk terang kat kawan sebelah dia..rasa nk tuang air coke ke muka dia saja. haha

rahsia :: aku penah bawa anak tgk wayang..ala time wikdey mana ada org sgt...kahkahkah anak aku behave sampai 20min nk tamat..maka aku kena kluar, sbb aku konsen whatt ngan org lain..hahahah dan tobat takmo bawa dah..hahahahhaa saja la try dh org lain penah try..hehehe

z a t i said...

aku tgk shrek siap belum part lawak keluar dia dh gelak siap hentak2 kaki. so bila actual time lawak berlaku perkara dh jadi hambar (for the rest of penonton) tapi gelak dia semakin kuat smpai tak dengar lawak seterusnya.aku rasa ada rizen dia orang buat kerusi panggung tu melekat ke lantai.

Lina Chan said...

Orang yang melatah tak hengat donia sampai tertendang kerusi depan sb terkejut sgt dgn adegan yang mengemparkan/scary.

Tu tak termasuk lagi yang melatah yang tak patut tak patut =P

Kelakah pon ade..annoying pon ade..

Kap said...

tuning dan ber-joystick.
hah.
nepalese jealous part tu lah :)

The Sharkox said...

aku: apa menatang "Kita tuning-tuning konon-konon cari stesen radio"???

lepas 2 saat..

:) :) :) :) :) :) :)

Mohamad Faizal said...

pikachu: kenapa tak masuk wayang takut gelap ke

finaz: kena tengok couple seat belah kanan atau kiri....

wirda: memang bagus sikap keprihatinan anda itu

zati: haha perkara yang sama berlaku kepada aku masa tengok the other guys sebab aku tengok 2 kali so tergelak pramatang

lina: kita tengok paranormal activity 2 nanti pasti semua melatah

kap: hmm mungkin mereka mahu mencegah maksiat...jika begitu baguslah

sharkox: cuba jelaskan sikit bro untuk menunjukkan kefahaman sebenar. haha

Anonymous said...

aku penah terkejut sampai tercampak pop corn kena kat org belakang... hahaha.. tp time tu hingusan lagi... terus kengkawan pakat tak kenal aku.. chiss..

fndrocka said...

Part tuning radio tu aku suka

Anonymous said...

i know that this is wayyyyy too late to comment but i still wanna share my experience dekat panggung wayang

1) macam anda, saya juga suka masuk awal sbb kalau masuk lambat nnt panggung dah gelap...maunya silap pijak, jatuh tergolek...HAHA

tapi, tu lah...orang lain masuk lambat...masuk lambat tp before wayang mula saya tak kisah...ni dah 15 minit selepas cerita bermula pun ada yg baru masuk, ni yang bagi angin ni...kekadang saya sound je...lenkali masuk awal sket [ni kalau time tgh marah aa]...lantak aa nak masam muka ke ape...ko bayar tiket,aku pun bayar...tp ko tatau nak hormat orang...tu bezanya kita!hahaha

2) ada sekali tu tgk citer hantu korea, the cello...mmg sengal keadaan dalam panggung

a) org bersembang, membuat cerita sendiri,
b) ada budak ni baca subtitle citer dengan kuat, dengar satu panggung,
c) dan saya baling popcorn kat sapa2 yang buat bising tu

[nx time sesapa yg bising dalam wayang dan terasa dibaling popcorn, kemungkinan besar ianya adalah saya...HAHAHA]

3) kalau ada pak arab [pelajar uni biasanya] yg ada dalam wayang tu, mesti dia buat skrip sendiri dalam bahasa dia [ni kes yg dah tgk tp dtg tgk sekali lagi ngan member dia] dan ini mmg mengganggu fokus utk menonton wayang

4) ada sekali kes ringan2 dlm wayang...hahaha...sekali disebalik lampu samar2, nampak baju laki terbuka [seluar x sure lak] dan pompuan tu dah tinggal bra...HAHAHA

syabas~!

Hernandezlbye said...

walaupun aku agak eksplisit, namun yg no6 tu aku tak faham la kenapa nak seks ringan di tempat ramai orang. kalau dalam kete bf sedang drive tu len cite ah. ehh! ramai setan...ramai setan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...