Friday, October 8, 2010

Misheard Lyrics

Setiap hari aku akan bangun pada pukul 5 pagi secara automatik tanpa perlu dikejutkan oleh jam loceng. Pejabat aku terletak di Bandar Utama jadi aku harus keluar rumah awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bagusla bangun awal boleh sempat mandi wajib untuk sembahyang subuh. Anyway perjalanan ke tempat kerja di waktu subuh memang syahdu dan sepi, kadang-kadang terlalu sepi sehingga boleh menimbulkan efek seram. Oleh kerana aku seorang yang penakut, aku sering memasang cakera padat Maher Zain bagi menghalang gangguan syaiton. *Cough.

Kalau aku tak dengar Maher Zain, aku selalunya akan mendengar stesen Hitz.fm. Pagi tadi Morning Crew bincang pasal topik 'Misheard Lyrics'. Lirik tulis lain, kita nyanyi lain. Yakin sahaja kita menyanyi siap membuat gaya tangan tanpa menyedari lirik yang kita nyanyikan itu salah. Tapi kadang-kadang bukan kita sengaja pun nak salah lirik. Faktor-faktor seperti accent yang sukar difahami dan tempo lagu yang laju menyebabkan kita tidak dapat mendengar lirik dengan betul seterusnya menyebabkan kita mengintepretasi lirik mengikut suka hati lebih hebat daripada lirik Habsah Hasan. Ayuh kita ikuti contoh-contoh kesilapan lirik yang lazim nyanyikan.

JJ dan Ean menyuruh para pendengar menghubungi mereka dan berkongsi lirik-lirik hasil ciptaan mereka. Antara lagu-lagu popular yang dijahanamkan mereka adalah:

1) Youth Of The Nation by P.O.D

Lirik sebenar: "We are we are youth of the nation. We are we are, youth of the nation"

Misheard: "Meoww meowww youth of the nation. Meoww meowww youth of the nation"

2) Tokyo Drift by Teriyaki Boyz

Lirik sebenar: "...if you seen it then you mean it then you know you have to go fast and furiousssssss"

Misheard: "...if you seen it then you mean it then you know you have to go fast and fuuuyooooooo"

Haha jika kita dengar sendiri lagu sebenar dan membandingkannya dengan misinterpreted lyrics di atas, masuk akal sebenarnya juga bukan? Oh aku pun ada satu lagu yang dari dulu aku salah nyanyi, dan walaupun aku dah tahu lirik yang sebenar aku masih lagi nyanyi secara salah for the lulz. You guys might agree with me on this...



Chris Brown - With You

Lirik sebenar:

I need you boo,
I gotta see you boo,
And the heart's all over tonight...


Perverted misheard lyric:

I need your boob,
I gotta see your boob,
And the heart's all over tonight...


Haa haa aku rasa lagu ini dicipta oleh Chris Brown untuk Rihanna. Mungkin itu sebabnya Chris Brown bagi tinju Ip Man kat Rihanna sebab Rihanna taknak bagi Chris Brown massage boobies dia sebab Rihanna tak mahu terlanjur sebelum berkahwin.

Anyway do you guys have any other misheard lyrics to share?



23 comments:

Mimie.Candy Cane said...

alamak same. aku pendengar tegar Hitz.fm sejak zaman fly guy n lil kev lagi as a morning crew..sampai la zaman jj n ean..tp jj n rudy the best partner la..


*komen takde kena mengena dengan isi entry.harap2 aku boleh jejak blog ni lagi lepas ni..

otak ketat said...

adik aku nyanyi lagu Hey Soul Sister:

"your lipstick stinks!"

siap buat gaya tgn kipas2 hidung lg.

Alia Liverpool said...

nyanyi lagu Tokio Hotel yg Automatic tu,but instead of ckp Automatic, pi ckp Are You Ready.

asal bunyi sdap,udah.haha.

Anonymous said...

lagu coldplay-in my place..
aku slalu nyanyi bunyinye
`in mapley,in mapley..

Anonymous said...

ada2.. lagu miranda cosgrove!
"when i'm kissing you it all starts making sex"

supposedly,
"when i'm kissing you it all starts making sense"

:)

Mohamad Faizal said...

mimie: rudy kat stesen mana sekarang nampak dia buat standup comedy saje

otakketat: haha masuk akal juga suara depa dahla sengau

alia: sedap juga sebenarnya bila nyanyi ulang-ulang

anon: nice one haha

anon: ohh miranda cosgrove penyanyi dia hari2 kuar radio tapi tatau siapa nyanyi

Mimie.Candy Cane said...

rudy dah pegi mix.fm...tapi jarang dengar..huhuhu

Wan Perlis said...

maher zain terbaik

Anonymous said...

when i grow up, i wanna hv groupies..

aku nyanyi sbb salah lirik:

when i grow up, i wanna hv boobies..

hahaha

diariakuiman said...

lagu english mmg aku slalu salah sebab english tahap lulus ja bro

^wirda^ said...

ada ada..
lagu skolah rendah aku..hahahaha hamper semua pelajar salah lirik ni..

lirik asal :: ilmu panduan hidup..ilmu panduan hidup..itu kata pegangan kami.

lirik misheard :: enduan duan idup..enduan duan idup..itu kata pengawas kami.

hahahahahah sampai skrg pun budak2 darjah 1-3 mesti nyanyi lirik salah..penyakit keturunan!

Anonymous said...

hahahahaha wirda pny paling kelakar sekali.

sanah

Mohamad Faizal said...

haha lucula uols

Rahim Hashim said...

lagu pitbull

~ sua suwey..ku tada duitt...

HO! said...

Lagu spice girls
title: viva forever
lirik salah: fever forever i ll be waiting
lirik betul: viva forever i ll be waiting

Lagu alanis
title: thank you
lirik salah: thank you thailand
lirik betul: thank you silence

safwan said...

kawan aku saje2 buat.


lagu: journey - don't stop believing

lirik betul: don't stop believing
lirik salah: don't stop belimbing

Anonymous said...

red hot chili peppers-by the way..

btol:
Black Jack Dope Dick
Pawn Shop Quick Pick

salah:
mlancap kote
pacak kute

btw: pegi tgk magika best!!!

-fandi-

Mohamad Faizal said...

ish ish ish itu sahaja dalam fikiran kau ya fandi macamana nak didik anak nanti. hantar rumah akula kalau nak belajar agama. oh aku dah tengok dah magika

Anonymous said...

ak akan tapis lagu2 yg berunsur lucah..bagi anak ak dgr lagu maher zain je cukup la hahaha..

-fandi-

Kay said...

lirik lagu sebenar starting lagu Hotel California-Eagles adalah seperti ini:
"On a dark desert highway, cool wind in my hair"

Tapi aku taktau laa kenapa mulut aku mesti nyanyi:
"Donald Duck in the highway, Mickey Mouse also"

lol~

Kay said...

lirik lagu sebenar starting lagu Hotel California-Eagles adalah seperti ini:
"On a dark desert highway, cool wind in my hair"

Tapi aku taktau laa kenapa mulut aku mesti nyanyi:
"Donald Duck in the highway, Mickey Mouse also"

lol~

Anonymous said...

topik ni best! misheard lyrics blh jd bahan gelakkan org spjg tahun! hahahah...

kalo sape2 penah dgr lagu maher zain tajuk hold my hand..i slalu sebut, ooo maher...patutnya hold my hand..lolz

Anonymous said...

lagu sean kingston-take you there.

starter dia ada cakap 'wa tak kuatt'
sampai skrg aku tak tau the actual lyric.


-chip-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...