Sunday, October 3, 2010

Obsesi

Ini kisah yang berlaku kelmarin. Aku sedang nyenyak tidur tidur larut petang tanpa solat Asar terlebih dahulu. Bila dah tak solat ni banyakla syaiton datang mengganggu kan. Pelbagai kompilasi mimpi ngeri yang aku tiba-tiba termimpi seperti mimpi hantu badut It dan mimpi terpecahkan cawan di hadapan gadis-gadis di open house rumah Ise beberapa tahun dahulu. Baru sahaja aku hendak memasuki fasa mimpi basah, aku tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan, "WHAT THE WHATTT???" yang takla kuat sangat tetapi ternyata tegas tonanya.

Aku bangun dengan keadaan berpeluh-peluh. Dalam keadaan mamai aku boleh dengar bilik aku diselongkar. Kelihatan mama aku sedang bertungkus-lumus mencari sesuatu di dalam laci dan almari aku. Ayuh teruskan membaca dialog yang mungkin telah ditokok tambah ini.

Mama: Mana jai manaaaaa???

Aku: Haa? Ma is muka? (bahasa arab)

Mama: Eiiii itulah mama suruh kemas bilik malas (sambil meneruskan pencarian). AHAH! Akhirnya mama jumpa.

Mama aku turun ke bawah membawa sekeping kertas. Kertas apakah itu? Surat beranak sebenar aku kah? Adakah aku ini anak angkat? Pelbagai persoalan yang tidak masuk akal mula menerjah fikiranku. Lantas aku menguatkan semangat dan bangun dari katil untuk menyiasat hal sebenar. Aku lihat mama aku sedang bercakap dengan seseorang di telefon dengan nafas turun naik. Mungkin sedang marah, ataupun mungkin sedang panik.

Mama: MANA CHANNEL KOREA 303 SAYA?? AWAK JANGAN BERGURAU KASAR ASTRO! SAYA LANGGAN ASTRO SEBAB AKU NAK TENGOK CHANNEL KOREA 303 OK! SAYA NAK TENGOK WAJAH KIUT SUPER JUNIOR DAN BERITA BERBAHASA KOREA OK!

Kertas yang mama cari itu adalah bil Astro. Mama serta merta menghubungi talian khidmat pelanggan Astro setelah channel 303 iaitu KBS World kegemarannya hilang. Tekan channel 303 terus lompat ke 304. Aneh. Bagi mereka yang mengalami sindrom yang sama, usah panik, channel 303 sudah berpindah ke channel 391.

Haha memang panik mama aku ketika itu. But it is totally understandable. Mama aku memang fanatik korea. 'Obsession', that's the correct way to put it. Astro aku sering dikuasai oleh mama aku sebab mama aku sentiasa menonton siri televisyen Korea, daripada rancangan kuiz mereka hinggalah ke dokumentari walaupun tiada subtitle. Memang tiada peluang aku untuk menonton Liga Inggeris apatah lagi siaran secara langsung Piala Malaysia. Mama aku siap tahu frasa-frasa senonoh Korea seperti annyongsayur dan.....(taktau nak bagi contoh apa dah). Kadang-kadang kalau mama aku dah tak sabar nak tahu kesudahan sesuatu cerita yang sedang bermain di KBS World memang dia sanggup cari di Youtube.

Secara jujurnya aku memang tiada nafsu terhadap cerita Korea kecuali jika cerita yang ditonton adalah pornografi Korea. Eh jenaka sahaja ayat sebelum ini. The only Korean drama yang aku pernah tengok sampai habis adalah siri tipikal untuk orang-orang seperti aku yang merasakan Han Ji Eun itu comel nak arwah iaitu Full House. Tapi orang boleh cakap benda yang sama tentang obsesi kita tentang siri televisyen Amerika dan telenovela Venezuela bukan? Adakah anda pun obses muzik/siri televisyen Korea?



17 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hahahaha...tibe2 cakap arabb..hahahaha..takleh blah..

aku pun tak bernafsu nak tengok drama korea macam fanatik yang lain.esp drama chenta.punca utama,drama dia terlalu slooooowww...scene tenung2 saje dah makan masa 5 minit.tu belom scene tarik2 time nak berpisah lagi..aih...cannot go..cannot go..

Atiqah Ahmad said...

mak aku pun!

tapi mak aku tengok guna internet. streaming video. hahhaha.

segala citer korea, jepun, taiwan, china. semua dia layan. :)

Anonymous said...

aku pernah obses dgn korean entertainment dulu... habis segala channel kat korea tu aku hafal...

tapi sekarang tidak lagi...


-jaja-

Kap said...

tak minat.
orang korea dagu bulat.

Mohamad Faizal said...

mimie: haha tak apa citarasa berbeza-beza

atiqah: haha ibu2 sekarang memang celik IT download torrent pun pandai

jaja: mengapa tak minat dah halangan keluarga kah

kap: dagu bulat??

otak ketat said...

tehee. aku pn hampir menjerit haritu. oke tipu. mmg dah jerit. lepastu adek aku yg carikan. baru jumpa. tp tak obses drama. cuma suka tgk rancangan hiburan dia ja. lg suka tgk grup yg ramai2 (mcm involve satu kelas 5 amanah) menari. mesti aku gelak. tak bleh bla la gaya depa.

Clarky Afif said...

pernah obsesi dengan fullhouse dan sang doo (kedua2nya dihujani Rain).

tapi itu dulu. sekarang aku beralih kepada siri2 seperti Lie To Me, The Mentalist dan feveret aku The L Word.

kau sangat patut tonton The L Word. hihi.

efyna.pinkladies said...

the most program dye yg aku layan. 2days 1 night. funny beb. ko tak tw cube try tnye mak ko. sure dye hafal nama stiap ahli dalam grup tu. hehe!

Mohamad Faizal said...

otak ketat: haha kau pun panik juga

clarky: aksi gadis atas gadis tidak elok ditonton untuk kesihatan moral...

efyna: yaa aku yakin mama aku tahu juga

jana said...

Ijai,
cerita Korea Boy Before Flower menyebabkan hubby dan anak-anak kak jana anak -beranak belajar berenang tau,kalau tidak sampai sekarang pun tak tahu berenang agaknya,bayangkan jelah hubby kak jana umur 40 baru nak belajar berenang,lagi satu cerita korea ini ijai kalau cerita sedih mereka nangis sikit je tapi kita yang melihat boleh sampai teresak-esak tau he he,so kak jana tahu macamana mama ijai rasa,bila-bila tiba-tiba channel 303 tu tak da

DingDong said...

nway aku juga seorg peminat citer2 korea.. mamat2 jambu n nakal2 bersepah dlm citer2 korea yg super duper lawak.. nway aku myokong ketat bersama mama ko ijai..

annyong haseyo said...

ko kena start download family outing season1 dan tgk 1 night 2 days pukul 1120 malam tiap2 jumaat

annyong haseyo said...

di kbs

Anonymous said...

uwaahh!!
thanx! kalau tak aku pun tak tahu kbsworld dah tukar channel 391...mujur baca blog kau ni..(okay,aku obses korea)

The Sharkox said...

SX is ZERO ko tak tengok? Tipulah kau ijai..haha

Mohamad Faizal said...

kak jana: haha saya pun tak tahu berenang. kena tengok cerita tulah nampak gayanya

dingdong: jambu ke wajah mereka sebenarnya lebih kurang sahaja....

annyong: hah? aku ke suruh mama akulah...

anon: annyongsayur!

sharkox: haha goreng 'telur putih'

Anonymous said...

thanks for da info...sya da 1 ln xbalik rumah n bukak tv nak tgk channel tu tp xde...
cepat search kt internet..n terbaca info awak..thanks ><

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...