Wednesday, October 20, 2010

Paramore Live in Kuala Lumpur!

I'm gonna write this in English just because Hayley is my silent reader. Eh no need la Hayley please use Google Translate ok? Hari yang ditunggu telah tiba. Malam tadi telah berlangsungnya konsert yang paling epik di Malaysia untuk tahun ini, hampir-hampir yang sama hebat dengan konsert terbaik sepanjang zaman iaitu KRU's Awas da Concert. Walaupun semalam aku bercuti, aku tetap terbangun awal akibat terlalu teruja. Sambil mandi wajib akibat mimpi basah bersama adik Zac Farro (mimpi berenang di Sunway Lagoon kau jangan salah faham), aku mengungkapkan bait-bait lagu Paramore, mana tahu Hayley panggil salah seorang penonton naik ke pentas untuk menyanyi bersama boleh aku tunjuk yang aku ni memang seorang peminat yang tegar.


Menurut tiket kedua mahal, konsert akan bermula pada pukul 8.30 malam. Aku gerak dari rumah pada pukul 6. Aku bertemu dengan bekas rakan homoseksual aku iaitu Zahrul Idzwan di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama kawannya, Kepen. Sambil menanti pintu pagar dibuka pada pukul 7, mata kami liar memerhatikan gadis-gadis hangat yang mendedahkan aurat berat. Surprisingly, tiada gadis yang berperangai klise dengan mewarnakan rambut menjadi merah ataupun oren. Maybe diorang kaler rambut bawah kah kah kah lucu pula jenaka dewasa aku itu. Tiada ahli pemuda Pas yang membuat tunjuk perasaan di perkarangan stadium. Pintu pagar sudah dibuka. Berlaku sedikit pergerakan di dalam seluar akibat terlalu teruja. Ayuh kita ikuti review konsert Paramore: Live in Kuala Lumpur ini.

Masuk je stadium Zahrul dan Kepen terus membeli tshirt original Paramore berharga RM 90. Aku tak cukup wang so aku tak beli. Kami dapat seat yang agak kool juga. Nak lompar pagar untuk ke kawasan tiket paling mahal (Rock Zone) memang sukar. Anggaran penonton yang hadir pada malam itu mengikut exaggeration aku adalah lebih 10,000 orang termasuk abang sekuriti dan awek Tune Talk. Sebelum konsert bermula kita bercamwhore dahulu.


Opening act pada malam itu adalah kugiran Y2k ataupun nama penuhnya Yes 2 Kapitalism. Aku hanya pernah dengar satu lagu je kat Maispes diorang iaitu single 'Lara'. Tampil dengan imej bertopeng Rey Misterio Jr, mereka tidak mahu tenggelam di sebalik bayangan Paramore dan memberi persembahan penuh bertenaga. Interesting story, they admitted that they are non IT savvy, and they just created a Twitter account to tweet about the concert. And Hayley did respond to that tweet! Memang stalker ah tweet diorang pun aku baca.


Lampu ditutup. Tirai dilabuhkan. Jeritan histeria kedengaran. Dalam setiap tour mereka, Paramore akan memulakan konsert dengan memainkan intro yang unik. Tenet tenet tet tenet tenet tet tenet tenet tet tenet tenet tet! Transition daripada intro kepada riff lagu pertama yang dimainkan iaitu Ignorance memang mengena. Aku ada ambil video intro ini tapi ambil dengan kamera murah sahaja kualiti pun tidak bagus. Cuba cari di Youtube dah ada orang post. Persembahan diteruskan dengan lagu Feeling Sorry daripada album Brand New Eyes mereka. Sakit testis aku mengungkapkan bait-bait lirik dengan accent orang putih aku.


Seterusnya, anthem untuk orang terkinja-kinja iaitu That's What You Get. Video di bawah memang kool untuk ditonton kerana posisi dia hampir dengan pentas. Hayley even said "Terima kasih!" dengan accent orang Melayu di penghujung lagu. Credit to: http://www.youtube.com/user/fazadrock



Seterusnya, mereka memainkan lagu For A Pessimist, You're Pretty Optimistic, disusuli dengan lagu dari album pertama Emergency. Apabila intro clean Playing God dimainkan aku sememangnya terharu kerana lagu itu memberi mesej yang positif di dalam hidup. Cewah. Lagu Careful pula mengajak kita untuk sentiasa berhati-hati di dalam kehidupan. No that's not right. Kanak-kanak Twilight pula tiba-tiba histeria ketika lagu Decode dimainkan ada yang naik syeh siap gigit leher member kawan dia lagi sampai pengsan. Ini kisah benar (part yang pengsan bukan part gigit leher).


Setelah penat menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah secara berulang-ulang dengan gitar overdrive, Paramore mengajak kita untuk lepak santai dengan set akustik mereka pula. Hayley tampil bersama adik Josh berduet ala-ala Monoloque dan Atilia. Suka-suka aku sahaja nak buat analogi macam tu. Mereka berduat lagu Never Let This Go daripada album sulung mereka yang aku memang tak jumpa langsung CD tulennya di kedai-kedai muzik di lembah Kelang. Siapa ada jumpa habaq mai kat cheq noo. No, aku tidak mahu muat turun.


Lagu lain yang turut dimainkan secara akustik adalah When It Rains. Ini lagu kegemaran aku dan aku ada rakam video tetapi mostly korang hanya akan dengar suara aku sahaja so tak mengapalah hihi. Now semasa sesi akustika inilah terdapat banyak berlakunya masalah bunyi sehingga Josh berasa annoyed dan membuat mimik muka bengkek yang jelas dipaparkan di titan tron. Tak silap aku masa lagu Where The Lines Overlap Hayley siap cuba menenangkan Josh lagi cakap "We're okay, we're okay" sambil mengenyitkan mata untuk mengambil hati. The ultimate aib adalah apabila mikrofon tidak berfungsi ketika lagu hantu Misguided Ghost sedang dimainkan. Nasib baik ada penonton singalong untuk cover.


Efek metalzone (not true) dicucuk kembali bagi mengembalikan elemen keras dalam Crushcrushcrush. Rock and Roll HEY! Ketika lagu Pressure dimainkan, Hayley mengambil kesempatan untuk memperkenalkan ahli kumpulan Paramore kepada orang Malaysia. Mereka menggunakan khidmat Jon Howard untuk main keyboard/kastenet/kompang elektrik. Adik Josh Farro selaku gitar utama memang sentiasa stiff dan 'kaku' tak banyak bergerak seperti konsert-konsert lain. Ketukan drum yang menggila tetapi padu adik Zac Farro merupakan tunjang kepada muzik Paramore (pic below). Jeremy Davis merupakan bassist yang aktif dengan permainan running basslinenya siap buat balik kuang lagi nasib baik tak patah pinggang. Taylor York tidak kurang hebat dengan riff-riff yang keras tetapi bermelodi indah. Cute kan dia? Hik hik. Dan sudah pasti kelincahan Hayley Williams bersama Carrot Micnya yang tak reti nak duduk diam yang mampu headbangin sambil menyanyi tanpa rasa pening.


Selepas lagu Looking Up, lagu The Only Exception dimainkan. Lagu ini memang semua orang hafal la kan. Paramore buat-buat macam konsert dah tamat dengan menghilangkan diri dari pentas. Setelah penonton menjerit-jerit macam orang gila, sesi encore dimulakan dengan lagu Bring By Boring Brick. Sekali lagi crowd mengganas walaupun gitar Josh seperti bermasalah pada mulanya. Tercapai juga impian kita untuk ber PARAPPAP PARAP PAP PAP RAP!


Lagu terakhir yang pasti dimainkan dalam setiap siri konsert jelajah Paramore sudah pastilah lagu paling hebat mereka iaitu Misery Business. Ok ketika segmen bridge lagu ini, Hayley ada memanggil seorang penonton untuk naik ke pentas untuk menyanyi part bridge itu. I was like WHAT THE WHATTT? Ok kau memang beruntungla bro siap boleh request ambil gambar di atas pentas lagi dengan Hayley. Hayley siap memberi 'peringatan' lagi agar menyanyi dengan tepat dan penuh semangat. Sila lihat video di bawah (kredit):



OH EM JI. Part bridge liriknya berbunyi begini:

i watched his wildest dreams come true
and not one of them involving you
just watch my wildest dreams come true
not one of them involving....


Tapi malangnya bro itu dengan yakin menyanyikan babak chorus. Cuba lihat reaksi Jeremy yang wajahnya jelas menunjukkan 'WHAT THE WHATT??". Even Hayley sekadar tersenyum sambil menyanyikan lirik yang sebenar di belakang tabir. Terus ditutup mikrofon mamat tu bagi mengelakkan berlakunya rusuhan. Tapi itu tidak menghalangnya untuk terus beraksi. Anyway it wasn't not his fault I guess. Too excited maybe? Hee hee.

Secara keseluruhannya, mengikut pendapat biased aku, konsert ini memang awesome walaupun sistem bunyinya kerap bermasalah. Gitar tak bunyi, mic tak berfungsi etc but in the end Paramore sendiri memberikan persembahan yang epik. Tapi pihak pengurusan harus dipuji kerana menguruskan konsert ini secara bersistematik. Abang Jason Lo taknak kuar album baru dah ke? Cakap gate bukak pukul 7, depa bukak pukul 7. Lepas tu time Y2K main pun memang tepat pada waktu dan tidak melebihi time frame yang ditetapkan. Paramore main pun tepat-tepat pukul 8.30. Sekuriti dia pun bagus dia akan cota dahi siapa-siapa yang cuba lompat pagar untuk mendapat seat yang best.

Apapun, ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan (ayat stended karangan UPSR). The setlist was awesome, 18 epic songs (although Born For This was missing) , the performance was energetic and out of this world, the crowd could singalong to the second verse of Pressure (hihi), and I have ran out of superlatives here. Jika anda turut pergi ke konsert itu, ayuh kongsikan pengalaman anda bersama. Thank you Paramore! Ok konsert dah tamat kena potong rambut kata nak kahwin cepat.

Visit my Facebook for more pictures. Jika mahu menambah saya sebagai rakan jangan lupa beritahu siapa anda kerana saya memilih rakan berdasarkan paras rupa:
http://www.facebook.com/album.php?aid=243235&l=701e4563c7&id=628280825



23 comments:

Mimie.Candy Cane said...

to be honest,aku mmg tunggu entry ni dari kau.

aku baru tengok gambar2..aku setel keje dulu.nanti aku bace balik and komen lagi skali.buleh?

makdara TERdiva said...

puasla baca dari atas sampai bawah..haram x kenal..mokcik kenal m.daud kilau jer... :P

paramore tu paranoid ke??? lariksssss

^wirda^ said...

hahaha.. baru nk tanya..mana entry paramore kau..hahaha nah panjang berjela..sampai aku rasa aku pegi plak..haha

jana said...

Ijai,
kak jana tak kenal Paramore,kak jana google and tengok youtube.ok je boleh layan lah :) errk ke tak sesuai dengan kak jana,tapi muzik kan universal,so stick to KRU sahaja lah ngeee.apa-apa pun pasal ijai kak jana dah kenal paramore.Kak jana suka The Only Exception

Mohamad Faizal said...

mimie: haha sila sila buat macam blog adik sendiri

makdara: takpe akak kalau ada konset m daud kilau pasti saya buat review juga

wirda: takpe mereka cakap nak datang lagi nanti saya akan pastikan anda pergi

kak jana: takpe kak paramore tak prejudis usia mahupun paras rupa

zeratikah zainal said...

awesomeness! skg bru terbukti anda kool sebab pergi konsert paramore (bukan sebab pakai baju No fat chicks) ;p

Md.Ariff said...

jeles nya aku ijai. sampai tahap kena mandi hadas besar nih

O Ena O said...

aku pon tunggu entri pasal paramore ko! wah wah......

Anonymous said...

apa tajuk karangan kau ni??? pengalaman yang tidak dapat saya lupakan...

boleh buat rujukan budak2 upsr walaupun ada perkataan tak sesuai..

apa2 pun bestlah kau gi concert..

-jaja-

Mimie.Candy Cane said...

OK.dah bace secara kesluruhan.wujud lagi rupanya band y2k ni.last aku tgk dorang perform masa konsert rock the world bape ntah..lupe..rtw6@rtw7 gitu la.

masalah teknikal tu tak sepatutnya berlaku untuk konsert sebesar ni.tp aku turut kagum dengan pengurusan jason lo.[tibe2 kuar jason lo]

sehari suntuk hari ni aku dengar Hitz non stop cakap pasal konsert paramore ni.the best concert so far..katenyee...

Mohamad Faizal said...

zeratikah: thanks. btw baju not fat chicks tidak melambangkan keperibadian saya

md. ariff: cara untuk mandi wajib adalah niat dan meratakan air ke seluruh badan

ena: wah wah

jaja: upsr aku dapat 4A

mimie: jason lo > jason derulo

Clarky Afif said...

tak kaler rambut oren?

tak cukup die hard.

wannurfazrini said...

hahha, tenett tenett tenettt tu yg tak tahan . btw Josh sangat la handsome. and i jeloussss dgn bandmates Y2K ckp love kat hayley, grr . totally mmg superbbb . yeah ! nak paramore lagiiiiii

jay said...

part parap pap pap semua orang macam histeria

theanswer said...

soalan karangan UPSR tahun 2011
1. Ceritakan pengalaman anda menghadiri konsert Paramore.
2. buat satu karangan menggunakan akhirnya "konsert dah tamat kena potong rambut kata nak kahwin cepat.".
3.karangan yang berkait dengan peribahasa "yang dikendong tak dapat, yg dikejar berciciran"(duit ijai habes bli tiket, tapi hayley tetap x jatuh cinta kt ijai).

Selamat Menjawab!

Mohamad Faizal said...

clarky: kaler rambut bawah siapa yang tahu

wannurfazrini: josh memang hensem awww

jay: tu ah hilang dah suara

theanswer: nasib baik aku tak perlu hadapi lagi upsr

atiezul said...

wahhh! sgt mempengaruhi utk mendengar kembali sume lagu2 paramore. >.<

Anonymous said...

hmm.. sedihnya tgk orang melayu sekarang.

Anonymous said...

misery bisnes dgn pressure ari tu sumpah terbaik.

zarul

Md.Ariff said...

ijai nak kahwin? habis hayley amcm?

Mohamad Faizal said...

atiezul: hafal macam menghafal ayat hafazan pafa

zarul: lepas ni foo fighters! (yeah right)

md ariff: serahkan kau untuk dijaga tapi jangan raba

pminat hayley said...

peh x patot btol born for this xde!!

Saudara Yeop said...

world class performance by world class artist.......walaupun sejam setengah je, tapi mmg berbaloi. mungkin boleh dikatakan konsert sekali dlm seumur hidup coz pasni x tau bila diorang akan dtg lagi..........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...