Monday, October 4, 2010

Parti Liar Aidilfitri 2010

Semalam telah berlangsungnya parti paling liar yang paling kurang dosanya untuk tahun ini. Rakan-rakan terdekat telah dipaksa untuk menghadiri majlis liar sempena Aidilfitri yang bebas daripada alkohol dan narkotik ini. Dengan menggunakan tema 'Riang Ria Hari Raya', masing-masing hadir dengan outfit yang paling mahal dan seksi demi semangat hari raya. Sebenarnya aku dah warning diorang kena pakai baju raya kalau tak mereka akan mendapat layanan berdasarkan warna kulit. Majlis bermula dengan sesi makan-makan yang halal dan disudahi dengan niat untuk bersolat sunat kesyukuran.


Sudahkah anda bersedia untuk melihat jejaka-jejaka kacak berbaju melayu dan gadis-gadis berkebaya terbelah sehingga ke pusat? Ayuh teruskan membaca entri penuh gambar yang disertakan dengan caption berbaur fitnah ini.

Majlis sepatutnya bermula pada pukul 2 petang. Tapi ada pula 2 orang ahli gusti ni datang awal pukul 1 makanan pun tiada lagi. Ahli gusti sebelah kiri namanya Najmie. Dia dulu jiran aku tapi dah diusir dari kawasan kejiranan sebab selalu gagal membayar yuran Pak Guard setiap bulan. Yang sebelah kanan pula ialah Ahmad Fadhullah bin Zainal ataupun nama pornnya Dol. Dia baru kahwin dah berjaya mengandungkan bini dia. Musykil juga ni kira-kira kitar haid macam ada yang tak kena je Dol....


Ezu datang bersama lelaki misteri. Ezu kalau bab-bab beraya ke rumah aku memang bersemangat kerana dia tidak pernah miss sesi parti liar ini sejak kali pertama dianjurkan kira-kira 8 tahun yang lalu. Tapi yang kadang-kadang bersemangat kadang-kadang tak bersemangat untuk hadir ke rumah separa terbuka aku adalah Nurul Huda, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang berjaya meminta cuti daripada bosnya iaitu Menteri Kerja Raya.


Tahun lepas Adliza (paling kanan) datang rumah aku dengan perut yang kosong, tetapi kali ini dia datang membawa manusia di badannya. Tahniah! Amirah Alia ataupun nama kurang Islamiknya BC yang tahun lalu gagal menghadirkan diri (aku ingat ok) telah datang membawa suaminya Alie yang secara semulajadi memiliki wajah minta ditinju. Ahh aku separa benci kau Alie kerana kau peminat Manshitter United.


Ok kalau orang Melayu kita panggil lelaki miang, kalau orang cina kita panggil hamsap. Istilah lelaki miang dan hamsap ini memang sesuai ditujukan kepada jejaka-jejaka di bawah yang bernama Muaz dan Andrew. Nurul Iza/Sharon jika anda membaca entri ini, huii bukan main lagi laki anda mengaku bujang dan bergurau senda serta bertepuk tampar dengan gadis-gadis lain semasa ketiadaan kalian. Hehehe. Andrew nampak kurus sebab hari-hari naik basikal pergi kerja.


Ini pula adalah Syawalliah dengan suaminya Fahmi. Syawalliah pun mengandung juga jangan main-main. Dia sudah berjanji jika dapat anak lelaki nak bagi nama Faizal dan jika perempuan beri nama Siti Faizal Nurhaliza.


Saiful Izwan ataupun Epul ni merupakan peminat fanatik aku sejak dari zaman Uniten lagi. Itu yang dia terkinja-kinja nak buat baju raya sama theme dengan aku tahun ni. Siap paksa awek dia sekali buat baju kaler hijau. Anyway Epul aku tengok badan kau makin dipam-pam ni bawak-bawakla pergi jumpa Harun Din ada entiti misteri rasanya dalam badan kau ni.


Ini pula kawan-kawan Da' Killa iaitu Arztrie Delailah dan Azfan. Kesian Megatron aku sesak nafas digomol Afzan tapi aku tak salahkan dia sebab Megatron aku memang comel seperti tuannya. Maaf kak Mona kak Aeda tiada gambar.


Kanak-kanak Uniten! Dari kiri, Zahrul Astaghfirullahalazim apa nak jadi dengan rambut kau ni nasib baik kau pakai baju Melayu. Abu Zakar eh Abu Zar lama gila aku tak jumpa dia tu yang aku rela peluk tu. Hanis memang ada gaya mat rempit kelas atasan. Nazri pula kembali membuat kemunculan di alam nyata setelah lenyap di alam Fesbuk akibat terjerumus ke jerat percintaan macam lagu Siti Nurhaliza. Hee hee hee. Pa'an pula aku tiada ayat keji nak bagi kau buat masa ini.


Keluarga Shima! Dari kiri, Shadatul Shima dengan mamanya yang merupakan peminat fanatik aku, adik Shima, Shazrin, bakal menantu mama Shima, Syafiq, adik bongsu Shima, Danish dan disudahi dengan Shadatul Shalia. Shalia keje dengan Firefly kalau nak dapat tiket murah sebut je nama dia 2 kali. Jangan sebut 3 kali nanti jadi tahyul pula.


Keluarga Shikin! Nasib baik laki kau tahun ni pakai baju Melayu walaupun tiada sampin. Tapi korang sekeluarga janji nak stayback untuk kemas meja dan kerusi pandai ye korang melarikan diri.


Kanak-kanak Datacom yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan saiz payu dara.


Aqilah Hasan setelah 3 tahun berturut-turut gagal menghadirkan diri, akhirnya berjaya tiba kerana bimbang kisahnya ketidakhadirannya bakal diungkit di blog. Hehe. Eh mana aci ni gambar Huda keluar dua kali.


Dari jauh tampak seperti Pontianak Harum Sundel Bolong tetapi rupa-rupanya itu Zati Hazira. Kesian Mizah terpaksa tenangkan Akif yang meraung-raung melihat wajah Zati. Eh gurau je Zati aku terasa hati sebenarnya kau mula-mula taknak datang dengan alasan tiada kawan....


Menu pada hari itu adalah roti jalak lenteng, Mihun Soto, Nasi Himpit kuah lodeh dan kacang, dan sate Urat Ketin. Ramai yang histeria bertanya, "DI MANA SAGU GULA MELAKA??". Maafla kawan-kawan mama tak sempat nak buat raya tahun ini....mungkin masa open house krismas nanti ok.

Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan ratusan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke parti liar hari raya saya ini. Sori jika aku tak memberi layanan fizikal dan spiritual sepenuhnya kat korang. Bagi mereka yang cakap nak hadir tapi tak hadir, seperti biasa kita akan putus kawan selama 2 minggu dan nama anda akan disenaraihitamkan. Hihi. Kalau anda masih lapar ketika pulang dan merasakan yang makanan itu tidak sedap, itu semua salah katerer. Sebaliknya jika anda pulang dengan gembira, katakan HO!

Lebih banyak gambar yang mostly senonoh yang boleh ditonton di laman Fesbuk saya. Jika mahu menambah saya sebagai rakan, sila nyatakan anda ni siapa please takkan aku nak accept kalau gambar profile kau letak muka Jins Shamsudin.
http://www.facebook.com/album.php?aid=239679&id=628280825&l=a6e175a955

Kita sudahi entri ini dengan gambar bayi kesukaan ramai Aryan yang comel macam pakcik dia Faizal:





20 comments:

Anonymous said...

meriah gila open house kau jai. tahun depan aku datang (mungkin).

adam

Fana Flora said...

gambar last sekali paling dinanti-nanti
aryan, comel betul anda. mcm pkcik ijai..betul x ijaicool :D
hahaha

Shima Ibrahim said...

HO! trima kasih krn menjemput. SOTO die mmg superb. sodap! thanks again, ijai & mama ijai!

Mimie.Candy Cane said...

tibe2 aku rasa nak add fb ko..aku dah tukar profile pic kasma booty aku tu..

Noraishikin Mohd Salleh said...

HO! Aku mmg kenyang. Bknkah janji aku adalah utk memeriahkan majlis kau dan mkn sbyk 4 round. Tanpa kau sedari aku dh kotakan smua itu. Hahahahahahhaha. Neway thx Ijai ;)

herna said...

bru jdik silent reader 2ari..ni xsilent dah..heehee

comel baby tu..

cool blog =))

uniten jgak eh rupenye

Mohamad Faizal said...

adam: haha balik selama2nya please

fana: bab bab memuji ni pastilah betul haha

shima: thanks for coming. usah ingat aku tak nampak kau sorok soto dalam beg tangan. tapi aku tak kisah. hihi

mimie: haha terima kasih kerana menambah aku sebagai rakan

cikinto: thanks, tapi kau tak tunaikan janji manismu untuk mengemas......hihi

herna: terima kasih. hidup selera 60aan upten!

Anonymous said...

sorry jai, tak dapat datang. buat la lagi minggu ni, insyallah aku try datang...


-kusha-

p/s: new single dah kuar. cekidout!

finaz said...

i tergelak sorg2 kat ofis (spt biasa) bila baca entry ni.. esp part "Jika mahu menambah saya sebagai rakan, sila nyatakan anda ni siapa please takkan aku nak accept kalau gambar profile kau letak muka Jins Shamsudin. hahaahaha serious ke letak gamba jins samsudin as profile pic?

comelnyaaa aryan.. mcm dh gemuk balik je.. and ur fren hanis tu still single lg ke? hihihi

Anonymous said...

HO!! pic bangianz first tu haha..

-fandi-

z a t i said...

betul la. mcm pontianak.aku ingt nk kasi ada efek rocksta ternyata gagal. (-_-)
nak pergi salon.bye.
(tipu)

Anonymous said...

Ho!!
mkn sedap ijai.
ingat datilla masak :p bleh rasa masakan bakal isteri tuan rumah . hehe

TXtxtx

-Alia

Spunky Sally said...
This comment has been removed by the author.
Spunky Sally said...

Ijai..I had a wonderful time, enjoyed the variety of food and the warm hospitality...thank you for inviting us.

qilahlala said...

i mmg ternanti-nantikan sagu tu.. xde plak dis year... tapi soto sedap aihh!

Anonymous said...

HO!!
memang aku kenyang sampai ke malam la..dah la kene pakse tapau nasi impit ngan kuah kacang..
tapi mmg best la walaupun keropok dah lemau(apai yg cakap)..
buat auntie ruziyah:
terima kasih daun keladi,
tahun depan sile buat lagi..
hehe..


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

kusha: demi kau, aku buat lagi satu round this weekend. tapi kat rumah kawan aku yang buat open haus jugakla kau datang je

finaz: hanis single tapi dia mungkin gay

fandi: bagus kau berbaju melayu tak macam abe

zati: roksta? bolehla macam jojie kakak ella

alia: huii pastilah sedap saya jarang mengecewakan tetamu

mama shima: terima kasih kerana hadir!

lala: bersabarlah hari krismas nanti adalah sagu

abe: bagus. yg tapau tu kau boleh bayar this weekend

Anonymous said...

HO!

ijai..ini racism..mcm mane shuhud boleh tapau..kitorg kau tak offer ponnn!

oh eh..thanks ijai kerana mempromote kesingle-an aku...sesungguhnya aku 250% straight, ijai tolong double check-kan..cara terpulang..hahaha

Mohamad Faizal said...

haha sape ni hanis ke? korang balik awal tak dapat ah tapau. takkan nak tapau masa orang masih ada.

btw kesanggupan kau untuk suruh aku check telah membuktikan yang kau ni gay

Hudarling said...

HO!

oh, i baru je ada masa nak baca ur blog. hehehe. plg cool gambar saya keluar 2 kali!! hahaha.

tahun depan nak sagugulamelakamamaijaiyangsedap! =p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...