Sunday, October 31, 2010

Pengaruh Facebook Di Dalam Percintaan

Fesbuk memainkan peranan yang besar di dalam kehidupan seharian. Fesbuk kini dijadikan medium utama untuk menggantikan setiap interaksi sebenar sesama manusia. Nak tanya khabar tak perlu call atau hantar SMS, cukup sekadar dengan menulis 'sup bro' di Wall rakan anda. Kalau ada masalah emosi, tak perlu jumpa psikiatri, cukup sekadar mengambil kuiz personaliti yang berlambak-lambak di Fesbuk. Kalau nak belajar menjadi Ah Long ataupun bercucuk tanam, Fesbuk bersedia membantu dengan applikasi Mafia Wars ataupun Farmville. Sedar ataupun tidak, Fesbuk kini telah menguasai kehidupan kita secara menyeluruh.


Pengaruh Fesbuk di dalam percintaan juga dapat dilihat dengan ketara sekali. Berdasarkan kajian mendalam yang dilakukan, ayuh kita kaji bagaimana Fesbuk boleh mempengarui percintaan kita.

1) Gambar profile yang sama

Tatkala dibakar api cinta, segala-galanya hendak dilakukan bersama berdua. Kalau pergi ke kompleks membeli belah, kita mesti pakai baju yang matching dengan teman kita. Nak lagi kool beli 'couples t shirt' tu yang apabila kita berpelukan maka terbentuklah lambang cinta yang utuh. Konsep yang sama juga digunakan di Fesbuk di mana pasangan bercinta akan menggunakan gambar profile yang sama bagi menunjukkan yang mereka sedang dilamun cinta. Usah peduli apa orang kata, mereka tidak rasa apa yang kita rasa kan?

Namun begitu krisis boleh berlaku apabila salah satu pihak menukar gambar profile tanpa mutual consent. Adakah itu bermakna mereka tidak bersama lagi? Adakah itu bermakna yang cinta mereka sudah tiada passion? Hik hik hik.

2) Berkongsi akaun Facebook

Ini selalunya berlaku kepada pasangan telah berkahwin. Dulu-dulu suami dia berlagak macho taknak membuat akaun Fesbuk. Yela kata macho badan ada tatu pakai buang, dengar muzik sembah syaitan memang tak kenalah kalau ada akaun Fesbuk bukan? Tapi manusia boleh berubah demi cinta. Mula-mula dia macam tak rela apabila si isteri mencadangkan yang mereka menggabungkan nama mereka dan memiliki akaun Fesbuk bersama-sama. Namun setelah terkena penangan Cafe World mahupun applikasi Poke! yang kini sudah dilupakan, si suami pula yang eksaited lebih. Habis dikuasainya Fesbuk itu dengan menghantar komen-komen berunsur seksual kepada kawan-kawan lain. In the same time, status 'macho' masih intact kerana secara teknikalnya, dia tiada akaun solo Fesbuk.

Namun begitu, kekeliruan mungkin berlaku kepada pengguna Fesbuk yang lain. Kawan-kawan si suami kini terpaksa berhati-hati dalam menyampaikan mesej berbaur seksual kerana tidak mahu si isteri tersalah faham yang kata-kata perangsang (pun intended) itu ditujukan kepada mereka. Krisis rumahtangga mungkin berlaku dan paling teruk, tuntutan fasakh juga mungkin akan dilakukan oleh isteri akibat terdapat banyak makwe hangat yang menambah si suami sebagai rakan.

Satu lagi disadvantage berkongsi profile bersama isteri adalah boleh menyebabkan kita dipersendakan rakan-rakan apabila dituduh melakukan sesuatu perkara yang kita tidak lakukan. Walaupun kita menggabungkan nama suami dan isteri, Fesbuk masih menggunakan first name sebagai rujukan dalam setiap aktiviti. Contohnya, apabila isteri kita 'Like' sesuatu perkara yang feminin, nama pertama (in normal cases, nama suami) yang akan dipaparkan. Sila klik untuk membesarkan gambar di bawah. Memang disturbing sekali apabila anda membacanya di News Feed walaupun kita memang tahu bukan si suami yang buat. But still, kita akan buat-buat mengeji juga just for fun. Hik hik hik.



3) Facebook deactivation

Kita boleh melihat kejayaan ataupun kegagalan sesebuah percintaan itu berdasarkan status perhubungan pasangan itu di Fesbuk. Tatkala segalanya indah dan kentut pasangan pun bau wangi, kita boleh lihat status 'In a relationship'. Ketika si pakwe ini terlupa tarikh ulangtahun percintaan bulan ke-3, dia letak pula status 'It's complicated'. Yang paling teruk, letak status 'Single' terus tanda tiada berguguran bunga-bunga cinta.

Tapi sekarang ni ada trend baru. Pihak yang kecewa ataupun yang mengecewakan akan deactivate akaun Fesbuk mereka terus kerana tidak mahu berdepan dengan realiti ataupun mahu segera move on. Mungkin terus deactivate sebab tak sanggup nak delete gambar berpelukan bukan mahram yang disertakan dengan caption janji sehidup semati ke pintu syurga. Kita pun tertanya-tanya di manakah hilangnya kawan kita yang sorang ni. Apabila melihat pihak yang satu lagi mula memaparkan lagu-lagu break up dan ayat-ayat puitis Fin Jamil, barulah kita faham. Namun oleh kerana kita tidak tahu cerita, pihak umum akan membuat assumption sendiri tentang mengapa kita deactivate Fesbuk; cakap kita kena buatan orangla, cakap kita tak mampu bayar bil letrikla macam-macamlah orang kata. Biasalah orang Melayu kan gemar mengadu domba. Tapi sebenarnya ramai je orang yang deactivate Fesbuk buat sementara terutamanya ketika hendak menghadapi peperiksaan Sains Aktuari.

4) Ringan-ringan di wall


Ok ringan-ringan mungkin sekadar exaggeration aku. Aku tak pernah nampak lagi perbualan begini di wall pasangan bercinta:

Shuhud: Sayang you pakai baju apa?

Fandi: Emm I am not wearing anything....uhhh

Shuhud: Emm yeah I like that bitch. I pakai thong kaler pink yang you belikan...

Fandi: uhhhh that is so seksi. nak seluk tangan pleaseeeeee

Shuhud: Sila menyalak ghairah terlebih dahulu ouuu ouuuuu


Ok aku hentikan di situ sebelum korang pula yang menyeluk tangan. Itu contoh sahaja. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penukaran ayat-ayat jiwang di wall yang boleh membuatkan orang lain muntah darah ataupun bak kata Google Translate, vomit blood. Selalunya kanak-kanak yang baru bercinta yang melakukan aksi sebegini kerana merasakan dunia ini indah milik berdua. Semua benda dia boleh relate dengan teman mereka. Hari-hari duduk letak lirik lagu Bruno Mars kat awek dia. Hari-hari hantar bunga maya kepada jejaka dia.

Sesungguhnya apa yang ditulis hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Gadis-gadis jangan terus terkeluar darah haid pula akibat terasa kerana anda dan teman lelaki anda memakai gambar profile yang sama. Banyak lagi sebenarnya pengaruh Fesbuk di dalam percintaan kita tapi aku buat-buat malas nak taip. So bagaimanakah Fesbuk mempengaruhi percintaan anda?

Kesempatan ini digunakan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Mizah isteri Apai (30/10/2010). Semoga skill memasak dan mengemas rumah kau akan bertambah hebat selari dengan pertambahan umur. Amin.



14 comments:

Anonymous said...

fynn jamal la.
haha

faramira said...

kantoi gmbr kluar bersame. noktah.

aziezah said...

hahaha lucunyer entry anda ini....ada gak couple yg buat 1 album untuk diorg sendiri n nama album plak "kekasihku cintaku" or 'hanya dirimu yg kusyg' hahahahah

Md.Ariff said...

ijai amcm pula yg letak status relationship sesama jantina?
contohnya :

faizal is in relationship with suhud?

FatinZol said...

hahaa..lawak r entry ni...memang kena sbijik2..

Mohamad Faizal said...

anon: eh betulla fin jamil dia kawan bangi saya.

faramira: tak mengapa lupakanlah dia ramai lagi jejaka yang lebih tampan dan beriman

aziezah: haha ataupun album 'betapa ku cinta padamu katakanlah kau cinta padaku'

md ariff: kalau kita orang kafir, tak mengapa buat hubungan songsang. eh

fatinzol: hai cik saya memang tiada niat untuk mengenakan anda sebijik2 (tipu)

Rahim Hashim said...

kalau ade pompuan komen kat wall bf die, terus die stalk fb pompuan tu dgn terperinci.

The Sharkox said...

Haha..masa aku takde fesbuk, aku hentam pakai fesbuk awek aku punya..lepas tu bila aku komen megeji kawan2 lain secara nyata pada jam 1 tengahari, selepas 3 minit, kawan yang kena keji tu akan tanya, "ni sharkox ke awek sharkox yang komen ni??"

awek aku pulak akan reply komen pada post yang sama,

"Weh, yang komen kat atas tu sharkox yang buat, bukan aku yang buat.."-awek sharkox-

Haha..padan muka awek aku..

niena ; ) said...

haha..
memang betul semua yang kaw tulis uh,

aku paling meluat kalau ada orang tulis status fb dia ' mana sayang i ni ? i rindulah kat dia .

10 saat selepas tu ' eyh , sayang i dah online larhh ! '

Lina Chan said...

Bf pki gmbr gf.Gf pki gmbr bf.
-_-"

^wirda^ said...

baru aritu laki aku nk suh kau buat tajuk psl fesbuk..err tp ape tah tajuk tu..alamak..aku lupa dlm tgh2 menaip..takpe nanti aku igt aku bitau..hahahahahha

sally said...

Btol la sgt2 tu Ijai! Mmg rasa mcm nak vomit blood! Kadang2 mcm dia org tak realize atau saje buat2 x tau yg wall diaorg tu org lain bole baca...hmmmmm..alahai..

Mohamad Faizal said...

rahim: aku pun buat begitu. pantang nampak jejaka lain komen kat wall gadis terus aku buru haha

sharkox: haha benar benar aku selalu lihat

niena: alah anda dan teman lelaki anda pun sama bukan hihi

lina: haha true

wirda: haha dah ingat ke belum? haha anda macam cikgu wirda nak bagi tajuk untuk dibuat karangan

sally: apabila cinta menguasai diri apa orang lain kata kita tidak peduli lagi hihi

Anonymous said...

tp kalo yg buat hbungan sesama jantina in fb saje2 cmne plak?bkan btol pon.xkan kapir gak kot.haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...