Thursday, October 7, 2010

Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Komedi Romantik

Apabila orang memandang aku buat kali pertama, first impression yang akan muncul di minda adalah; mereka menyangka aku ini macho dan kental seperti Ben Affleck. Pendapat itu kurang tepat sebenarnya. Ok fine, secara fizikalnya aku mengakula yang aku memang ada iras-iras Ben Affleck, tapi secara emosinya aku sebenarnya seorang jantan hopeless yang jiwang. Jadi tidak hairanlah jika aku gemar menonton filem-filem komedi romantik di pawagam. Filem komedi romantik yang paling aku gemari sepanjang zaman adalah 50 First Dates lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore. OMG sweet nak arwah cerita itu. Tetapi jika anda telah banyak menonton filem komedi romantik, anda pasti akan perasan beberapa elemen yang klise yang ada dalam setiap filem jiwang. Tidak percaya? Ayuh kita kaji perkara-perkara yang klise dalam filem romantic comedy (rom-com).

1) Mengejar cinta di saat-saat terakhir

Ok ini merupakan formula yang digunakan berulang-ulang kali dalam filem romantik. Selalunya watak hero tidak sedar yang dia sebenarnya cintakan gadis itu, last-last minit baru nak dapat hidayah. Gadis itu pula sudah pergi meninggalkannya.....tapi tunggu! Masih sempat nak kejar. Dengan keazaman yang tinggi, hero pun naiklah motor ke ataupun pinjam kereta kawan dan memecut laju di jalanraya dan tidak pernah sekalipun mengalami kemalangan ataupun ditahan polis. Ahh! Kesesakan lalu lintas! Tiada masalah keluar sahaja dari sambil berlari sepantas Watson Nyambek menuju ke lapangan terbang. Kunci kereta main tinggal dalam kereta bukan ada orang nak curik pun ye tak. Hero dan gadis pasti bertemu dengan keadaan yang dramatik sambil mengucapkan kata-kata cinta yang terlalu smooth yang hanya akan ada di dalam filem seperti "Untukmu kasih ku cuba meraih oh bintang di angkasa, walau tak terdaya kan ku ikhtiar....". Ok tak itu lirik lagu Apa Saja KRU tapi anda faham maksud saya bukan?

Contoh filem yang menggunakan formula kejar last minit ini adalah How to Lose a Guy in 10 Days dan Notting Hill.

2) Menutup payu dara selepas berzina

Semua kisah komedi romantik ada babak persetubuhan tak kiralah yang halal mahupun haram. Selalunya persetubuhan kali pertama akan digambarkan dengan persetubuhan yang maha dahsyat dan disertakan dengan wajah klimaks yang over the top kemudiannya disertakan dengan ayat-ayat penyudah seperti "That was amazing!" ataupun "Wau abang ni memang gagah di ranjang!". Selepas bersetubuh pastilah ada emotional post-sex conversation kan. Ok babak yang ini tidak lojik. Gadis-gadis pasti menutup buah dada mereka dengan selimut. Mengapa? Malu kah? Tadi masa kena missionary position tak malu pula. Kita tolak tepi alasan taknak bagi penonton nampak, tapi in real life, mana ada lepas bersetubuh gadis-gadis balut tubuh dengan selimut bukan? Entahla aku mana tahu aku teruna lagi tak pernah melakukan persetubuhan.

3) Pertaruhan

Elemen ini juga sering dieksploitasi untuk membentuk plot filem komedi romantik. Anda bersama-sama rakan anda sedang minum arak di bar. Kemudian anda ternampak seorang gadis watak utama. Anda pun bertaruh dengan rakan-rakan anda yang anda boleh memikat gadis itu. Anda pun menunjukkanlah skil flirting buat kelakar sedas dua kemudian gadis itu pun jatuh ke kelangkang anda. Pada mulanya anda main-main sahaja lepas tu jatuh cinta pula. Tapi untuk menimbulkan konflik gadis tu tahu pula yang anda menganggap dirinya sebagai sekadar gadis pertaruhan. Maka gadis itu pun pergilah meninggalkan anda sebelum pihak pengarah memasukkan elemen mengejar cinta di saat-saat terakhir (rujuk no 1). Filem melayu pun gunakan elemen ini iaitu filem Syurga Cinta Awal Ashaari.

4) Kawan-kawan yang tidak berguna

Hero dalam setiap filem rom-com pasti memiliki sorang dua kawan yang tidak berguna. Watak mereka diwujudkan untuk menambah elemen komedi di dalam cerita. Antara personaliti-personaliti stereotype yang selalu digunakan untuk menggambarkan kawan-kawan tidak berguna ini adalah kawan pervert gila seks, kawan hensem gila tetapi gay, mahupun kawan yang pessimist yang tidak pernah memberi galakan kepada kita. Watak kawan perempuan pula digambarkan sebagai seorang bitch yang kau rasa nak bagi penumbuk Legend Of the Fist (cerita baru Donnie Yen) dan sering menghasut kita untuk membenci watak hero.

Contoh kawan-kawan yang tidak berguna adalah kawan kepada Ashton Kutcher dan Cameron Diaz dalam filem What Happens in Vegas dan juga kawan-kawan Seth Rogen dalam filem Knocked Up.

5) Gadis hangat, jejaka lesu

Ok ini satu-satunya elemen dalam filem komedi romantik yang wujud in real life. Percaya atau tidak, orang lelaki boleh mendapat mana-mana gadis yang dia mahu? Surprisingly, paras rupa bukanlah kehendak utama seorang gadis. Mereka hanya mahukan orang yang boleh mendengar bebelan dan menjadi sweet sepanjang masa. Orang lelaki pula cuma perlukan sedikit galakan dan keyakinan diri sebelum berani mengurat gadis yang waaaaaaaay out of his league, seperti dalam Kevin James dalam filem Hitch ataupun Jay Baruchel dalam She's Out of My League. Eh subtopik ini boleh dijadikan satu entri khas ni...



6) Menaruh perasaan terhadap BFF


Dalam filem romantik, watak hero dan heroin selalunya tidak sedar yang cinta sehingga ke pintu syurganya telah lama berada di hadapan mata. Mula-mula dia encourage la bagi nasihat kat teman baiknya tu untuk pakai baju seksi dedah payu sikit untuk menarik perhatian potential datenya tapi lepas tu dia sedar yang dia cemburu buta. Mula-mula mereka tidak mahu mengikut perasaan mereka kerana mereka tidak mahu persahabatan mereka terjejas. Tapi bila saat-saat hero atau heroin tu dah nak kahwin barulah nak luahkan perasaan. Selamba je orang dah buat persiapan kahwin kau pegi crash wedding dia malukan pengantin lelaki.

Begitulah sikap McDreamy dalam filem Made of Honor, dan juga Ashton Kutcher dan Jennifer Garner dalam filem Valentine's Day.

7) Hugh Grant


Ahh Hugh Grant memang hero komedi romantik aku! Seriously gaya lakonan dia memang dicipta untuk filem rom-com sahaja. Ada ke kau pernah tengok Hugh Grant berlakon cerita ganas? Dia punya one liner semuanya witty. Kalau aku ni gay dan Hugh Grant bagi ayat-ayat manis dia memang aku terus tonggeng ah. Antara filem-filem lakonan Hugh Grant yang mantap adalah Four Weddings and a Funeral, Notting Hill dan Music and Lyrics. Soundtrack filem Music and Lyrics memang best sekali ada lagu yang dia dan Drew Barrymore nyanyi 'Way Back Into Love' memang sweet nak arwah ah. Ok lagu 80an PoP! dia pun infectious jugak. POP! GOES MY HEART!

Begitulah antara elemen-elemen yang biasa kita lihat dalam genre komedi romantik? Apa lagi benda-benda yang klise dalam filem-filem sebegini? Oklah aku mahu mandi minggu ini. Eh nak mandi pun nak kena beritahu ke.



24 comments:

niena ; ) said...

aku suka jugak tegok cite rom-com tapi kalau pengarahnye a.razak mohaideen jangan harap lah aku nak nengok..boring,semua jalan cerita yg dia buat sama je..

Anonymous said...

hey.. im a big fan of comedy romantic jugak!! u should watch the latest movie.. going the distant. mmg menepati point2 anda di mana ada kawan yg giler bangang n giler seks.. haha.. n super super suweet.. but a bit 18sx lar..

and since u love hugh grant.. da tgk lum cite love actually? and about a boy.. they were awesome!!!

makanbola said...

ayat last kat point no 2 sgtlah sihal sekali..kahkahkah

p/s:kat msia ni movie plg romantik of coz la dari razak moheden.Aku kalau miss cite die,rasa cam nk bunuh diri je

Anonymous said...

ijai nombor 2 tu betul betul jadi dalam real life


adam

Anonymous said...

no 5 cm ko ngan awek ko je ijai...kahkahkahkahkah

makdara TERdiva said...

pegila tengok eat pray love..rom com gak..memang dahsat la..julia roberts gelak terbahak2, hero plak ensem2...haishhh!

Mimi Saidi said...

hahahaha..yg no2 tu sumpah ketara giler

Mohamad Faizal said...

niena: razak gemar menggunakan pelawak sebagai hero

anon: ya saya sudah tonton going the distance...bersetubuh di atas meja makan sambil diperhatikan oleh bakal abang ipar

makanbola: eh betul aku masih teruna

adam: which part? tutup dengan selimut? tak pernah nampak dalam pangsapuri mike pun haha

anon: exactly. see, jika kita memiliki skill tinggi, gadis hangat pasti menjadi milik kita

makdara: haha hensem ke hero dia tengok sorang tu dalam trailer macam raksasa je (javier bardem)

mimi: yaa anda pun notice bukan

~~DucKneSs~~ said...

selalu singgah tp xkomen pon..heheh..tapi entri kali nih memang mengundang komen dari aku..

scene paling best..POP!! goes my heart!! atas meja operation, jantung pecah..ngot betoi..

Anonymous said...

lawak...

no (2): during or after sex..digalakkan dalam selimut...nanti malaikat nampak..malu..hik hik..

no (6): latest muvie yang pakai teknik ni.. citer 'the swicth' lakonan jeniffer aniston..

jana said...

Ijai,
kenapa kak jana macam OMG,baca tulisan ijai kali ini ha ha ha(ayat persetubuhan banyak sangat kot).

kak jana tak suka Hugh Grant,tapi suka Colin Firth dalam cerita "Bridget Jones Diary"

Anonymous said...

merujuk perkara no2 tu,

memang la kene tutup. pompuan tu da penat. klau tak ttp nnt ade lak 2nd round. laki bukan betul..

kn? kn? kn?

^wirda^ said...

oh hero rom-com aku adalah Ashton Kutcher..seksi siot even dia suka org tua ituuu...ciskek...

ok ok fakta no 6 sama ngan filem my best friend's wedding.. julia robert itu..haha

Hugh Grant>> dia nih kalo dari segi muka..sikit pun aku tak rasa nk tgk citer tu..haha jgn marah aaa...

Anonymous said...

haha jai. banyak benda dalam pangsapuri mikael yang tak berlaku dalam kehidupan sebenar. hahaha.

adam

cracked bunny said...

setuju ngn ^wirda^ tu,

ASHTON KUTCHER arghh arghh

rela ku tinggalkn seribu bf deminye

Mohamad Faizal said...

duckness: haha memang feveret aku cerita tu rasa nak menubuhkan kugiran 80'an pula

anon: best ke cerita the switch tu untuk ditonton di panggung?

kak jana: banyak ke? macam sama je dengan entri2 lain kandungan persetubuhannya. colin firth tak hensemla

anon: entahla susah aku nak memberi jawapan kerana aku tidak pernah mengalaminya....

wirda: haha hugh grant charming apa senyuman dia

adam: haha aku akan praktikkan ilmu pangsapuri dan pemburu ibu nanti

sha: maaf sha ashton kutcher minat perempuan yang jauh lebih tua sahaja haa haa

z a t i said...

kau tgk Ghost Town tak? salah satu cerita biasa2 aku suka.contoh hero mmg tak boleh blah tahap pendek dan boroi tapi damn funny. seriously hensem mmg tak penting. LOL.

fndrocka said...

Kalau kat malaysia..filem.romantik mesti ada isu darjat. Cthnya mr cinderella, soal hati..yg terbari cuti cuti cinta kut tajuknye..yg nora danish tu

Anonymous said...

I'm not sure why but this website is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check
back later and see if the problem still exists.
My web site: link

Anonymous said...

This info is worth everyone's attention. When can I find out more?
Look at my blog ... lanautica.com

Anonymous said...

I got this website from my friend who informed me on the topic of this
web page and now this time I am browsing this site and reading very informative content here.
Have a look at my weblog Large adult dating amateur

Anonymous said...

This is a topic which is close to my heart... Best wishes!
Exactly where are your contact details though?
Here is my web page - find the best treadmills

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei greatest internet blogshop for wholesale & quantity korean add-ons,
earrings, earstuds, choker, rings, hair, bangle & bracelet add-ons.
Promotion 35 % wholesale discount. Ship Worldwide
Here is my blog post this

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei ideal on the internet blogshop for
wholesale & supply korean add-ons, earrings, earstuds, locket, rings, bracelet, bracelet & hair
add-ons. Deal 35 % wholesale markdown. Ship Worldwide
Also visit my web page ... cottage pie recipe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...