Wednesday, October 6, 2010

September Movies!

Haiii bertemu lagi kita di dalam rancangan Reviu Filem Bersama Abang Jai. Aktiviti menonton di panggung masih lagi diteruskan walaupun Abang Jai sudah lama tidak menulis di segmen ini. Segmen ini telah ditamatkan siarannya sejak tahun lalu ini akibat bantahan orang ramai kerana penulis sering mendedahkan spoiler-spoiler penting di dalam filem yang diulas. Namun begitu, di atas permintaan 3 orang peminat fanatik, segmen ini kembali diwujudkan sebagai panduan para movie goers di luar sana untuk membuat keputusan sama ada hendak menonton di panggung wayang ataupun membeli DVD di pasar tani sahaja. Ayuh kita ikuti ulasan khurafat filem-filem yang ditayangkan di bulan September.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Piranha 3D
Ulasan ringkas: Dalam setiap filem seram ataupun bunuh-bunuh, sesiapa yang muncul semasa permulaan filem memang sudah ditakdirkan untuk meninggal dunia. Begitu juga dengan orang tua yang sedang memancing di tasik. Dengan takdir pengarah, gempa bumi berlaku menyebabkan lantai tasik terbelah lalu membebaskan ikan-ikan jelmaan syaiton membaham orang tua tadi. Ketika itu, musim spring break telah tiba dan Tasik Victoria pula menjadi tumpuan remaja horny untuk berparti. Kalau polis suruh suruh jangan mandi dan jauhkan diri dari tasik, dengar sahajalah cakap mereka. Part serangan piranha ketika remaja sedang berparti adalah highlight di dalam filem ini. Tasik yang berwarna kuning akibat orang kencing dalam tasik menjadi merah setelah dibaham piranha. Sepatutnya kita berasa takut melihat payu dara dipagut ikan tetapi aksi ganasnya pasti akan membuat anda ketawa. Anda mungkin perlu memuat turun versi uncut kerana terlalu banyak scene payu dara yang dipotong menyebabkan filem menjadi pendek.

Ratings: $$$$$ for the violence!
Spoiler: Negro tu mati.



Resident Evil: Afterlife
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Alice yang berjuang untuk menentang kumpulan Umbrella yang bertanggungjawab menyebarkan virus T melalui gigitan sesama manusia dan seks rambang. Kecuali Alice yang telah diimunisasi, sesiapa yang dijangkiti virus T akan menjadi Zombie Kampung Pisang dan perlu memakan otak-otak untuk meneruskan kehidupan. Ketua Pasukan Umbrella pula telah meneutralkan virus T dari badan Alice menyebabkan dia kembali menjadi gadis perawan tanpa kuasa sihir. Alice kemudiannya meneruskan usahanya untuk mencari manusia yang terselamat daripada virus T di samping cuba memburu Ketua Pasukan Umbrella.

Banyak elemen daripada permainan Resident Evil 5 yang diserapkan di dalam filem ini seperti pengenalan kepada watak Chris Redfield, serta makhluk raksasa yang membawa kapak yang susah gila nak bunuh kecuali kalau korang menyorok dalam bas terbengkalai tu (aku merujuk kepada game). Filem ini dirakam secara tiga dimensi, tapi banyak sangat teknik slow motion dia sampai emotion aku pun jadi slow.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Negro tu tak mati.

Devil
Ulasan ringkas: Ini merupakan filem dari minda macha Shyamalan tentang 5 orang yang rawak yang terkurung di dalam lif. Mereka ni sebenarnya orang-orang tidak bermoral yang dikumpulkan bersama untuk dibunuh oleh syaiton. Syaiton telah menyamar menjadi salah seorang daripada 5 orang itu dan tugas anda sepanjang filem adalah untuk meneka siapakah yang merupakan syaiton yang sebenar. Filem ini boleh tahan seramnya kalau anda tengok sorang-sorang.

Ratings: $$$
Spoiler: Negro tu mati

Charlie St. Cloud
Ulasan ringkas: Charlie merupakan seorang remaja yang hensem dan handal belayar. Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan adiknya Sam. Dia berjanji kepada Sam yang dia akan mengajar Sam bermain besbol agar dapat dipilih untuk pasukan Boston Red Sox yang kini secara rasminya bersekutu dengan Liverpool FC. Yay or nay? Anyway, Charlie ingin pergi berparti setelah bergraduasi dan ada kemungkin akan berzina tetapi kantol dengan adiknya Sam. Charlie pun angkutlah adiknya sekali tetapi dengan takdir pengarah, Charlie telah terlibat dengan kemalangan menyebabkan adiknya meninggal dunia. Charlie tidak dapat menerima kenyataan dan dia mendapat kuasa untuk melihat orang yang telah mati dan dia pun bermain besbol dengan hantu adiknya setiap hari, sehinggalah hadirnya seorang wanita yang membuat hatinya berbunga. Adakah Charlie akan terus menunaikan janji kepada adiknya ataupun dia akan berzina dengan perempuan itu? Aku ternanti-nanti saat-saat Zac tiba-tiba berjoget dan menyanyi tapi itu memang tidak akan berlaku di dalam filem ini kerana ini filem serius dan boleh menyebab kalian mengalir air mata dan mungkin air mazi jika anda ghairah melihat Zac Efron.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Negro tu kena tumbuk

By the way siapa dah tengok Magika? Aku ingat nak tengok minggu ini. Best ke tak best? KRU buat mestila best kan? Anyway, jumpa lagi di dalam segmen yang sama di bulan hadapan. Itupun kalau segmen ini tidak dibatalkan sekali lagi.



14 comments:

otak ketat said...

say no to racism abg ijai! wakakka. teringin nak tgk cite charlie. zac efron kacak habesssss.

Mimi Saidi said...

-adoi..magika sepatutnye akn jd mnarik klau skripnye mnarik.si ayu tu x mcm diana daniell.
-nm pon musical, lagu dowg mantap tp ko akn tersipu2 ketawa lyn lirik yg menari2 kt skrin wyg...
-lg 1 wa xley lupe..lu msti geli ati punye dgn si nabil (org myk).lucah x agak2.merosakkan bdk2 je..
-wa suke pokok nyanyi si kru..
-lu tgk r sndri..best la jugak.heheh

Mimie.Candy Cane said...

oh..hari tu aku dengan adik aku plan nak tgk piranha.bila kt kaunter tiket,brader tu cakap piranha dah sold out,so aku beli tiket rsident evil.tanpa beritahu kat adik aku,kami masuk panggung.dah setengah jam resident evil start,tibe2 adik aku tanya "kite tengok cite piranha kan?"

itu je la kot spoiler bagi aku.

Ms J said...

dAh! DAh! dAH!.. :)

Macam best.. macam tak best... Xmo ckp sebab nak baca apa riviu ijai. buleh?

Clarky Afif said...

kalau cerita yang menjadikan manusia sebagai mangsa, watak selalunya berlima.

pastu yang selamat selalunya sorang lelaki dan sorang perempuan bagi meneruskan kmandirian spesis manusia.

heh!

ezadikna said...

magika sangat best..cuma tak suka sebab hero dia mawi...huhu

Anonymous said...

kejadahnyee spoiler psl negroooo weiiii.

pikachu

Mohamad Faizal said...

otakketat: saya buat2 racist je. huiii cair noks tengok dada ketak zac

mimi: terima kasih di atas informasi!

mimie: haha kenapa dia lambat perasan

ms j: bulehhhhh. wiken ini kita tonton

clarky: malang bagi jejaka/gadis yang survive itu jika pasangannya ada aids. eh

ezadikna: eh mawi kan hero tanah melayu hi hi hi

pikachu: yelah kang bagi spoiler yang benar2 spoiler langsung spoil hari korang

ceklala said...

magika best!! mlm td br tgk..rase nk p tgk lg...fun n exciting! dah mcm teater musical...tp difilemkan hehe

^wirda^ said...

ha..aku baru je buat entry pasal magika..bintang yg aku bg nampak sgt aku peminat kru..so tatau la lepas ko tgk akan jadi mcm mana..hahaha

Anonymous said...

Anda ni memang rasis lah! Kenapa banyak sangat highlight Negro?

-Lisa

niena ; ) said...

lepas ni aku nak nengok cite Devil larhh..mcm best je lgipun kaw kata negro tu mati..haha.

Mohamad Faizal said...

ceklala: baiklah aku akan tengok minggu ini!

wirda: yakah haha aku pasti akan beri rating tidak adil juga nanti

lisa: sumpah saya tak rasis

niena: syaitan itu adalah.......

Anonymous said...

magika overall ok la. CGI yg dah update. gud job utk KRU. tp yg spoil nye bile mawi..er..rambut mawi..mawi nampak 'jambu'..heheh





~aizat zulhilmi@ijat~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...