Thursday, November 11, 2010

Cara-Cara Alternatif Untuk Menggunakan Gelang Magnet AC Mizal

Sekarang ni kisah tentang AC Mizal memang panas. Tak kiralah di alam fana mahupun di alam maya, semua pihak sibuk membincangkan tentang tentang perniagaan Gelang Magnet AC Mizal. Berikutan dengan pendedahan daripada blog Aidid Mu'addib tentang perniagaan AC Mizal, AC Mizal telah melakukan serangan balas dengan membuat laporan polis kerana merasakan dirinya telah difitnah. Dia kan bekas polis so dia tahu apa yang dia buat ok. Saya sebagai salah seorang speaker AC Konsortium ingin memberi jaminan kepada para pengikut semua agar tidak mudah melatah dengan serangan orang-orang Melayu yang tidak mahu berjaya. I hope semua bersabar n teruskan perniagaan. Dugaan hanya untuk orang yang Tuhan sayang (ayat klise).

Bagi mengembalikan keyakinan kepada ahli ACK, saya sekali lagi ingin mengingatkan para ahli tentang kebaikan Gelang Magnet AC Mizal. Semua ini telahpun diberitahu semasa minggu orientasi dahulu, tapi saya sekadar hendak membuat refresher untuk anda semua. MAGNET merupakan bahan yang menghasilkan sejenis tenaga yang dipanggil medan magnet. Aliran medan magnet semula jadi dalam tubuh dihasilkan daripada caj-caj ion di dalam dan di luar sel badan serta pengaliran tenaga impul elektrik melalui membran sel. Oleh kerana darah mengandungi ion, ia berfungsi sebagai konduktor medan magnet bagi menambahkan pengaliran oksigen dan khasiat kepada tisu-tisu badan. Kekurangan medan magnet dipercayai boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti kekejangan bahu dan leher, sakit dada, sakit kepala, insomnia serta tekanan. Teknik terapi magnet merupakan suplemen kesihatan cara non-invasif yang penting. Sila rujuk laman web rasmi untuk keterangan lanjut.

Apa yang anda mungkin tidak tahu adalah fungsi alternatif Gelang Magnet AC Mizal ini. Jika anda ingin terus maju dan mendapat keuntungan hasil daripada jualan gelang, ayuh kita kaji cara-cara alternatif untuk menggunakan Gelang Ajaib ini.

1) Menggantikan barang kemas untuk dibuat hantaran

Ahh bulan depan nak kahwin. Tapi barang hantaran baru beli separuh. Bakal isteri kita dah lama dah bagi hint mahu gelang emas di Habib Jewel. Setiap kali lalu depan kedai emas, mereka selalu memperlahankan rentak sambil membuat muncung menunjukkan gelang mana yang mereka mahu. Oh tuhanku harga RM 2000 beb! Mana nak cari duit? Usah gusar, gelang di kedai emas Poh Kong, Habib mahupun Wah Chan sebenarnya overrated dan terlalu common. Alah semua orang ada gelang emas. Ada ke orang yang pakai gelang tungsten? Masih belum ada lagi. Kalau kita mahu menjadi bualan jiran tetangga, kenalah pakai gelang yang vogue the vass bukan? Anda boleh pilih gelang tungsten ini daripada pelbagai jenis corak dan rekaan.

Oleh itu, saya sarankan anda membeli gelang AC Mizal yang nampak mahal ni. Memang mahal pun RM1000, walaupun harga asal dia USD 25 je. TAPI! Haa ada tapi tu. Walaupun anda bayar RM 1000 untuk gelang ini, anda sebenarnya mendapat keuntungan. Setiap pembelian gelang melayakkan anda untuk mendapat 3 akaun. Daripada tiga akaun itu anda boleh jana RM 1,890 dengan hanya bergoyang kaki! Wau! So anda untung, isteri anda pun tak buat muncung!

2) Aksesori Mat Rempit

Anda boleh mengenali seseorang itu merupakan Mat Rempit daripada gaya fizikalnya. Mat Rempit yang fashionistas pasti akan menggayakan gelang besi berwarna putih yang generic. Semua Mat Rempit ada gelang tersendiri, so di manakah keunikan seseorang Mat Rempit itu? Kita tidak mahulah pihak media sentiasa menggambarkan kita Mat Rempit ni sebagai seorang yang kolot dan membosankan asyik pakai gelang yang sama.

Di sinilah anda boleh membuat kelainan. Dengan lebih 30 rekabentuk Gelang Tungsten AC Mizal, anda kini boleh merempit dengan dengan penuh keyakinan apabila mengetahui rival anda sekadar pakai gelang besi biasa. Dengan bantuan gelombang magnet, perception anda akan menjadi lebih baik sekaligus dapat membantu anda mengesan road block dalam radius tertentu. Bohsia itu pasti akan menjadi milik anda untuk dizina.


3) Dijadikan fridge magnet

Dah nama pun gelang magnet, pastilah boleh melekat di permukaan-permukaan tertentu bukan? Anda boleh menghadiahkan Gelang Magnet AC Mizal kepada ibu anda yang gemar mengumpul fridge magnet. Peti ais mereka pasti lebih ceria dihias dengan gelang berkualiti tinggi ini. Menurut kajian saintis barat, aliran medan magnet dapat menjadikan sayur-sayuran dan telur di dalam peti sejuk anda lebih segar. Bayangkan apa reaksi tetamu yang datang apabila melihat peti ais anda, "WAU ITU GELANG AC MIZAL!". Pasti bangga bukan?

4) Dijadikan kolar kucing

Fakta: tahukah anda kucing sebenarnya tidak suka dipakaikan kolar? Ini kerana mereka akan berasa rimas dan terkongkong apabila diikat dengan kolar. Kadang-kadang kita bukan saja-saja nak pakaikan kolar kepada mereka. Kalau mereka ada kutu, kita boleh pakaikan kolar kutu bagi melawan serangan kutu.


Sebagai alternatif kepada kolar biasa, mengapa tak gunakan Gelang AC Mizal sahaja? Kutu-kutu yang ada zat besi di dalam badan akan segera melekat di gelang magnet yang dipakaikan sebelum mati akibat kekurangan nutrien. That's the most effective way to deal with the fleas. Tak perlu nak syampu ataupun sikat bulu mereka. Lagipun, kucing anda pasti akan menjadi lebih glamor seperti kucing Paris Hilton apabila memakai Gelang AC Mizal ini nanti.

Bagaimana? Berdasarkan contoh-contoh di atas, adakah anda kini berasa teruja untuk menyertai perniagaan AC Konsortium? Sungguh tidak rugi untuk anda menyertainya, kerana anda hanya perlu beli 1 gelang sebagai pelaburan untuk kesihatan dan tunggu giliran anda untuk mendapat bonus. TIDAK PERLU CARI DOWNLINE/AKAUN, AC KONSORTIUM AKAN LAKUKAN UNTUK ANDA. Hidup Dato'!

p/s: parodi sahaja dato' jangan report polis please. and kenapa delete fanpage dato'... :(



27 comments:

Siti Nur Aminah said...

nak pinjam kucing bole?sgt gebu;

aida cy said...

hahaha..yang jadi fridge magnet tu yang mahal..

niena ; ) said...

nak try lah buat yang no.4 tu , tapi kalau kucing aku mati kau kena bertanggungjawab !

hehe ...

Anonymous said...

Jgn cakap kau ejen ijai? nanti kalau aku lepak rumah kau krismas nanti kau keluar katalog terus aku fobia

dazrul

Wahida Nasution Thakhrim said...

tercekik kucing tu.. gebunya kucing.. suka!!

Mohamad Faizal said...

aminah: megatron tak boleh. kucing kat luar lain boleh

aida: belikan satu untuk mama anda please

niena: jangan salahkan saya salahkan dato' la haha

dazu: yesss kau akan menjadi ejen aku di UK

wahida: gebu sebab pakai gelang. belilah satu

wannurfazrini said...

HAHA mat rempit sgt sesuai . kot2 dorang pakai , terselamat dr kemalangan kot . hahaha

Anonymous said...

"naik" betul kau punye header baru jai.


-kucing hitam

sI tEDI said...

aku nak buat yg no 4.
segala kecelakaan yg berlaku, kau harus bertanggungjawab!!

Muaz said...

Ayat last tu silap ijai. Patutnya "deLate" baru betul.. hahahaha..

ko dah "joinT" ke dude?.. hahahahaha

kelakar siut baca kat facebook We Hate AC Mizal & His MLM Biznes kat bahagian photos tu.. hehe

RoSeNoi♥A'n'L said...

Wahh.. rasa nak beli gak lah utk kucing saya HAK HAK.. tp takut tah ape2 plak yg melekat kat leher dia.. power gelang magnet ni.

tuan tanah said...

tuan tanah like this.

:)

tuan tanah said...

eh silap.
tuan tanah likeS this.

:)

Mohamad Faizal said...

wannurfazrini: dan mungkin gelombang magnet itu boleh mengubah sikap mereka agar tidak terrorize orang ramai

kucing hitam: eh agak lama jugalah sudah 'naik' kau lama tak singgah ni hihi

tedi: jangan begitu tedi salahkanlah bos besar

muaz: hahahahahaha deLate. aku tengah cari mangsa untuk 'joinT' la ni hahahaha

rose: beliiiii nescaya kucing anda akan menjadi lebih yakin ketika bertarung dengan kucing jantan lain

tuan tanah: thanks. butang like ada tu hihi.

pikachu said...

pergh. nak buat fridge magnet ke harga sebutir seribu jaiii. kalau hilang mase bergayutan di fridge tu, mau aku karate fridge aku bagai pinang di belah dua.

Harris H said...

Wahaha hampir tersembur kopi awal pagi ni,Megatron mengayakan rantai magnet memang kelakar.Harap AC Mizal(dah datuk ke mamat ni...seshhh)tak jual kat kutu2 duit lak,kesian nanti Megatron.

Siti Nur Aminah said...

babi kedekut...megatron sgt gebu..ok..klau tak bole, gua tido rumah lu 2 hari..gua nak gomol dia puas2..mak lu ada kan?tarak hal...hahah..

pi la pakai kan dia gelang tu...mesti comel

The Sharkox said...

Ijai, ko tak kena saman lah..pasal ko tak guna perkataan "Sembelih kot"..

haha

finaz said...

sori ye ijai soalan takde kaitan dgn topik..tp camne nk train kucing dr kecik buang air kat designated places je..? lepas tu camne nk train kucing jgn masuk bilik tido or baring atas katil? hehe thanksss

Clarky Afif said...

kalau sesat di hutan boleh buat kompas tak?
hahaha!

fndrocka said...

Kalau nak buat berzikir ble ke eh

Anonymous said...

sebagai penambahan boleh juga dijadikan penambahan aksesori bagi datin-datin ataupun mami sebagai pelengkap gelang hingga ke siku..jgn hairan kalau mereka berjalan tangan mencecah tanah..haha..

Anonymous said...

pakai kt leher gerro boleh bra? biar dia lembap sket, hehehe..
bra=brader
bro=brother, tp cuba baca betul2, bro-ther..tak dpt bunyik bro kan?
oleh itu, bra ialah perkataan yang sebetulnya..
~yusry tp bkn kru~

Anonymous said...

jai, aku nak tanya nih.. ape beza klau aku letak magnet biasa di pasaran dalam poket.. mmg la x dapat nak bergaya.. tapi adakah dapat berfungsi macam gelang AC ni jugak?? sekian.


-megan musang

Mohamad Faizal said...

pikachu: usah gusar cik dengan satu gelang cik dapat 3 akaun untung lagi banyak boleh geli gelang lagi

harris: pastilah dapat darjat orang melayu berjaya dalam perniagaan kan hihi

aminah: haha boleh juga sebab aku memerlukan orang untuk bantu mengemas kandang kucing di luar penat ok

sharkox: sembelih kau!....eh aku cakap pasal sembelih sempena hari raya korban

finaz: mula2 letak kucing dalam sangkar (or kawasan tertutup di mana dia patut berak) letak satu litter tray. kalau nampak dia macam nak melepas angkat dia masuk dalam tray tu. selalunya dia akan ingat berdasarkan bau. kalau dia masih melepas di katil, transfer tahi tu ke tray supaya bau itu menarik perhatiannya.

hah mengapa tak mahu bagi kucing masuk bilik? yang ni tutup pintu saja hihi

clarky: nak jadikan panduan kiblat pun boleh

fndrocka: boleh sangat belilah versi fesyen Islamik punya

anon: benar2 pasti orang cemuih tengok nooo

yusry: kau memang hamsap bra

megan: TAK BOLEH KENA BELI MAGNET AC JUGAK (emo)

insan biasa said...

klau mat rempit pakai bleh menarik sponsor dan polis..hahah

Anonymous said...

Gelang dah bungkus.. Penipu.
Padan muka sapa yang join

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...